Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, April 27, 2008

Super Sunday

Kenapakah aku menulis blog secara private?
Tersempit-sempitnya dunia yang besar ini. engkau pernah tengokkah kanak-kanak kecil? bermainnya di mana? Di dalam bakul kain. Di tepi-tepi almari. Mahupun di dalam almari sendiri. Tahukah mereka tidak perlukan ruang yang besar? Tahukah? Aku pon tak berapa memerlukan ruang yang besar. Sekangkang kera ini sudah cukup. Nafsu dah terpuaskan. Yang penting aku menguasai blog aku secara sendiri. 100% monitored by me. Mereka yang tidak simbiosis sudah ditolak secara 'get out' menggunakan hujung jari. Err... jari telunjuk. Ye. Kuat.


Apa neh bahasa si Nurul neh sangat buruk. Sangat fail kah Bahasa Melayu?
Hey, hey! Berlapik-lapiklah mulut. Aku neh best student untuk TIGA subjek sekaligus tahukah untuk SPM 2003 di Seraya tu? Salah satunya Bahasa Melayu. Siapakah pernah berani secara berani mati mencabar Bahasa Melayu aku? Tiada. Aku tetap best student Bahasa Melayu di sekolah. Apa engkau tak suka bahasa rock & roll aku neh? Mahu aku bertulis secara Bahsa Melayu sejati? Baik pergi pikir sebanyak 2 atau tiga kali. Nanti engkau akan stress membacanya. Aku boleh menulis secara tatabahasa penuh, dan disokong oleh komponen sastera. Tapi nanti engkau semua menyesal sampai berpeluh.


Tak perasankah?
Aku sangat anti 'short form'. Kalau boleh, sms pun hendak ditulis secara penuh. Tapi mengenangkan kos komunikasi, aku main 'short form' juga. Tapi kalau dihantar kepada aku 'short form' secara 'sangat short', otak aku memang tak boleh proses. Sebab tu aku tak da menulis short form semasa menulis entry. Sebab aku secara naturalnya tak pandai ber'short form.



Cikgu kata aku harus apply pengajian bahasa.
Mintak excuse. Aku sangat tak nak. Nanti belajar punya belajar, aku terjadi cikgu pulak. Padahal sangat 'bergoncanglah' dunia kalau aku menjadi cikgu. Errr... aku tak mempunyai hati yang besar untuk berdepan dengan budak-budak. Lagi-lagi yang berbau .... peluh. Nanti aku muntahlah dalam kelas tersebut. HAHAHA. Lagipun aku tengok cikgu-cikgu semuanya sangat lemah lembut, suka menulis iaitu menggunakan 'pen' dan mempunyai tulisan yang macam cantik di papan hitam. Tahukah aku tak da skill bercakap secara 'mengambil hati' dengan kanak-kanak? Aku suka menulis menggunakan 'keyboard'. AHAHA. Dan err... tulisan aku yang sangat cantik, comel dan paling comel di atas kertas nampak macam sangat buruk di atas papan hitam. Aku pon kurang keyakinan di situ. Nanti student mengatakan tulisan Cikgu Nurul buruk. Bukankah macam sangat tercabar profesyen aku?


Blog Nurul ni kenapakah sangat crowd macam menyimpan sampah kah?
Mana sampah? Mana? Tak nampakkah betapa tak da sampahnya blog aku. Aku tak da letak apa-apa yang tidak perlu pon. Aku letak semua yang aku guna. Visitors tracker pon tak da. Tahukah aku benci visitors tracker? Walaupon suatu masa dulu blog aku di-intip, aku secara releks ja membenarkan diintip. Sebenarnya aku tak pernah peduli siapa yang masuk ke blog aku. Sikit tak da kisah. Sebab aku memang membuka kepada semua. Cuma sekarang sudah ditutup. Kalau ada silent readers pon, bukan hal yang berapi-api mengundang minat aku hendak tahu. Sebab aku rasa, silent readers lah best. Kalau dia sudah tak silent, dia pon tak boleh dikatakan silent readers lagi. Bukankah best mempunyai silent readers? Err.. sekarang dah tak da silent readers lah. Dengan wujudnya visitors tracker, macam sangat kesian pulak kepada mereka yang nak menjenguk secara sulit tapi macam dikesan pulak. Mungkin beliau pemalu. Atau peminat secara fanatik. AHAHA. Apakah neh? Semua blog pon pasang tracker bukan? Aku sikit tak da peduli dengan tracker tersebut sebab si-owner kena bangga sebab ada jugak orang yang rajin membuang masa melawat blognya. Yang kadang-kadang bukanlah cantik sangat. Tapi isi dia best. Jadi, aku pon tak boleh hentikan tabiat mengulang-alik secara patuh.


Tracker?
Aku sikit tak da kisah engkau nak stay kat sini berapa lama. Engkau nak selidik apa, nak carik apa mahupun nak membuat apa-apa. Buatlah. Sebab tu aku tak pasang widget mengintip. Kasi engkau semua berasa free lah. AHAHAH. Berapa ekor rama-rama berterbangan dan sebagainya pon tak da diambik tahu. Kalau boleh dengan sitemeter nak dibuang. Tapi macam tak cool pulak kalau tak diletak site meter. AHAHAH. Errr.... ingatkah pasal aku menyebut jangan membaca previous post? Aku tak da me-warning jangan. Aku nasihat je, jangan! Bukan atas sebab apa-apa. Sebab aku malu-malu terblushing-blushing je kalau dibaca cerita lama. Bukankah malu? AHAHA.


Aku cakap nak remove orang yang membosankan bukan?
Aku sudah remove few. Remove secara berbesar hati. Sambil terbahak-bahaklah. Aku remove sebab aku semacam sedar. Mereka tak da minat pon ke atas blog aku. Tapi semacam sengaja secara hiburan keluarga mendapatkan access. Macam berasa seronok kot memegang access. Padahal dia langsung tak da keinginan pon. Atau boleh dikata, access tersebut diperlukan untuk dijadikan kegunaan kecemasan. Dengan itu, aku pon menolak mereka keluar secara 'get out' menggunakan hujung jari. Sangat berkuasa aku di sini. Yang lain jangan gemuruh di jiwa. Aku sangat suka semua yang ada di sini. Sebab tu aku tak sampai hati nak remove.


Sampai bilakah akan private?
Macam sampai bila-bila. Selagi hayat dikandung tanah. Wahaha. Sampai aku temui satu kehidupan yang hakiki mungkin. Atau sampai aku ada penghidupan yang luar biasa. Atau apa-apalah. Yang tidak terjangka dek fikiran. Hanya magik yang mengubahnya. Wahaha.


Tahukah hati aku berasa tak berapa nak best neh?
Macam hati menangis secara bersenandung. Kesian bukan? Dalam kehidupan ini, yang menemukan manusia sesama manusia adalah waktu. Yang memisahkan manusia dengan manusia juga adalah waktu. Sebab itu semua kejadian itu akan berlaku hanya pada waktu yang tepat. Kalau ia berlaku bukan pada masa yang tepat, itu dinamakan sebagai filem. Samada filem Back To The Future ataupun filem Lake House. AHAHAH.



+ Mak Yang nak tahu tak? Semua perkataan Bodoh, Buruk, Monyet ataupun Gila sebenarnya betul

- Ha?! (Mak Yang tak faham secara sangat)

+ Perkataan-perkataan tu walaupon tak baik disebut, tapi tetap je KOMSAS

-Ha??! KOMSAS???! (Mak Yang terpinga-pinga)

+ Komponen Sastera


Alahai. Apalah dia neh. Adek suka buli mak yang. Kadang-kadang dia ajar Mak Yang maksud fotosintesis. Padahal dia pon bukan sangat tahu. Tapi dia sangat pandai membuat-buat macam sangat tahu.
 

15 Congteng-conteng:

Blogger Napster conteng...
ha ha ha....
sekian.
7:56 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wahhh..
best student 3 subjek ke
ish terer bdk nih
8:06 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
hello chika cayang..

kju baru terpikir nak buang tracker semua. dah bosan. sbb dah ramai la pulak yg guna.. eiiii bosan bosan.
dulu kju guna gak.. masa layout lama.. tapi kju sorok kat sidebar. layout dulu kju guna ajax. hmm ntah nurul ingat ke tak.
then bila guna layout 3 columns ni.. baru kju tak sorok visitor tracker tu. hoh ramai pulak laaa yg tau pastu. eii bosan betul.
so kejap lagi nak buang la semua tu. sbb bosan.

lagi apa yg perlu dibuang ehh ??

=P
8:27 PM  
Blogger fara-D conteng...
hanya si sampah akan melabel entry2 ko sbg sampah sbb sesunggohnya hanya sampah akan mengenal dengan baik kewujudan sampah.
erk? apa kah??

komsas....bleh tak aku kata, blog ko juga bleh dirujuk kepada kamus dewan bahasa sebagai contoh komsas kontemporari....wuwu!!
10:08 PM  
Blogger tun teja conteng...
hehe chica.. ni luahan penulis ke?
sungguh mendalam.

ni apsal x hepi nih?
cuba luahkan sket.
11:07 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SYAFRIN - apsal pulak neh?

SARRA - ahahahahahha. macam berlagak bukan? :p

KAK JU - hoyeyeh. bestnya kak ju pon setuju nak buang. chika nak semua penulis blog berfikiran utk memberi kebebasan kpd visitor. kecuali dia mmg takmo blog dia dilawat. ekekkkeke. benda lain kak ju tak payah buang la sebab benda2 blythe tu bagai biarkan je. sbb blog kak ju kan mcm tempat singgah peminat blythe. tu dikira macam mempromosikan blythe... :)

FARAH - erk??? buat orang dewan bahasa sawan je menengok bahasa aku neh. ahahahahahahahah. sebenarnya orang yg kata sampah tu lah yg sampah. objek penyemak yang tak da diperlukan. wahahaha.

KAK TUN - luahan la neh. chika errr... tah la kak tun. susah nak dicakap :( tapi sebenarnya rasa macam ok. tapi macam tak berapa nak ok. in between. uhuhuhu
8:49 AM  
Blogger Masy conteng...
selagi hayat dikandung tanah? bukan dikandung badan ke? kenapakah chika sekonyong2 mahu dikandung tanah? amat lemas dan ngeri rasanye memikirkan berada dalam kandungan tanah..


.. ditemani cacing, semut, dan kesepian.. huhuhu~

tanah yg mengandung.
9:16 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
MASY - huwaaaaahahahhaha. erk? kenapa chika tulis tanah??? baru perasan. eh betullah masy. adoi. tu la dia. lenkali baca entry sendiri sebanyak-banyak kali. wakakakakakkakaka. sakit perut gelak neh. ih masy ni! buat kantoi! malu ai :p
9:25 AM  
Blogger Along conteng...
sabar dik chika.

sian mak yang kamu.
hihi.


KOMSAS online terbaek dalam blog kamu neh!!
9:28 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ALONG - gulp? komsas? cakap slow-slow. nanti dewan bahasa tahu kena shoot kita. hahahahha :p
9:56 AM  
Blogger cepotet conteng...
sapa kata blog ni tak besh? sapa kata bahasa chika merapu? orang yang kata tu ada blog kah? atau dia tak pernah beli cerminkah? huh!

eh, apsal akak emosi neh? ahahaha.

blog chika ni blog peberet tau. adik adik akak pun suka jenguk baca. tambahan plak adik akak yang nak amik spm tahun depan. sebab banyak bahasa baru katanya.

dik, tolonglah jangan stop menulis. nanti idup akak plak jadik bosan. uceh! :p
10:03 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAKERNI - aduhai, terharu... manakah adek kakak tu? sampaikan salam neh buat beliau. dan selamat ber-spm kepada beliau. erk? chika tak akan berhenti menulis kot. sebab dah semacam aman di sini menulis secara senyap bersama orang2 yang best sahaja. yang tak best dah ditolak secara 'get out' la katakan :p tq kakak kerna rajin mengulang alik masuk sini. ehehhehe :D
10:31 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
waaa...ade yg tanya ke napa blog chika crowded? eh usah diubah okeh dik.sgt kiut ini blog.;)
10:47 AM  
Blogger Unknown conteng...
Hannan hanya mampu tersenyum :)
11:52 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - chika pon dah memang malas buat layout. ada TIGA dah design layput terbengkalai. mata pon tak berapa suka nak tgk coding dah.... :p

HANNAN - ngehehhehe :)
12:03 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."