Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, April 27, 2008

Jam

Assalamualaikum.
Morning kepada diri sendiri.


Mula-mula, sorry kepada Astri sebab tak dapat datang birthday party si cute Alya tu. Semalam aku keluar. Balik je, terus rushing pulak hantar abah pergi klinik. Kulit abah naik bintik-bintik merah yang sangat gatal. Kesian kat abah. Lepas dapat injection, terus ok. Alhamdulillah. Abah dengan Ijat mempunyai jenis kulit sensitif yang sama. Tak boleh masuk belukar. Tak payah belukar. Kena rumput-rumput pon dah boleh naik alergik. Sebab tu masa kecik, kami tak dibenarkan membawa Ijat bermain di tempat yang semak. Nanti alergik dia datang. Like father like son. HAR HAR HAR.


Sampai rumah dah Maghrib. Memang tak sempat nak menjenguk ke rumah Astri. Ma kata, pergilah jenguk walaupon sekejap. Tapi sebab memang dah lambat. Sorry ya Astri. Err... Alya sudah setahun? Cepatnya.


Semalam keluar. Dengan ma, Adek, Haikal. Tujuan satu je. Beli ni :


gambar tak sharp. guna phone. kamera aku dah termati. charger di hostel :(


Aku prefer Titus. Ma pon prefer Titus. Tapi sebab aku ada TEKAD aku sendiri. Kali ni nak beli dengan duit aku sendiri secara total. Jadinya tak mampulah nak membeli Titus. Bunda pon kata, beliau boleh bayarkan half. Kami boleh membuat share. Tapi aku kata tak payah. Sebab aku memang bertekad secara berani mati nak menghadiahkan beliau secara wang aku sendiri. Maka, tak dapatlah ber-Titus sebab macam yang semua pon tahu. Aku kan miskin. AHAHAHA.


Bunda kata, pikir lagi. Nak membuat share secara 50:50 atau tak nak? Kalau setuju, boleh ber-Titus. Aku kata tak payah. Kasilah aku peluang membeli sesuatu secara sendiri. Ehehe. Iaitu tanpa bantuan financial dari ibubapa. Wallah. Bukankah sikit punya sedap ayat ni? HAHAHA. Aku suka jam yang ini sebab surface dia. Oh. Tak nampak di gambar. Tapi ada satu pattern yang shining pada surface jam. Macam cantik. Tidak Titus pon tak pe lah. Tapi ini duit aku secara total tahu! Aku pon belum pernah membeli barang untuk diri aku sendiri secara wang peribadi. Ni mahu dikasi hadiah ni. See. Tabah bukan? AHAHA.


Akan dikasikan pada beliau pada hari Isnin atau Selasa nanti. Macam yang dijanjikan, we have to celebrate his belated birthday.


"Belilah Guess ni," Haizdel sibuk sepanjang masa memaksa aku beli Guess. Padahal dia yang berkenan Guess tu. Sampai naik susah aku nak bercakap dengan amoi promoter tu. Sikit lagi je aku nak siku muka dia.

"Guess ni lah best....," Again and again dia pujuk aku beli Guess tu.

"Hey hello. Bukan untuk adek," Aku sangat marah kalau dia sibuk bila aku membuat urusan aku.

"Ye la bukan untuk adek. Tapi nak bagi boyfriend, bagilah yang ni. Barulah gempak," mulut dia ni memang selalu ja kasi efek pemanasan pada telinga aku.

"Hoi, kakak hang ni bukan sikit punya single. Tak da main boyfriend," memang sikit ja lagi aku nak cepuk muka dia. Tapi mak aku dok perhati ja. Kang aku cepuk dia, memang mak aku cepuk aku balik. Ahaha.

"Abis kenapa beli jam lelaki?," budak ni memang la!! Aku pon tak da jawap lagi. Sebab dia budak-budak. Sangat tak payahlah menyibuk hal-hal macam ni. Bukan kah? Ahaha. Dia memang jenis yang curious. Dan jenis yang akan bertanya dan tanya. Tak dapat kot ni, dia tanya kot tu. Sampai at the end dia dapat smell something fishy, dia akan slowly get the answer. Baru dia puas hati. Dari dia kecik sampai sekarang. That's why aku dengan mak aku tak akan bercerita apa-apa yang sulit di depan dia. Nanti dia pura-pura like he didn't pay attention on you, but he did. Or else, dia akan tanya dekat orang lain. Memang busy body.

"Guess ni lah! Adek pilihkan yang Guess ni," See. Still sibuk. Guess tu memanglah cantik. Tapi sampai RM1000+. Aku pon tak da beli semahal tu lagi buat diri aku sendiri. Gila apa nak hadiahkan ke orang yang macam tu :p

"Ma bayar separuh. Ayong bayar separuh," eh. eh. dia kasi cadangan yang tak diminta. Sakit ati kan perangai dia???


Kami pon buat tak layan ja dengan dia. Masuk kereta, dia bising-bising mintak mak saya belikan dia jam Guess tu. Kami pon gelak sakan. Tahu tak jam terakhir yang dia mintak ialah jam apa? Jam Mickey Mouse. Warna putih. Punya sungguh-sungguh nak jam Mickey Mouse sampai kami semua gelak pecah perut. Ada ka budak lelaki taste macam tu. Abah pon layan dan belikan satu. Baru pakai satu hari, dia dah tinggalkan dekat surau sekolah. See.


Lepas tu mintak aku belikan jam Manchester United. Sebab masa tu gila MU. Aku pon suka MU waktu tu. Aku pon puaslah carikkan dia satu jam MU. Pakai tak sampai seminggu, jam tu kami jumpa terendam dalam bilik mandi. Can you see...?


And err... masa dia baby like 3 or 4 years, mak saya pakaikan dia rantai emas. Aku ingat lagi. Ada pendant bentuk kunci. Rantai tu ialah kenangan cinta-cinta parents kami. Like 'kau kunci hatiku'. Yew!! Ok lupakan pasal cinta retro tersebut. So, Ma bagi adik pakai masa dia kecik. Tiba-tiba, one day ni rantai tu tak da pada dia. Mak aku pon mencari satu rumah macam nak gila. Kecoh semua orang kena carik rantai tu.

Lastly kami tanya dia lagi sekali. Mana dia letak. Okay imagine a small kid cakap macam ni .. "Adek letak dalam ais,"

Pikir punya-pikir. We got the clue! Dalam peti ais! Seriously memang ada dalam peti ais. Kelakar tak? Tapi lastly rantai tu hilang. Dipercayai dirembat oleh maid kami masa tu. Kesian kat mak saya. Dia sangat sayang rantai tu.


Whoops! Hari ni mahu study. Amalan Profesional. Membaca kontrak, dokumen dan tender. Seronok bukan????????? Cakap, seronok! Dear Farah, go study go!


 

6 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
eh jap.sepanjang pembacaan, aku konpius...jam tu utk dia ke utk abah ko? mula aku igt utk abah ko...pastu rs cam utk dia...tp rs cam utk abah ko? pusing......


huuuuu......bila dok rajin membaca, mata jadik ngantok... bila tak ngantok, tak la plak dok rajin baca....kesimpulan: fara-D agak agak pemalas!kukuku
10:00 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - where did u get the idea ... jam tu utk abah? erkkk??? abah? erkk??? ahahaha. rasanya tak da pon ayat yg cakap macam utk abah. errkkk??? cuba baca lagik sekalik :p

ekekkekeke.malas tak mals, study tau!!!
10:05 AM  
Blogger cepotet conteng...
uiii, kasik hadiah jam. sangat bagus. nak plak, dengan hasil duit sendiri secara total. uish, mesti dia terharu.

kalau bagi akak kan, banyak maksud maksud simbolik dalam hasil pemberian jam ni. contohnya, bila dia tengok jam tu berdetik, macam tu lah hatinya berdetik mengingati kita. dia akan ingat akan kita setiap saat. ewah!

eyh, rasa macam suwit la.. :p
11:03 AM  
Blogger fara-D conteng...
"Hoi, kakak hang ni bukan sikit punya single. Tak da main boyfriend,"

haha...sbb ayat nni kot.... :S
11:19 AM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
haha~
lawak larh adek akak tue.
adeih~
umur dye brape?
cam chomeyl je bunyi cite tue.
huhu.

akak nie romantik jgk kan.
kasi jam..
byk maksud tersirat tue..
huhu.

klo aisya lark,
kene amek mase berbulan2 utk pk, nk beli hadiah ape utk bday dye..
haha~
leteyh2.
3:53 PM  
Blogger ajathajar conteng...
jam..
nmpk mcm cool.
tp selama ni x tau plk jam tu byk maksud tersembunyi.
sebelum ni pon ade ks bday present jam.
eh, eh..
org kasi hadiah ada maksud2 ke?
bkn utk pakai je ke?
hehe..
konfius!
2:31 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."