Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, April 07, 2008

Cookie Monster

Baru selesai review dengan profesional arkitek dari luar. My design? Don't ask. Miss Helen Paul said... my planning masih weak. Luckily elevation and section is okay since aku masih ada reason on the form. Construction? Masih terumbang-ambing ni. Sudah seminggu tak berapa tidur. Semalam aku menangis-nangis sebab mahu tidur tapi tak boleh tidur. Aku buat kerja 24 jam secara straight. Nanti-nantilah bercerita pasal architecture sangat letih mahu diingat. Ada lagi 3 hari untuk all out. Final submission untuk panel pada hari jumaat ni. Monday ada internal review. 3D belum naik. Bagaimanakah kedengarannya hidup aku? Sangat dahsyat bukan? Tentu hidup engkau semua masih di paras kelegaan maka jangan bersungutlah ok. Sebab aku tak cukup tidur dan tak berapa cukup makan. Juga kurang kasih sayang. Erk? I mean dah dua minggu tak balik Cheras lah. Macam sangat terbiar di sini. Ada sikit macam buruh yang hidup terlalu miskin dan kena bekerja membanting kudrat demi sesuap nasi. Hiperbolanya metafora hidup ini.

Mood pon tak berapa nak elok. Dah dikata tak cukup tidur kan. Sangat senang melentinglah. Tadi pagi melenting sebab ditinggalkan. Dia pergi print dulu padahal dah dijanji mahu print bersama. Maka sangat padan mukalah terpaksa pusing balik menganbil aku. AHA. Dan petang tadi terkeluarlah satu peribahasa indah oleh beliau. "lelaki chinese memang bertolak ansur dan perempuan malay memang kuat memerintah. See, siapa lagi bagus?" Aku pon bertanya balik adakah dia bercakap secara general atau secara peribadi. Dan dia ketawalah. Ya lah yalah. Aku diktator.


COOKIE MONSTER.

Aku pon tak tahu apa perasaan aku. Aku semacam ok dan tidak ok. Bukan tak puas hati atau marah. Aku sangat tak da hak mahu marah. Lagipon dia yang marah aku bukan aku yang marah dia. Tapi aku sudah meminta maaf secara beberapa kali secara ikhlaslah. Aku tidak ada masalah pon meminta maaf lagipun aku admit aku punya salah. Tapi aku tak akan meminta maaf secara kosong saja. Aku mesti mahu menjelaskan dan membuat dia faham yang aku tak da maksud pon menghina malah sekali pon aku tak da guna perkataan 'bodoh'. Aku cuma bergurau tapi mungkin keterlaluan dan dia pon meng-interpret secara lain. Aku berasa down disebabkan konflik tersebut. Sebab aku semacam sudah biasa dengan beliau. Dikira seperti engkau bergadoh dengan orang yang baik dengan engkau walaupon kes ni agak pelik. Tak tahulah dia berasa semacam mana tapi aku berasa bahawa dia adalah orang yang semakin rapat dan aku semakin selesa. Maka mungkin dengan tu aku semacam bergurau tetapi secara terkasar pulak. Dan dia pon menjadi terasa dan terus meletop. Aku pon kesal. Sangat kesal. Tapi aku tak laratlah mahu meminta sorry lagi sebab aku sudah pon meminta sorry. Kalau aku minta lagi, ia tetap perkara yang sama iaitu .. meminta sorry. Dia masih marah ka? Aku tak tahu. Tapi aku tahu dia sangat marah dengan hal tersebut dan masih disebut-sebutnya. Menyesal ok aku. Tapi aku bergurau. Aku pon bukan orang yang terlalu banyak masa hendak mengutuk orang lain. Aku tak da kutuk. Aku bergurau kosong saja.


Pagi tu, aku sangat tension. Aku teruslah online dan seperti biasa melawat blog beliau. Sebab aku memang suka mencari beliau dalam beberapa bulan ini. Mungkin sebab sangat mudah bercakap dan bergurau dengan beliau. Dan aku suka jugak cara dia menghiburkan aku dikala aku tension. Kasar tapi cute. Maka aku pon ke blog beliau pagi itu untuk meng-klik kembali e-card monkey yang beliau buat untuk aku. Walaupon e-card tersebut sangat jahat, tapi aku berasa sangat kelakar dan sangat sukalah. Macam membuat aku ketawa terbahak-bahak di sini. Tapi.. pagi tu aku tengok entry tersebut sudah tiada. Ada entry lain. Aku dimarah pulak. Sangat terkejut sampai hari ni pon aku masih blur. Salah besar kah aku? Dan kejadian ni membuatkan aku berasa terganggu jugak.

Aku ni orang yang takut buat salah tahu. Maka aku pon berkira-kira adakah aku sangat salah? Aku memang salah. Tapi tak sebesar mana aku rasa dan aku sangat tak deserve entry tersebut. Dia pon mendelete. Aku tak berasa proud pon tetapi berasa sikit lega di hati sebab dia masih boleh mempertimbangkan keadaan untuk aku.

Dan sampai hari ni, aku menjadi masih blur. Tak tahu hendak bercakap dengan dia semacam apa. Sebab aku pon takut. Kalau lagi dicakap, nanti terbuat salah lagi dan dimarah sedemikian rupa. Aku sangat sensitif ka? Aku tak suka dimarahlah nanti aku suka nak melawan dan aku akan berasa macam sangat tak berguna. Tapi ok lah memang salah aku. Cuma kenapakah dia tak boleh bercakap terus kepada aku secara elok saja :( Sangat sedih dalam hati.

Kepada cookie monster tersebut,
chika nih tak tahulah nak bercakap macam mana dah sebab berasa lain macam pulak. Ada takut sikit. Takut nanti tercakap yang salah lagi dan dimarah lagi. Tapi ada rindu jugak pada beliau. Sikit saja ma. AHAHA. Oh, kenapa aku gelak. Bukankah ini entry sedih. Aku tak boleh gelaklah. Cookie Monster tersebut memang jahat langsung tak faham yang aku bergurau. Lain kali tak da aku brguraulah secara itu lagi. Dia mahu membakar aku melalui tulisan beliau. Aku pon mahu cakap yang aku mahu mengkungfu beliau. Tapi aku jugak tak dapatlah mengkungfu beliau. Kalau dia ada di depan mata aku , err.. pon aku tak berani jugak mengkungfu beliau. AHAH.

Semoga beliau bahagialah di sana. Ya di sana. Jauh di sana. Tak apalah, again aku minta sorrylah dan meminta difahami juga. Aku tak suka dimarah dengan ayat-ayat kasar nanti aku berasa sangat sedih. Ah, sudahlah. Aku pon tak da mendengar lagu Nocturne ni selama beberapa hari dah. Sebab nanti aku teringat kat beliau. Apakah. Cookie Monster di manakah? Online kah? Aku pon tak tahu :(
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."