Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, April 08, 2008

Biskut Rendam Kopi O

Teori beliau berbunyi begini : Cookie Monster memarah secara spontan pada hari tersebut. Makcik muka tak berapa nak siap ni bergurau secara spontan pada hari tersebut. Maka akan bergadoh dan merindu secara spontan juga. Tetapi bertindak semacam tiada apa yang berlaku secara spontan adalah sangat sukar. Atau boleh dikatakan tak boleh. Memang tak boleh.



Aku pon semacam setujulah dengan teori tersebut. Maka makcik muka tak siap ni pon sukarlah hendak bermesra dengan si Cookie Monster walaupon di hati ada rindu yang spontan secara sikit. Cookie Monster sudah mengeluarkan perkara yang perlu dilakukan oleh Makcik muka tak siap ni. Aku pon semacam memang mahu meng'hai'tetapi disebabkan dia sudah menulis perkara itu jadi aku pon tak dapatlah meng'hai' beliau. Nanti semacam kelakar pulak aku melakukan perkara yang disuruh secara patuh. Bukankah kelakar nanti akan ditertawakan. Aku bukan takut pada Cookie Monster sampai tak berani menegur beliau di blog beliau yang indie tersebut. Tapi aku pon macam yang telah dikatakan dalam teori di atas. Bertindak macam tiada apa yang berlaku secara spontan adalah sangat susah.

Ini hadiah buat beliaulah sebagai tanda memujuk. Erk? Tengok, aku baik bukan? Memujuk beliau secara baik. Nak pujuk berkata-kata lagik sangat susahlah dalam waktu ini jadi dipujuk secara hadiah saja :p


Cookie Monster sangat comel bukan?
Berwarna blue dan memakan cookie.
Tapi Cookie Monster tak da minum susulah dia sangat bencikan susu.
Makcik Muka Tak Siap ni replace susu tersebut dengan minuman coco.
Dia minum coklat saja yang dibancuh secara seni dan tidak akan diminum setelah terbiar selama beberapa minit.




___________________________

Tadi balik dari English Discussion, aku tercium bau French Fries di dalam studio ini. Aku pon sawanlah hendak ber-McD. Nuar lah punya pasal! Apa lah kau ni nok! Aku tengok dia duduk membuat kerjaan sambil memakan French Fries. Sangat mengganggu nafsu aku. Aku pon paksa Mr. Lim meredah hujan lebat sampai berbasah-basah demi French Fries tersebut. Habislah kain aku ni terbasah-basah tapi sangat sangguplah asalkan nafsu dipenuhi. AHAHA.


Hari ni ramai orang down di studio kesan dari krit session semalam. Apalah para arkitek tu semua datang sini menghentam kami teruk-teruk. Nak keluar air mata darah dibuatnya. Nasib baik Puan Akmal menolong kami secara kasihan dan kami pon menjadi sedikit ok. Aku nak sambung melukis elevation dan membuat pavement ni! Huuuuuu. Sungguh asyik. Lebih asyiklah membuat kerja sambil mendengar suara si Paed ni menyanyi lagu klasik yang sangat kesian. Setiap kali dia menyanyi mesti aku akan berasa kesian ataupun sangat simpati pada dia. Lagi-lagi bila dia bermain gitar pada pukul 2 pagi setelah bosan membuat design. Suara dia sangat kesianlah sebab mendayu-dayu. AHAHA. Tapi dia memang drummer yang sangat bagus bagi pendengaran aku. Dulu dia punya bersemangat perform untuk battle of the band sebab mahu tunjuk hebat di depan band Hujan. Tapi aku tak da gilalah memberitahu dia perkara tersebut. Nanti dia terperasan secara besar dan aku pon dianggapnya macam minat pada gaya dia ber-drum. Oh sangat tak boleh begitu. Sekarang dia hendak balik mandi dan aku disuruhnya menjaga laptop dia. Aku pon kata yang aku bukan saja akan menjaga, tapi akan mendelete drawing beliau dan save. AHAHAHA. Dia pon kata .. "Nurul jahat, tak boleh harap, gatal,"

Aik? Gatal? Apa pasal kata aku gatal? Oh, mahu kata tangan aku gatallah. Tangan aku memang gatallah. Kalau tak, tak da lah aku menjahanamkan laptop ni. Makin hari makin jahanam. Tak pa. Nanti betul2 dah jahanam aku tanam bawah tanah dan buat upacara pengebumian. Lepas tu berkabunglah selama tiga hari. Sambil menangis teresak-esak sampailah ibubapa membelikan laptop baru dengan ram sebanyak at least 4G. Ngeee :D


Ada orang sudah hentam bumper kereta aku. Kesian kereta aku kulit dia terkupas. Nanti aku ceritalah yang lebih detail. Sangat stress aku melihat 1266 dilanggar :( Aku nak sambung bekerja sambil mendengar lagu Ella ft Shah ; Ku Merindu. Aku ketagihlah dengan lagu ni disebabkan suara lelaki tu seksi, romantik dan stimulating (errk?) Serius ni. Engkau pergilah dengarkan betul2 suara lelaki tu menyanyi pada part awal. Bukankah sangat seksi sampai membuat engkau ketagih nak mendengar lagi dan lagi. Suara seksi. Oh seksinya sangat sedap didengar suara beliau.
 

13 Congteng-conteng:

Blogger tun teja conteng...
yuhuuu dik chica,
tgn gatal, sukakan suara yg seksi?
kaktun rasa sungguh bernafsu lak.

nak coklat kek?.
2:36 AM  
Blogger ScarLet Jiem conteng...
a'ah la
monster tu comel la..
mkn la biskut tiger
3:51 AM  
Blogger cepotet conteng...
siannye keta kena langgar. mesti nampak cam kudis kudis ek? sabar dik ek..

lagu Ku Merindu tu besh! memang layan laa kalau dok dalam jammed. :p
8:57 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Tak Baik Gaduh2.. Dosa2.. Baik La Semula..
9:27 AM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
pasal cookie monster..
=P wekk

chika.. camana kereta kena hentam bumper ?? chika parking merata2 lagi ke ?

ishk lagu ella ?? stimulating ?? wahahaha..
9:31 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK TUN - Kakak rock :p ya lah chika ni mmg bernafsu. tipikal manusialah katakan. ahahha. apalah artinya hidop yg fana ini tanpa nafsu yg berdekah-dekah. betul ka?:p coklat kek? ada ka? mana? kasi la ke sini. boleh dimakan-makan :D

SARRA - ya. cookie monster comel. mmg comel. Tapi dia tak makan sayur tahu kah? ahahaha :p

KAKAK CEPOTET - mmg kesian kat bontot dia cat tertanggal. sedey di dalam hati neh. Ku Merindu didengar ketika bosan pasti berasa lain macam sbb suara dia seksilah. ahahaha.

MROZAIDI - macam tak da gado. tapi macam ada sikit. tapi seperti ok saja macam tak da jugak. antara ada tak da lah. tapi sikit. dan bergadoh secara cool saja tak da berfighting pon. biasalah lumrah hidop ni. manusia biasa ja. ahahahah. superman pon bergadoh, inikan pulak yg tidak super ini kan. :))
9:34 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAKAK MADU GONCANG - kakak tolong chika cubit cookie monster boleh ka? AHAHAHA. Ya. Kereta dihentam :( sangat bengang tapi sangat sibuk sampai lupa nak bengang. jadi, semacam cool saja da tak da bersawan dgn kereta tersebut. AHAHA. Serius kak ju pergilah dengar suara lelaki tu sangat seksi macam... sangat seksilah :p
9:37 AM  
Blogger Masy conteng...
x pasal2 rasa nk makan mekdi jugek.

sundae... pai pisang.. *slurrpp*
11:13 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
MASY - ha, apa lagik.... cepatan lah ke sana mendapatkan habuan ahahahaa. :p
1:09 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
uiih...makcik muka x brp nak siap?? siapakah beliau? huhuhu mcm2 adik chika ini.Mkn cookie bersama susu sgt sedap lah.kenapa memilih susu bercoklat lebih dr susu?

kak ween ketiadaan selama 2 hari lepas kerna berada di melaka lah chika. ade kursus. marilah bercerita cerita yg nak dicerita itu.:D nanti kite ym yek.
4:23 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - ahahaha. bukan chika pilih. cookie monster yg pilihlah. ahahaha.

oh. cerita itu kita tunda dulu la okeh. :p
12:55 AM  
Blogger fairy conteng...
chika..sila dgr lgu ku merindu itu tanpa melihat penyanyinye ye

dulu sy suka gak lagu tu
pas tgk penyanyinye..
ekk terbantut selera nak dgr dah
hahaha sgt kejam judge singer melalui rupa

tp bukan sengaja maa..
tp x tau la kalo kamu x terbantut plak
6:43 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
cika dah tahulah penyanyi dia. rasa okey saja. ahahah. suara dia still dirasakan seksi ma. ahahaha.:p baik bukan hika neh? selain baik, sgt profesional pulak. dan kuat perasan jugak. ahahaha. :p
12:51 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."