Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, April 01, 2008

Hidup macam robot

Doodled on Friday 28th March , 11.00pm.

Oh sangat tension lah aku di sini bersama kicauan burung di handphone. Aku mahu men-drawing tahu! Otak semakin tegang tidak boleh berfikir lagi menyusun basement carpark. Sikit lagi, meletop-letoplah kepala dan terbakar-bakarlah jiwa. Sangat kronik. Tak tidur sudah 21 jam. Mata ni bersama bijik-bijik mata dan kelopaknya terasa nak terkeluar meninggalkan lubang mata. Hambik kau bukan sket punya hiperbola.

Tengah meng-autocad, tanpa disedari ter-shuffle lah ke lagu Muse. Patutlah otak aku makin cramp. Lekas-lekaslah tukar mendengar nasyid tapi semacam rasa nak bertahajjud pulak. Aku pon mencarik-cariklah CD Jay Chou yang diberi oleh beliau tetapi tak jumpa. Gila nih. Orang bagi, aku sudah hilangkan. Esok aku cariklah secara besar-besaran okeh. Aku pon mendengar saja Fa Ru Xue secara berulang-kali. Kalau membuat kerjaan aku memang suka mendengar lagu yang aku tak fahami. Untuk mengelak daripada aku mengikut lagu dan terbagi focus secara total kpd lagu tersebut. Juga untukmengelak dari aku membatu diri dan berangan-angan macam remaja tak berguna ketika menghayati lagu. Sebab itu aku akan pasang lagu mandarin atau lagu Spanish di kala berkerja. Lebih bagus. Tetapi jangan dipasang Nocturne lah nanti aku feeling dan khayal lalu tidur secara nyenyak. AHAHAHA.Dan pulak aku semacam sudah hafal lagu tersebut jadi tak akan berkesan untuk mengelak gangguan focus.

Tiba-tiba tadi ter-play pulak lagu Clumsy aku pon semacam berasa fresh sikit. Baru start nak menarik line membina retaining wall, handphone berbunyi-bunyi macam sangat sibuk. Aku pon dengan sangat malas menarik handphone antik tersebut.

Alangkah bercampur aduknya jiwa aku membaca sms tersebut. Ayat kaw-kaw punya manis mengalahkan gula-gula kapas. Lalu aku pon semacam mengantuklah membacanya. AHAHAH.

Hye si gadis jelita.


Ya Allah tolonglah. Bilakah dia ni akan fed up dan termuntah-muntah dengan perlakuannya sendiri? Sangat tabah. Tak pernah putus asa mencipta ayat-ayat flowery semacam musim bunga atau pun semacam drama Autumn in My Heart. Mula-mula aku malas nak reply tapi berasa macam sangat kesian. Aku pon reply semacam ini :

=)


Beliau membalas lagi.

Aik? Senyuman manis dan ayu awak je ke yg awk hanta?


Aku pon reply lah lagi. Macam baik hati la pulak pada malam yang suram ini.

Abes nak hanta apa lagik? Lauk-pauk? Kuih –muih?


Oh, makin seronoklah dia me-reply kembali.

Kalau awak nak hanta boleh jugak. Saya suka kuih apam dengan karipap. Nak alamat saya? Tapi klu awk hanta senyuman awk yg manis, ayu dan manja tu lagilah sy suka hati.


Yew! Sudahlah tu, Chika. Jangan berdrama lah. Aku pon malas bermain sms lagi. Aku biarkan dia di situ menghayati musim bunga tersebut. Aku tengah musim kemarau di sini. Jiwa kemarau. Hati pon tandus. Hanya berhibur dengan semua kerjaan construction dan structure ini. Tak ada masa nak bermusim bunga. Apatah lagi bermain bunga. Sudah lama aku lupa hendak berdating pon. Sebab tak da hati pon nak berdating. Atau boleh dicakap, aku pon dah lupa apa yang dibuat semasa dating dan macam manakah berdating. Sgt sudah lupa. Sgt lama tak melakukan perbuatan dating.

Awk, awk marah ke? Sori. Promise tak buat agi.


Eh. Dia sms lagik. Aduhai. Bilakah aku marah? Aku sangat ok saja di sini Cuma mata aku lah sudah layu. Badan pon layu. Pendek kata, aku memang sudah layulah di sini. Sangat penat. Mahu tidurlah selama setengah jam. Nanti suruh Mr. Lim kejutlah seperti biasa. AHAHA. Dan kalau dia kejut aku tak bangun, esok confirm bergadohlah memasam muka. Oh, sangat biasa sudah. Aku pon dah tak da heran. Gadoh dan berbaik semula adalah resam hidup yang hakiki. WAKAKAKAKA.

Biarlah si Afan ni terus meng-sms. Aku mahu tidur. Kalau aku rajin, aku reply dalam mimpi okeh.


1 april.

Aku berasa sangat tertekan. Mahu naik berjumpa En Mazlan meluah perasaan. Kalau perlu menangis, menangislah. Sangat tertekan. Dan err... sangat lama tak dating. Macam gila nak jahanam dah hidup neh. Sangat bosan dan kosong. Macam robotlah bekerja tanpa henti. Dan tidur macam satu kesalahan besar. Berasa sangat rugi kalau tidur. Gila tak best!

 

8 Congteng-conteng:

Blogger ScarLet Jiem conteng...
shian cik chika dah lame x dating..
take ur tyme la dik...
nnt dear u lari susah plak kan..
byk lagi ke keje u tu??
btw,gud luck keh..
10:28 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
hehe si gadis jelita masih bz lg yek.:P eh chica ni tido x menentu aje akak tgk.jg kesihatan yer dik.;)
10:31 AM  
Blogger tun teja conteng...
yuhuuu chica,
akhirnya dikau apdet gak blog nih.

jgn tensen tensen sgt.
x elok tuk kesihatan kulit.
1:04 PM  
Blogger umi_e conteng...
laaaaaaaaaa janganlah sampai tak tdo... nanti sakit lagilah susah tau... meh ler hilangkan tensen ngan kak e ;) hehehehehe
3:46 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Ye Ke Dah Lupa Dating.. Kan Baru2 Ni Berdating..Huhu.. Sapa Lak CK Mazlan Tu...Dating La.. Jangan Tak Dating..
10:41 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
gile arh akak.
study bagai nak rak.
adei.
klo sy,
da terjun bgunan da..
11:10 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
adui.. kesian la kakju baca entry chika yg ni.

nampak cam chika terseksa sgt..
11:38 PM  
Blogger Nyetok conteng...
Kenapa apam dgn karipap?

Kuih lapis, kuih kaswi, kuih buah melaka, kuih koci,dodol, wajit,lepat,kuih ketayap,putu mayang, putu piring,taik itik, lompat tikam, buah tanjung,senggupal,tart telur...

Kenapa apam dgn karipap? Lucah?
9:07 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."