Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, May 08, 2008

omaigod

Ini ada kisah-kisah 'omaigod'. Yang semacam thrill. Tapi tak berapa magik. Sebab sudah diketahui tapi masih buat-buat terkejut. AHAHA. Erk? Tapi aku memang betul-betul terkejut monkey. Dan diserang sawan lah petang semalam.


Mula-mula exam yang 'omaigod'. Keusahawanan Seni Bina. Punya sukarnya nak study! Sangat tercuak-cuak di dalam jantung ini. Makin dibaca makin stupid lah otak. Sikit pon tak da ingatan yang baik. Aku berasa sangat fedap dan terus tidurlah macam monster. Inilah kali pertama aku berasa sangat tak nak study menjelang exam. Biasanya menjelang exam, aku akan baca notes mengalahkan nerd. Macam yang dah dikata, kalau pergi exam tanpa membaca notes, nanti aku akan frust separuh mati. Tapi kali ni memang aku tidur dengan sangat nyenyak. Sebab aku sangat bosan membaca cerita usahawan. Otak pon macam lampi entah kenapakah. Bukankah otak chika jenis kualiti bagus? Aku rasa macam tertukar otak dengan orang lainlah. Sangat tak boleh terima hakikat yang otak aku lampi malam tu. Sampai study pon secara tak pandai. Tahukah? Sangat sukar menerima kebodohan diri. Omaigod bukan?


Exam pukul 3.30. Pagi-pagi aku bangun, terus lah membaca note secara pandai. Owh, cantik! Dalam masa tiga jam (bermula pukul 11.30 am sampai 2.30pm) aku marathon lah nota-nota tersebut. See. Otak aku sudah dikembalikan. Aku pon study di studio. TIGA JAM. Punya pedih otak aku rasa nak terpecah-belah disumbat secara padat petang tu. Dan aku pon berasa macam kepala aku snagat senget membawa ilmu keusahawanan tersebut. Aku nak save dalam otak sampai pukul 5.30 petang ja. Lepas tu kalau ilmu tu nak keluar, ha pergilah! Get out! Tapi dalam waktu 2 jam tu aku kena jaga ilmu tersebut baik-baik.


Wah! Punya study secara maut, tapi menjawap soalan secara gembira. Walaupon aku ada terlupa dua point. Aku punya berfikir sampai rasa nak hancur satu badan aku. Tapi langsung tak berjaya. Aku pon fedap. Aku terus keluar meninggalkan Dewan Gemilang tersebut dan membiarkan DUA perkara tak berjawap. (Tak pa, markah sikit ja. Sangat sikit). AAHAH. Macam riak bukan? Ini bukan riak. Ini namanya motivasi diri. Semacam memujuk diri. Faham ka? Perut sangat senaklah kalau ingatkan exam. Sebab tu dengan ber-riak macam bagus neh aku rasa tenang sikit. AHAHAH. Engkau cubalah.


Tamat exam semua menyerbu ke studio. Sebab Encik Mastor nak jumpa. Inilah omaigod yang sangat 'omaigod'. Beliau mengistiharkan hari AHAD ni, kami kena pergi Johor. Takkah omaigod neh? Sebenarnya memang dah tahu tapi masih nak terkejut jugak. Aih, sutradara betul. Tapi studio kami dah tak da 'histeria' lagi sebab kali ni punya trip bukan secara 'mambang gila' macam dulu. Masih ingat kes kontroversi kami pergi Johor yang lepas? Kali ni tak da histeria. Lagipon kami semua hanya mampu berhibur hati saja. Anggaplah kerjaan sebagai satu pesta. Kami pon hanya mampu menyahut 'ok la tu' (sambil menggedik macam Saida lah). Mungkin lecturer tak tengok AF6. Sebab tu beliau tak da respon bila kami menjawap 'ok la tu' kepada setiap kata-katanya. AHAHAHA.


Ahad ni pergi Johor tak tahu lagilah group aku ni macam mana. Aku tak mahulah naik bus! Sangat susah! Nanti terhegeh-hegeh mengangkut luggage. Dah la aku ni manusia yang mempunyai pelbagai keperluan. Bayangkanlah besar mana luggage aku nanti. Jadi, aku pon terpaksa menghasut-hasut Mr Lim supaya sudi drive ke Johor. Kalau dia tak mahu, aih.....! Naik bus lah! Omaigod lagi!


Malam semalam .... pergi berjimba-jimbalah. Itulah. Kawan-kawan meninggalkan aku demi Ironman mereka. Aku pon macam sehelai sepinggang malam tadi. Maka terbukalah idea nak ke.... Oh, macam malas nak menaip lagi lah. Jari aku dah menangis. Dia dah tak nak menaip lagi. Jadi, buat kali pertamanya... aku membuat sebuah entry tergantung. Bukankah satu pembaharuan neh? AHAHAH. Esoklah ok. Esok aku sambunglah. (to be continued....)


1/4 barang


Badan aku sangat sakit ni. Hari ni sepanjang hari berkemas bilik mengangkat berat. Kalau kerjaan ini dilakukan selama empat hari berturut-turut, memang naik muscle aku. Urat pon jadi masculine dan gagah. Aduh punya sakitlah tulang belakang neh! Hmmm anyway, aku sudah check out. Dan buat pertama kalinya, si 'MIMI CANTIK' tu berkelakuan baik dengan aku. Dan buat pertama kalinya, 'JELITAWAN' admin tu bergurau senda dengan aku secara sangat comel. Bukan mereka comellah. Aku yang comel tersebut. AHAHAH. Disebabkan aku sangat comel agaknya, mereka pon tak dapat tahan daripada berbuat comel dengan aku. Erk? Kecomelan aku sudah menumpaskan sikap 'kerbau' para warga admin.


Farah, engkau percaya tak... 'MIMI CANTIK' membagi kata-kata manis kepada aku sebelum aku berambus dari office tadi? Dengar neh ayat manis, macam madah-madah indah. Sampai aku rasa nak pengsan mendengarkannya.

"Hati-hati drive balik rumah tu. Jangan seronok sangat nak balik sampai drive secara bahaya "



Apalagik, omaigod lah! Keluar dari office, aku pon termenung sesaat dua. Terkesima bukan? MIMI CANTIK kah itu? Apsal sangat baik? Dan para 'perempuan' di situ hari ini sangat ramahlah mengusik aku. Siap bertanya-tanya berapakah jumlah boyfriend yang aku ada. Aku pon secara pathetically poyonya menjawaplah... takda. AHAHAHA. Farah dan Ainul. Aku dan admin kolej sudah berbaik-baik nampaknya. Sebab aku comel. Mereka rasa rugi kalau tak berbaik dengan orang comel. WAHAAHA.


"Bang, kad kolej saya?," Punya bongoklah aku neh tadi sanggop patah balik sebab nak mendapatkan kad kolej.

"HAHAHA. Mana boleh ambik! Kami simpan!," abang kurus tu ketawa.

"Aik? Ye ke? Alamak! Malu la pulak. Kenapa ambik?,"

"Sebab memang kena ambik,"

"Oh,"


dengan malunya, aku pon berambus. Yehuuu! Lunch dengan Mr Lim, Beh, TY and Atong. Lepas tu balik Cheras!!!!! Sangat syok wo.



Jari aku dah menangis tersedu-sedu. Dia dah warning aku suruh stop. Padahal aku belum nak stop. Tapi jari kata stop. Macam kena stoplah. AHAHAHA. :p




rakan kongsi ladang vitamin J manakah? ter-miss-miss pulak neh. ehehe :p

 

6 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
aha! nasib la masa check out smlm cam ok je.

tapi ttp membuat aku tak bape puas ati, ade sorg la JELITAWAN kolej tuh, nk g lunch, aku masok pejabat. pastu bising kata pejabat nak tutup. padahal, ada 2-3 minit agi br lunch time! aku nak amik borang je! hisy!
6:19 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - tapi aku tak pernah tahu mereka tahu berjenaka dengan perempuan. atau mungkin itu strategi perniagaan mereka. entah.
10:45 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
wa wa wa..beg roda kah yg ade gambo pooh itu? comei comei.hehe siapakah mimi cantik itu chika? semcm betul punya lawak namanya.cantekkk ke?? heheh

mau pigi johor ahad? waaaaaaaaa nak ikuttttttt! mau borong DVD lagik! huhuhu
11:31 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - oh memang cantekkkk. cantek gila ah! *chika so rude!* ahahahaha.

jom ah pegi johor. chika tunggu kat kedai dvd tu. wah. macam tau ja la kan :p
11:34 AM  
Blogger tiffany conteng...
nak g johor ekkk... sampaikan salam kat org kampung shieda ekk.. hehe...
5:08 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SHIEDA - shida johor jugak? kampong chika pon johor jugakkk. shieda kat mana?
5:50 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."