Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, May 03, 2008

Badai Pasti Berlalu.

Dah lama aku nak tengok movie ni iaitu dari tahun lepas. Tapi asyik terlupa. Atau semacam tak pernah terlintas di kepala secara mega. Padahal aku sebenarnya sangat nak tengok. Sebab aku pernah baca sinopsis. Sangat interesting.


Aduh, ceritanya sangat terkesan bagi yang patah hati! Erm, ini memang kisah tentang patah hati. Aku paling suka setiap scene yang sangat cantik. Berlatar belakangkan pantai Bali. Omaigod. Tapi sangat sayup la kisah ni. Kisah tipikal yang terjadi. Tapi sangat menariklah walaupon sebenarnya jalan cerita yang tipikal. Err.. sebenarnya aku suka cerita yang tipikal. Sebab boleh relate dengan logik kehidupan.


Tahukah? Selepas menonton engkau akan berasa beberapa debaran dalam frekuensi yang sangat berkesinambungan dengan filem tersebut. Kalau engkau pernah patah hati, engkau akan bersetuju dengan semua yang diucapkannya. Patah hati itu hal biasa. Bukan hal luarbiasa. Dan patah hati tidak boleh dijadikan penyebab untuk seseorang itu takut untuk jatuh cinta lagi (Omaigod! Aku tak da pernah takut jatuh cinta lagi) Tapi aku benar-benar ambil note ; Patah hati Itu Perkara Biasa. Satu.


Kedua. Badai memang pasti berlalu bila sampai waktunya yang tepat. Mungkin mengambil masa yang sangat singkat iaitu sesingkat pergantian siang dengan malam. Mungkin mengambil masa yang sangat lama. Iaitu bertahun-tahun. Tapi percayalah. Badai pasti berlalu. (kalau engkau menonton, engkau pasti faham... dan lihat sendiri) Mungkin kita sedang melewati kemusnahan hidup pada hari ini. Merasakan semuanya tidak berjalan baik. Atau paling dahsyat, engkau pon berputus harap. Kerna merasakan kemusnahan hari ini tidak akan kembali indah. Salah. Hidup yang tidak baik hari ini, tidak menjanjikan hidup yang lebih buruk pada masa yang lainnya. Tahukah manusia boleh berubah? Hanya kerana putaran waktu yang berubah. Begitu juga kejadian dalam hidup. Tidak akan sama. Mungkin esok, lusa atau mungkin tahun-tahun yang akan datang, engkau berubah sepenuhnya hanya kerna sesuatu kejadian.


Ketiga. "Ga cuma cewek yang bisa patah hati, cowok juga bisa," Kalau perempuan merasakan penderitaan hidupnya adalah secara total kerna lelaki, engkau salah. Kalau perempuan hanya merasakan bahawa dia menanggung kesemua akibat secara sendiri, engkau salah. Segala ciptaan Tuhan yang punya hati itu, boleh merasa patah hati. Siapa-siapa. Engkau pon boleh. Semua orang boleh. Tanpa pengecualian. Dan patah hati bukan satu perkara yang memalukan. Tiada siapa terkecuali. No One.

Badai pasti berlalu ....





p/s : ada Que Haidar dengan Fasha Sandha pulak. Fasha Sandha? Omaigod. Perempuan tu? Bosan! Tapi watak picisan tu memang suits her. HAR HAR HAR! Jadi pemusnah dan penggoda. HIKS. Er... Que Haidar boleh berbahasa Indon. Tak macam model sorang tu (Suhaimi). Berlakon filem indon, tapi terkeluar slang 'KL' dia. Sangat memalukan. Dan pernah menuduh aku 'stalk' dia. Hanya sebab dia live in Cheras? And kebetulan aku pon duduk Cheras? Eiii.... yew!
 

12 Congteng-conteng:

Blogger Fakyew conteng...
wow! seluar ketat!
12:05 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
oh sungguh sexy okeh body itu.mengapakah komen kak ween skrg makin barbaur sensual? hahahahahha
1:48 PM  
Blogger tun teja conteng...
eh cite apa nih? nak tgk la.
patah hati tu perkara biasa yek?
kaktun nye hati ni kenyal. takleh patah..dia leh kembang kecut je.

huhu..que haidar. suka sama dia.

p/s: suhaimi tu sapa?
5:32 PM  
Blogger Nashrex conteng...
badaipastiberlalu. citer iddon tp ada que ngan pashasandal? waaawwww.... sedut mana wei
6:10 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
TOMYOHANNON - ditengok seluar dia buat apa!

KAK WEEN - ha yes. body dia seksi. hugable.wahahaha. siyes. tengok badan dia rasa nak peluk ja. tapi dia suka senyum secara gula.

KAK TUN - tengoklah kak tun. cite biasa tapi chika suka. rasa memang best. atau mmg berkesan. scene dia pon cantik. que haidar punya watak kecik je. tapi terkejut jugaklah tgk2 muncul que haidar.

NASHREX - sikit je watak dorang. watak kecik. tapi agak mengujakan jugaklah sbb tengah2 tgk terkeluar muka que haidar. cam biasalah. youtube. aku tak rajin download. aku rajin stream ja. :p
6:37 PM  
Blogger Along conteng...
sgala ciptaan Tuhan yang punya hati itu, boleh merasa patah hati hingga...kering hatinya dipatahkan.


tapi along sendiri percaya badai itu mmg pasti berlalu bila sampai waktunya yang tepat...


biarpun along terpaksa menunggu tanpa henti waktu itu akan tiba....




kekdahnya la kan.
adek wat along ni emo saje.
1:17 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
chika,
chika xleh rasa nak peluk beliau itu nanti fahrin jeles.Kak ween xpe..Farid kamil kasik. Dia sgt sporting & understanding tau.hahahahhahah
2:47 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ALONG - betul, long. semua org yg ada hai boleh kering dan patah. sebab hati ni mmg keadaannya antara basah kering, buruk dan cantik.

memang akan takes time tapi mmg badai pasti berlalu. dan kebiasaannya mmg akan mengambil masa yang sangat lama. tapi percayalah, nanti ada satu hari yang lagi baik berbanding hari-hari baik yang sebelumnya. :) chika neh mmg pandai ja buat keluar emosi orang ramai. ahhahaha :)

KAK WEEN - eh kakak pandai ja... wakakaka. tak da. dorang tak leh nak marah sbb dorang pon main kayu tiga belakang kita kak. kita main kayu enam. ahaha
9:39 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
aisey..ya x ya..kalo gitu kak ween mau main kayu 12 lah.sama johny depp..ok ke?? chika main lah kayu 18 dgn lee hom.eh xnak..jay chou lebih afdal.pastikan itu 'apek' tidak jeles okeh! ;p ;p
2:00 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
chika suka muka lee hom. tapi chika suka suara jay chou. ahaa
10:31 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
jd totalkan dua lah.sudah jadik kayu 36! hahahhahhaha
11:08 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
dah banyak-banyak nanti kita bakar ja kayu tersebut. dan buat unggun api tepi pantai. namanya unggun api cinta palsumu.
11:18 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."