Bila dah tidur time dia pon mula 'terpekik' di dalam.
Tadi ketika aku sangat free berbaring-baring tak da pulak dia nak sakit. Sangat ok ja. Padahal sekarang aku nak tidur, dia pon mula nak bersakit. Sangat tak memahami. Perut adalah parasite. Sebab tak memahami. Tetapi dia hidup menumpang pada badan aku. Apa kata engkau pergi hidup secara sendiri. Tengok, boleh hidup ka tak. Mestilah terhancur-hancur. Sekarang nak duduk dekat badan aku, duduk diam-diam. Warning. Jangan sakit malam neh. Aku sangat stress kalau tak boleh tidur. Nanti kena diurut. Bukankah sangat geli dan aku pon akan ketawa terbahak-bahak.
Sumpahlah! Aku tak akan menukar layout blog aku sampai tahun depan. Sangat jahanam ja pc ni. Ingat senang kah membuat satu set layout? Sangat memakan waktu. Iaitu selama dua hari. Adjust margin sana sini. Sampai nak termuntah darah dibuatnya menghadap coding. Error pulak. Ah! Ingat hidup aku sangat tak da wawasankah asyik nak menghadap coding? Ingat sangat senangkah membuat header baru? Engkau pon tahukan bila aku mula menyentuh photoshop, memang berjam-jam. Aku adjust warna ja dah boleh tiga jam. Sangat fussy. Sebab kalau buruk nanti hati aku sakit. Tiba-tiba photoshop error. Satu. Nasib baik aku tak da pandai memaki hamun. Tapi selamat jugaklah tadi CPU kena sepak penalty.
Geram punya pasal. Aku pon remove anti virus. Aku remove dalam enam atau tujuh software sebab aku sangat stress. Padahal aku tak tahu apakah natijahnya atas perbuatan tersebut. Macam tak berapa logik bukan tindakan tersebut? Sampai anti virus menjadi mangsa. Itulah manusia bila dah panas badan. Photoshop yang jam, antivirus yang kena remove. Padahal photoshop masih bergembira di dalam pc neh sikit pon tak terjejas. Sangat emosi bukan aku neh?
Serius sumpah. Engkau semua tengoklah layout warna warni ni sampai tahun depan okeh. Jangan berani komplen atau menyuruh aku tukar layout. Engkau bosan? Aku pon bosan jugak tengok layout neh sejak setahun lamanya. Inilah layout paling lama pernah terjadi dalam sejarah blog aku. Setahun. Gila lama. Padahal aku ada TIGA layout tak siap. Biarkan dia jadi bangkai dalam pc neh aku tak akan sentuh lagi. (Nampak macam sangat marah bukan?) Sebenarnya aku memang marah tapi aku tak da lah begitu panas hati. Sebab aku pon tak boleh buat apa-apa. Kalau orang yang buat pasal, aku boleh tumbok orang tersebut. Tapi sekarang, pc yang buat pasal. Kalau ditumbok nanti dia pon jadi bingai. Aku pon akan bersedih kalau dia rosak. Oh, sangat besar kepala lah pc neh. Sebab aku sangat tak berkuasa untuk memukul dia. Padahal dia sangat menyakitkan hati aku. Aku buat flash movie pon jahanam. Aku buat layout pon jahanam. Tapi aku tak boleh jahanamkan dia kembali.
Ni lagi satu benda sangat penting diberitahu kepada kawan-kawan yang sangat disayangi secara banyak. Tapi jangan sangat perasan okeh. Sebab engkau lagi sayang aku bukan? AHAHAH. Aku sangat tak berapa rajin menulis sms. Nah, baca jawapan kepada sms :pAizar, kasut besar
Selasa pagi! Hang cancel memang siaplah aku pergi rumah hang. Tak da bagi salam semua, aku serbu teruih ja ke dapur (hang mesti dok kat dapur punya. Perempuan sejati la katakan). AHAHA. Kita turun Tasik okeh. Sangat serius ni. Kalau kau tak da, sudah! Jangan harap kita berjumpa lagi sebab aku tak da cuti lagi. Sangat sedih bukan? Sebab tu lah masa aku datang menghantar puding haritu kau sepatutnya peluk aku secara habis-habisan sebab sangat susah nak jumpa aku bukan? AHAHAH.
Dia ni kan memang tak patut. Dia yang mimpi-mimpikan aku setiap malam lepas tu sms aku. Adakah aku rindu sangat kat dia sampai dia mimpi aku. Bukankah dia yang sangat rindu aku sebab dia yang bermimpi-mimpi. Aku sangat rindu dia tapi belum mimpi dia lagi. Maklumlah, aku tidur sangat lena sekarang neh sampai tak ada slot kosong nak mimpi. AHAHA.
Farah, kasut besar
Itulah engkau. Aku dah berbuih ajak swimming engkau tak nak. Sekarang, sudah! Aku pon dah 'red flag' tak da boleh swim lagik. Tunggulah sampai balik dari Johor nanti mungkin. Apakah rancangan The Curve tersebut kau yakin akan berjaya? Bukankah 11 hb kena pergi Johor. Macam sangat malas ja aku nak layan measured drawing tersebut. Marilah kita berdoa dengan penuh kudus supaya kita dapat rumah yang tak berapa buruk dan cantik supaya senang nak diukur. Semoga tuan rumah juga sangat baik dan educated. Tanpa menyangka yang kita ni developer nak rampas tanah mereka. AHAHAHA. Dan err... kalau dapat kereta pasti bagus. Sebab tanpa kereta, macam terputuslah kaki kiri dan kanan. Pasti bosanlah hidup kita. Aku rasa short sem ni pasti azab. Btw, babeh. Lepas paper. Kita 'melacur-kamera'. Satu UKM. Sampai Putrajaya pon boleh. Ainul dah tak sabar tahu. Dia ajak aku sejak minggu lepas. Aku kata... "jangan buat gila!"
Astri, Jomblo
Manakah Astri? Blog pon diupdate setahun sekali. Sangat sibuk membesarkan anak kah? Err... emangnya sudah punya anak? AHAHA. Manakah astri? Manakah? Siapakah tahu di mana Astri?
Athirah, dinosaur freak.
Nampaknya kita tak akan berjumpa di mall pada semester break kerna saya pon tak da semester break. Bilakah dapat berjumpa? Sangat tak tahu.yang benar,
chika.
kasut kecik.
Tadi atuk call. Dia suruh datang hotel malam ni jumpa beliau. Oh atukku. Cucu di sini semacam sangat sakit perut. Tapi demimu, aku akan pergi jugaklah. Sebab mengekalkan reputasi cucu favorite. AHAHAHAH. Tahukah? Kewangan poket juga dijana oleh beliau. Sangat sayanglah atuk dan nenekku. Ehehehe. Kalau berbuat baik, untung-untung dapatlah wang yang baik jugak esok. Tapi yang penting, aku macam tak sihat. Haruslah mengambil kesempatan menagih simpati. Iaitu menyuruh nenek , mak cik dan ibu sendiri menyediakan makanan yang macam-macam. Sangat gatal.
Oh. Malas balik UKM.
:(
19 Congteng-conteng:
wahai kak chika yang bijak pandai. akak yg reka vitamin J tue, akak kene explain kat aisya apa itu vitamin J ;D
btw,
tadik aisya add akak kat fs ;P
tak belajar ka vitamin J? memang tak diajar dr buku. ni pengetahuan khusus. bukan pengetahuan am. akak pon baru ja belajar vitamin ni. sangat penting untuk menghapus penyakit perasaan. selebihnya sukar utk dijelaskan sebab ia merupakan satu perusahaan sulit. ahahah. thrill tak?
baik baik! aku rela mencemar sumpah janji aku tamo jejak masok bilek aku kt zaba tu dah.tapi, kena gak...bilik aku tak check lagik, so, aku balik umah khamis lah! hehehe! aku nk bwk kamera canggih abah aku! ^_^ nk aku bwk tripod skalik?? ngeee...
p/s: tak teringin g boling? ataupun memburu baju "dinner" utk wokshop? hehehehe.....
eh vitamin J cookie monster ke.ingatan vitamin jay chou! huahahah
kalaulah bf boleh tukar macam tukar layout, sah akan rasa sangat best hehe..
boleh?
ajat pn ada masalah emosi dan asyik garang sejak kebelankangan ni =)
wahahahaha :D
so , kalau nak makan jugak - kene sembelih gajah la
xpon, makan muntah gajah ... :P
eheheheh
kim salam kat atuk n nenek ek...
han pon sengkek jugak ni~!
Post a Comment