obses sangat conteng entry kebelakangan ni. Tahukah aku baru terjumpa magik baru? Iaitu magik yang membuatkan aku rasa blog neh sangat best. Sangat seronok diupdate. HAHA. Sangat syok sendiri bukan? Tapi memang hakitkatlah. Syok sendiri secara berani mati. Blog neh sangat membuatkan aku obsess. Iaitu berasa sangat ketagih hendak update. Baru tiga minit publish entry, tangan dah menggigil ketagih nak update lagi. Err. Ini penyakit. Iaitu
blogorosis. Tak berapa bahaya. Cuma semacam tak sedaplah ditengok orang. Atau boleh dituduh macam bagus.
Apa kau tak sedar ka? Hanya orang yang banyak idea ja yang boleh membuat kerjaan berani mati neh. Ya. Betullah. Aku nak kata aku banyak idea. Kalau kau nak cabar aku tulis entry sepanjang-sepanjang entry (
sampai engkau kena scroll down selama 7 jam) pon aku boleh. Sangat boleh.
Nak bet? Tak payah bet. Sebab aku tak sanggup nak menghadap blog neh sampai membazir usia aku selama 7 jam. Tapi aku memang berasa sangat gian nak update. Aku tengok banyak blog di luar sana yang tak diupdate secara konsisten. Bak mari sini! Tahulah aku kerjakan. AHAHAHA.
Selagi aku belum pulang ke pangkuan jalan ni, bolehlah aku tunjuk bagus secara berani mati di sini. Nanti aku sudah sibuk dengan urusan duniawi, sudah! Kau pon tak payah masuk sini lagi. AHAHA. Sebab aku akan tinggalkan ja macam terbangkai-bangkai.
dua.
Rumah aku ramai orang. Semalam cousins datang. Kecik-kecik. Jenuh la kepala runsing tengok budak-budak halus lari berlintang pukang ke atas bawah. Macam medan pertempuran rumah aku. Aku pon duduk senyap dalam bilik. Aku pening dengan budak-budak. Atau dalam kata lain disebut sebagai kids-phobic. Tapi bukan macam anti kanak-kanaklah. Cuma tak berapa tahu nak berhadapan dengan kanak-kanak tu macam mana. Lagipon macam sangat tak ngam. Sebab mereka suka apa yang aku suka. Nanti mereka akan sibuk mengusik barang aku dan abislah semua toys aku diusiknya. Tahukah aku sangat berkebolehan mencubit kanak-kanak tanpa rasa segan silu di depan ibubapa mereka? AHAHA. Sebab tu lah mereka pon semacam takut-takut dengan aku. Padahal aku neh sangat baik sebanarnya. Mereka ja tak tahu.
Hari ni grandparents datang. Oh. Seronok. Kami masih mengekalkan tradisi budak kampong zaman P.Ramlee. Iaitu bergembira dan bersorakan menyambut kedatangan atuk nenek. Sebab kami memang sukalah atuk nenek datang. Cuma Haikal ja tak da malam ni.
tiga.
semalam malam. ibubapa keluar berjumpa atuk nenek kami dekat hotel. Tiba-tiba sampai dekat satu simpang berbukit. Ada satu kereta drive laju macam samseng. Kereta tu dah makan jalan. Tapi dia tak mahu beralah. Abah neh jenis lembut hati dan cepat beralah. Tak suka fight. Dia kata kalau fight hal macam ni sangat cetek fikiran. Mak aku jenis angin. Mak aku warning ayah aku jangan beralah! Ayah aku kata tak pa. Maka dia pon reverse kereta kasi kereta di depan lalu.
Jalan sangat sempit. Sikit ja lagi kereta nak bergesel. Mak aku nak turun. Dia nak pergi serbu budak yang bawak kereta tersebut. Ayah aku kata, tak payah. Jangan carik gadoh. Mak aku bengang sebab kereta tu sikit tak nak beralah padahal dia yang salah.
Tiba-tiba!
Omaigod.
Macam drama .
Tahukah siapa driver samseng tersebut?
HAIKAL!
Gila bukan?"Eh, tu anak kita!," mak aku dah terperasan.
Abah stop . Dia pon stop. Masing-masing turunkan tingkap. Apalagi,
gelak sakan! Malam. Masing-masing tak perasan kereta. Tengoklah. Anak lawan Ayah. Ayah pon beralah.Mak aku sikit lagi nak pergi serang anak sendiri. Kelakar bukan?
"Ma, abah! Sorry! Dek Kal ingat siapa! Kalau dek kal tahu ni abah, memang dek kal dah kasi jalan dah... adoi! Bapak sendiri!," dia pon teriak di situ. Abah dah senyum ja. Mak aku dah pakat control panas. AHAHAHA.
"Lain kali jangan makan jalan. Salah," ayah aku warning dia.
Nasib baik mak aku tak turunkan? Kalau tak mesti lagi drama.
aku rasa, macam ketagih lagu
Ketulusan Hati.
19 Congteng-conteng:
begitu juga nota2 keusahawanan, asik tenung je... tensen. tak bersemangat sesemangat study amalan hr tu. hehe
hah! haikal ngan anip, kasik depa geng! beza nye...kete haikal cam kacak, maka bleh tahan. kete yg anip guna? tak lama lagik tinggal rangka!!
lagu ketulusan hati tu syahdu gile ok.. isk isk.. sedih kalo ingat balik sbb penah kasi kat ex bf yg tak menghargai daku hohoho
apekah?
bagus bagus.. kaktun xdela bosan sgt. buka laptop, blog pertama kaktun masuk..blog chica la.
ajat slalu ketandusan idea.
n bila idea dtg, kerja yang melambak-lambak pn dtg.
teruskn mengupdate blog.
ajat suka baca =)
LINDOSH - len kali dedicate kat bf lagu Lelaki Buaya Darat. Kasi kaw kaw kat dia. ahahah.
KAK TUN - hahahah. ha ah kan. kalau dia turun, lepas tu mengamuk tanya... anak sapa la ni! mesti lagi drama kan. ahahha. Mmm.. chika pon mesti masuk blog kak tun setiap ari. sehari berkali-kali walopon tahu dah, kak tun tak da blogorosis. cepatlah mengidap penyakit tu! :p
MASY - tu la. mmg tak da saman. tapi macam yg dikata, menimbulkan tuduhan ke tasa diri oleh orang ramai. nanti dituduh sgt syok sendiri ka? sangt bagus ka? hahahaha. Padahal mmg pon syok sendiri. wakakakka :))
AJAT - tgk. penyakit blogorosis mendatangkan faedah kpd orang jugak. ahaha. tapi tak lama nanti, tak da da kot. sembuh. terpaksa sembuh :D ngee
KAK ERNI - chika pon gelak gila masa mak chika cerita. dah la mak chika tu cerita dgn penuh perasaan. mmg lawak ar. sib baik tak dilanggarnya kan? kalau tak lagi haru.....
ahaha....jangan marah, aku baru nak type mende sama...tapi ko sudah menyatakannya! hehehe
***cabot!***
apada!
oh ye, lagi satu, kepala mmg kena keras, supaya bisa lindungi organ otak yang merupakan pengawal segala tindakan terkawal, luar kawal serta tindakan refleks seseorang orang!
heee! btw, wa da update! kekeke
oit! ni apa pulak cerita pasal melindungi otak bagai neh. ya Allah. sabar je lah. ahahah.
FAISAL - tu la maasalahnya yg kelakar tu. boleh masing2 tak perasan kereta. lagipon mmg lorong gelap. tak sangka la pulakkan boleh berjumpa tgh2 jalan tu. ihhh/
kelakar la psl haikal tu
klo bukan bapak sendiri..adehh =P
memandu secara berhemah.. =P
dira rasa nnt klo kawen, dira pun jenis tak mo ngalah...skang ni klo ada org wat slah, dira je yg bising, org yg drive tu rilek jee..hahhaha
berhati2 dijalan raya...ok?
Post a Comment