Mungkin betul. Mungkin aku memang kesemua di atas. Tak payah dipilih jawapan yang tepat sebab jawapannya semua di atas. Sebab tu aku berasa semakin tak nak bersosial dengan siapa-siapa nanti tuduhan pon akan bertambah lagi banyak. Sebab tu pada hari-hari tertentu aku tak da mendekati siapa-siapa. Malah tak da mengunjungi mana-mana blog sebab nanti aku terbuat hal yang menimbulkan masalah. Lagi-lagi dalam masa aku bertekanan tinggi ni.
Stress. Aku stress. Tadi cuba tidur. Lelap sejam. Mimpi buruk. Aku bangun. Air mata mengalir. Oh. Menangis dalam tidur. Perbuatan 2 in 1. Perut aku sangat sakit. Sudah lama tak rasa kesakitan yang semacam ni. Mungkin sebab lewat beberapa bulan ni hidup aku agak ok jadi aku tak da stress. Maka menjelang 'pms' aku pon tak da sakit yang sangat sulit. Tapi dalam dua bulan ni kehidupan sangat tertekan. Ya Allah. Sangat sakit aku rasa. Macam bersabung nyawa sakitnya. Sangat sakit. Sampaikan tadi tak boleh berdiri. Sebab sakitnya terus menangkap ke urat peha.(engkau pernah rasa keadaan ni?) Ya Allah... kalau tak dapat dibuang sakit ini, kurangkanlah. Sebab terlalu sakit.
Sebenarnya dah beberapa hari (mungkin seminggu) aku tak da menggangu dia di blog. Aku tahu dia ada masalah. Kalau aku sibuk di sana, kalau aku tersilap cakap mesti bergadoh. Lagipon aku sendiri rasa tak seronok bila dia tak seronok. Sebab aku pon akan menjadi sukar nak menegur ataupon mengajak dia 'berhibur'. Aku baca tulisan dia yang lepas. Beberapa kali cuba komen tapi aku delete. Pagi tadi aku baca sebanyak beberapa kali. Cuba komen tapi aku rasa tak perlu. Sebab kalau silap cakap, mesti dimarahnya. Tapi akhirnya aku komen juga. Sebab aku rasa memang nak komen.
Aku buat dia marah. See. Kan betul. Entah kenapalah aku rasa sangat stress. Sangat sangat stress. Kenapakah sangat sukar? Aku pon tak begitu pasti kenapakah aku berasa sangat sedih sebab macam tertekan. Sedih sampai menitik air mata. Tahukah kesedihan itu di-generate oleh rasa tertekan. Tapi tadi aku baring, aku pikir lagi. Ok. Mungkin betul salah aku datang menggangu tak kena waktu. Tapi tahukah dia betapa aku 'bersungguh' tadi menghadap pc demi dia. Padahal sepatutnya aku pergi tidur secara terlentang demi perut yang sangat sakit.
Tapi sebaik saja aku nak baring, aku tengok ada 5 komen. Oh. Dia ada. Aku pon macam berasa excited. Tapi tiba-tiba ber-konflik. Dia tanya kenapakah aku degil? Hmm.. Aku degil. Aku pon terfikir mahu membiarkan daripada nanti bergadoh lagi. Tapi dia kata aku tak melayan dia. Oh. Aku tak melayan dia? Dan secara automatic aku teringat satu hal. Pernah aku tanya perasaan dia? Mungkin aku sibuk mengajak dia berhibur melupakan masalah aku tapi aku tak da sedar masalah dia. Mungkin. Memikirkan ni, aku jadi lagi stress.
Tapi bila dikata aku tak melayan dia... aku pon rasa sangat terkilan. Betul ke? Betul ke selama ni aku tak layan dia? Bukankah aku sangat bersungguh menghadap blog dia selama berjam-jam. Berhadapan dengan word verification dan sanggup tunggu dia balik kerja. Kalau dia keluar makan, aku tunggu juga sampai dia balik makan. Tapi mungkin dia rasa aku buat macam tu untuk mempergunakan dia. Semacam mencari tempat melepas perasaan. Aku tak da terfikir pon macam tu. Tapi tahukah? Kenapa aku sanggup cari dia? Sebab aku rasa sangat gembira selepas berjam-jam dengan dia. Selepas itu aku akan menjadi sangat letih dan terus tidur. Tahukah juga? Disebabkan perbezaan waktu yang ada antara dia di sana, sistem aku pon sudah reset. Iaitu akan berjam-jam aktif di internet pada waktu pagi dan akan tidur awal seawal jam 9 malam kerna akan aktif pada waktu pagi.
But at the same time. Aku berasa tertekan hari ni dengan kejadian yang tak berapa berpunca tersebut. Sangat tertekan tapi aku tak boleh salahkan dia. Bukankah selama ini dia sangat banyak meluangkan masa? Bukankah selama ini dia sangat menggembirakan? Tadi aku minta dia menjadi sedikit memahami? Bukankah selama ini dia memang seorang yang memahami? Sampai dia menjadi satu-satunya orang yang mendengar dan tahu kisah sebenar secara eksklusif? Bukahkah selama ini dia sangat baik dan tak da berkasar?Sekarangkan dia bermasalah. Sebab itulah, Chika! Sebab itulah dia marah-marah. Dan Chika, please lah jangan merempuh pada masa yang salah.
Apa sebenarnya entry ni? AKu pon tak tahu. Cuma meluahkan secara random. SATU, aku tertekan sebab dia tak begitu memahami dan tak nak memahami (semacam menekan aku dalam satu kiraan masa yang sangat stress) Tapi aku tak boleh kata dia tak memahami sebab sebelum ini dia memang seorang yang memahami. KEDUA, aku rasa tak senang hati bila dikata yang aku tak melayan dia. Sedangkan aku sudah ada effort untuk melayan dia. KETIGA, aku sangat sedih sebab dia pon macam sedih. Aku bersedih atas masalah aku dan dia bersedih atas masalah dia. Aku pon semacam cuba mengajak beliau berhibur padahal aku sangat menyibuk. Macam sangat menyibuk. Padahal apa yang aku boleh buat? Bukankah sangat tak guna? Aku pon makin tertekan. Macam tak tahu membalas budi. Dan kemudiannya menambah kesulitan.
Aku rasa betul. Aku kena duduk diam-diam. Jangn bersosial dengan sesiapa. Jangan cuba menganggu orang. Sebab aku ni selalu tersilap langkah. Chika duduklah diam-diam. Jangan menyibuk hidup orang lain. Hiduplah untuk hidup sendiri.
Apa sedang terjadi dengan aku? Macam tak berapa fahamlah. Bencana datang secara besar-besaran. Errr... sangat tak faham. Tapi aku lalui ja. Padahal langsung tak da idea dengan apakah yang sedang terjadi neh? Kenapakah?
6 Congteng-conteng:
"tak memuaskan" - sian suami mu nnti. hahahahaha
* btw.. aku org pertama.. dah lama siot x jd org 1st!! nngeeeeeeeee
cam sedeyh larh plk..
tpi hakikatnya, menyiksakan..
btol larh kak.. kitaa serupaaa...
relaks...relaks.... aku tamo ckp byk, just take care of urslef ye....mwah mwah! :D
kju sekarang cuma jadi silent reader je lah kat sana. nanti kirim slm kat cookie monster k.
vitamin J ! sgt comel ! =D
Post a Comment