Apabila ada insan menghulur dana. Haha. Atau apabila Msjbox lelaki ini tamat tempoh. Bolehlah aku menumpang sekaki. Haha. Anehnya, kenapakah pula bergantung kepada lelaki tersebut? Sebab dialah yang activate-kan Msjbox aku dulu. Haha. Dan Haha lagi.
2. Bilakah pula akan memblog Konvo?Apabila aku berciri Malas Sifar dan Rajin Total.
3. Tadi Chika makan apa? Aik? Ini soalan penting kah? Tadi Chika makan nasik. Semalam pon makan nasik. Setiap hari pon makan nasik. Aku sangat suka makan nasik. Sehari tidak dapat nasik, sama semacam sehari tidak makan lagik. Anehnya, aku hanya memakan nasik sehari sekali. Tidak boleh berlebihan kerna dikhuatiri akan menjana isi yang berlebihan.
4. Apakah yang dibuat oleh Penganggur Berhias? Sila tambahkan title tersebut please. Penganggur Berhias Berdegree. Good. Pengganggur Berhias dan ehem... berdegree tiada bezanya dengan penganggur-penganggur lain. Cuma penganggur macam aku kategori gred A iaitu menganggur dan berwawasan. Pernah tak dengar penganggur mahu menjadi millionaire? Sangat biasalah bukan perkara tersebut? Aku pon samalah hahahahahahahaha! TAPI, aku menganggur bukan atas keterpaksaan atau kerna aku merupakan sumber manusia yang tidak laku dalam nilai komersial dan perdagangan (?) Aku menganggur atas kehendak sendiri. Agak mulia kedengarannya. Aku memilih untuk menganggur. Wa. Cukup bermaruah kenyataan ini. Penganggur macam aku kebiasaannya akan menghabiskan waktu dengan menonton astro, bersosial di dalam rumah, mem-bridal-mania, membelanjakan wang ibubapa, bergayutan di telefon sekaligus menjana kekayaan TELEKOM BERHAD dan juga berinternet membaca blog-blog ilmiah, ganas dan menimba ilmu politik. Dan juga ... err.. merancang wedding. See. Aku bukan sembarangan punya penganggur. Admire lah aku. HAHA.
5. Apakah yang dilakukan sepanjang hari ini?Menahan diri dari lapar dan dahaga. Duduk menonton kartun sampai berasa sedih melihat seekor serigala dikejar musuh. Membaca bridal magazine dan mengimaginasi pelamin impian. Menunggu tunang balik dari Selatan tanah air kerna sudah lama tidak nampak muka beliau. HAHA. Sayang, silalah terharu dan berseronok dengan pengakuan romantik ini. HAHAHAHA. Ok, confirm lepas ni dapat text lebih kurang macam ni : Your blog entry was very sweet. HAHAHA. Aih, apalah. Entry aku memang sweet-sweet belaka. Entry emos i api kemarahan pon berciri sweet jugak. Well. Kecuali ada yang kata 'Chika, blog kau burok dan tak guna'. Memang pasti akan keluarlah sebuah entry sangat menjahanamkan. HAHA. Err. Aku garang engkau jangan tak percaya.
6. Chika sangat friendly. Kan?Bukan! Kalau engkau jumpa aku diluar, jangan harap sangat aku akan menggembirakan engkau. Sebab aku ni ala-ala tak berapa nak friendly. Bukan sombong la hayyoh! Tapi aku susah bercakap dengan orang yang asing. Sebab itulah jangan membayangkan aku friendly. Nanti engkau sangat menyesal. Aku mempunyai sifat random. Iaitu boleh menjadi sangat baik dan sangat tak baik secara random. Ingat. Jangan sesekali imaginasikan aku sebagai seorang yang friendly. Nanti engkau menyesal. Tapi aku baik hati. Tak percaya sudah. Walaupon aku takda bersenyum-senyum semasa berbual, aku juga takda me-laser-bahasa di depan orang ramai. Ada dua benda engkau kena tahu. Satu, aku tidak friendly. Dua, aku baik hati. Kalau taknak percaya sudah. Dan aku susah untuk 'masuk' dengan orang. Jangan kata aku tak bagi tahu pulak.
7. Apakah blog favorite Chika?Mintak sorry sebanyak-banyak sorry. Aku tak akan sesekali menyebut mana-mana blog sebagai favorite. Sebab ia bukan sahaja tidak kedengaran adil, malah menimbulkan situasi double standard. Hanya aku yang tahu blog siapakah aku paling suka. Maka, jangan mintak aku link kan blog-blog best. Tapi, silalah klik kesemua link yang ada di sebalah kiri sana. Ada banyak blog yang bagus di situ. Kalau bukan sebab blog tersebut bagus pon, tapi owner blog tersebut mungkin sangat bagus. Sebab itu aku sudi meletakkan link dia di sana. Tengok, aku mengamalkan komunikasi dua hala.
8. Apalah Chika ni tak link-kan blog aku.Barang siapa teringin blog dia di-link-kan oleh aku, bolehlah meninggalkan mesej melalui komen. Aku tak ada masalah meletakkan link. Percuma. Tak merugikan aku. Apa-apa sahaja yang tidak merugikan aku, aku pasti tak kisah. Sebab aku sangat tak suka kerugian. Maka, bolehlah berbuat demikian. Kadang-kadang aku lupa nak masukkan link anda. Tapi jangan worry sangatlah. Aku sudah siap bookmark blog anda mungkin. Kepada yang sudah link-kan aku, terima kasih. Tak mahu link pon tak apa. Sebab aku tidak berkira sangat pasal kes-kes kecik yang tak seberapa neh. Ada orang sangat marah kalau blog dia tidak di-link kembali setelah dia bertungkus lumus meletakkan link seseorang blogger neh. Jangan risau. Aku cool saja. Tak nampak link aku pon, aku takda hal. Nak curik entry aku lagi pon, aku takda hal. Hoho. Siapakah mencuri entry tersebut? Bertenanglah. Chika sangat cool la hayyoh. Curiklah, curik. Tetap tak merugikan aku.
9. Chika, tolong promote blog aku boleh?Boleh. Macam yang aku kata, aku takda hal untuk melakukan apa sahaja selagi ia tak merugikan aku. Ha, siapa mahu promosi blog? Silalah drop comment. Mungkin boleh buat ayat macam ni : Chika, tolong jaja blog aku dalam entry kau. Sebab aku nak rating aku naik. Okay, aku takda hal. HAHA. See. Chika ni baik gila engkau je tak tahu-tahu lagi. Seriously, aku tak kisah mempromosikan blog anda. Bukan rugi pon.
Untuk itu, bolehlah lawati Blog Mr.Kay. Sebagai kredit atas budi bicaranya memujuk aku tukar domain. HAHAHA. Kepada semua yang menggunakan domain KRONIKUS, aku mintak maaflah aku belum dapat join. Sebab belum terbukak hati. Ehehe. Apapon, terima kasih kepada Kay, tokey Kronikus. Siapa nak beli domain, contact beliau. Eh eh, siapa suruh aku promote domain neh? Pandai-pandai aku je. HAHA.
19 Congteng-conteng:
yg tak besedia untuk membaca unsur unsur jiwang baik avoid =p
azie - babi buta pon tak friendly secara membabi buta. jadi, manusia apatah lagik. janganlah membabi buta. aik?
kian shen - tapi blog ko boleh tahan best. aku baca semua post kau sudah. tapi dia akan menjadi sangat syok wo bila kau tulis in bm. Sebab bm ko gila! hhaha. I admire entry pelacuran kamera tu. funny dow.
adian - huyeay! aku mmg tak sabar tunggu ko expired sbb aku nak tumpang sekaki. jgn lupa activate aku skeali tau. :D
jwpn utk soalan ke4 sgt lengkap. kak ween kasik full mark okeh? eheheheh
cam statement diva btol neh..
isk..isk..
sapela yg bertanya soklan2 kat anda byk2 neh..
awk,thanks tau!!
tapi bila depan orang yang tak dikenali atau baru dikenali, tersipu2 macam penguin.
kalau tak percaya, mintak la pengesahan kay. (harus ke kay lagi?)
ngahaha~
erk?? tah...ada kaitan ka?
...
..
.
tadi Chika makan apa? (oooppppsssss cabul betuiii)
Hm...cewah..pengakuan romantik tu..huhu
i mcm agak setuju. ehe.
since chika pun mmg mengaku.
i takes a lot of time to knowing u =)
yonna da setahun lebih jadi ur loyal readers,
but baru skrang berteguran-teguran dgn chika kan =)
its ok..
diri masing2 kan :D
http://www.voy.com.my/2008/08/26/anwar-menang-besar/#comments
Post a Comment