Bila aku menyanyi 'Jalur Gemilang',
dah macam rockers berciri patriotik.
Pagi tadi muntah lagik.
Sebab tekak aku sangat burok.
Banyak sangat cerita. Happening pulak kah hidup? Ya. Pening. Konvo, kahwin, kawan-kawan dan kamera. O' lihatlah. Semuanya berkonsonan K. Nevermind. Semua itu hendak ditulis menjadi sebuah cerita. Terlalu banyak berkamera sampai aku rasa semacam gila comel je muka yang ala-ala neh. HAR HAR HAR. Sebenarnya, perasaan comel akan hadir sebaik saja berdiri di hadapan lensa.
Hari neh sepanjang hari bergelumang dengan rasukan lensa. Aku berasa sedikit pening tetapi bergaya di depan lensa tidak pernah membuatku menyesal. Aku kongsi gambar pada lain-lain hari yang mendatang. Sebab kameraku jauh di atas katil sana. Nak kucapai, tangan tak sampai. Nak kubangun, punyalah malas. Nantilah aku buatkan sebuah entry gambarajah. Err anyway, blog aku bukan fotopages dow. HAHAHA.
Aku rindu Farah. Tadi aku nampak selipar tandas dia. Okay, cukuplah dapat tengok selipar tandas tersebot. HAHA. Aku nak mengetuk pintu room dia, tapi tak kesampaian dalam hati atas sebab yang tak berapa bersebab. Mungkin tiada dalam suratan takdir untuk kita berjumpa mentengok muka pada hari ini. HAHA. Aku rindu dia dow. Aku memang rindu dia. Tapi dia sangat sibuk dengan studio. Tak apalah. Sebenarnya aku gian nak swimming. HAHA. Aku pon dah lupa bagaimanakah perasaannya ketika swim. HAHAHA. Aku juga sudah lupa bagaimanakah tersedak tertelan air klorin tersebut. Mungkin berasa separuh mati. Err. Aku dah lupa sebab dah lama tak swim. Swimming suit aku pon macam dah basi. Mungkin kena beli baru sebab sudah basi. HAHAHA. Err. Kasi slap at my face.
Tadi kami berfoto-mania di depan entrance universitas. Perbuatan tersebut agak mem-blushing-kan tetapi apalah ertinya jubah konvo berwarna besi burok itu kalau tidak digayakan secara sepenuh nafsu. Maka, aku pon buatlah semacam apa yang dibuat oleh graduan lain. Err. Apalah. Takda modal lain kah? Kenapakah kena bergambar dengan jubah tersebut? Sangat tipikal. Kenapakah tidak pergi swimming memakai jubah konvo tersebut? Barulah luarbiasa bukan? Tapi nevermind lah. Graduan universiti mana ada membuat perkara aneh-aneh diluar batas waras. Err. Itulah masalah dengan golongan intelek. Terlalu skematik. Err. Jomlah berenang dengan jubah konvo. Bukankah suatu kenangan yang abadi. Pasti sangat abadi. Wo. Apakah aku cuba tulis neh?
Oyya.
Disebabkan blog aku diistilahkan sebagai blog ilmiah oleh aku sendiri, maka aku ada satu informasi ilmiah nak dibagi tahu kepada semua. Jangan menggunakan penimbang jisim badan dekat Alamanda. Iaitu yang terletak di sebelah escalator. Sebab penimbang tersebut sangat pendusta, bohong, tipu, temberang dan paling burok sekali, sangat jahanam. Dia buat engkau perasan kurus padahal engkau gemuk. Semacam membagi harapan kosong yang mana akhirnya, engkau akan kecewa secara menonggeng. Alat tersebut mungkin sudah rosak jahanam. Mungkin juga mempunyai ralat yang terlalu besar. Atau mungkin, memang dicipta untuk membuatkan orang ramai gembira secara drastik dan perasan kurus. Aku harap, ada pihak yang pergi tendang penimbang tersebot sampai hancur. Sebab Ainul sudah kena tipu sebanyak 3 kali. Err. Tak percaya? Pergilah cuba sana. Kalau anda tengok berat anda semacam sangat ideal, anda janganlah bangga sangat sebab penimbang tersebut... macam yang sudah aku katakan. Ianya sangat jahanam. Aik? Dah puas-puas bergadoh dan berkomplen tentang manusia, hari ni aku carik pasal dengan alat penimbang yang tidak berdosa pulak? Well. Aku harap penimbang tersebot hancur secepat mungkin sebab buat aku kecewa. Semua benda yang buat aku kecewa memang harus dihancurkan. HAHAHA.
Bye lah. Tidur lagi baik. Tulis blog panjang-panjang, bukan dapat duit pon. Oyya. Aku semakin tak faham. Kenapakah purse aku takda duit? Okay, bye.
12 Congteng-conteng:
aku jugak rindu bilek sem 3 yg beso tu. bilik skang kecik, tensen2, nak jalan tak sampai berapa langkah da berlanggar ngan perabot serta dinding. nak bercermin pun pakai cermin cinonet je yg layak.hisk
pekata syorkan kat UKM lain2 taun wat kat swiming pool(kru) dia jer...hahahaha
sore aisya pown da mcm amy search..
slalu kene ejek time assembly ;p
chika, yeke penimbang tu pedusta sejati? wowowow...sgt kijam la camtu..tak shuke timbang!!
sbb saye trase sngt gemok ):
yg gi timbang kt alamanda tu apesal? tp sib baik la machine tu bkan jenis psg speaker pastu gtau satu alamanda tu kuat2 berat korg bape..
ceyh,o0o0o je lebey..
mesin itu mmg puaka lah..
seb aku tak pernah try apa2 mesin penimbang berat dikhalayak..
sbb mesin itu mmg puaka..
ahaha
purse aku pon tade duit..asyik tade je..cubelah berlipat2 duit dlm purse,bukan ke sgt best!
bile nak bergosippan??
Post a Comment