Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, August 19, 2008

Sila dadahkan aku pula.

"Gravitation is not responsible for people falling in love"
-Albert Einstein

Jangan salahkan hukum graviti Isaac Newton bila anda terjatuh chinta. Kalau tahi burung terjatuh ke muka anda, juga jangan salahkah graviti. Salahkan burung tersebut. Tangkap burung tersebut dan masaklah dia. Makanlah dia. Kalau anda sejenis omnivor ataupun karnivor pemakan burung lah. Kalau anda tidak memakan burung, jangan ditangkap dan makan. Tembak kepala dia! Err. Sebenarnya, seekor burung telah menurunkan tahinya secara hukum graviti ke atas cermin kenderaan. Biadab betul.


Hari ini juga aku sibuk. Kan dah dibilang awal-awal. Aku sedang sibuk. Aku tidak available pada waktu siang. Pada waktu malam juga tidak berapa nak available. Siang mem-bridal, malam beradu. Jadi, janganlah ambik hati sangat kalau muka aku tidak kelihatan menghentam comment box anda. Aku masih membaca-baca entry anda yang gila dahsyat tu (Maksud dia, siapa yang rasa entry dia dahsyat, boleh lah berasa semacam bangga di sini) Apalagi, pergilah tingkatkan keganasan entry anda. Sebab aku suka membaca entry-entry ganas dengan metafora supergila dan juga kombinasi ayat-ayat hyper. Tolonglah buatkan aku sebuah entry killer punya. Supaya aku akan ketagih dengan blog anda sampai menggigil. HAHAHA.


Siapa ada entry yang bagus sampai men'dadah'kan, silalah kasi tahu aku. Anda boleh membuat ayat angkat bakul, aku tidak kisah. Contohnya, anda meninggalkan komen semacam ini :

Chika, sila baca entry aku. Aku punya entry memang best gila sampai engkau pon akan ketagih-tagih. Entry aku adalah paling best iaitu entry Chika pon sangat tewas. Jemputlah masuk ke blog aku sekarang jugak. Kalau Chika tak baca blog aku, Chika akan sangat rugi dan menyesal sampai tidak dapat dimaafkan.

Tengok. Berbunyi angkat bakul. Tapi jangan worry lah. Chika sangat diplomatik dan sangat open minded. Aku suka ayat-ayat macam bagus sebegitu. Aku suka orang yang menulis secara angkat bakul. Sebenarnya orang-orang tersebut sangat humble tetapi mereka sangat berkeyakinan. Oleh itu, sekali lagi aku war-warkan. Siapa rasa blog dia sangat seronok, silalah ajak aku ke blog anda. Sebab aku sangat suka kepada tulisan macam bagus yang sangat seronok dibaca. Tapi, aku malas bacalah blog karat. Blog karat tahukah apa? Iaitu sejenis tulisan fiction yang berkarat-karat mekipun tanpa kehadiran air dan oksigen. Ia berkarat kerana jiwa terlalu lemah. HAHAHAHAH. Err. Apakah motif perenggan ini? Ye lah. Membenarkan anda mempromote blog anda kepada aku. Silalah jangan malu. Lai lai lai! Oyya, aku suka insan-insan genius. Maksud dia, merepeklah secara genius. Angkatlah bakul anda secara genius juga.


Historical places of the day:
  • Maluri - Shoe Maker (Paris and San Lee's)
  • Sri Hartamas - Pretty In White.
  • Bangsar Shopping Center - Tom Shuz
  • Pandan Indah - Makan kasut. Gila kau makan kasut!? Makan nasiklah.
Kesimpulannya, hari ini mem-bridal secara kasut. Iaitu mencarik shoe maker paling memuaskan hati. Dan paling memuaskan hati mestilah yang paling membuaskan perbelanjaan. HAHAHA. Apa nak buat. Benda mahal memang selalu sedap. Samalah macam memakai perfume mahal. Perfume murah pon wangi jugak. Tapi wangi dia dituduh tidak sedap. Err. Tak fahamkah? Ia merupakan sesuatu yang subjektiflah. HAHAHAHA. Sukar untuk diterjemahkan. Tapi walaupun ice cream Baskin Robbins itu mahal, aku tetap cinta mati ice cream Paddle Pop. Ice cream paling sedap dalam dunia walaupon sangat murah. Err. Macam ada informasi yang bercanggah di sini. Ya lah. Tak semestinya benda murah itu tak sedap. HAHAHA. Pulak dah.

Ehem. Esok. Aku mem-bridal lagik. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. Macam tak sedar diri dah pulak. Bukanlah. Kejar waktu. Bukankah kita diajar bahawa masa itu emas? Padahal masa dengan emas tak sama langsung. Emas boleh gadai. Masa mana boleh gadai. Aku pon tak fahamlah kenapa nak disamakan masa dengan emas. Sebab emas lagi best dari masa. Owh anyway, memang biadab la bukan hujah aku neh? Apalagi, gunalah sense of humor. Gurau-gurau saja dow. Anyway, bercakap tentang masa. Ya lah. Sementara mempunyai masa lapang ini, eloklah diisi dengan ghairah sekali. Nanti sudah kesempitan waktu, bukankah sangat merana diri? Sebab itulah.


Esok aktiviti bertemu photographer pulak.
HAHA.
Aku sibuk. Tapi tetap memblog secara gigih. Well, komited la katakan. HAHA. Bolehlah ambil ikhtibar atas kegigihan aku.


Okey, bye. Tidur.
 

13 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
entry aku mmg best .. walaupun tak selalu update..

tapi baru update .. so gi jenguk jengukkan :P
2:48 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
oh.. aku igt aku 1st lagi kali ni.. rupe nye tidak.. *matila aku kene gelak kejap lagi.. haha

photographer plak? haha.. kalo aku kawen nnt, bab photographer aku paling pening.. bukan pening sbb tak tau nak carik mana.. tp ramai sgt kawan aku photographer.. sampai tak tau nak pilih mana.. hahahaha..
2:56 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kianshen - okeh. bagus. ayat kau berciri keyakinan. aku baca sekarang jugak. haha.

kay - haha. ko tewas kali neh. photographer. mmg pening. sbb banyak yang bagus2. aku pon berpinar mata dibuatnya. tapi kenalah pilih the best. sbb photo la yang paling penting. uhuu
3:02 AM  
Blogger Mastakilla conteng...
minggu mem-bridal bersama chika..
nak carik photographer tu...
mmg belambak-lambak..
tapi aku sgt interested kepada 2orang photographer ni..

nah ambik ko website..

http://www.syahrinaziz.com
http://kukubesi.fotopages.com
8:05 AM  
Blogger Masy conteng...
oo kene promotekah? hahahah takpelah dik chik. andai lapang dan berkesudian selepas bangun tido, sile le ke blog akak hehehe. ayat ni macam humble bukan? tersipah-sipah malu semasa menaipnye hueheheh
9:15 AM  
Blogger Mira3dora conteng...
hoho bes gilak membridal tiap2 hari. mcm da dkt je tarikh nye chika? after raye ke?
hoho

aaa photographer, my uncle ade.
mau?
huhu
aritu my bro kawen die jd photographer.
santek =)
gmbr2 ade kt friendster Mira
wuuu~
9:43 AM  
Blogger Marjerin conteng...
wooooo...:)
10:07 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
beshnyaaaaaaaaaa :D
photographer kena amik yg the best kan..sbb photo la paling penting
leh nangis klo gmbr x menjadi..hahahahaa
10:08 AM  
Blogger sarah conteng...
ni yg rse cm x sabau na kawen.
teehhehe gatai noh~ :D
1:40 PM  
Blogger Yana Ismail conteng...
huhu bgusla memblog dengan gigih:)ahaks!
11:07 AM  
Blogger Adlan conteng...
haha.walaupun entry ku tak 'dadah' mcm kamu, tapi terima kasih sudi melawat..
7:29 AM  
Blogger IamYonna conteng...
i just cant believe this,chika!!
u are getting married!!
1:30 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
i ponnnn! hahahah
2:37 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."