Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, August 22, 2008

Women.


Sejak kebelakangan ini, aku kuat merayap. (Bukan macam remaja terbiar). Tak lekang di rumah (Bukan macam budak sekolah baru nak up). Dan kerap pulak balik menjelang malam (Bukan macam anak muda hilang pedoman).

Esok tak boleh keluar lagi. Emak saya tak bagi. Tadi dia marah tengok saya balik malam. Padahal saya puasa. Saya tak sempat berbuka. Pukul 8 malam baru sampai rumah. Mak saya sangat garang. Iaitu garang secara sangat dan baik juga secara sangat. Sukar diramalkan. Iaitu garang dan baik secara random. Tapi kelakuan nakal balik lewat malam memang satu kesalahan besar yang saya akui. Sangat tak senonohlah bukan.

Tadi keluar secara membabi buta. Ishk apa main babi-babi pulak neh? Carutan lah bukan? Aik? babi bukankah sejenis haiwan?Tak fahamlah aku kenapakah binatang tersebut berciri carutan. Padahal dia hanyalah sejenis binatang sama macam gajah dan juga penguin. Nevermindlah. Buat apalah difikirkan sangat tentang babi. Tapi apa yang hendak dikatakan di sini ialah, kami keluar secara membabi buta pada petang tadi. Iaitu keluar secara sewenang-wenangnya tanpa motif.

Tanpa motif bermaksud, bukan untuk mem-bridal. HAHA. Bukan juga bersama Mr.Fiance. Sudah-sudahlah tu bersama tunangan. Hari ini aku memang berhasrat ingin menghabiskan sedikit usia dengan kawan karib. Aku call Aizar ajak keluar. Ajak Ijat jugak sebab pagi tadi kami adek-beradek menjadi sangat kesian. iaitu ditinggalkan oleh ibubapa. HAHAHAHAH. Ibubapa ke Perak kejap meninggalkan kami. HAHA. Menagih simpatilah bukan? :P

Kami bertiga pergi KLCC. Aku pon tak tahu kenapakah dengan aku menjadi sangat jakun dengan KLCC. Padahal dulu KLCC tersebut menjadi playground aku iaitu sewaktu zaman persekolahan. Asal nak shopping, KLCC. Asal nak hang out, KLCC. Sekarang menjadi jakun kerna sangat lama tidak menjejak ke situ. Sampai aku pon sudah lupa bagaimanakah hendak bergerak di dalam bangunan yang tak berapa nak cantek tersebut. Erk.

Tak tahu apa nak dibuat, aku pon membuat aktiviti kewanitaan. Iaitu singgah dekat cosmetic punya counter mencarik habuan. Tapi aktiviti ini sebenarnya sangat berisiko. Janganlah dicuba sewaktu tidak berduit, nanti akan menyebabkan serangan histeria. Atau boleh menyumbat salur pernafasan. Tapi disebabkan aku sangat berani mati, aku membuat jugak setelah sekian lama.

Stop depan counter Anna Sui. Pegang-pegang eye shadow sebagai langkah awal mendapatkan habuan. Dan o yes, gotcha! Dapatlah membuat satu sesi make-up secara percuma. Tapi haruslah manis mulut. Iaitu bercakap-cakap secara sangat berminat. Walaupon kadang-kadang tak berapa berminat. Cakap je color lipstick yang dia sapukan pada bibir anda sangat gila punya cantek walaupon sangat kelihatan burok hakikatnya. Kemudian, buat-buatlah macam sangat jakun dengan barangan lainnya. Maka, promoter pon akan membagi anda cuba.



Aku admire betul dresser dia. Meja solek tersebut dipenuhi kosmetik aneka warna. Rasa aku nak baham semua. HAHA. Berderetan eye shadow. Lipstick tegak berdiri mencabar mata betul. Rasa aku nak panggil jin, angkat satu booth Anna Sui yang comel ni pindahkan masuk bilik aku. Hambik kau!


TAPI MASALAHNYA, aku terfalling cinta sudah pada product Anna Sui. Si pondan promoter perfume pulak sibuk men-spray haruman Anna Sui yang gila punya comel baunya. Sampai aku hilang pedoman seketika tapi nasib baiklah boleh diselamatkan. Kalau tak, pasti jatuh miskin sampai tak mampu membayar parking lagik. HAHAHAHA.

Aku kalau dah terfalling cinta, mesti aku nak juga. Tengoklah nanti. Memang pasti muka aku akan dibawa berkunjung ke counter Anna Sui tersebut buat kali kedua. HAHA. Ko tengoklah! HAHAHA. Ma, I need money money money money money and more money. Sebab Anna Sui punya product tu gila comellah. Cannot tahan wo.

Amoi neh pulak make-up artist untuk wedding. Maka, dia pon membagi contact number dia kalau aku berminat untuk menggunakan dia. Aku pon tak tahu bilakah aku boleh menggunakan dia sebab semacam sudah ada make-up artist yang mencukupi. Tapi in case berkeperluan, macam boleh diharap jugak amoi ni. Cara dia make-up pon not bad. Pandai. At least takdalah muka aku menjadi semacam bukan muka aku. Iaitu tidak memberikan hasil akhir yang mengejutkan jantung. HAHAHA.

Siapa-siapa mencari make-up artist atau semacam memerlukan sesi make-up untuk sekali, dua kali atau berkali-kali ... bolehlah aku recommend amoi neh. Tak mahal dow. Gila murah. Aku rasa, kalau setakat nak berjalan-jalan carik pasal pon boleh juga ber-make-up dengan dia. HAHA. Tapi kalau anda pandai, buatlah macam apa aku buat. Iaitu datang membawa muka dan mintaklah make-up session percuma. Tak payah bawak apa. Asalkan anda mempunyai sebuah muka, anda pasti boleh di-make-up. HAHA. Kalau tak bermuka, sangat sorry lah. Hehe.

Anyway guys, Gucci ada perfume baru. Yang didakwa oleh kakak promoter sebagai sangat wangi bau dia. Padahal sangat tak wangi. Maka, aku pon meluahkan pandangan aku secara ikhlas. Aku kasi tahu kakak promoter bahawa edition tersebut sangat tak wangi. Promoter tersebut semacam tak puas hati. Dia kata, hanya peminat Gucci yang sejati akan membeli Gucci. Wadehel. Apa engkau ingat aku tak membeli Gucci? Kelakar okey. Sangat bermati-matian meyakinkan orang ramai bahawa latest edition tersebut sangat wangi. Gila keras bau dia. Sumpah aku tak nak beli. HAHA. Kasi percuma aku ambek lah. HAHAHA. Siapa ada chance pergilah try sana.

Aku takda membeli apa-apa kecuali sebuah wallet untuk mak aku. Bukan membodek lah hayyoh. Tapi aku sangat tak suka melihat barang-barang yang tidak lagi kelihatan perfect. Iaitu wallet mak aku semacam tidak lagi perfect di mata aku. Jadi, haruslah aku membelikan yang baru supaya nampak sempurna. Buat apalah disimpan lagik yang sudah tidak perfect tersebut. HAHA. Begitu juga dengan purse aku yang semakin memburuk. Punyalah aku gigih mencarik purse, tapi tiada yang berkenan. Kata nak perfect lah bukan. HAHA. Aku rasa, dah berbulan-bulan punya bulan aku mencarik purse. Gila cerewet. Apa ar. Carik purse pon susah. Ehehe. 14 February nanti, genaplah sudah 3 tahun aku memakai purse Roxy tersebut. Gila lama! Mana pernah aku memakai benda sampai 3 tahun! Wawawa. Kagumilah aku.

Apsal KL sesak sangat?
Tolong jawap.
Sana sini orang shopping.
Sangat kayakah?
Buat jalan jam jek.
Semak betullah.
 

17 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
KL sesak sbb sekarang kan musim sales.
pastu pulak nak puasa.. dorang shopping untuk raya sbb nanti dah puasa penat nak berjalan..
7:22 AM  
Blogger Yana Ismail conteng...
amboi2.berjalan sakan dia.huhu seronoknye:)

Ape lagi, rembat saja produk Anna Sui yg gila comey tu.huu Bawa Mr. Fiancee ke..hehe
10:25 AM  
Blogger Nashrex conteng...
org kata KL happening..
tp aku kata, ia merimaskan!
aku xske..
11:38 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku stuju ngan adek nash..
kehrerkhekherkhekrhkerhkehrker
ah ye..
ni aku jeles.
jalan nak bertige2 je
hahahhaha..
tp jeles pon x gune
kerjaya aku jadik dreba mase cuti
lgi parah...... huuuuuuuu
1:45 PM  
Blogger MarlissaMusa conteng...
Sebab sesak :-
1.mega sale
2.cuti sekolah
3.budak u cuti
4.sebab dah mmg jln nak sesak :P
5.sebab kawasan KL

HOHE HOHE :)
4:19 PM  
Blogger azie conteng...
haih, mekap free..seronok.
5:45 PM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
CAyang, sekarang kl sesak sbb budak cuti sekolah..Kan dira kerja kat Kinokuniya KLCC, minggu ni, ramai lah orang...parents bawak anak2 dtg klcc...cis, nyemak!! hahhaha...
9:28 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
waa beshnye chika jln2 klcc dgn bestpren n adik. Kak ween da kire setahun lebey gak la x jejak sana.asik2 mid valley aje.agaggaa ;p

err product make up anna sui mmg sgt comel. tp kak ween x penah try plak bau dia punye perfume.nanti mau try test.;)

err..x suke tgk brg2 yg da x kelihatan perfect yek..kak ween punye purse da koyak rabak nih..chika belikan laa yg baru buleh?? aegegegegeggege just kidding yek adik :P
9:58 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
hahahaha. purse kakak koyak rabak?? good point kak ween. bingo kat chika. hahaha. :P pandai jek nak kenakan chika. hahaha
10:42 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
Gagaga, tudung aku senget..tak prasan pulak..haish..

weh, mmg best lah tgk die make up ko tuh..secara mendadak die buat aku suka pd make up..
dah hajat neh nak beli make up anna sui tuh!tunggu la,aku kumpul...gagaga

lepas neh,mari buat aktiviti mcm tuh slalooooooo..
3:20 AM  
Blogger riz conteng...
hoh, ada sesi mekap pulak da.. Patut gambo chika dgn aiza tu kasi gebu2 sket pastu kuar bunge2 sket kat blakang. Bertambah ayulah kalian berdua.
10:33 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
gagagagaga. gebu2 dan bunga-bunga? hahahahaha. takpelah. nantikami buat shoot kat tmn bunga terus. pasti gila punya ayu. haha
12:39 AM  
Blogger IamYonna conteng...
oho..
perfume anna sui gile best.
my friend bought last month huhu.
beli .. jangan x beli! =)
1:37 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
nak beli la neh. uhuhhhuhuh T_T
aik? nangis? hahaha
4:18 AM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
kan dah kata.. anna sui stuffs memang comel !!! sbb tu lah kakju pun gila anna sui skang ni.. =D
10:28 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye la kak ju. gila comel semuanya. meh sini kongsi. hahahahaha :P
11:32 PM  
Blogger Adlan conteng...
blikan aku wallet leh? hehe
aku baru ilang wallet la ari tu.. huhu sedey..
3:49 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."