mood? tak sedih,tapi rasa cam bertakung je kat mata....
the list will go on...and on...and on... Lalala.... Aku tak la bengang mana pon.Cuma berbulu la skit telinga.Sekarang bila dikenang-kenang balik, alahai nurul...!Tu pun nak amik hati.Tapi tadi memang serius aku kecik hati.Siap naik kelat abih satu muka.Mata aku dah bersinar-sinar cam nak gugurkan air keramat.Orang cakap pon aku buat derk je.Sampai semua naik runsing tengok muka aku.Sapakah dikalangan family aku yang tak kenal sama ini budak Nurul Haizum?Aku kan kuat tarik muka empat belas.Bila aku buat je muka skit, mulalah semua orang kalut.Tkut...ha, takut! Mak Tok nak kontrol keadaan, terus gelak-gelak.Aki pon akhirnya makan jugak buah yang aku potong dengan cacat itu. (ye lah, kononnya tak betul aku potong.Kulit tak kupas, biji tak buang, bahagian keras-keras tak buang...bla..bla...). Ma? Ma pulak mmg insan plg memahami jiwa raga aku.Ma suruh aku makan, biar je buah tu nanti ma buat.Tengok, ma jugak yang sporting!Cayalah, supermum! Sebnaqnya...aku ni dlm zon pms.Tu pasailah asyik naik angin, telinga pon bukan main lekaih berbulu.Aku dah tak sanggup sebnaqnya dilema pms yang melampau lagu ni.Tiap-tiap awal bulan, ni lah problem aku.Sampai bila aku kena bergelumang dgn situasi camni.Dahlah kengkawan aku kata, aku jadi lion queen tiap kali aku dalam zon 'ini'.Aku dah ushaa buat macam-macam.Bukan je setakat jumpa doktor, siap ma bawak berubat kat macam-macam celah pelosok kampung.Dan akhirnya last year aku pegi klinik Wan Julia (doktor tuk pompuan). Dia kata...mmg benda tu normal je.Tak de cara nak atasi sebab ni bergantung pd nasib.Ada orang nasib dia baik, dia tak alami sumer malapetaka ni.Kata dia lagi, benda tu tak de effect kesihatan pon.Cuma kacau bilau emosi tuk short term.Ehehhe.... Naper aku cakap hal ehwal kewanitaan ni?Saja nak share ngan kengkawan aku.Biar dorang paham skit.Mana lah tau, silap haribulan nanti terkena tengking ngan aku ke, tak de lah aku dituduh kaki amok.Wakakaka... Aku jugak pernah dengar dari sorang member aku.Tak ingat pulak sapa member tu.Tapi aku dpt ilmu ni baru-baru ni jugak lah. -orang yg alami pms yg teruk, dan sakit waktu pms yg sgt dahsyat, nanti dia akan kuat waktu nak melahirkan anak.Sakit melahirkan anak akan jadi kurang sebab dia dah biasa dengan kesakitan yg amat.Sakit waktu 'tu' sebenarnya lebih kurang sakit nak melahirkan anak- Uyyo....impressive!Bagi semangat kat aku tuk terus mara dan terus mara...
keadaan? tak stabil langsung
apa aku nak ha? seseorang tuk ada kat sebelah aku sekarang juga untuk tadahkan telinga dia mendengar berjuta-juta benda yg aku nak kata.Hmmm...
:: terasa hati ::
1 Congteng-conteng:
hehe
takpe2.. cuti dua bulan nanti akan kumanfaatkan sepenuhnya utk blajo memasak.. tunggulaaa
erkk... yeke org sakit pms tu lagi senang bersalin nnt... uwaaa.. sy jarang mengalami sakit ini... adakah ia bermaksud nnt sy terpaksa berhadapan dgn kesakitan ini pada masa hadapan???
Post a Comment