Aku bengang!Faham tak bengang?
Tadi 'malay-park' je kat bawah dengan bondaku Madam Sal...(pronounce tu kasi pelat-pelat mat saleh skit heh).Kami dua beranak yang akrab lagi gemar bermesra-mesraan ini sudah tentulah memperkatakan ttg gosip-gosip liar semasa.Termasuklah isu baru pasal sowang aunty aku ni. Aku sa....yang sangat sama aunty aku yang satu ni.Dialah yang jadi baby-sitter aku time aku kecik dulu.Tapi sekarang...Kuala Lumpur, di mana Aunty ku? (woh, cam tajuk novel daaa...) Aku tak ada hasrat nak tulis isu semasa pasal aunty aku tu sebab biarlah aku simpan dalam diary peribadi aku sendiri.Yang pasti...aku sayangkan dia.Tapi aku amat kesian ngan kehidupan dia sekarang.Anak pon dah tiga.Ezwa, Putri and...aisey...yang last tu aku tak tau namanya.Ceh, gila punya sepupu tak kenal sedara mara sendiri.Tak...aku tak pernah jumpa baby dia lagi. Sebab...sebab...sebab sekor hantu liar!Cam Ju-On kau! Merangkak-rangkak turun tangga ngan rahang yang dah ilang..Ei, takut lah! Arrr!!!Apa merepek ni?
Aunty aku ni dah la lawa.Tinggi lampai...dolu-dolu time aku kecik, aku ngekor je mana dia pergi. Aku suka lagi ngan dia daripada aunty aku yang sorang lagi tu (adik bongsu ma).Dia kuat melaram, pastu suka gadoh ngan aku sampai la sekarang.Tapi aunty yang satu ni, yang aku nak cerita ni dia sporting.Sampai dulu rang ingat aku ni anak dia.Makan dia suap, dia mandikan, then shopping pon ikut dia.Gembira...~ Memang lawalah dia ni.Siap dulu banyak je brader-brader suka ngorat aku masa aku kecik.Ngorat aku dulu sebelum ngorat aunty aku.Pernah juga aku jadi orang tengah.Bangga betoi la..Ada jugak brader yang terhegeh-hegeh nak mendampingi aku (ui, mendampingi tuh!) semata-mata nak kenai ngan aunty aku ni.Tapi tu dulu... Sekarang dia dah kawin, dah ada hidup dia sendiri.Jumpa aku, setahun sekali pun payah. Aku rindu kat dia...aku sangat sangat rindu kat dia.Tapi keadaan dulu dan sekarang memang dah berubah.Takkan sikit pun sama....
0 Congteng-conteng:
Post a Comment