[Bicara Pada Bintang] - Tajuk lagu Rossa.
Yeah...aku dah jadi sedap nak sumbatkan lirik lagu kat blog.Bukan utk tujuan memanjangkan entry, tapi utk diri aku sendiri.
"bilaku merindu...bicara saja...bintangkan mendengar..."
Aku tahu bintang TAKKAN dengar.Bulan takkan jadi saksi spt mana dalam ayat yg terkeluar dari madah cinta manusia yg tgh mabuk kepayang.Tapi aku percaya, unsur alam boleh dijadikan satu kekuatan.Ada orang suka pandang kat langit, suka tgk bintang, ada jugak suka tgk bulan.Aku suka tak? Hmmm... tak sedar plak aku suka ke tak.Tapi rasanya aku jarang buat keje2 blues ni. Paling blues pon aku dengar lagu sampai tahap perkasa melayan lagu tu.
Masa aku kecik aku tak suka sgt tgk bulan.Sbb aku sangat suka baca bedtime stories.Banyak cerita dongeng barat yg mengisahkan perempuan sihir naik penyapu sampai ke bulan.Sbb tu aku benci gila nak tgk bulan mengambang malam-malam.Aku rasa cam betul je nanti nampak nenek sihir naik penyapu.Tapi skang aku dah tak sebodoh tu nak percaya. Cuma ada satu benda yg aku masih percaya sampai skang.
Kalau aku tido, aku mesti nak tutup telinga.Tak kiralah dgn apa pon, telinga mesti kena tutup.Sbb aku cam percaya sangat nanti ada benda datang bisik-bisik.Aku tau tak sepatutnya aku jadi sepenakut tu.
Har har har...aku dah tergelincir dari landasan.Apa ke halnya aku bukak cerita nenek kebayan ni sumer.Uhuhu...
Esemen infiniti.
Tak pernahnya nak sudah.Baru rasa nak bernafas pas siap present projek satu, dah pulak masuk projek dua.Dua minggu tuk siapkan presentation character. Aku pilih Kitaro sbg character pilihan aku.Tapi tak sure lagi.Rasa cam nak buat Christian Dior.Bergantunglah pada info yg aku dapat collect dalam dua tiga hari ni.
Hari Isnin lepas sgt dahsyat.Pagi tu satu studio main lepak-lepak.Borak sakan, siap berpesta dalam studio kununnya nak release tensen pas dua minggu gila ngan projek pertama.
"Bosan arr tak de keje nak buat," aku leh merungut camtu kat kwn2 aku.
"ha ah kan...kita ni kalau busy, busy gila.Kalau tak ada keje tu, mmg free abis sampai naik bosan dok dlm studio ni,"kata Farah lak.
"Ye la tu bosan, kang En. Azimin suh sketch tuk esemen komunikasi... tau lah korang!Meeting pon lom discuss," Ainul plak tetiba mengingatkan yg sebenarnya kitorang ada byk keje tertangguh.
Tetiba dalam kul 1 camtu, entah sapa tah inform kat satu kelas yg kitorang kena kumpul kat Tun Sri Lanang kul 2pm.Nak ja aku meraung time tu.Sbb aku dah kompom!Sure kitorang akan bermati-matian kena buat sketching sampai ke tgh malam.Silap-silap sampai 2 ke 3 pagi.
Sah! Betul pon tekaan aku.Kena buat life sketching laju-laju dlm masa yg terhad.Then kena submit sblm kul 10 pagi esoknya.Dah tu kena submit ngan sketching yg kitorang wat kat Melaka dulu.Mati!Aku dah la tak siap. Tapi at least aku ni rajin gak.Nak kata pemalas, tak la sampai tahap pemalas gila.Sbb life sketching kat Melaka tu, aku tinggal satu je lagi tak siap.
Dari TSL, kena plak lukis blok Aminuddin Baki.Dah la kena memanjat tinggi. Then kelam kabut buat....tak siap! Tambah plak sketch kat Pusanika tuk interior.Nak je aku melalak time tu.Masing-masing dah tertekan.Last kena lukis bangunan silinder TNEC.And finally...tak siap! Ingat balik studio nak siapkan ...tiba-tiba... Encik Azimin ngan wajah sgt releks... "Okay, kamu balik fac, kamu pegi kat Solar House, sketch solar house tu.Esok sebelom 10 submit ngan melaka skali,"
berdesing tinga kami sumer.Aku ngan Farah kelam kabut balik Zaa'ba sbb aku ada problem plak.Berlaku tragedi *TUT* yg mengganggu mood aku.Sumernya Arul ngan Faiz punya pasal! Pastu gelakkan aku.Mmg hangin satu badan.
Akhirnya aku ngan Farah mengadap Solar House sampai Maghrib.Then masuk fac, sembahyang, dan sambung sketch kat studio sampai 10 malam.Balik je hostel, aku continue lagi sampai kul 2 pagi.Sesungguhnya itu adalah hari paling sengsara.
Aku suka melukis.Tapi since aku join architecture ni, aku rasa nak termuntah ngan lukisan.Nak tercabut kepala aku rasa.Maunya tak.Mata dah mmg tak leh nak bukak, tapi tgn aku paksa gak melukis.
Miza rumet aku tu plak hilang tak balik-balik.Rupa2nya dah balik Tganu ada emergency.Ceh, takut nak mati aku dua mlm tdo sorang2.Fuh, perjalanan malam yg sgt mencabar.
IKLAN
Uhuhu...blog aku telah diiklankan secara percuma oleh ENCIK KUMPRINX ngeh ngeh.Terima kasih atas iklan.Nak ja luruh jantung aku terkena kejutan bila aku masuk2 je blog dia, terpampang ngan chumeynya iklan blogku.Wakakaka....Pegilah tgk...pegilah tgk... *wink*
NOTE : sesapa yg nak iklankan aku, silakan.Aku tak kesah.Sila..sila.. =D
6 Congteng-conteng:
slmt bersketching dgn jayanya. kuatkan semangat! =)
\kak zuril\
akak paling2 suka tgk bulan di mlm nan sunyi... layan feeling snsrg.... besh banget sey :P
kekekke
<--tgh pk lagu ape nih ekk..
btw, sOri pasal lame tak klik blOg nih..
makin chumel kite tengOks...
hiks!
chika! mlm nih kite balik kg, hiks! midterm...
Okies la, nak gi tgOk iklan Incik kUmp laks.. daa~
Post a Comment