Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, November 15, 2005

Banyak kisah... tak terceritakan....

Assalamualaikum wr...


Lama aku tak tulis-tulis di sini.Lama tak ada update. Blog ni nampak sama setiap hari. Kandungan yang sama, isi yang tak diupdate, even side content pon masih yang dulu. Semuanya sama sejak berbulan-bulan lamanya.
Selain sebok dgn kelas, aku sebenarnya malas juga nak layan blog.Bukan sbb dah tak minat, tapi pc ni dah slow semacam.Buat aku hangin je tiap kali nak buat entry.Minta maaflah kat sesapa yang blognyer blom aku link kan. Bukan aku taknak link.Tak jugak aku lupa nak link.Tapi aku tak ada masa nak link. Tensen tau bila pc ni tersengguk-sengguk. Internet connection okay. Laju ja.Tapi pc ni sendiri dah lembab semacam.
Terima kasih kat kamu-kamu yg jenguk jugak blog ni.Entahkan sapa yg jenguk, aku pon tak sure.Yg aku tau, hit counter tu terus ja hit up! TQ lagi sekali. Yg dah dtg, then ada tag kat shoutboard tu, siap kasi link lagi, sorilah kalau aku lom sempat buat kunjungan balas.Aku sebok. *entah apa yg aku sebokkan skang, aku tak tau*
Ramadhan yang lepas.
Aku sgt suka ramadhan kali ni. Aku harap, ramadhan kali ni sgt bermakna dan yes! Sangat-sangat bermakna! Boleh dikatakan, sepenuhnya ramadhan aku ada kat ukm.Jarang dapat balik sbb sebok ngan xm dan design.

Image hosted by Photobucket.com

Kan aku dah kata, penyakit gila kamera kami sgt kronik.Sampai time dlm dewan peperiksaan kat DECTAR pon leh posing lagik. Adian telah menimbulkan kontroversi dgn kehebatannya berjaya membawa masuk kamera ke dlm dewan pekser.

Alhamdulillah.Paper aku cam okay jugak.Cuma tgk lah sejauh mana rezeki aku. Design? Masyaallah...nak tercabut luluh segala macam anggota badan demi menyiapkan design. Pengalaman jadi 1st year student yg takkan aku lupakan.

Studio penuh siang malam.Aku ngan kengkawan pon tak sempat nak balik hostel.Seluruh kehidupan dah terabdi kat studio sepanjang musim design.Bertungkus-lumus untuk final review.Dah pulak tu internal ngan external review dibuat 2 hari berturut-turut.Membuatkan kitorang jd sgt kelam kabut.
Berbuka puasa yg mulanya kitorang buat satu studio dah berubah jadi aktiviti berbuka puasa underground. Semuanya jadi lepas kes accident. Hmmm.. malas aku nak cerita byk pasal accident ni. Sensitif utk sesetengah pihak.Yang aku tahu, accident tu mencetuskan sikit tegang dalam studio.Sib baik cepat okay. Tapi timbul pulak situasi lain bila aku dan kengkawanku *ainul, farah, mek, adian and babe* mula decide tanak berbuka sesama dorang kat studio.Kitorang pi berbuka dan bersahur kat luar! Best la...sgt best waktu bersahur.
Tgh2 sebok bertungkus-lumus ngan design kul 3, 4 pagi, then bila dah rasa bosan kitorang merayau ke sana sini carik helmet. Nak pi mana, nak merambu kat kedai peberet! Bandar Bangi sgt best! ekekkeke....
Dan... hmm.. aku sukalah ramadhan kali ni! Ramadhan yg sempurna sbb hari2 ramadhan aku terisi ngan kesebokan. Tensen tu mmg la dah tahap dewa dewi. Tapi ada back up yg menggembirakan. Pendek citer, aku harap Ramadhan semacam ni akan dtg lagi.
Aku tau aku byk crisis ngan ramai org sepanjang musim projek. Aku tau mood aku tak menentu.Aku hangin, aku hepi, aku mengamuk, aku runsing, aku nangis. Bukan aku sorang camtu.Semua pon camtu. But we enjoy at the end of the day. Kan? Dan 31 Oktober 2005 menjadi sgt bermakna. Kita semua berjaya siapkan projek dan berjaya bg best commitment tuk final review.
"Ini adalah batch 1st year terbaik dalam jabatan kita. Lecturer kamu maklumkan, kamu student 1st year dah siap semua seblom pukul 12 tgh mlm. Sedangkan senior kamu pukul 7, 8 pagi blom abes lagi. Tahniah 1st year sbb dah pin-up semua seblom pukul 12 tgh malam. Dari segi punctuality, kamu yg terbaik. Ada disiplin. Dan kamu juga dah buktikan pd lecturer kamu yg kamu boleh manage semua untuk final review seblom pukul 8 pagi spt yg dijanjikan," itu antara kata-kata Dr Fauzi, ketua jabatan seni bina. Time tu semua student JSB masuk dewan kuliah. Ternyata waktu sgt penting dlm jabatan kitorang.Lecturer pon tak sudah2 set masa tuk kitorang. Di tambah plak ngan En Azimin yg bukan sket punya particular. Setiap jam perlu ada management.Sebab kitorang kerja bukan dalam period tertentu. We worked 24 hours per day. Dan hari-hari jd tak ada beza. Seminggu jadi cam satu hari yg sgt pendek.
"weih, harini hari apa weih? baper ari bulan?," kitorang kadang tu dah konpius ngan hari.
"entah...rabu ke khamis heh?," masing2 dah tak tau hari.Yg kitorang alert cuma waktu.
Hinggakan sampai satu tahap, kitorang jadi fobia bila jam makin bertambah. Dari pukul 1 ke pukul 2 pagi... dan seterusnya. Bila masuk ke pukul 5 pagi, kitorang mula nak menjerit kuat-kuat. Mahu taknya, design lom siap. Lecturer plak kul 10 malam sanggup dtg studio ngan anak bini sumer kasi warning kat kitorang. Apa nak jadi pon, by 8 am,studio mesti dah susun dlm susunan yg sesuai tuk review. Kena lipat meja yg berat nak mati tu, kena kemas studio bagai nak ghak. Then around 9, review mula.Aku waktu tu dah mula nak menitiskan air mata. Dan hari tu, aku dgn kengkawan tak dapat bersahur. Semuanya demi masa.

"Bagus. Sy puas hati sbb kamu buktikan kamu boleh susun studio dan siapkan semua utk final review seblom kul 8.Saya tau

Image hosted by Photobucket.com

kamu tak tdo dah seminggu. Mata dah lebam semua. Penyakit pon dah macam-macam ada. Selsema, batuk, demam. Antibodi kamu masing2 dah lemah," kata Encik Mazlan sambil pandang kat aku. Sbb waktu tu suara aku dah cam itik.Sampailah masa hari external review tu aku dah sah hilang semua suara aku. Bila balik je umah, ma amik kat kolej, aku terus tdo dlm kete. Lama jugak aku qada' tdo sampai ma naik risau.Sepanjang hari aku tdo.Aku bangun tuk mandi dan makan je.Masa raya pertama pon aku keje tdo je kat kampong. Puas ma kena explain kat sedara mara kenapa aku gila tdo.
"Ingat, bila kamu mula dgn projek, ambik vitamin. Antibodi kamu akan lemah waktu2 ni. Saya faham semua penat.Semua tak tdo. Kalau kamu rasa kamu dah sgt penat, letih, bertungkus-lumus utk projek ni, kamu jgn risau. Mesti pass. Kecuali kamu rasa kamu sgt releks, tak buat apa, jarang jumpa saya... tu faham2 la sendiri," itu kata-kata Encik Mazlan ngan En Azimin. Kata2 tu buat aku ngan Farah dan org ain leh urut dada. Takut jugak kalau fail dan kena repeat design. Tapi kitorang sgt seronok sbb En Mazlan ngan En Azimin cam bangga bila Doktor puji depa. ekekeke....


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com

Tgk...aku pon dah tak terurus... semak! Atas meja, bawah meja, semua semak sakan!


"Inilah architecture. It's all about life. Kamu semua bukan student biasa yg ada byk masa. Kamu kena bekerja 2 kali lebih masa dari org lain. Ini lah architecture. Bidang yg kamu semua gila-gilaka waktu interview dulu. Sekarang, buktikan semua kata-kata kamu time interview dulu.Sanggup gadai masa lah, sanggup bersengkang matalah... hah!" lecturer kitorang selalu ingatkan benda ni. Bunyinya sinis tapi betol.
Dan utk bidang yg aku pilih ni, entah dah berapa kali aku menitis air mata. But to give up, never!

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Waktu ni dah dekat 6 pagi.Aku tinggal berdua ngan ainul kat fakulti sampai kul 7.30 pagi. Sampaikan ada akak tu dok tanya... "awal sampai dek," aku pandang ainul.Ainul pandang aku balik. Kitorang pon bitau.. "bukan awal sampai, belom balik sejak semalam," kitorang bitau akak tu. Akak tu cuma menggeleng. Since dia pon staf kat opis jabatan kitorang, dia dah faham lumrah kehidupan student JSB yg tak tdo malam.

Image hosted by Photobucket.com

Ini aku siapkan kul 3 pagi.Waktu tu aku baru ada satu presentation board. Sib baik model aku dah nak siap.Kalau tak, gerenti nangis air mata darah aku esoknya.

 

10 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
heheh, update jugak. ala, yg counter naik banyak2 tu aku yg g banyak kali tunggu ko update. nape cite time puase je. raye plak? :)
10:35 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hakhak....aku rindu kamuuu!!! hehe...really la....dari satu segi...aku igt ramadhan kali ni bagi aku kurang bermakna....yg org lain terkejar2 terawih...kita dok terkejar2 siapkan design...aduh!! tapi pk2 balik... persahabatan kita sume makin erat....macam2 pengalaman kite dapat....muahaha!!kalo nak di compare waktu tuh ngan waktu cuti dua bln yg amat relax neh...OMG!!i really miss THOSE hectic life!!! hehe....
10:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
tq my bestest fren farah and adian... ramadhan jd bermakna bcoz u tqwo jugak. Colouring my life... and our frenship.....
10:48 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Fuh..naseb baik aku tak giler2 kan architercture, kalau tak, mau kurus aku dibuatnye. huahuahua
pc tu tak wat maintainance ke? pc aku nie dah 5 years old, ok jerr. takde slow2 pon, huehuehue
1:14 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
eleh... jgn riak anaz. Kang dia mula meragam baru taw..... kita tak tau...
2:16 AM  
Blogger Totin Jamain conteng...
Aku ingat medic dah ckup killing, bile bace kesah ko.. fuhh, lagi pengsan idop ko erk!! aku nie, terlebih tido adela.. kekee
2:50 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
pernah tak dgr org kate ; org yg kite sayang selalu membuatkan kite keliru, sedih, terluka.... hihi... same kess lerr dgn course yg kite giler2kan tu... selalu membuatkan kita gila juga!!! keep up the good work yaaa...

-kak diqq-
8:33 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
err...bukan riak...manade riak..takabbur jer..huhuhu
3:09 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
"Ada masanya
Kita rimas dengan kehadirannya
Tak sedar kasihnya
Tak tahu cintanya

Sampai masa
Kita runsing dengan ketiadaannya
Baru sedar pengertiannya
Baru tahu pengorbanannya"

Ini sebahagian sajak seorang blogger (anggaplah ia ditujukan kepada ilmu yang diperolehi). Sya rasa sajak ini membawa erti dalam waktu-waktu akak bertarung dengan tugasan yang berat. Semoga tenang-tenang selalu. :)
10:46 AM  
Blogger Nashrex conteng...
penat tu biasa laa... tp happy ape melukis2 ni... x ar sakit otak sgt..

aku da bosan tgk plan2 ni.. kat opis aku, siap baling2 je plan2 ni smua... huhu
10:55 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."