"boleh?," terdengar suara abah kejap ni panggil.
"boleh,"aku jwp.
"hmm..ok,"abah nyata bersuara kecewa.
apa yg boleh?fuh, lap peloh la brader! Abah aku ni da kejenya tiap2 mlm hangkut laptop aku masuk bilik dia.Bukan pasai dia nak buat keja atau nak surf apa-apa.Dia nak men game! Bukan counter strike heh!Dulu abah gila main Solitaire.Skang sudah up! Dah gila men Spider Solitaire. Klu tgk ranking, highest tu mmg sah abah la. Dah hebat benar ayahanda ku itu.(hebat jugak ma jeling-jeling meluat tgk abah men game)
Seblom aku mulakan rancangan Sehari Bersama Aku, aku nak buat satu statement dulu. Statement ni bertujuan membidas Encik Nashrex! Nash...o nashh...! Bukan Mozilla la yg tak support blogger, Opera! Btolla apa yg aku cakap. *yes, aku menang 1-0* Entah pehal aku ni keje nak menang je.
Ok.memandangkan aku menjadi sgt pasif dlm musim cuti-cuti semester ni, otak aku pon takla berkembang sgt.Oleh sbb tu, aku pon tatau nak citer apa.Dlm keterpaksaan, aku pon nak tulis pasal HARI AKU.
Baik kamu (sejak Salman berkamu-kamu ngan aku, aku pon dah sedap nak berkamu-kamu) baca bebetol entry aku ni.Sbb pasni kamu leh selidik sendiri sapakah aku yg sebnarnya.
Adakah aku sorang serigala ganas?
Atau perompak?
Atau pembunuh kejam?
Mungkin jugak sorang wanita berjiwa lembut dan tabah?
Atau aku juga mungkin seorang Dewa Kemalasan?
Kamu nilai la dari tabiat harian aku.
Di sini kita pegi! (here we go!)
Cam biasa, aku bgn tdo jam... jam...jambo! uhuh...jam 11.30 pagi (note : pagi). Memandangkan aku ni secara nature nya mmg bkan manusia pagi (morning person), tabiat bgn lambat tu agak normal la.Aku kagum ngan org yg leh jadi hyper-aktif pas sembahyang subuh. Sampai skang aku masih kagum ngan Athirah yg kehidupannya bermula jam 5 pagi dan berakhir jam 12 tgh mlm.Paling lambat pon kehidupan dia bermula pas sembahyang subuh.
Compare ngan aku.Kehidupan aku bermula paling cepat 11 pagi dan berakhir basically by 3am. Syukur aku ni seorang Islam.Nak tanak aku bangkit g tok sembahyang subuh.Tu pon kekadang aku sendiri tak sure sempurna ke tak ibadah aku sbb aku lakukan dlm kengantukkan. Masyaallah....but still, alhamdullillah i'm a muslim then Allah gives me extra semangat for Subuh praying.
Back to my kisah. Turun2 je bawah, sambil towel trsidai kat bahu, ada sora dok menyapa aku. Fuh, terkejot!
"hye anak dara! baru bangun?," uncle aku daa. Owh, dah mai nak amek Nina balik. Jadinya aku mandi, pastu terpacak sat dpn tv tgk Melodi.Ada citer pasal Mawi. Hek eleh... da mula la tu org nak dengki ngan dia. Biarla Mawi tu.... jgn kaco idop dia. Aku sonok tgk rezeki dia melimpah-ruah.Kalau aku jadik tunang dia, lekas2 aku ajak kawen.Takot melepass... (merepek)
"Itut la abang nah (abg ngah) balik.Angah ekal itut abang nah"adli afiq , budak kecik yg ensem tapi sgt pelat ajak aku ikut dia balik umah.
"tanak la.Umah abang nah ada swimming pool ke?Klu ada ayong ikut," kata aku lak
"tak ada... tp abang nah nak pegi mandi kolam kat depo. ada gelongco. Feouww... gelongcor laju. Conokkk...,"siap buat aksi gelongsor lg.aku da naik heran tak fhm apa yg dimaksudkan ngan depo.Tertanya-tanya gak aku, ada tempat ke nama Depo.
"kat mana?" aku tanya lg tak puas ati
"Depo," kali ni dia ckp kuat sket.
"Depo?," aku da plik sakan.
"Tesco...," sib baik Nina fhm bahser pelat adek dia tu.Abis gelak satu umah. Canner la Tesco leh jadi Depo.Pastu aku saja gelak kuat-kuat kat tinga dia, kasi dia bengang.
"Abang nah Tomoi kang," tiba2 dia buat aksi Tomoi. Bertempiaran lari. Sbb tingat kata mama dia. Dia kalau hentam, dia bukan kira org.Main redah je.Takot gak aku ngan penangan bdk kecik
Nina da balik.Aku sedih.Adek, dek kal ngan Ijat ikut sama pi umah Nina kat Klang.Umah jd sangat sunyi dan aku jadi sgt blur.Turun bwh, naik atas, tak nampak sesapa. Biasanya bebudak ni berkeliaran kat dlm umah.Ishkk....
Zirul ngan Nazrul ada kat umah.Zirul tu nak spm, tak leh la ikut pi Klang. aku lak tinggal berdua ngan ma.Bergosip dan bersidang sakan kitorang dua sampai ke ptg.Ingat nak merayap sat ptg tadi, tapi tak jadi sbb battery kete abah leh lak weng! entah apa kena.
Mlm aku cam biasa la.Asmaradana ngan encik pc. Tetiba tgh2 surf, pc aku auto restart.Ntah sapa suh tah dia restart.Memandai je.Akhirnya langsong weng!Aku pon apalagi, capai enset, call abang is.(penasihat peribadi hal ehwal komputer aku). Bla..bla... dia suh buat apa yg dia suh tp tak berjaya sbb pc aku officially sudah tidak bernyawa lagik. Sib baik ada laptop. Connection pon da okay sbb aku dah serang 1-300-88-95-15.
"trima kaseh cik nurul kerana menghubungi tm net.sila hubungi kami jika ada sebarang masalah slps ni," naik hapal aku semua ayat skema operator2 tmnet ni.
3 Congteng-conteng:
Post a Comment