
♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|

Wednesday, February 15, 2006 |
Puasa ayam
Luar sana hujan. Dalam sini tak hujan. Mujur rumah aku punya bumbung. Kalau rumah aku lompong? Mesti kami semua kebasahan. Mesti aku sedang terkinja-kinja keseronokkan. Sbb dah lama aku pendam keinginan nak lompat-lompat dlm hujan. Takut peha lebam kena cubit, takut telinga nipis kena dgr ceramah perdana bunda... keinginan aku selalu terkubur macam pusara pejuang melayu. *ngok btol mukadimah aku kali ni*
BAHYER!
Tadi ptg, aku kelam kabut teman bunda amek adik balik sekolah.Hujan. Bunda kata bahyer hujan2 biarkan anak naik bas. *funny kan?* Then aku minta nak drive.Lama tak pegang kete abah. Kete yg buat aku rasa macam dinoso kuat atas jalan raya. Tup-tup bunda kata... anak tak boleh drive sekarang sbb hujan.Bahyer. *funny lagi kan?*. Baiklah bunda! On da way mulut murai aku sengaja sebut-sebut idea yang kompom kena bangkang forever ni. "nak balik ukm naik komuter boleh?," guess what? Bunda jawap... anak tak boleh naik komuter jauh-jauh.Bahyer. Sekarang banyak org jahat *funny lagi dan lagi kan?*. Aku rasa nak gelak tapi aku tukarkan gelak aku ngan soklan lain...
"semua bahyer. apa yg tak bahyer?," "zmn skang ni semua bahyer.tak de yg tak bahyer," "susahla camtu," "mmg. sekarang ni mak ayah dah tak tau nak letak anak kat mana. Semua tempat bahaya. Sana kes bunuh, sini kes bunuh. Culik, rompak, samun, rogol...bla..bla..,"
Teka apa aku buat sbg respon kpd kata-kata bunda? Tadaa! Aku boleh ikut sebijik-bijik apa yg bunda nak kata. Sbb aku dah dengar ayat penyata ini banyak kali dlm hidup aku. Thanks bunda. Funny kan? Seorang bunda yang overprotective sekaligus menjadikan aku seorang anak yg overprotected.
KFC : Tak payah bayar!
Tadi abah kasi 4 helai voucher KFC. Aku, adek dgn Ijat pon terhegeh-hegeh ke KFC nak tuntut ayam-ayam goreng imported tu. Dapat seploh ketul free. Apa nak lagi? Aku suka service akak tu. (aku tak sure dia akak atau aku yang perasan muda.Sbb aku slalu pikir...orang yg dah keje tu dah tua dari aku.)
Gadis KFC : Nak semua ke? Aku perasan muda : Ha ah. (takkan dpt free seploh, tapi nak 5 je kot) Gadis KFC : Makan atau bungkus? Aku perasan muda : Bungkus Gadis KFC : Regular or spicy? Aku perasan muda : spicy.
Gadis KFC : ada lagi, kak? *senyum* Aku perasan muda : Aaaa.... tambah 2 set dinner plate. *oh, aku yg akak* Gadis KFC : Lagi?*senyum* Aku perasan muda : Fun fries large satu. Gadis KFC : lagi? *senyum* Aku perasan muda : hmm... boleh tak kasi kentang putar ni, tapi takmo kentang dia. Gadis KFC : Huh? *cam nak tergelak* Aku perasan muda : Nak kuah dia je... ngeee *aku sengih kebuntuan* Gadis KFC : haa...okay.. *nada ragu-ragu* Aku perasan muda : *senyum*
Maka..mengangkutla kami tiga beradik ayam-ayam goreng produk omputeh tu. Masyaallah...nafsu!
Semua tak makan banyak. Tak lahap pon. Semua makan dgn tenang sekali spt tidak bernafsu. Aku? Hmmm...tanyalah Farah macam mana aku ni gila KFC. Jadinya aku terasa macam aku sorang je yang pelahap dinner tadi. Macam banduan kena tahan reman yang tak dpt makan beberapa hari. Semuanya gara-gara kegilaan aku terhadap ayam. Juga sbb aku ketagih ayam setelah beberapa minggu aku puasa ayam. Faghah, aku selingkuh lagi! Maafin aku.
"kenapa semua makan slow-slow? tak lapar ke?" tanya aku "mcm tak sedap KFC arini," kata Ijat. "Sbb free kot. sbb tu tak sedap," kata adek. "cuba makan ma punya. mesti sdp.Sbb ma punya tu bukan free, bayar!," kata dek ekal. "ishk, sama je. Tak sedap!," kata bunda. "ah, sebenarnya dah jemu! Dah tak nak dah mkn KFC ni sebenarnya.Perot tu dah tak boleh nak terima lagi dah.Tapi sbb saja nak buat dengki. Saja je korang pergi tukar voucher free tu. Bagi orang lain tadi lagi baik," kata ayahanda.
Okay, aku janji ini kali terakhir aku makan KFC. Tunggu beberapa bulan lagi.Tekad ni. Serius ni. Aduh, pecah puasa aku! Aku dah berjanji tak mau makan ayam lagi. Bukan sbb takut kena bird flu. Bukan sbb isu halal haram. Tapi sbb... aku terpengaruh dgn kata-kata mak cik tukang urut aku aritu. Beylo darling... aku bukan urut macam ibu-ibu lepas bersalin. Tidaklah! Aku urut sempena memujuk kepala migrain aku ni.
Urut.
Aku geli orang urut-urut ni. Masa je aku tgk tangan mak cik tu yg berlumur minyak urut nak dekat ngan badan aku, aku mengekek kuat-kuat.Seriau! Aku rasa geli yg amat. Tapi lama-lama rasa syok pulak. Lagi-lagi bila dia tekan kuat-kuat kat area batang hidung sampai ke dahi. Lega. Rasa macam psikologi aku terubat. Macam setiap picitan dia tu membuang sakit aku.
Tgh syok-syok tiba-tiba.... mak cik ni kuarkan ayat spoil. Rasa macam keluar asap berkepul-kepul kat telinga aku. Apa dia cakap? Biar aku simpan sendiri. Tapi terngiang-ngiang kat telinga aku.
Kepulangan yang tertunda.
Aku kan Beylo... bergolek atas katil sendiri lagi malam ni. Aku pikir... aku tak dpt bergolek lagi. Sbb aku ingatkan.... mlm ni aku terpaksa tido kaku atas katil ostel, katil single tu. Yang membuatkan aku tido tanpa pergerakkan. Akibat takut aksi stunt aku mencederakan diri sendiri... sbb kebarangkalian tergolek katil amat tinggi. Aku selalu nampak buttercup aku tergolek setiap pagi. tak rela aku ditergolekkan!
Aku tak jadi pulang ke ukm mlm ni. abah letih sgt.Tak larat nak drive ke bangi mlm ni. Kalau bukan sbb keje yg menuntut komitmen dan penyertaan aku, Tentu aku masih bercanda dgn cuti sampai ahad ni. Tapi aku rasa... lain macam kali ni. Teruja sgt nak balik ukm. Rindu pulak kat studio yang dikatakan adian.... mengeluarkan pelbagai bau-bauan yg memeningkan kepala dia. aku tak pening pon. *lalalalala* Yang iyanya jugak... aku rasa excited nak buat site model. Macam satu pengalaman baru. Belajar buat model size besar. Selalunya skala besar, jadinya hanya menuntut potongan-potongan board ciput. Kali ni pasti menitiskan keringat!
Beylo, aku mintak diri boleh? Terasa macam nak baring, memejamkan mata dan celik semula esok hari. Kamu jaga diri baik-baik. Terima kasih kerana rela diconteng utk mlm ni. Esok aku conteng lagi huduh-huduh. Jaga kau!
|
|
|

This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
 |
|
|
15 Congteng-conteng:
Main hujan.. best gak tuh.. kalau banjir lagi best.
Ada lagi tak voucher KFC tuh? nak skit boleh.. dah lamer lah tak makan KFC. Saya raser takder yang lebih sedap melainkan mender-2 free nie.
wah, xsabar la kunun. ok, kite tengok nnti siapa yang tulis dlm blog dulu aku penat beylo. aku ingin pulang. site model ini menguji kesabaranku. kekeke...
jumpe kamu esok!
apa jadah ar ko beli kuah kentang putar je.. hahaha!
*pesanan drp org yg lebih tua (sikit), sila pandang positif setiap nasihat ayahbonda. betulkan persepsi protes kpd rasional.
hahaha... geli perut den...
(kdg² bahaya jugak...)
jom join Jiwa Kacau
http://jiwakacau.blogdrive.com
Basri
semua voucher dah digunakan. nyum nyum... :p
adian : ha ah la.aku lupa nak tulis... KFC... mmm..sedap.Ajoi yang buat. Wakakakkaka.... tak senonoh nyer ayat! weh, siyes ni.Kali ni aku smangat nak work hard.Byk keje fun to be laaaa.... see you tonite.Live in studio ONE
nash : ko tak de menda lain nak citer.Asyik awek cun ja. Gatai meghela... :)) ... Ko tak rasa ke.... kentang putar nyer kuah tu sgt kenikmatan syok nyer...
aash : terima kasih atas peringatan dari aash yg tua utk sy yg muda. weng weng! ~ Tapi sy tak protes pon. Akur ja.Untuk kebaikkan... :)
wizurai : btol pe kata orang tua.Depa dah lama makan garam. Kita tak makan garam.Makan burger...sbb tu otak suka pikir yg senang2 je.eheheheh..... lgpon kami mmg tak mo deh naik komuter.susah payah ke hangkut beg.Dah la beg besar cam balik abes sem 2.
nyetok : mak saya : "klu ada org nak tumpangkan jgn naik.Walopon yg dikenali.Walopon kwn2 ma atau abah.Jgn naik.... naik kalau ma atau abah je yg amek".... dua dunia kita berbeza ;-)
Basri : minat gak nak join tapi berkelayakkan ke? ehehe... tak tau nanti nak pi ikut kategori mana sbb kami conteng huduh-huduh tanpa hala tuju... setakat buat entry sitkom leh la. ngee :D
leh order camnie ker..? try ar..
perasaan chika jerk yang perasan muda.. *memang seorang perasan..
kwan & hasben kan, anak yg tadika tu pun dah plan tanak bg pegi skolah sendiri, sanggup hantar biarpun ke sekolah menengah nanti.. bahayalah sekarang.. dgn ahli keluarga sendiri pun tak save.. lgkan orang luar
Post a Comment