Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, January 29, 2006

Bintang Hati


Tadi pagi aku bangun dgn riak 'kunun-kunun terkejot'.
eh, kat rumah?
Eh, tak payah gi studio?
eh, tak payah main kejar2 dgn masa...
demi menghadiri kelas ilmu?
eh....! eh...!


Ah, menyampah!
Macam tak tau-tau je otak aku ni.
Sekarang, cuti!
Cuti tu samalah ertinya dengan gembira sakan...
Macam dunia aku yang punya!


Kenapa aku tak update berbulan-bulan lamanya?
(baca : beberapa hari lamanya)


Sebab aku masuk hospital berikutan kemalangan aku kemarin.Ye, kemalangan yg aku jatuh dan tak ada orang sambut tu. (Bukanlah!Tipu je...) Aku tak update sbb aku sgt sebok. Kan dah aku war war kan jawatan baru aku. Aku ulang tulis. Jawatan baru sebagai Juru Kumpul Projek dan Assignment diRaja menuntut terlalu byk komitmen dari aku yang tidak berdosa. Demi mengekalkan kestabilan pointer (yang aku tak tau kenapa ia dinilai dlm point dan bukannya A, B atau C.. atau jugak dengan pemberian bintang-bintang spt zaman kita sekolah tadika dulu) dan juga demi menjadi sorang arkitek yang boleh berlagak sgt bagos, aku kena jugak tumpahkan seluruh komitmen aku yg tak seberapa ni.

Banyak sangat keje sepanjang minggu lepas. Menjadikan aku dan mereka hulubalang-hulubalang yang lain terpaksa pulang terkedek-kedek buat pendakian pada jam 3-4 pagi. Tak pasal2, aku dah terlibat dlm sukan mewakili UKM dlm acara 'mendaki kuak cungap-cungap'. I'm an athlete finally!

1) Color wheel.



(Edisi percubaan : berhempas pulas hingga ke titisan peloh yg terakhir. Dan untuk yang terakhir kalinya, aku akur je dgn kemampuan aku mencampur warna. Dan at the end of the day, aku dengan Farah mula berpegang pd prinsip paling berpuaka yg kami miliki. Tak kira apa, submit mesti on time! Dateline mesti kena kejar laju-laju. Dan buat masa ni aku bangga dgn diri aku sbb masih berupaya kejar dateline. Tak macam..... Oppsss.... (zuara tak zedap... ada hati nak mengata orang!) wakaka....



(siap! rasa nak lompat si katak lompat biar satu studio nampak betapa kataknya aku akibat kegembiraan menyiapkan color wheel aku. Walaupon aku tak buat tahap bombastik macam Babe (bukan setakat roda warna, dah macam taman bunga tasek titiwangsa pon ada assignment dia tu.Sgt kekaguman kami dibuatnya. Bersinar-sinar mata kami yg memandang sambil hati keruh kedengkian)... tak jugak kemas macam A'ai... (yg sgt ekspres) atau Hafiz (manusia pertama yg menyiapkan color wheel sambil mengendeng seblah aku. Mungkin saja nak psycho aku kot. Punyalah aku bersabar tgk dia main-main dgn poster color sedangkn aku time tu belom sentuh apa pon) Tapi aku puas hati sbb aku on time, tak macam orang tuh.... Opsss... (zuara tak zedap... ada hati nak mengutuk orang lagikhh!)

2) Perspektif drawing.

Beylo oh Beylo! Punyalah banyak perspektif kena draw, aku cuma mampu siapkan satu je. Punyalah tak beretika aku ni kan? Tapi sekurang-kurangnya aku tak lari dateline macam orang tu... opsss lagi! (aku tak mau kata suara aku tak sedap! Aku mmg nak mengutuk Orang Tu!)

3) Report.

Oh my god dot com dot my! Sangatla dahsyat rupa-rupanya menyediakan architectural report. Kami mula-mula pikirkan benda alahnya biasa aja. Setakat type-type guna words. Sekali kena buat balik guna Power Point, ikut format. Sib baik group aku ni bagaikan sebuah pusat terkumpulnya pakar2 komputer dan grafik. Maka... dengan sgt riaknya aku katakan, dari segi grafik, group aku sgt berjaya. Bukan aku syok sorang-sorang! Lecturer pon dah sah kan kenyataan yg perit utk ditelan oleh kumpulan lain ni. Dan demi sebijik report bersama seketul presentation (utk trip ke Lumut), kami terpaksa bersengkang mata sampai ke pukul 3, 4 pagi. Dah biasa dah....!

Untuk kempen 'berumah-tangga kat fakulti' ni, aku pon menyusun tiga buah kerusi berderet-deret utk dijadikan katil. Kepenatan dan kesakitan tulang temulang menyebabkan psikologi aku menerima kerusi-kerusi keras tu sbg sebuah tilam queen size yang sgt enak. Jadinya, tidurlah kami secara bergilir-gilir kat Tilam Enak tu. Dan tiba-tiba! Farah terkeluarkan satu idea.

"Nurul!" Farah bisik2 kat aku. Hmm.. cerdik! Dan masih mampu jugak otak si Farah ni kuarkan idea-idea hyperbolanya walopon dah pukul 3 pagi. Aku yg sentiasa menyokong semua idea gila pon bersetuju. Kami pon berlari-lari ke Pintu Kontroversi yang jugak dinamakan sebagai Pintu Bilik Seludup oleh student architecture 1st year dan 2nd year!

Aku ngan Farah cuba nak bukak pintu tu tapi keciwwwa sgt. Sbb Abang Tu dah kunci seblom dia balik. Sampai hati dia buat camtu. Habis madu sepah dibuang. Melepaskan anjing tersepit. Lepas dia da puas-puas guna studio secara haram (sbb studio tutup kul 10 mlm skang ni), dia pon kunci pintu tu. Langsong tak pikirkan kami yg junior ni. Ataupon abang tu bengang lepas aku dengan lemah gemalainya dah ingatkan dia jgn buat sembarangan sampai kami bebudak 1st year yg kena cekup ngan lecturer nanti.

Jadinya.... idea Farah nak pasang khemah kat tengah fakulti tak menjadi. Kalaulah menjadi mlm tu pasang khemah, mesti seronok yang amat. Atau mungkin jugak mencetuskan kontroversi of the year utk fakulti kejuruteraan.Sampai kuar paper! Kuar tv3! ntv7, edisi siasat dan segala macam rancangan lagi. Sbb... kami mungkin akan tido dengan lenanya sampai ke pagi. Sampailah semua warga Fakulti Kejuruteraan tu dok mengelilingi khemah kami. Kami pulak mungkin blom terjaga dari tdo yg nyenyak. Sedar2 je, kami bertiga pon jenguk ke luar khemah dan terpamerlah wajah huduh baru bgn tdo kami kat seisi fakulti. Akhirnya ditarik ke bilik dekan sbb menyalahgunakan fakulti. Juga berkelakuan tidak bermoral di tgh2 kawasan fakulti. Miahahaha... aku suka berfantasi tidak waras camni.


Balik! Dah pukul 4 pagi kami pon pulang. Waktu balik kami gembira kembali dan membuat gegaran frekuensi kat segenap ruang menuju ke Kausar. KL Menjerit!



(aku ada helmet... tak ada motor. Aku fobia dengan motor. Aku takkan pernah berjaya menghidupkan enjin moto dan aku takkan penah bercita-cita membawa moto apatah lagi punya moto sendiri. Keseluruhan sokongan buat Farah Diana yang sgt meronta-ronta mau belajar bawak motor)



Bintang Hati
Studio aku tengah buat tayangan perdana Bintang Hati tanpa henti. Menyebabkan kami semua punya sindrom pengaruh filem yg sgt kuat. Beberapa scene dan kata-kata dalam Bintang Hati dah jadi satu mainan kat mulut semua orang. Sampai kalau ikutkan hati, mau je pecah studio tu mendengar Ainul menyanyi lagu versi gedik Amy Mastura. Mau jugak studio tu terbalik akibat lagu Sesedang yg asyik berkumandang dengan sumbangnya.

Skrip pilihan (yg dilakonkan dgn sgt gedik):
  • Dah berapa lama jadi wartawwan?
  • Kurang ajaarh! Mereka hanta wartawwaan berhingus ni untuk intervieww akuh??
  • Ok, waits! Anytimes ; I nak bodigads!
  • Oppss... sorry...
  • Zuara tak zedap... ada hati nak bla..bla...
  • Suara mesin, mesin tebu, mesin jahit, mesin- gun, semualah!
Ahhh! Banyak sangat la! Sbb kami menghafal hampir kesemua skrip filem tu. Kalau suruh kami berlakon balik pon boleh. Anytimess.... ekekeke...

Siapa punya wabak? Yes... Adian! Dia yg dok ngajar kami nonton Bintang Hati. Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Kenapa tak kau bilang dengan seseungguhnya yg filem ni sgt bombastik punya best? kenapa? kenapa? *salahkan Adian!*


Presentation

Dah selesai... Dah present hasil kami pada pagi Jumaat lepas. Puasss...


Aku lewat pagi tu. Tak sangka pulak ada presentation sbb entah mulut siapa tah yg menggembar-gemburkan. Lecturer tak nak buat presentation. Lecturer nak krit je utk projek apparatus. Tapi bila aku sampai2 je klas, lecturer suh pi bilik seminar present report kat Lumut. Dengan aku yg tak berpakaian formal.... =( Selamba mak minah pakai baju sk8 lagi berdiri tegak kat depan time presentation. AHAHA....



Sekarang.

Beylo : skang kamu cuti kan, Chika?
Aku : sepatotnya cuti. Tapi byk keje la, Beylo.
Beylo : Ko mmg keje manjang. Bila nak free?
Aku : Bila aku cuti bersalin nanti.
Beylo : Tapi bila ko cuti bersalin?
Aku : Bila aku dah melahirkan anak nanti la.
Beylo : Tapi bila?
Aku : Bila aku dah kawen la.
Beylo : Kawen bila?
Aku : Kalau boleh dua jam lagi aku nak kawen! Kalau boleh... tapi masalahnya blom boleh.
Beylo : Abes, bilaaa?
Aku : Eh kamu ni Beylo! Dah kenapa sebok sgt pasal bila aku nak kawen?
Beylo : Tanya pon tak boleh.
Aku : Baik ko tanya bila aku nak tdo.
Beylo : Bila ko nak tdo?
Aku : Sekarang!!!!


Aku nak tdo. Kepala aku saket. Projek Apparatus blom plan apa nak buat lagi. Site model pulak menuntut komitmen berlebihan lagi. Dan pulak terlibat dlm publisiti untuk Festena (Festival senibina) mudah-mudahan aku sehat dan selamat sejahtera sehingga aku berjaya menjadi arkitek betol-betol. Bukan olok-olok macam sekarang. tata Beylo!
 

19 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
PERTAMA!!!!... Yes yes yes. Akhirnya impianku terlaksana jua..... Aku mendapat tempat pertama. Setelah sekian lama menunggu. Dendamku terbalas jua...!!!
4:28 AM  
Blogger Nashrex conteng...
aku kedua!!! dari malam td aku usha blog ni, takde plak ko sumbat post tbaru.. ekekeeke..

wei... arkitek pun kena main kaler2 ke? waaa.. cam amik kos seni lukis je.. hihik
8:23 AM  
Blogger Adian conteng...
hoho... memang dari lama aku tau cite ni besh! siap tgk wyg lagi. tapi aritu baru jumpe dvdnya kat midvalley. vcd xnak la.. hehe.

oho... nk pasang khemah rupenye. hahaha. aku xtau plak kewujudan khemah dlm studio tu. sleeping bag adela kot. nasib baik abang tu kunci, kalu tak, abisla korang ngan idea gile korang tuh. hehehe....
10:41 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
huhu...keciwa kan tak dpt melaksanakan impian berkhemah di tgh fakulti tuh....

pesanan penaja: kpd org2 yg tak reti anta assignment on time tuh...sedar2 diri la..jgn tny kalo ada yg kena ikat kat pokok yg dipenuhi kerengga sbb dah ramai sgt org makan hati sbb tgk kamu2 tuh bersenang lenang sedangkan kami2 ni bersengkang mata terkedek2 mengejar dateline...!!!zuara tak zedapp...ade hati nak berlagak ngan kitowrangzz.....

:P
12:07 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
irwansyah ... tahniah! mlm ni leh buat kenduri kesyukuran atas kejayaan julung2 kalinya ini. ekkeke... teruskan kejayaan!

nash .. ler, smlm pas update ingat nk bitau kamu dulu. Masok blog kamu, tagboard tak kuar2... pastu nak try hanta kat komen, komen plak lambat load. Tgk ym... dah offline.. ahhaahah...

yg kaler2 tu utk keje komunikasi senibina

adian ... pasal khemah tu jgn bising2 kat org lain. Jgn warga lain tau. Rahsia kita berempat. Termasok Guan yg accidentally tau... Bintang Hati syok ar!

fara D ... tak pe.Byk chance lagi nak pasang khemah tgh2 fakulti tu. Lek ler...

siyes aku maseh bengang kat ramai org termasokla jasad kepala itam yg sound A'ai tu. Aku lesing kang. Sgt tak best la depa nih. DAh la lembab, tak tau nk keja dateline. Kita ni la yg mati-mati tercekik demi dateline. Jahat!!! Tp sbaar je la. Ada hikmahnya satu ari nanti.
12:19 PM  
Blogger Adian conteng...
eh, sape plak org ni? aku terkesan sesuatu yang aku tak tau je.....

jeng jeng jeng (sambil muzik suspense dimainkan)
3:07 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
padan muka tak tau. Kan da ketinggalan. Sebok sgt ngan meangirls. Org dok kecoh2 main laser mulut aritu, ko sebok layan meangirls. KAn da tak tau...
4:10 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
hwah, menarik la nengok color2 buncho tuh.. rindunye kat kaler2 tersebur.. lama tak nampak.. terimakasih buat cika kerana menampakkan aku kat kaler2 itu..
hehe..

ingatkan buat apala cam rumit sangat.. color wheel je.. hehek ;p
6:05 PM  
Blogger Nashrex conteng...
ingat time aku ngan cik totin masuk2 petandingan lukih dulu.. huhu... rindunya nak jadi pelukis kembali.. huwaaa!!~
6:43 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
totin ... dia tak susah...tapi mmg sgt rumit. Sbb kena buat 3D. leceh punya keje. Ngan messy nyer... tapi kaler2 tu mmg nampak comey kan? sbb botol dia kecik2 kenot...

nash .. aha.. dlu ingat agi masok perttandingan melukis komanwel kat bukit jalil. Punyala ramai bebudak masok. Rasa nak pitam....
8:33 PM  
Blogger Adian conteng...
oho... farah dh bgtau... eheheh....
9:22 PM  
Blogger Nashrex conteng...
ramai? eleh.. ckp je ar ko kalah.. kan kan? ekekeke
10:37 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian> .. bagos ar da tau. leh laser sama...

nash .. tp aku tak ckp pon aku menang. aku cakap ramai sgt sampai pitam. Kalah tu dah sah la. WAKAKA... Kalau da satu mesya dtg... bertuah tahap dewa dewi la kalau menang. AHAHA
11:30 PM  
Blogger Unknown conteng...
muahaha...relax kat matrik jew...baru 1st year,,masuk 2nd year...mmg kene BUNUH pown...ngeh3!!
xpa..sama2 kita mencari saat tidoq yg paling sesuai..tu pun kalau ada laa....
12:41 AM  
Blogger Nashrex conteng...
kalau aku ngan adik aku join petandingan tu.. mesti ko nampak kami naik pentas.. haha~
6:43 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
iyorla tuh.... *batuk sampai pengsan*
12:55 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
Nasib baik lar kami takde.. kalau kami ade, awal2 chika dah kenal.. uhhh.. tak rela akuuuUu..
7:29 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
sib baik selain knal nash, aku knal ADEK NASH. At least tak de la aku garing2 kena masak ngan si incik nashrex tu. Miahaha.... eh, apsal tak rela knal awal2? takot kantoi aku tgk korang warna2 guna Luna eyh? ihihi
8:49 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Keep up the good work Electric car wax buffer Home interior designer company2c edinburgh toner plotters Bentley cd activation Celebrities and plastic surgery Asian bookcases Anime porn preview singapore visa master card Call center quality controller shaugh prior press democrat santa rosa ca Lazer protective eyewear Used toyota scion xa Bupron zyban wellbrutin sr Drug test ritalin real player mp3 convert bondage Butalbital binds to brainstem 26what is ultram Floor mats 2001 sonoma gmc pick up
1:46 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."