Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, January 30, 2006

Diari - Satu kisah syahdu

Dulu.... zaman kecik-kecik...
Zaman sekolah-sekolah...
Aku suka tulis diari.
Aku suka tulis tentang macam-macam.
Tentang orang tu aku nampak jatoh tergolek....
Tentang orang ni aku dengar berpacaran dengan orang tu....
Tentang orang tu macam ni...
Tentang orang ni macam tu...
Tentang macam-macamlah!
Termasukla tentang yang entah apa-apa...


Aku bergiat dlm arena menulis diari bertahun-tahun lamanya. Sampaila hujung tahun lepas, kegiatan aku dibanteras oleh semangat aku sendiri. Aku sudah tidak menulis diari peribadi lagi! Sudah tidak! Aku sudah bosan mau menulis untuk bacaan sendiri. Sebab tak ada peningkatan baik psikologi atau pon mental. Membazir ink pen dengan menulis berjuta-juta huruf, membazir tenaga sampai mencederakan tangan, dan membazir ringgit-ringgit msia aku demi mendapatkan diari yang mahal-mahal belaka (sbb yang cantik itu mahal). Sekarang, aku senang sekali menconteng blog. (dan aku sudah terjerumus dlm gejala berblog sejak aku sekolah lagi. Tapi masa tu, aku blog sambil juga berdiari)


Conteng Blog membuatkan aku rasa lagi gembira. Sbb at least aku tak seronok sendiri dan menyimpan rasa. Sekurang-kurangnya ada tangan-tangan gatal prihatin yang mau conteng nasihat dan pandangan buat aku. Simple and works! Walaupon aku maseh tak nafikan, ada byk lagi perkara yg aku terpaksa simpan sampai basi lemau tanpa boleh dikontroversikan di sini.


Ngomong apa nih?


Semalam aku kemas-kemas meja study aku. Tiba2 terjumpa diari-diari lama. (baca: diari-diari. Byk diari). Semuanya tersimpan dalam dua beg plastik yang dah aku lilit cantik-cantik sbb aku tak mau bukak lagi diari tu! Tapi semalam, aku bukak juga. Selak-selak... baca-baca...



(sebahagian dari selonggok lagi diari)

Kadang-kadang tulisan aku cantik....
Kadang-kadang tulisan aku sangat cantik....
Kadang-kadang tulisan aku huduh amat!


tak spt aku menconteng Beylo.... tulisan aku anggun sentiasa. AHAHA... Banyak sebenarnya diari dalam koleksi aku. Boleh jual kat pusat pengumpulan barang antik. (dah tentu tak laku! aww!). Tapi kalau dibuat pembungkus nasik lemak, banyak jugak nasik lemak dapat dibungkus dgn helaian-helaian diari yg dah bertulis ni. Hek ele... serendah tu martabat diari aku?


Mulanya aku gelak sampai kembung perut baca cerita sekolah aku. Aku bengang ngan member tu la... Aku bergosip liar la... Aku dajalkan orangla... aku gaduh dengan cikgula.. semuanya buat aku rasa sgt lucu. Tiba-tiba masuk bab tragis, dramatik dan spastik. Membacakan hal-hal ini membuatkan aku rasa mau mengoyak semua isi yang ada. Dan dengan tu aku tekad! aku mau buang kesemua diari yang punya kisah-kisah bodoh itu. Aku benci mengingat cerita tu. Dah la sebuah kisah yang panjang dan berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mengalahkan siri telenovela. Aku tekad!


AKU AKAN BUANG KESEMUA DIARI ITU!
AKU BENCI MAU INGAT!
AKU TAK MAU SIMPAN CERITA TENTANG DIA.
SEBAB AKU RASA ITU SATU KEBODOHAN
Tak ada lain kecuali kebodohan semata-mata....



Tapi.... ada satu yang aku takkan sesekali bakar, buang atau rosakkan. Yang berwarna biru tu. Dalam tu la tersimpan sesuatu yang paling bahagia dlm hidop aku. Jugak bukti kepada simbol kegilaan aku yang tak bertepi lagi. Eheh. Dari helai pertama, sampai ke helai yang terakhir, penuh dengan nama ... Opppss.. (terlanggar batas pulak!) Membaca isi diari biru tu buat aku kagum dgn diri aku. Semuanya lengkap aku semadikan kat situ. Macam pusara. Ha ah...ye la tu. Mmg pusara pon. Tu la pusara aku sebenarnya. Walaupon punya jalan cerita yang membahagiakan, endingnya tetap sebuah pusara pejuang tanah melayu (acah je.aku tiada penglibatan dlm pejuangan tanah melayu.Terima kaseh) Tapi mmg macam kuburlah! Kubur insan-insan kena bunuh. Huwaaa... tapi sekarang aku tak menganggapnya kubur lagi. Aku anggap ianya sebagai sebuah taman mainan kanak-kanak. Di mana aku hanya terjatoh beberapa kali ketika leka bermain di situ.Dan aku bangkit dgn sendirinya.


Berfikiran positif kan lebih baik. Walaupon kesemua diari itu tiada ending seperti sebuah pusara kematian, aku akan buang diari-diari itu. Aku akan hanya menyimpan diari biru yang bagaikan pusara, kubur atau pon Nilai Memorial Park tu. Walaupon ianya ada ending yang macam kubur, tapi aku suka.....


Malas nak berbelit cerita lagi.Abes dah cerita diari! Kejap lagi atau esok, keje-keje membuang akan aku lakukan.


**************


Nak promote nih. Semalam aku donlod la VoipStunt. Aku jumpa benda ni kat blog Nash. Tak tau la nak kata benda ni best atau tak tapi bagi aku, benda ni buat aku jakun. Sekarang ni pon aku tengah layan jakun aku ngan Totin. Nak tau apa itu VoipStunt? Lekas pergi masuk blog Nash. Donlod la... nanti boleh bersara dari YM dan pelihara jari jemari dari keje-keje menaip yang tak menguntungkan ini. (ishk, YM tetap best!) Boleh bercakap je percuma. Malas cakap banyak. Nash dah cakap banyak pasal VoipStunt.Aku sarankan Farah, Adian, Astri dengan Aiza donlod. Yang lain... terserah kamu!



Salam maal hijrah. Untuk ini, aku punya azam. Esok saja berbual tentang azam.
 

19 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
hmm... dah lama xjadi org first comment. papepun, waaa respect dan suspect siot! rajinnye tulis diari. diari kunun-kunun aku sumenye 2-3 minggu je. dan sungguh menjelikkan nk baca balik. poyo amat. haha. nak buang ke? simpanjela lagi, nnti bole baca balik sambil ko bermain2 dengan cucu cicit di halaman rumah. haha.
3:14 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
mak aii, dek..
byk yah diari kamu..
kagum, kagum..
kamu nie sOrang yg banyak crita la.. tapi kenapa harus nak dibuang diari2 tue smer..?? aiyakk, tOksah buang.. tOksah2.. kalO nak buang gaks, meh kasik kitOrang baca dulu isi kandung nye.. wakakekek..


nah..! lagu utk kamu..
buring nie, tgh sangap nie..
meh nyanyi sesama..

"aku punya teman.
teman sepermainan.
kemana ada dia selalu ada aku.

dia amat manis.
juga baik hati.
dia selalu ada.
waktu untuk membantuku.

namun aku bingung.
ketika dia bilang cinta.
dan dia juga katakan.
tuk ingin jadi kekasihku.

cukuplah saja berteman denganku.
janganlah kau meminta lebih.
ku tak mungkin mencintaimu.
kita berteman saja.
teman tapi mesra.

aku memang suka pada dirimu.
namun aku ada yg punya.
lebih baik kita berteman.
kita berteman saja.
teman tapi mesra."

salam maal hijrah jugerh..
3:21 PM  
Blogger Nashrex conteng...
thanx kerana menyuruh teman2 mu menempek di blog ku.. huhu.. <-- rasa nak terbang je nih.. kui kui kui
4:22 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian ... futuristik btol ko eyh... cucu dan cicit blom ada lg dlm perhitungan aku. Aku tekad akan buang diari2 ini. Demi nusa dan bangsaaaaa...

kak gebush ... suara tak sedap... ada hati nak baca diari orang? (nada sengau amy mastura)... wakakaka... tp mmg tekad mau campak mereka itu. Tammo baca dah..Tammo...

Tq la eyh atas lagu yg best itu. Sy suka tau lagu tu. Lagu dorang boleh dikatakan sumer best2 laaaa...

nash .. you are welcome mr nash. uhuhu.... terbang gi mana? langit ke tujuh?
6:48 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
bagus amat diari mu ya? Tapi kenapa harus dibuang? Kalo gue, gue bisa mau menyimpan itu smua diari. (sejak bile aku jadi indon ni? Ahaks...)
7:29 PM  
Blogger Nashrex conteng...
salam maal hijrah untuk kamu ya..
8:11 PM  
Blogger Unknown conteng...
besh tol diari kaler2...org misken cm kiter ni plain kaler jew..huhu! misken la sgt..kaler2 pun watpe..wat org le cibuk nk bc jew..hehe..simpan je la diari tu...wat tempek habuk...huhu!

*menempek*
9:41 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
dinswork .. adoi! *tepok dahi* bila masok blog ni, mesti ramai org indonkan diri... :-s ihihi

nash ... salam maal hijrah

arina ... suka pulak ayat 'tempek habuk' tu... ehehehe... dari tempek habuk, baik bakar jadi abu... Lagi adventure.
10:43 PM  
Blogger mohdismail conteng...
humang ai..rajen sungguh kamu ni menules..semulajadi sungguh bakat itu...*tapi yg pastimya,isi2 yg kontroversi spt dlm diai2 itu xkan terluah disini..kan beylo kan?:)
10:51 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
Incik East.. Beylo tu bisu dan pekak. Tp dia dpt menerima rangsangan sentuhan dan contengan. Miahah... meh sy tuannya yg tak bisu jawapkan. ekeke... Ha ah.. tulis kat diari ngan blog lain perasaannya. Kat blog gila sket. Kat diari byk main perasaan. CAm poyo mak minah.... East ada diari??? ihihi.. lelaki jarang adaaaa
11:59 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
aduhai chika..sesunguhnye aku tau kamu punyer koleksi yg banyak..korang2,die nieh bwk diary kat skola korang tau..weh,xkan diary kaler pink yg tak bertulis beratus helai tuh nak buang jugak??da la kite beli sesame..sob..sob..
muahahah, aku buat buku kaler pink tuh jd tempat perhiasan jerk
12:08 AM  
Blogger Unknown conteng...
hihihi...lepaih jadi abu..pi taruk dan taburrr2 kat tasik Ganga mcm dlm citer indostann tuh...hihihi!..romantik gitu! aman tenang roh diari2 tuh...hihihi!
2:25 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
same. tp skang dah start tulis balik.
5:01 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
Yeye.. akhirnye ade nick aku mencapap kat entry ko.. yYeyeYeyeYeye
7:26 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aah... diary2 lama... banyaknyer.. sunnguh rajin kamu menulis diari.. Aku tak pernah setia kat diary. asyik aje curang. huk huk
10:34 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
muahaha.... aku pons ada diary gak dlu....masa kat balik pulau...tp itu duluuu (hmm...bunyi cam iklan je...)
diary ni best...sbb kite bleh luahkan marah sedih sakit ati kita tanpa melibatkan org lain.... cenggitu la aku lepaskan marah...
skang ni...tadak dah diary....kalo bengang2 amat, aku amk kertas tules yg geram2 pastu campak dlm tong bila dah lega...
haha...poyos jers....
10:43 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku penah ade diari.. tp, x penah penoh.. hahaha..slalu bile aku nampak yg lawo.. aku beli la baru... secare kasarnye.. aku xde diari.. jadi.. aku tatau perasaan org yg ade diari..same eh mcm org yg ade blog?? mueheheheh
8:53 PM  
Blogger Adlan conteng...
yea.. the same goes to me.

i also only write diary during school days..

blog is better but there's still things we can't share with others..
1:04 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
That's a great story. Waiting for more. Cosumer ratings botox alternative Toshiba satellite 2 4 ghz notebook laptop computer Germany+cheap+phone+calls Tricity bendix washer Account ecommerce internet merchant free online merchant
2:56 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."