Epi besdey to you...
Epi besdey, dear Aiza....
Epi besdey to you!
*clap hands!*
Nyanyian 'sumbang'an chika dan Beylo untuk aizar azman!
Kamu sudah 20 tahun.
DUA PULOH!
Cuba kamu bilang guna jari-jemari kamu yang sudah semakin berusia itu...
Kena buat kiraan dua round untuk sampai ke bilangan 20 kan?
Tandanya apa tu?
Tandanya... sudah lama jugak kita hidup di alam fana ini.
Kiranya...kalau kita ni bukan manusia, tapi sejenis objek seperti kereta....
Dah tentu kita sudah mula uzur, sakit-sakit dan hampir ke penghujung usia.
Lama jugakkan kita dah bernafas atas bumi Allah ni?
20 tahun.... lama...lama....
Eh, eh.... aku ni! Macam nak menakutkan aiza pulak.
Maaf la, cik jaja. Kami tak bermaksud begitu.
Sekadar beringat-ingat sesama wanita.
AHAHA....
Hadiah?
Kamu tolonglah jangan tanya soal hadiah.
Sbb untuk tahun ni, sungguh aku sengkek segala hal.
Dan yang paling sengkek ialah dalam hal masa. Sgt kemiskinan masa hinggakan aku tak punya waktu untuk carikkan hadiah dan membungkus lawa-lawa seperti yg pernah aku buat suatu masa dulu.Sorry, fren.
Aku hanya mampu hadiahkan kamu satu doa ; semoga panjang umur dan sepanjang perjalanan mengiringi usia tu, kamu akan temui segala jenis kebahagian. Insyaallah. Saya sayang kamu.
*cium*
Tadi lepas maghrib, abah ajak kuar makan. Kami yang suka makan pon bertambah gembira dan bersiap-siap. Tiba-tiba.... abah kata tak mau bawak kereta. Ayahanda ku itu keterujaannya pada Virago masih macam dulu. Kata bunda, dari zaman muda-muda lagi ayahanda suka motor-motor sisi besar ni. Ketika agenda ngurat-mengurat dan ayat-mengayat bunda dulu... motor besar-besaranlah yg menjadi antara objek penaik CINTA bunda pada ayahanda selain kereta hijau ayahanda yg sgt rugged pada masa dahulu. Sekian sebuah kisah klasik.
Berbalik pasal pergi makan. Jadinya, kami sekeluarga pon naiklah tiga bijik motor utk ke kedai makan. Bukan kali pertama konvoi keluarga ni kami buat. Ni dah kali yang kedua sepanjang pengetahuan aku. Sepanjang yg aku tak tahu, aku tak sure pulak berapa kali. Yang pasti, aku naik SS dengan bunda.Sejak terdapat hasil peninggalan Dek Ekal pada SS tu seblom dia bertukar ke RXZ buah hati pengarang jantong dia tu, SS bunda dah jadi sgt rock, mahsyuk dan kelihatan lebih segak bunyi ekzos nyer.Sampai aku terasa segan-segan kucing nak naik motor tu. Rasa macam rugged pulak. (since aku suka motor yg berbunyi sopan, lembut dan berhemah)
Dek Kal bawak Ijat, dan Abah cam biasa... bawak si budak banyak songeh bernama Haizdell itu. Bergemalah bunyi-bunyian 3 bijik motor terpekik mlm2 buta tadi. Aktiviti keluarga yang sgt rock!
Tengah-tengah atas motor tu, bunda boleh menglipurlara pasal kes eksiden kat highway depan Safari sana. Terselit pulak nama Astri dalam citer bunda. Owh..... barulah aku teringat. Gambar2 eksiden yg astri dok bubuh kat blog dia tu rupa2nya kes tak jauh dari umah dia. Tak jauh jugakla dari umah aku. Hmmm... tak perasan pulak aku. Maklumla.. aku ni kan warga baru Bandar Bangi. Kes kawasan tempat aku pon aku dah tak tau. Bunda cerita lagi... katanya nampak macam astri kat area kemalangan tu tgh amek gambar. Tapi dia tak sure sgt sbb time tu bunda dlm kete. Bunda pon tak sure tu astri atau bukan tapi aku rasa.... betul kot tu astri sbb astri pon ada jugak tayang2 gambar eksiden yg dasat tu. Dan lagi, kes tu mmg tak jauh dari umah dia.
Aih, tersangat bayak eksiden kat area situ. Nak salahkan sapa? Salahkan jalan? Salahkan tar jalan? Ke nak salahkan rumput2 liar yang tumbuh tepi jalan? *angkat bahu*
Balik dari makan... nampak pulak sebijik skuter lalu. Ada gadis bawak skuter. Tiba2 bunda kata... "eh, bukan astri ke tu?," aku tepuk dahi. Apa ke hal nyer asyik cerita pasal astri bunda nih? Rindu sgt ke kat kwn aku si astri tu? (gerenti astri sengih-sengih time baca ni dan terasa dirinya sgt wanted) AHAHAH.... Bunda pon press kasi laju sbb nak kejar si gadis skuter itu samada astri atau pon bukan.
Bila dah hampir2 dekat tu, bunda kata... "eh, bukan astri! Astri manader bawak motor slow-slow camtu. Dia bawak bukan main lagi..." kali ni aku gelak. Wahahaha... ternyata ASTRI menjadi antara topik malam ini. Dearest Astri...bolehla kalau nak berangan diri wanted untuk kali ini. Sbb bundaku telah mensensasikan nama kamu. Hingga aku terpanggil utk edit gambar kita bertiga (spt di atas).
Epi sensasi untuk Astri.
Epi pengsan-pengsan untuk Farah,
Epi pitam-pitam untuk Adian,
dan Epi mati-mati untuk aku....
Assignment aku dah selonggok macam bukit-bukau.
Sekaligus bagi aku jawatan baru...
Iaitu sebagai JuruKumpul Assignment Di Raja.
*kedengaran besar jugak pangkat jawatan aku ni*
21 Congteng-conteng:
aizar~ slamat arijadi...
ucapan - anda dah tua..
<--- adakah syesyuai aku wish kat komen ko ni? huhu
dr semlm aku dah pk..20 years hidop..lama gak bernafaskan?lepas nieh ko lak..tpkan, tak rase lak umo nieh cam 20 sbb macam kanak-kanak je aku rase..cam baru je tinggalkan sekolah, tinggalkan cite2 sensasi dahulu kala..ape pon thankx again!!miss u..
bile la aku nak sampai umah ko nieh( garu2 kepala)
haihh...mmg pengsan aku ni...
dah la perspective yg aku sketch nampak sgt penyek neh....ngok ngek jadik nye aku la ni...
aduh aduh aduh duh duh...mana tahannn...
HAPPY BESDAY AIZA!!!!!!
aiza ... dari ko garu kepala...baik ko garu tgn ngan kaki ko yg tak reti2 nak dtg umah aku ni. ahaha
adakah bertakhtanya diriku di komen mu ini menandakan hatimu telah ditaktha oleh ku? miahahaha!!
waaaa....best nye berkonvoi satu pemili...rock uuu.....
aku mau bermotoran pon tak diizin kan...sniff snif!!!!keciwa rs nye...
kem salam ngan bunda eh.. ehehhe.. ingat2 jugak die kat aku.. tau plak aku bwk moto mcm xde kesedaran..ahhahaha..
hepi da aku ngan entry ni...Insya Allah aku xnak da ..eh.. nak kurangkan sindrom down ni... emosiak sgt.. ahaks
gamba tu gamba seksi kite bertige kan?? nyeh2..
eniwei..
SELAMAT hari KEJADIAN untuk ayza..
makseh same haizum utk entry ni.. ahaks..dan makseh la kepade seme..
ai lap yu ol..muahz
kamu chika?bilanya nak jd 20tahun?
wah, retro siot.. hehe. yes, hepi bday to aiza too. assignment gile banyak, mlm ni nk selesaikan color wheel once n 4 all ngan fara n ainul. huhu doakanku smoga berjaya dan xterleka nonton vcd!
hmm... brite panas ni, kat studio dah xleh g blog ko. tapi kat computer lab bleh plak. misteri.... hehe
nash .. ha ah kan. Pi la blog dia ucapkan live kat dia... ngeh..
Post a Comment