Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, January 31, 2006

Seni Mahal


Pagi tadi ke Central Market.
Kalau dah namanya letak kat tengah-tengah perot naga, tekak buaya Kuala Lumpur....
Dah memang sesak al pitam la jawapnya.
Tadi siang aku pening,
Tadi petang aku mula pitam,
Sekarang.... malam,
Aku mula rasa mabok.
Memang dasar perot naga tekak buaya!


Bukan aku pegi sbb aku suka nak pegi. Aku pegi sbb aku nak carik client. Kecik-kecik da carik client. Kecik-kecik dah bisnes besar nak buat pelaburan dalam saham Central Market (CM). Kecik-kecik jugak dah meeting dengan bisnes partner kat Secret Recipe. Apa nak buat.... aku dilahirkan sebagai korporat... *mengeluh kunun-kunun insaf*


Aku bohong je.


Client yang aku maksudkan bukan client dlm bisnes. Client yg aku carik sampai aku ditelan dek perut naga tekak buaya harini hanyalah seorang artist. Untuk apalagi kalau bukan untuk projek arkitek UKM tu. Malas nak berbual pasal projek. Percuma cerita tentang tu sbb aku tak mendapat apa-apa untung kalau aku terangkan seratus perenggan sekalipun ttg projek aku. Sbb kamu semua pon tak nak tau. Next!


Meeting di Secret Recipe memang benar terjadi ptg tadi. Tapi bukan meeting dgn bisnes partner. Cuma meeting ringan-ringan bersama hulubalang-hulubalang yang jugak arkitek UKM macam aku. Arkitek UKM tidak membawa maksud yang kami adalah arkitek berdaftar di Persatuan Arkitek Msia. Kami cuma golongan minoriti warga UKM yg obsess dgn senibina dan dihentam dgn projek mega-megawan. (tensi dan emosi)


Tak jumpa artist. Sbb pelukis-pelukis melayu itu masih bercuti sempena CNY merangkap Maal Hijrah. Niat kami nak interview artist tak tercapai. Yang berjaya dilakukan hanyalah interview dengan beg dan bracelet.


Aku shopaholic : Encik Beg Converse Coklat, saya dari UKM. Student 1st year architecture.
Beg Coklat : Apa mau? *nada seorang kaki seni tiruan*
Aku shopaholic : Sudikah Encik diinterview oleh saya?
Beg Coklat : Hmm *seniman sombong*
Aku shopaholic : Adakah design tubuh badan Encik cukup muat utk disumbat dgn laptop saya?
Beg Coklat : Muat! Muat! *ter-uja spontan*
Aku Shopaholic : Saya beli Encik sebagai client saya!


Jadinya... client yang aku dapat harini adalah beg sandang converse *tiruan* yang tak lawa sgt buatannya (nama pon tiruan). Dan juga sebijik gelang yg aku namakan sbg gelang Rock Uuuu! Apa-apa laaaa....


Harini hari pusing2 KL lagi. Terasa macam pelancong asing. Terasa macam melancong ke Bangladesh. Bau Kuala Lumpur dah jadi sama dengan bau Bangladesh. Aku rasalah sbb aku pon tak penah ke Bangladesh. Tapi aku tau itu bau Bangladesh. Rasa koyak hati aku melihatkan Kuala Lumpur yang telah diBanglakan.


Seni Mahal.
Ini sekadar satu ideologi aku. Yang aku pandang dgn mata aku yg berkualiti tinggi ni.

Masuk je CM, aku rasa macam aku bukan di Msia. Tapi aku kat pusat nusantara. Sbb macam2 rupa manusia ada. Ada muka Asia, muka Omputeh dgn hidung pinocchio, ada muka Arab,dan macam-macam muka. Bermuka-muka. Tapi yang paling kurang nampak ialah muka melayu. Muka warga tempatan. Muka warga indonesia aku bilang lagi ramai (aku tak bilang, aku rasa je). Sbb apa eyh?

ada ke sbb org Malaysia tak hargai seni? Atau seni yang tak menghargai orang Malaysia? Lalala... Melihatkan harga-harga seni tempatan yang mahal, aku tiba-tiba rasa seni tempatan ni tak mesra rakyat. Harga semua hasil seni bukan sikit punya mahal. Ada tu, harga sebijik lukisan gambar kepala kucing (yang boleh dihasilkan lima minit dengan Adobe Photoshop CS2) sama harga dengan kasut aku. Bagi orang kepala 'beli-belah' macam aku ni, mesti aku berbesar hati kalau dapat memiliki kasut Converse ratusan ringgit daripada membeli kepala kucing itu walaupon rasa suka terhadap lukisan kepala kucing itu sgt tinggi jugak. (suka tapi tak tergamak tengok harganya yg supermahal)


Byk kali aku jatoh chenta dengan lukisan-lukisan yang dijual di mana-mana pameran seni. Banyak kali aku rasa nak...... amat memiliki lukisan-lukisan yang punya nilai seni yg tinggi. Tapi tiap kali tu aku terencatkan keinginan aku sendiri. Sbb aku rasa lebih rela menyalurkan wang aku untuk makan besar di Secret Recipe. (sama mahal, lebih berpatutan)


Banyak kali aku pegang-pegang objek hasil kraf tempatan. Byk kali jugak aku letak balik setiap kali ada pameran seni. Sbb harganya masyaallah! Ditambah pulak dgn sikap aku yang lagi suka menyalurkan wang demi memenuhi nafsu makan dan pakaian aku. Macam mana kalau ada 90% rakyat Msia yg sama macam aku? Tak ke mati seni Malaysia?


aku bebel apa nih?

Aku cuma nak kata.... aku kempunan banyak seni mahal! Sbb seni tu mahal, aku makin kempunan. Byk yg aku inginkan. Aku ingin lukisan-lukisan cantik yang bernilai ratusan hingga ribuan ringgit tu. Tapi aku tak mau berbelanja lebih. Aku mau pensel-pensel kayu yang ada kepala perempuan dengan lelaki patong. Aku mau penanda buku made in sarawak yang berharga belasan ringgit setiap satu. Aku mau selipar kayu yang berharga puluhan ringgit. Aku mau gelang, rantai dan cincin yang artistic yang mahal-mahal itu. Tapi kenapa mahal? Seni mahal... sbb tu rakyat Malaysia malas nak layan seni. Baik layan mata. Buat taik mata, percuma! Babai! Seni mata sudah datang....
 

31 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
nak jadik org 1st...biar komen dlu b4 baca...muahaha
12:59 AM  
Blogger Adian conteng...
ceh, hampes je. aku, fara n aiza bace serentak ni! k la, aku kn komen brief je sbb nnti aiza komen dulu, (apa ni? dpt piala ke? tidak!!!) hmm.. ya, seni itu mahal. tapi sewa kedai untuk mempamerkan seni itu juga mahal. maka dengan sebab itulah seni itu pun secara automatiknya mahal. cuba seni itu dijual depan rumah artis? kalu mahal jugak, nk kene debik jawabnya.
1:03 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
wooo...abes ar farah mula guna taktik kotoq!
1:05 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
kowang tau tak,ari nieh en adian dah jd pakar motivasi..tak caya tanya die..

wah,sangat berseni kamu yer..dan penghabisan cerita memang berseni sangat2..sebab bile tibe seni mata tuh, terase cam ayat tuh sgt mahal...uwaa, dah bersungguh2 nak bace,last2 di nak tido lak..isk2..

walaweh fara-D, taktiq kamu sgt berjaya..sian adian nak jd 1st..
1:12 AM  
Blogger Nashrex conteng...
giler ar.. x sampai brape minit aku dtg. ni dtg balik, da ada post baru yg dipenuhi 4 pengomen yg berebut gilakan menjadi pengomen pertama.. teruk teruk...

seni x mahal.. cuma seni itu ada nilainya tersendiri.. begantung pada kretif otak yg mentafsir
1:25 AM  
Blogger Adian conteng...
suare tak sedap.... ada hati TEEETTTT. muahaha.
1:27 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
haha....kotoq tak kotoq...sekali sekala...nak gak berebut ngan en adian tuh!!lalala ***buat muka tak bersalah...***

ok...tiba masa utk komen yg proper....(dan panjang...haha!!)

well...like i said masa kite dok bincang isu ni kat cm tadik... or m'sia rs nye lebih menghargai seni suara & seni persembahan drp seni pameran nih (seni pameran?? huh...ye ye je....)
mungkin ada je rakyat msia yg kagum dgn kebombastikan seni2 tempatan tp mcm kita gak la, terasa perlu mengejar dlu keperluan2 lain... (dah...hapa yg aku merepek??)

actually ...seni tuh tak semesti nya kita beli dgn wang ringgit yg ribu ribuan... tp lebih baik dan lebih penting bg kita utk dalami & hayati apa yg penggiat seni itu cuba nak sampaikan dlm karya2 mereka...buat apa nak labur ribu riban semata2 nak menunjuk kan pd umum kunun2 kite ni pencinta seni ... kan?
1:41 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
seni tu tetap mahal. Misalnya kat pusat kraf di luar KL pon. Benda alahnya ntah apa2 je. Kadang2 batang pokok yang kena potong. (buat kata lecturer, encik mazlan), lepas tu dijual dgn harga yg mahal. Seninya cantek dan menarik.Tp atas nama seni, harga nya pon jadi CANTEK dan MENAREK. Kalau camni, bila seni tempatan nak maju?Bila rakyat tempatan dan menghargai seni. Sbb kebanyakkan yg berani simpan seni di umah hanyalah golongan kaya. Jadinya, seni kita blom UMUM.

Objektif : Seni Jgn Mahal Lagi
1:44 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
"seni adalah sesuatu ciptaan yang mengandungi idea2 kreatif si pencipta yang unique / lain dari yg lain" yg dijual kat KL tu bukan senii.. tu cenderamata harga cekik darah.. mekdonal pon tak cekik darah mcm tu :p
4:00 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
yeaaayyy.... itu lah yg kami carik. Tq aphesz !!! akhirnya apa yg nak disampaikan tapi tak sampai ati nak tulis dah ditulis oleh aphesz. TQ bebanyak.... IHIHIHI
11:10 AM  
Blogger Nashrex conteng...
seni aku percuma.. nak beli? hoho
11:49 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
seni pe benda?
12:17 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
nyeh nyeh .. sesama ;)
1:18 PM  
Blogger mohdismail conteng...
aduhai..kalo la ade blogger nih buat anegerah pengomen terpantas,kamu2 yang kat sini la yg akan naek podium beramai2 sampai runtuh.eheh..

sesungguhnya barang2 seni di cm amatlah mahal..berkali2 aku pegi,berkali2 tu jugak la aku keluar tak beli ape2..tapi,kalo orang MAS masuk cm tu,aku gerenti diaorg leh angkut kepala kucing tu byk2 letak kat ekor kapal terbang..baru la style..
2:49 PM  
Blogger Nashrex conteng...
tp pehal pengomen2 ni mau ngomen kat blog ni je? macam besh sgt je blog ni.. hoho
3:05 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
east .. ntah la depa ni dok gadoh2... tabaik sungguh kelakuan. Tp saham sy jugak yg melonjak disebabkan depa nih. ekeke....

yeah, thanks east sbb menyokong kenyataan bahawa bebarang seni ni cekik darah. tapi...kenapa nak bubuh kepala kucing kat ekor pesawat? naper?

nash ... dah lumrah alam... bila ada manusia yg senang sket, ada la yg cemburu.... *GELAKKAN NASH!*

HAHAHA ! !
3:19 PM  
Blogger Nashrex conteng...
hahaha
5:08 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Seni itu indah. Kerana itu ia mahal.

Namun mahal itu bukan soalnya bila si pembeli lebih utamakan kesenian yang dimiliki walau perlu korbankan yang lain.

Tapi, ada apa pada seni dunia?

Salam Tahun Baru 1427H!
6:52 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wuhu...aku pon tapaham ape dibebel ko..

(mungkin sbb aku x bace tp nak komen dulu mcm farah..erkherkhekrhr)
8:49 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
seni yang aku tau ialah ketika pendidikan seni.. aku dapat B (*slaluh..) tp cikgu akan kasi bintang di tepi.. ada apa dengan bintang... ia mebuatkan satu senyuman..

sekrang seni semacam halus.. tak nampak walaupun sebernarnya semua orang berseni.. jadi kenapa bayar lebih sedangkan kita juga mempunyai seni itu.. dan kita juga boleh membuat seni itu.. cuma malas..~
6:38 PM  
Blogger Nashrex conteng...
seni itu aku.. aku itu seni.. diriku umpama seni.. siapa yg ingin menikmati seniku, perlu miliki diriku. seni amat indah untuk ditafsirkan..

seniku adalah cintaku.. cintaku untuk seniku...

so.. mengapa bayar lebey? <-- ayat arefiz. ekekeke
10:40 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
siapa yg ingin menikmati seniku, perlu miliki diriku.(*ayat nash..)
bender nash ko jual saham nampak.. huhuhu aku lihat dari sudut mata halus.. eheh..

seni itu seni lar.. kalo seni tue ko maka pasar seni akan jadik pasar nash.. penddikan seni akan jadik pendidikan nash.. senimotografi akan jadik nashmotografi(*yg nie aku tak pasti..) adakah ia logik..?
10:21 PM  
Blogger Nashrex conteng...
bukan apa apis.. sbb chika kata dia suka seni.. so.. seni itu aku.. erk? btul x pis? ekekekek
12:19 AM  
Blogger Nashrex conteng...
waaaa.. ibu jari kaki.. ayat ko lagi pening dr ayat aku.. berulang kali aku cuba memahami.. tp smakin aku mahu mencuba memahami, semakin sakit kepala ku..
1:29 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
hahaha!!!! semua nak hentam nash.. pehal eyh???? aku sukaaa... TERIMA KASEH semua atas bantuan serangan. ekekekek...
1:53 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Nash cermin mata kor tuh.. ada unsur-2 seni tak?? *halah*....
6:29 AM  
Blogger jed1 conteng...
kalau gi metro kajang lak time weekend rasa mcm kat jakarta...penuh dgn indon...kita nak jalan pun boleh tersipu2 :D
9:16 AM  
Blogger Ku Keng conteng...
Terima kasih kerana datang bertandang ke blog saya. Akan saya luangkan masa untuk menjadi lebih berseni melalui blog anda. Salam.
10:10 AM  
Blogger Nashrex conteng...
alahai.. dah masuk bab cemin mata plak.. *wink wink*
10:40 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
irwansyah ... ekekek... sorang agi tukang hentam nash. Nasib badannn...

jed1 ... ala.. baik tukar je nama Msia jadi Indonesia V2. tol tak?

keng tembaga .. tapi kamu pon dah cukup berseni. Tgk nama pon da tau. Keng tembaga... seni tuuuuu...

nash ... Nash segala mcm seni dia ada. Tapi semua tak boleh dikomersialkan atas dasar hak asasi manusia. (uiksss...)
7:26 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Very nice site! Menu jackets Currency trading foreign exchange trading currency The source for sports langley canada Bookbag backpacks Phendimetrazine bontril 270 ct Feet legs pics sexy toes drug effexor xr Ross' appliance center winsor pilates Side effects diet pill sectional sofa scanners barcode software affiliate program
8:21 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."