Ada seorang encik telah menge-tag aku. Sekali lagi kita kena tag, Beylo. Dan kali ni, bukan setakat tag, siap kena satu sumpahan lagi. Sapa yang dah kena tag tapi buat dono, encik tu kata nanti umah dia seminggu tak ada air. Bisa kan sumpahan tu? Aku takut tak ada air. Sebab nanti abes la tanaman gandum, sayur-sayuran dan bijirin di ladang aku tak bersiram. *aku sangat penipu* Aku rasa... aku tak berapa adil sepanjang aku menulis tentang ni. Sbb pikiran aku dikuasai oleh seseorang. Membuatkan aku bukan menulis tentang my perfect lover, tapi aku menulis tentang orang tu. Tak adil kan? Sangat tak adil buat aku. Ah, lagi mudah kalau aku tulis......
Tajuk : 8 points I'm looking for in a perfect lover
Target : Wanita-wanita cantek dan sexy Lelaki
Aku tak berani bawak pulang lelaki tanpa sifat ini. Aku takut ditolak mentah-mentah oleh ayahanda. Dan aku frust mentah-mentah jugak lepas tu nanti. Terus... aku mau dia mengimamkan aku dan anak-anak solat. *peace, brother!*
Konservatif jugak kalau aku cakap, aku tak suka berada di depan lelaki. Aku masih suka prinsip 'lelaki itu kedudukkannya lebih besar'.
Aku tak harapkan David Beckham masuk meminang dengan hantaran banglo bertingkat-tingkat (sebesar midvalley, setinggi KLCC), tapi jangan la kasi aku kebuluran! Jgn pulak nanti untuk setiap kemahuan aku, aku hanya dapat melelehkan air liur.
Bagi aku, lelaki adalah membosankan bila dia jahil ilmu bola sepak. Sbb aku suka bola! *takkan aku yang kena berjaga 3 pagi time world cup sedang si lelaki tu berdengkur lena-lena.Macam songgsang ajer!* Tapi apa nak buatkan.. bukan semua orang boleh suka apa yg orang lain suka. Yang sebenarnya, aku suka lelaki aktif. Aku suka lelaki yang sporty. Kalau bukan bola sepak, main la apa-apa sukan lain. Main guli? *hello... apa classss?*
Berguna untuk cairkan kekerasan kepala dan kekerasan hati aku! Aku degil! Degil!
No komen
Ada masa, lelaki tu kena matang sbb kematangan aku jarang ada. Tapi janganla matang tak sudah-sudah. Boys look cute bila dia lompat-lompat atau main-main just like kids. Ehehehe.... *nyorok!malu!*
perfect lover aku hendaklah hensem, tinggi, sasa, glamour, berilmu, senyum mencairkan semua jasad wanita, kulit hitam manis, hebat main rugbi, pandai berlakon, romantik, seksi dan suka buat muka seposen dua. Dia lah Fahrin Ahmad. HAHAHA! *amek ko!* Dan kali ni lebih tak adil lagi. Eheh. Gurau senda semata-mata.
Ah, malas dech berbual lagi soal ni. Sbb aku terkenang lagi manusia yang menguasai pikiran aku untuk menjawap soklan perfect lover tu. Dia tu lah Teman Tapi Mesra aku. Tapi sekarang.... bukan teman, bukan jugak mesra. Sudah tidak kenal dia lagi. Tapi setiap apa tentang dia, semuanya aku masih ingat. Ah, baik aku berangankan Fahrin Ahmad. Sbb sama ajer jalannya. Tak akan dapat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak keciwa dengan Fahrin. Iya kan?
Mangsa seterusnya :
KAMU!
Kamu merujuk kepada semua orang yang blognya ada di-link-kan dalam blog aku. Selamat berimaginasi!
Sekian, bebelan tak bermanfaat aku.
17 Congteng-conteng:
manne manne??tadde ponn *dgn nada syakila....
Ok selamat menjawab semua
aduh la..
fara .. jgn over acting.buat2 tak fhm. Go, buat menda alah ni.Nanti umah ko xde air kang. AHAHAH
masy ... oh, my god! ye er? waaaa.... mau...mau!!! nanti kang sy pi sana hantar email. Demi fahrin, sy sentiasa cepat, tangkas dan pantas. Sgt angau awww!
am ... sib baik.... anda dikecualikan.
east ... pura-pura dlm perahu, kura-kura tak tau... :p cepat siapkan homework ni, nanti sy check. miahah
keng .. sy pon astig jugak sebenarnya dgn keadaan camni. Tapi akur je la dgn perbuatan sendiri terhadap blog ni. Yeah... u're most welcomed! selamat datang.... *mendepang tangan besar-besar*
nanana .. semua org ada sifat misteri dia yg tersendiri. ehehhe
bab mengimamkan solat tu, teringat plak ngan email forward pasal lelaki mesti berkebolehan jadi imam vs perempuan mesti pandai masak tu ;)
err.. dah kena tag ke ni? jawab satu point je la ye - dia mesti seorang yang tak cerewat pasal makanan. antara prinsip2 dia ialah makan apa yang ada!
Post a Comment