Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, March 19, 2006

Hari Perkahwinan (ku)

Semalam rumah aku hingaq. Lorong sepanjang ke rumah aku bersusun kete. Macam pusat jual kete. Laman umah aku pon penuh ngan kete. Kalau dijenguk dari tingkap atas, bumbung2 kenderaan itu kelihatan cantik jugak. Macam arca-arca penyeri rumah tapi hakikatnya menyemakkan. Oppps!


Tak baik mengata mereka menyemak. Semak-semak pon meraka, mereka datang bawak hantaran. Mereka datang bawak anak lelaki dan anak perempuan masing-masing. Aku malu la... *terkulat-kulat malu*. Dua keluarga berkumpul kat rumah aku (Jadi umah singgah pengantin lelaki). Kepala aku pusing-pusingan. Membuatkan aku terasa nak lari dan berumah tangga di Mc Donald berhampiran supaya aku tidak terus pusing.


Anak mak cik ni berlari naik atas! anak mak cik tu bertempiaran sekitar rumah aku. Anak pak cik ni, terjun kolam depan umah aku. Basah lencun dibuatnya mengalahkan olahragawan komanwel. Ada pulak yang main-main dgn magazine aku. Kepala aku pusing-pusing! Rasa lemas dlm rumah sendiri menyebabkan aku pon menjadi Puteri Lindungan Bulan. Hampir separuh siang aku, aku kurung diri dalam bilik tidur yang sejuk ni. Aku tak suka orang ramai di rumah. Privacy ku hilang ditelan dek kanak-kanak kecik yang tangannya meliar tak tentu arah mengusik semua benda alah dlm rumah aku. Tgn aku pon rasa nak meliar mencubit atau menyepak kanak-kanak tersebut. Tapi mereka tetap datang bersama hantaran yang tak boleh aku sangkal betapa pentingnya mereka....


akhirnya....
tanggal 10 march 2006, aku sudah diijabkabulkan....
Dan semalam, aku pon naik pelamin renda-renda sambil memakai mekap tebal-tebal macam model shu eumura.
*gembiraaaaaaaa*

Tapi kesalahan fakta berlaku. Bukan aku yang berkahwin. Ha, kena tipu! *gelak guling-guling* Makcik dan pakcik aku yang berkahwin. Dua beradik tu, naik pelamin serentak. Maka, pelamin pon terpaksa dibuat size besar yang boleh memuatkan dua pasang pengantin. Bilala aku dan pasangan akan naik pelamin. Tentu gamat suasana. Tentu aku berubah sekelip mata pada hari aku menjadi RAJA SEHARI tu. (tapi kan beylo, ari2 pon aku jadi raja sebenarnya).


Aku kan byk cakap. Banyak ketawa, suka gelakkan orang, suka sakat orang. Aku bukan lemah lembut mahupon lemah gemalai macam beberapa gadis ITU. Tapi dah tentu masa hari perkahwinan aku nanti, aku akan jadi pendiam. Sbb pengantin selalu diam, tak byk ckp. Kalau ckp pon control2. Kepala aku yang selalunya terdongak tinggi penuh angkuh, akan tertunduk macam terkehel tulang tengkuk. Sbb pengantin kan selalu tunduk. Malu la kunun. Ehehehe.... Tapi aku suka jadi pengantin. Sbb selain berlagak jadi raja satu hari, dia jugak boleh berlagak jadi model. Boleh pose maut dgn suami/ isteri terchenta sambil bersalin-salin pakaian pinjam. Sgt gerek!


Tapi tak tau la Beylo. Sbb aku pon belom rasa aura perkahwinan lagi. Aku pon jarang sebenarnya menghadiri majlis kahwin. Sbb majlis kawen buatkan aku pening, pusing dan pitam. Perut aku yang satu ni pon agak manja-manja kucing lagaknya. Kalau kena je lauk kenduri, mesti dia cedera. Atas sbb2 yg aku tak tau apa. Dari aku kecik lagi, bunda kata aku sgt tak boleh mkn lauk kenduri. Semua makanan tu buat perut aku berpancaragam. So, aku akan makan sgt sikit bila aku di kenduri kawen atau apa-apa kenduri.


Cerita pasal kawen lagi.
Last week, kami ke Raub, utk majlis akad nikah pak cik sedara aku. Si Haikal jadi pengapit pengantin lelaki. Aku tau dia teruja abes. Dah tu tak pasal2 nak berdebar. Macam dia je yang nak pi pegang tgn tok kadi. Aku tempeleng jugak kang adekku yang ulat bulu naik daun ke daun ni.


"Ma, td dek kal dah tgk Pak Pit akad nikah camner. Senang je. Bukan nak cakap byk2. Boleh la pasni dek ekal nak menikah. Best la ma....," abes je majlis, dia merungut-rungut kat bunda. Pulak tu, dia tuju aku dlu.


"Tapi susah ar! Ayong bukan nak kawen! Pegi la kawen cepat, boleh dek kal kawen plak!,"
"Ko ingat kawen cam main dam? Sukati ko je.Nak sgt, ko je la kawen dlu. No hal," aku kebengangan.

"Ingat, bulan 9 ni kawen tau!," tak pasal2 pesan kat aku lagu tu. Tah mana dia dpt idea suh aku kawen bulan 9. Ekekeke.....


Semua orang dalam dunia ni nak kawen. Sapa yang tanak. Aku pon orang jugak. Aku pon nak kawen gak. Aku suka naik pelamin dan pose like hell dgn baju-baju sponsor. Tapi kalau la aku naik pelamin satu hari nanti, takde nyer aku nak jadi replika wayang cina yang mekap seputih-putihnya. Tak de nyer aku nak beratkan bijik mata dgn mekap tebal-tebal cam yang pengantin wanita suka lakukan. Dan tak akan juga aku menanggalkan tudung demi sebuah hari perkahwinan. Buat kata abah.... Majlis kawen tu kan, majlis berpahala. Kalau dah masukkan nilai-nilai dosa, pahala pon lari. Ingat tuh! Aku takut je kalau aku wat perangai nanti, abah tak mau kawenkan aku. Mati la aku! (ok, go boleh pegi kawen!)


Bagi aku la kan...
Kalau aku pilih pasangan, salah satu yg sgt penting ialah komunikasi. Bila dah kawen tu, bukan la utk sehari dua tapi utk sepanjang hayat kalau dizinkan Allah. Jadinya, komunikasi sgt penting. Aku sgt suka dgn orang yg aku rasa selesa, enjoy dan seronok berbual dgnnya. Aku penah crush kat few persons but then aku sedar, aku tak seronok borak ngan meraka, so wut is the point? Utk apa nak terus seriuskan relationship kan? Siyes tau, aku sgt2 pentingkan hubungan komunikasi.


Meh aku ngaku! aku kuat berborak sebenarnya. So setiap masa aku perlukan someone utk aku ajak berbual. Ada orang yg sgt suka layan aku borak. Tapi tak semestinya aku suka borak ngan orang tu. So, aku akan carik orang yg aku suka, selesa dan enjoy talking with him for the whole of mylife. Sbb bila dah tua nanti, apalagi yang satu pasangan mampu lakukan selain menghabiskan byk masa duduk2 sambil berbual. Aku selalu membayangkan, zaman tua nanti aku akan duduk minum ptg sambil berbual dgnnya, berbual sebelum tdo, berbual sambil bercucuk tanam dan berbual, berbual, berbual. Come on la, guys! Aku rasa aku betul. Bila dah tua, apa yg kita harapkan ialah teman berbicara.


Okeh, cepat carik orang yg suka berborak! Esok boleh kawen! Go, pegi kawen!


Bunda Ku Itu Bikin Malu Aku.
Smlm time org sebok2 kat umah aku, aku kan tak turun langsong jenguk muka. Banyak la suara-suara sumbang dok bertanyakan aku. Mana aku? Tak pernah nampak pon? Btol ke ada anak pompuan? Besar mana? Mana? Mana?


Disebabkan suara-suara inilah, bunda berteriak panggil aku turun. Aku degil tak mau turun. Aku terus sebok berpeleseran dalam arena internet. Akhirnya bunda yang mmg faham sgt dgn tingkah laku enigma aku ni pon naik ke bilik aku. Bunda kuarkan album2 aku dan dihangkutnya ke bwh. Apa da bunda! Buat malu aku je.


Bila rumah dah lengang sbb pengantin lelaki dah turun ke rumah pengantin pompuan, barulah kaki aku ni terkedek-kedek turun bwh. Satu apa aku tak tolong. Bukan aku yang suh pon buat majlis kat umah aku. Byk agi keje aku nak buat termasokla bersarang kepala otak aku pikirkan design. Mmg aku tak de mood smlm. Bunda pon tak suh aku buat apa-apa. Bunda tau dah perangai aku. Kalau aku tak suka, aku mmg takkan campur walau sket pon.


"Eh, pengantin dah turun!," tiba-tiba Haikal si mulut murai pon tego aku. Bunda sengih-sengih sambil jeling menjeling ngan anak lelaki mulut murainya tu.

"Semua jiran ingat org masok minang kau," kata bunda. Terbeliak bijik mata aku. Ni dah kali kedua huru-hara ni melanda. Dlu time mak yang kawen kat umah aku, orang ingat bunda kawenkan anak. Aku la tu. Skang time rumah aku jd umah sanggah, jiran ingat orang masuk minang aku plak. Mmg naseb aku la jd satu-satunya anak pompuan tunggal dlm umah ni.


Ingat aku sorang je ke boleh kawen kat umah aku?
Budak-budak mana boleh kawen, dong!
Kau nak ke aku kawen, Beylo?
Kalau aku da kawen, mesti aku ceraikan kau...
Mungkin la...
Mungkin...


Beylo said : tak guna punya budak! abes madu sepah dibuang merata-rata.
Chika said : Ko manader madu!
Beylo said : Abes selama ni? apa kau dambakan dari aku?
Chika said : Tak de apa. Sekadar ruang contengan bebas.
Beylo said : (nothing....diam...)

AHAHA... aku suka buli Beylo! Sbb aku menguasainya dan aku boleh lakukan apa saja pada Beylo.


Dialog ujung majlis bersama bunda
"Ada mak cik ni tadi kata, next week nak dtg lagi satu rombongan. Nak masok minang ko pulak,"

"Huh??!,"


"Tapi ma kata....eh jgn! tgh belajar lagi...jgn buat pasal..."


"Ishkkk....,"


Aku belom mau kawen. Tapi aku mau kawen. (nanti laa......)
 

24 Congteng-conteng:

Anonymous crimsonskye conteng...
"cepat carik orang yg suka berborak!"

bukan kalau kita suka borak, kita kena cari yang pendiam sikit (bukan la pendiam ya amat) ke? kalau dua2 pon suka borak, tak ke haru tu nanti ;)

lepas kawen lagi banyak cerita nak tulis kat blog kot.. haha.. mana mungkin beylo diceraikan.
1:08 PM  
Anonymous fara-D conteng...
nurul....aku tunggu bln 9 ni....hehehe
3:23 PM  
Blogger tOTiN conteng...
jangan la bulan 9.. tunggu lah aku cutii!
nanti sapa nak jadi pasukan kompang kalau aku tak cutiiii
ehhee...
4:19 PM  
Anonymous mrkay conteng...
Bulan 9 heh? ckp je ngan bunda mu itu.. org yg nak masuk meminang tuh, suh je cpt2, sempat lar nak buat majlis bulan 9.. heheh...
4:43 PM  
Blogger NaSh conteng...
apa ni.. jgn laaa kantoikan aku nak datang rombongan bln 9 ni.. ekekeke

aku sokong kata crimsonskye tu... biasanye ko kena carik yg berlawanan.. baru laah dapat dianyer kesinambungan.. serius aku ckp. kalau dua dua bising.. mau bingit rumah nanti..
8:36 PM  
Blogger ChikaDior conteng...
aku tak kata nak yg bising... aku kata nak yg aku seronok berbual.... plis notice k....
9:05 PM  
Blogger Tenno Miyake conteng...
saya pun seronok juga berbual..

sungguh bijak bila membandingkan kawin dengan main dam.. first time dengar kah kah kah kah!

Muda lagi ma.. 20 tawun pun belom. kawin nanti jangan lupa ajak. Ajak kawin pun boleh.
10:25 PM  
Blogger aiyeza conteng...
ahahahahahahhaah..cerita yang sangat lawak,sangat-sangat lawak,bikin gugur pancreas jerk dengar ko nyer citer!!
ahahaha,patotla suke jerk semalam.."kawen dalam diam" rupenyer..ahaha,da agak umah ko jd haru biru,pastu jiran2 ko mesti igt ade rombongan dtg meminang..
tp smlm luper nak sakat ko sebab cite bende lain yg lg best..*wink..wink*..
terbayang lak aku ko dok atas pelamin,then pelamin kaler ijo,baju ko ijo gak,mesti sgt comels..
sape jgak lelaki bertuah itu(aku mmg tunggu je sape yg kawen ngan ko)..
harap-harap bukanla bulan 9 tahun nieh..xsempat nanti nak enjoy ngan ko!
11:13 PM  
Anonymous chi conteng...
nak cari org yg pandai wat lawak..tp xde la sampai cam badut sarkas...as long leh wat urat saraf xcercise pun da ok...ahahah..
3:01 AM  
Blogger diane conteng...
aku ske dialog ujung majlis bersama bunda tuh..hik hik...kecik2 lg dh laku ko ni..makcik tu tgk gambo pon dh bekenan eh.?
9:39 AM  
Blogger tOTiN conteng...
makcik tuh rajin bukak blog cika.. truh berkenan
1:43 PM  
Anonymous mrkay conteng...
macik tuh rajen bukak blog cika? huhu.. naseb baik makcik tuh bukan rajen bukak blog totin.. kalo tak merana lar chee.. huhuhu..
11:39 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ingin ku melihat album2 tersebut....
2:02 PM  
Blogger Carneyz conteng...
Itu ler, bukan tak suka kawen, tapi belum mau kawen :p ahaks! memang, kita sehati sejiwa! dulu pun penah terbayangkan aku & husband terchenta berborak2 sambil minum petang di dapur, sungguh byk topik yg boleh diborakkan :) tapi pakwe skrg nih tak byk cakap, kenalah terima seadanya...
5:06 PM  
Blogger NaSh conteng...
nasib baik makcik tu x bukak blog aku.. karang.. ngan makcik2 tu nak kat aku... miahahha
8:10 PM  
Anonymous kipp conteng...
Nak Kawennn...??

anda tak perlu bersusah payah... hanya perlu pandai berbual dan bersembang, maka anda akan dapat seorang pasangan anda..

sila SMS kepada MARI KAWEN ke 78999...

- iklan ni khas aku buat untuk promote ko... miahahahaha
10:20 PM  
Blogger footloose funzool conteng...
ampeh btol! tipah tertipu!!!
10:45 PM  
Anonymous kurzz conteng...
hahaha..nash ko nih lawak laa..aku xleh bayangkan caner la tetibe makcik tuh leh nak kat ko..hehe tpi dier nak kat ko coz nak 'kenen' kan ngan anak dier la..don get me wrong haa bagus la klo centu hehe..=)
4:16 PM  
Blogger Adian conteng...
aduhai... nurul, nurul. ade je crite ko ni. kekeke... papepun, bile tibenye saat tu nanti, kalu aku xdijemput, siap ko!!
4:48 PM  
Anonymous macchiato conteng...
aduh ... pesta lagi dikau.

nurul, apa kbr kamu? masih gemar/sering menonton film indonesia kah? LOL , pertanyaan yang bodoh dari saya.

ciao
espresso.over-blog.com
9:24 PM  
Blogger Siti Aisyah conteng...
Sudah masuk cerita kahwin. Dan banyak pulak versi kahwin yang lain kat sini. Mungkin nanti bila sudah sampai masanya, semua pengunjung blog ini akan turun memeriahkan. ;)
2:33 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Best regards from NY! » » »
12:17 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
What a great site prozac side effects leg cramps Prozac bad side effects 5c 22christina ricci 5c 22 and prozac nation Find quit smoking bad credit 1st mortgage
6:44 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
buy tramadol tramadol kidney - tramadol online overnight saturday delivery
2:51 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."