Maaf semua! Kamu tak tau betapa mabok kepayangnya aku nak conteng cerita.Eh, meluat pulak aku dgn ayat-ayat melayu aku yg supan ni. Mau conteng secara liar! Mulakan!
Aku tak mimpi lagi!
Dlm banyak2 agenda hidop aku sepanjang kehilangan aku ni, aku nak mulakan tulis tentang sesuatu yang paling bermakna dlm idop aku. Apa? Apa? Aku nak menikah? Eh, blom... *malu* Aku nak naik pangkat? Eh... tak de lah... *tersipu-sipu*. Aku dapat offer jadi model Guess gantikan Paris Hilton? Yucky... tak seswai... *jolok-jolok tekak kemuntahan*
Hentikan spekulasi!
Cerita bermula pada suatu petang Jumaat yang psycho...
Jumaat aritu aku masuk kelas terhoyong-hayang sbb aku tak tdo semalaman. Tak balik mandi pon sejak ari Khamis. Maknanya aku berkerja secara terus kat studio yang macam benua antartika tu sampai lah ke pagi Jumaat. Dari studio penoh malam2 tu, sampai lah ke studio lengang sbb masing2 balik tdo around 5-7 am. Pulak tu, depa mai pulak studio dgn bau-bauan dan baju lawa2.Budak boys siap ngan baju melayu nak gi sembahyang jumaat pas kelas. Aku?
Aku masih ngan baju semalam. Memang dahsyat punya rupa paras yg aku miliki. Jadinya, aku hadiri kelas ngan tubuh yg blom mandi. Sib baik ok dlm aircond, takla aku berpeloh dan rasa pengotor sgt. Pas kuliah mengejut Encik-Encik itu, tiba2 ada seminar pulak kat atas. Aku desperate gila rasanya time tu. Kepala melayang je. Mata rasa cam buta. Badan tak bermaya, suara dah macam sepupu-sepapat itik serati.
"Ha...okeh, tak de hal"
"Seminar wajib ke? Amek attendance ke? Kang tak psl2 kena serang plak,"
"Tak wajib.Open. Tapi digalakkan,"
"Tak nak pegi,"
Aku pon keluar gi tepi tasek tunggu ma dtg. Dah lemas sgt rasanya nak dok dlm studio sbb sana sini manusia sebok ngan design gallery. Sana sini ada suara manusia minta krit dari lecturer. Sana sini manusia hingaq. Cukupla aku korbankan usia remaja aku berjaga sepanjang mlm tu.
Aku usha satu2 kete yg turun dari bukit tu. Naik terkehel leher aku. Padahal aku tau mmg kete parents aku takkan muncul sbb aku baru je call suh amek aku. Takkan sekelip mata abah boleh sampai UKM dari Cheras kot. Tapi sbb mental aku sgt terdera, aku rasa terdesak nak balik umah. Nak mandi kat umah. Nak makan kat umah dan yang paling penting nak tdo beberapa tahun *kalau boleh la*
Lama gila aku dok tepi tasek kejuruteraan tu. Macam pencinta alam pon ada aku rasa. Macam la tasek tu indah sgt sampai aku sanggop dok situ bukan sket punya lama. Sempat la aku curik2 snap gambar gadis2 india yang turun dari Fakulti Undang2. Hebohnya india ni, bukan sket-sket. Rasanya boleh melimpah air tasek membanjiri cafe mak cik Kedah tu. AHAHA! Terpikir sat aku. Kalaulah depa ni btol2 jadi peguam satu hari nanti, pasti retak bangunan mahkamah. *bukan racist, cuma jauh pemandangan, luas pengkritikkan*
Tiba2, aku rasa nak pusing. Aku pusing lagi buat kali yg tak terbilang. Ada satu kete turun dari bukit. Dan yg pasti, kete tu bukan kete abah. Tapi aku nak jugak pandang kete tu. Nak jugak perhatikan kete tu tajam-tajam. Jantong aku berdetap. Tersentak kejap. Dan cam ada aura terlintas dlm jiwa aku. Ngeh ngeh... aku rasa tiba2 saket perot. Aku bulatkan mata aku yg rasa dah nak buta sbb mengantuk sgt. Hati aku yg nakal ni cam berangan sesuatu. Something like... "kalaulah itu mmg kete baru yg abah beli..."
Dan....
Aku diam.
Aku terkaku....
Macam batu..
Macam aku adalah sebahgian dari kerusi batu yg aku tgh duduk...
Aku hilang kata...
Aku tak menjerit...
Aku tak kata apa-apa kecuali perot aku bertambah saket.
Sbb aku rasa tegangan perasaan...
akibat kesukaran otak dan mata aku menerima apa yg aku tgk.
Dlm kete tu aku nampak ma, abah dgn adek.
Aku terus diam situ. Bunda turun dari kete dan waktu tu baru aku sedar yg aku sejenis mahkluk yg boleh bergerak dan berkata-kata rupanya. Aku pelok bunda. Aku jerit kecil-kecilan. Aku rasa nak lompat sampai kepala aku cecah awan. Rasa nak terjun dalam tasek tu. Rasa nak cekik burung2 bertebangan sbg tanda keterujaan aku.
Aku tau bunda nak belikan aku kete tu.
Aku tau warnananya adalah blue black.
Tapi aku tak tau kete tu dah keluar.
Sbb kata bunda...
Keluar bulan empat.
Tapi rupa2nya itu gimik semata-mata....
Dan niat ma dgn abah nak surprise kan aku mmg menjdi sangat.
Sampai aku rasa menjadi-jadi...
Terus aku lari dapatkan abah. Aku mati kutu sat. Tak tau apa nak buat sbb aku kena kejutan budaya shot term. Kalaulah kete tu kete mainan, mesti aku dah peluk erat-erat. Tapi kete tu 2000 cc, tak terpeluk dek aku.
Terus...
Aku jadi lintang pukang. Aku rasa macam tak tau nak jalan macam mana. Tak tau nak kata apa. Tak tau jugak nak luahkan rasa terkejut dan terima kaseh aku kat Ayahandabunda, aki dan maktok yang menyumbang belas ihsan utk aku memiliki kete itu. Thanks maktok sbb bank in kan duit sebanyak itu. Aku tak penah terpikir nenek aku nak sponsor aku setinggi tu. *air mata kegembiraan dan terharu pon menitis sampai keyboard aku banjir* manader! acah je....
Aku suka nombor pendaftaran kete aku. Agak chumey nombornya. Walopon aku suka kete warna hitam, tapi aku tak ada komplen ngan yang ini. Sbb ini adalah pilihan ma dgn abah.
Ini mmg salah satu kete impian aku sejak first time kete ni femes dipasaran. Dan aku tau, abah memang sgt minat ngan kete ni. Dulu aku penah terdengar desas desus abah nak beli kete ni. *cerita lama*... tapi cam biasa la. Abah orangnya tak suka membeli tanpa keperluan. Abah mmg selalu cukup dgn apa yg ada.
Kete ni sampai masuk gate umah aku 2 march aritu. Dan sampai ke pandangan mata aku 3 march. First time aku drive pulak ialah harini, 4 march. Destinasi pertama ialah umah Aiza dan ia berlaku tanpa dirancang. Aku saja test drive kete sekitar kawasan umah aku dan lalu lah depan umah Aiza. Apalagi, stop sat. Sempatla berborak-peranda kat bilik Aiza sementara Bunda berborak-peranda dgn ibu aiza kat dapur. Lengkaplah aktiviti dunia dunia berbeza. Iaitu dunia kami remaja, dgn dunia mereka, wanita dewasa. *datang dah ayat bombastik aku!*
Apa yg aku nak komen pasal kete ni...
Pesan abah : abah belikan kete bukan untuk berlagak, menunjuk kat orang yg kita ada kete. Abah beli kete ni semata-mata sbg transport. Kalau benda yg fungsinya mmg utk kebaikkan tapi kita salahguna utk keburukkan, nanti dia makan diri kita sendiri.
Insyaallah. Safety first. Akan kuhormati objek2 di jalanraya termasuk menundukkan badan bila melintasi lampu isyarat. Ekekeke....
Mmm.. tak adil ingat pesan abah je. Ingat pesan ma jugak.
Pesan ma : Bila balik umah, jgn tdo lambat. Bukan slalu dpt chance tdo awal. Jgn online sampai pagi. Tdo!
Jadinya aku mau tdo. Aku malas nak conteng selonggok lagi kisah yg ada. Esok ajer la ye kawan-kawan.... Mata aku yang tidak bermulut tapi bersuara ni dah mula mintak tdo. Rasa nak tdo dalam kete... *ngeeeee :D*
44 Congteng-conteng:
PERGHH!!! keta baru tuh!!!! giler ahh!!!
pss pss.. minyak ko tahan ke? da ar minyak mahal skrg.. pakai auto lagi..
isk...jeles neh!! kete idaman aku gak tuuu.... :P
xpe xpe...jgn lak pasni kamu melupai daku bersama kelisa comel ku itu... :'( hehe....
siang tadi abah aku menyarankan sesuatu yg ku idam2 kan selama ni...uhuk!! mula la otak ni ligat berpk sampai tak terselit utk pk pasal design....
ahak!! nnt2 aku story ek....ngee....
p/s: pasni nak merasa lak ko yg bawak kete aku dok seblah...huhu...boley kankankan!!~ ;P
fara ... apa? apa? nak tauuuuu... apa saranan ayahanda kamu? yehaa... pasni aku drive lak ko dok seblah. aku lak ngulang bilik ko. Tapi siyes ni farah...thanks for everything. Will neva met somebody else yg sanggok ketok pintu aku tiap2 pagi just to make sure aku tumpang ko onot. Thanks sbb salu tggu aku yg suka lambat ni. Rasa bersalah sebnarnya aku. But to change one attitude that u held since azali... mmg susahkan? dan aku mmg salu lambat :(... takkan aku sesekali lupa jasa ko bersama si kelisa kuning itu.
adian .. sori la not telling u before kan. Cuma fara ngan ainul je tau. Chee way pon tau sbb dia buat tekaan yg sgt tepat. thanks eyh... tamat sudah jasa Waja ko buat kami semua. Thanks atas khidmat Waja ko selama ni. Wait and see je la. Rasanya maybe lom bawak ukm kot bulan ni.sbb aku masih ragu2 nak drive sbb kete tu pelik sket caranya
kamu juga byk berjasa ke aku....u're one great fren that alway there 4 me... (uhuk!! ayat drama lak neh!!)
hehehe....nnt aku citer live...baru bes!
ala....tak sensasi mana pon tapi i kinda like wat my dad suggest!! :D
ngeee
aku tak pasan pon ko salah eja sampaila ko membuka kesalahan sendiri dan aku berusaha mencari kesalah ko... ahaha
isk....oho...ade ade tapi tak sepenohnye....ngehehe....
full version akan sampai pada nurul dlu!! :P
takde sesapa nak belikan aku kete ker??
chika da ade kreta
meh la jalan2 indon meh..
ejom suda ade kete baruuuuu..
wehuhuhuhuhuhhuhuhuuhuhuhuhu
bawak keta elok².. jgn jadi pembuli jlnraya.. dan jgn jadi pembolot jlnraya
pas ni takde krisis lg la psl keta/moto/etc blabla
ada kat Kausar ke?
bley carik nih...
Tahniah & selamat memandu..jadilah pemandu yg hebat...
berpeganglah pada prinsip 'asal tension jer drive, asal drive jer tension'
Sekian.
Bagus la, ade la drebar baru!!! :D
Post a Comment