Orang kata... kalau dapat perempuan maintenance tinggi, baik tok sah! Kata orang la. Aku tak mau kata apa-apa. Sbb kdg2 aku pon terperasan yang diri aku ni pon macam sebuah manusia maintenance tinggi. Uuuu...bahaya statement ni, dong! Tarik statement!
Beberapa minggu lepas, Fara dok hingaq la kat telinga aku ni pasal annual dinner kolej kami. Aku buat dono je memandangkan aku tak hingin langsong nak pegi dinner tu. Baik dinner kat Pelamin. Lagi best! Ataupon dinner kat De' Limau Nipis. Minuman limau nipisnya sgt enak. Tapi setiap kali aku minum air limau nipis kat restoren depan PKNS tu, mesti pikiran aku jadi lucah semacam. Semuanya gara-gara biji-bijian warna warni yang dicampur ke dlm minuman tersebot. Rupanya tak ubah seperti sperma manusia. Dan sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa rupa sperma dipilih sbg bentuk agar-agar yg mau dicampur ke dlm minuman kami? kenapa? Uuuu... lagi satu statement bahaya. Tarik statement lagi sekali!Hiargt!
Reverse! Back to Fara punya ajakkan ke annual dinner. Aku pon beriya-iya tak mau pegi. TIDAK MAHU. Tapi! Pada tarikh 22 March 2006.....
Aku dgn Fara bergegas berjalan-jalan ke Bangi. Semuanya sbb aku dah naik gila. Mood aku jadi tonggang langgang membuatkan aku rasa teruja nak melaram sakan malam tu utk hadiri annual dinner. Apalagi, carik butik la! Mula-mula aku belek kebaya pendek warna hitam. Price tag hanya mencatat harga RM100++. Aku suka. Aku belek. Tapi aku letak sbb aku nampak yg lain. Yang aku lagi suka. Aku angkat.Aku belek. Price tercatat RM170++. Aku letak lagi. Sbb aku nampak yang lain lagi cantik. Sbg manusia biasa, aku sgt mudah terpengaruh dek nafsu wanita aku.
"Sekarang trend org pakai kebaya nyonya," kata si akak bertudung tu. Sbg gadis berusia 19 tahun mengjangkau 20 tahon, naluri kewanitaan mendesak aku utk mencuba kebaya-kabaya nyonya yang ada. Auuuww! Sexy..... dan cantik. Aku suka. Kali ni aku sgt suka. Aku tidak lagi melihat harga. Aku hanya teruja utk keluar masuk fitting room. Macam-macam jenis baju aku pakai. Mengalahkan pengantin tengah bersanding. Dan aku sgt suka dgn perlakuan tersebut. Berposing, melaram, dan bergaya mmg antara elemen yg boleh menguja aku ke excited state. (ayat ini sgt rakus bunyinya).
Akhirnya aku konpius samada aku nak beli yang hitam atau yg putih. Yang hitam size S. Sgt ngam dgn aku. (aku bangga bila aku masih layak sarung baju saiz s)... yang putih saiz L. Besar sket. Tapi masih ngam dgn aku. Bincang punya bincang dgn Fara, akhirnya aku pilih yg putih sbb aku jatoh hati dgn sulaman dia. Time ni baru akal aku yg lampi ni terpikir tuk tgk harga. Tgk-tgk ja....... wallauweih!
Tapi aku kan kurang waras. Dulu, kini dan selamanya... aku jarang waras. Aku terkejut tgk harga baju tu, tapi aku tak la terkilan sgt. Tak juga terasa hati nak cancel dari membeli. Maka, aku lebih sanggup buat pelaburan sgt besar tu dan mengorbankan hasrat aku utk mendapatkan kasut Nike hijau ptg tu.
Baju kebaya nyonya + kain batik + selendang = RM 260
Hand bag (pink) = RM 40
Total : RM 300.
Dan aku membelanjakan RM300 utk satu malam yang sgt hampesh dan poyo. Malam dinner tu, aku enjoy! I feel good wearing my kebaya even tho aku tak rasa diri aku seperti seorang ratu nyonya. Aku tahu, tak ada siapa yg tahu betapa mahalnya aku belanja utk mlm tu. Tapi aku rasa puas! Puas utk diri aku sendiri. Tapi lepas je semuanya berakhir....
Aku mula rasa kesal. Buat apala aku buang hinggit-hinggit tu utk membayar harga satu malam yg aku boleh dpt lebih baik dari tu? Aku rasa kepala aku perlukan sejenis rawatan yang aku tak tahu apa. Apa ye? Mungkin plastic surgery. Hmmm.... (tak ada kaitan, dol!)
Sekarang aku kesal. Aku patotnya beli Nike hijau yang amat aku gilai sejak sebulan lamanya. Aku patot beli jam tangan Guess atau pon breakfast setiap hari selama sebulan kat secret recipe. Tapi apa nak buat.... aku tak mungkin boleh pegi kat kedai tu dan tebalkan muka...
"kepala hek kamu! Nak pulang boleh, refund tak boleh!,"
"Tapi sy menyesal beli, kak,"
"Masa mlm dinner tu? happy tak pakai kebaya tu?,"
"happy,"
"Ooo...byk songeh! Dah puas, dah happy pakai, skang nak pulangkan?,"
"ha ah..."
"Meh sini aku hentakkan paler kamu kat dinding kasi lebih waras!,"
Huwaaa! Begitu la agaknya situasi yg mungkin jadi kalau aku pegi pulangkan kebaya tu. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tak berbelanja byk2. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tahu hargai wang. Aku perlukan rawatan psikologi supaya aku tak lagi suka membazir! Aku tak mau menjadi sebuah objek ber-maintenance tinggi.
Tapi...mungkin ke aku akan berubah? Dua hari lepas, selepas tamat annual dinner, aku sgt menyesal berbelanja sebegitu rupa. Hingga aku tekad mau rawat penyakit 'membazir-litis' aku. Tapi tadi... aku ke Leisure Mall. Makan Kenny Rogers macam aku sorang je ada perut, beli sunglasses dan beli jam tangan baru. Apakah ertinya semua ni???? aku takkan berubah kan?
Berubah!!!!
Duit susah nak cari!
Jgn asyik jalan-jalan!
Minyak kete mahal!
Aku mau berubah. Aku tak mau jadi sebuah objek ber-maintenance tinggi. Jadi, aku akan cuba utk tidak ....
Ada byk lagi yg aku nak singkirkan dari terus menular riang dlm diri aku. Kena banteras nih! Ayuh, banteras tabiat membazir demi masa depan dan demi Islam yg bencikan pembaziran. Lagipon, tak ada lelaki akan suka kalau dapat perempuan yg belanja maut ni. But u guys dun worry. One thing aku pasti dan aku puji dgn sikap aku. Aku tak suka lelaki belanja. Full stop.
Sebot pasal gula-gula kapas. 22 March tu jugak besdey chee way. Aku gi bagi dia gula-gula kapas. Best tak? Abes pakat menjerit beberapa kanak-kanak dalam studio tu. Masing-masing mintak dan mempersoalkan kenapa aku hanya bg kat chee way dan tak bagi kat dorang yg lain. Tunggu besdey la. Nanti besdey angpa, jgn kata gula-gula kapas... semua jenis kapas aku sanggup bagi. Ehehehe.... He is 20. Satu per satu kwn2 aku menjangkau umur 20. Aku? coming soon! Tunggu je la. Dan aku nak jerit sampai kehabisan suara pada hari aku menjadi 20 tahun nanti. Tak rela, dong!Tua jugak aku akhirnya. Rasa dah uzur pulak. Rasa nak pakai tongkat, duduk atas wheelchair dan mintak orang pimpin bila berjalan. Aih, ni dah salah konsep. Tu namanya lumpuh, dol! Takkan umur 20 tahun terus lumpuh kot?
Tu dia ayat-ayat tak senonoh aku dah kuar!
Baik aku berambus sebelom ayat aku menjadi makin liar.
Selamat malam, Beylo darling!
26 Congteng-conteng:
Datuk N x mau? miahaha
p/s : kebaya2 nyonya ni ko suro totin beli kat indon. sane murah2 beb
pinjam bleh ..ade dinner gak krg..*wink*wink*
..tp kan...saiz plak x menyebelahi...aisey..
annual dinner yg membosankan...
bukan aku yg daftar tp member² yg daftarkan...
memang taknak pergi tapi sebab taknak bagi diorang makan lebih, terpaksa jugak pergi...
jumaat dinner FEP kat Residence Hotel, lagi best dari yg semalamnya...
muahahaha.. aku dah rasaaaa
haha, dahla dinner tahape2, grafik sux, performance double sux, nasib baik makanan "okla" dan 6 orang makan makanan 10 org.
hmm... rasenye aku dtg seorang aritu, nape name aku ade dua kali? heheh...
mak ai.. gile untung.. aku pun nak bisnes jual kebaya lah macam ni...
indon pakai kebaya eh??
(nanti tanye mak aku.. kalo kat sane ade.. aku pon nak la.. ahahahahah)
bukan ke kalo da beli kat butik mmg mahal
pape hal pon.. BANZAI!!
chika.. ko pakai la ape pun, kalau dah cantik tu cantik gak.. pakai baju kilang minah indon pakai pun nampak cantik.. tau dok.. hehe
anas,floor engineering ek(ayat tak bley blah la)
revenue collection?
lugi maaaa.
Post a Comment