TRAGEDI DIESEL
SABTU,
10 JUN 2006.
BANDAR BARU BANGI.
Sabtu tu, aku balik UKM. Sempat sms Fara, bitau dia jgn makan tanpa aku.Tunggu aku sampai ukm, baru pergi lunch sama-sama. Pendekkan citer, sampai je kolej Burhanuddin Hilmi al-monkey-planet itu, aku terus fetch para sahabat aku untuk hiburkan perut. Pergi 2 kete. Fara, Shida, Twin (Ya and Ai) ikut aku. Yang lain ikut Adian. Aku suh Adian gerak dulu ke Pelamin (kedai peberet kami utk berpeleseran dgn perut). Aku pulak nak isi minyak dulu.
BAB SATU - Kami ke Shell bukan atas kerelaan aku sbb biasanya tangki 1266 aku diberi minum Mobil atau Esso. Tapi demi Mobil yg jauh sgt nak pegi, kami tetap ke Shell. Farah tanya aku "Petrol kan?" aku mula terasa nak tayang muka bengap. "Dulu kan..akak aku isi Diesel dalam kete dia.Abes mengamuk bapak aku," cerita Shida kat kami. "Oooo..." kata aku yg masih ala-ala bengap masa tu. Tiba2 aku tingat yg Pajero pakai minyak Diesel. Aku cuba bandingkan Pajero dgn CRV. Ok, hampir tergolong dlm kategori yg sama. Maka, aku pon dgn lagak sorang pemandu yg kunun-kunun dah dua puloh tahon memandu, terus carik2 tangki diesel. Sanggop pulak tunggu belakang bontot bas.
Aku buat deal dgn Farah memandangkan itu kali pertama aku isi minyak. Tak pernah seumur hidup aku buat keje2 isi minyak ni. Habiskan minyak, yes... itu tugas aku. Termasoklah kereta abah yg dulunya aku lanyak ke sekolah pon, tak pernah aku isi minyaknya. TAK PERNAH (note: sila ambil perhatian bahawa aku TIDAK PERNAH supaya pd hujung cerita nanti aku tidak disalahkan). Okay, deal yg aku buat dgn Farah. Farah kena tunggu kat kereta, dan tolong aku masukkan minyak. Aku pulak pergi masok counter dan bayar.
"Bang, nombor 5, RM50" kata aku sikit pon tak pelat. Berlakon sebentar mcm wanita-wanita korporat yg biasa keluar masok stesen minyak.
"Alamak, skang tak bley isi minyak la. Computer down," brader tu tunjuk muka serba salah. Aku kecewa sbb tangki aku dah hampir mencium petanda E.
Maka, kami tak jadi isi minyak dulu sebaliknya pergi isi perut dulu. Tapi, aku bersyukur sbb mengambil keputusan utk makan dulu. Buatnya aku terus berusaha utk isi minyak dulu, alamatnya mmg aku takkan makan sepanjang hari akibat tragedi ini.
BAB DUA - Tragedi bermula. Aku bitau Adian supaya pulang dulu sbb kami nak ke Mobil yg agak jauh tu. Seblom tu, sila rujuk balik nama2 yg mengekor dlm kereta aku. Semuanya PEREMPUAN. Okay, ingat tu! PEREMPUAN SEMUANYA! Terus, aku pon dah sampai ke Mobil. Dan park bukan sket punya baik lagi depan tangki nombor SATU.
Sekali lagi buat deal dgn Farah. Tiga sahabat yg lain hanya duduk diam-diam tanpa mencampuri urusan aku dgn Farah. Aku pon masok ke counter dan Farah tunggu nak tolong curuhkan minyak dlm perut kete.
"nombor satu, RM50" aku mintak kat cashier situ.
Farah pon terkial-kial dok picit-picit tapi minyak tak kuar. "Eh, Nurul. Btol ke abang tu dah buat," kata Farah. Aku pulak mmg samdol hal-hal isi minyak ni. Sbb aku TAK PERNAH. Selalunya, yang aku tau tangki aku sentiasa penuh abah isikan.
"Kau cakap tak, kau nak Diesel?," tanya Farah.
"Tak. Kena cakap eyh?," aku yg sengal pon bersuara secara sengal.
"Tah.Cuba ko gi tanya,"
Aku pon terkedek-kedek masok balik jumpa brader penjaga counter situ.
"Bang, yg tadi tu, nak Diesel tau," kata aku bukan main yakin lagi. Rasa nak seligi kepala sendiri. Rasa nak duku-duku kepala sendiri bila diingat-ingat balik perlakuan aku yg paling hina dlm dunia tu.
"Oh, nak diesel ke?," tanya brader tu sambil pandang ke kereta aku. Aku pon pandang jugak. Hmm.. jelas kenderaan aku kelihatannya dari counter tu.
Farah pon mula memicit dan kali ni berjaya. Aku dan Farah pon senyum2 puas sambil teriak kejayaan. (Perbuatan yg sebenarnya hina bila dikenang kembali) Tapi aku mula rasa pelik. Apsal lama sgt. RM50 kata bunda, taklah banyak sgt. Bunda kata, RM50 tu tak sampai separuh tank pon. Tapi time Farah picit tu, aku rasa byk betol minyak yg mencurah masok. Mungkin Shell bagi extra kot. EHEHEH....
BAB TIGA - Tragedi berlaku. Aku pon gerak tinggalkan Mobil dan membelok ke traffic light. Tiba-tiba... aku rasa lain macam enjin aku. Tiba-tiba aku rasa macam kereta aku tak hidup pon. Tiba-tiba... kereta aku mati! Betol2 depan traffic light dan aku adalah org paling depan kat line tu. Oh My God! Tak payah aku susah2 nak huraikan rupa paras aku waktu tu.Sure huduh dan paling keji air muka aku. Satu kereta gamam. Aku start byk kali tak boleh. Kuar macam2 tanda merah kat dashboard yg kasi warning something is wrong tapi aku tak berapa sure dgn warning tu. Aku try masok gear balik dan start lagi. Bullshit!
BAB EMPAT - Satu kereta putih datang dok belakang aku. Dia hon kat aku sbb traffic light dah hijau. Aku mula cuak super-saiya. Farah teros kasi double signal. Tiga sahabat dibelakang aku tak tau apa jadi ngan dorang. Tapi yg pasti, satu kereta dah cuak sbb kami semua PEREMPUAN. Dan tiga orang dibelakang tu mmg tak patot diheret dlm masalah ni sbb mereka langsong tak kenal apa ertinya memandu apatah lagi hal ehwal kereta. Aku dgn Farah yg patot settle sbb kami berdualah antara insan paling hyper dlm jabatan yg gila kereta. Oh my god!!!
Aku teros kuar dan pergi jumpa orang belakang yg aku tak tau sapa2. Aku dah tak pikir siapa org tu. Baik ke, jahat ke, pembunuh ke, perompak ke, ustaz ke atau apa2 je. Yg aku tau, i have to say something seblom satu dunia hentam aku sbb berhenti btol2 kat traffic light.
"Sorry, my car got problem," fuh, lega aku bila sorang brader melayu yg turun time tu. At least senang nak deal. Itu pon kalau dia ada hati dan perot.
Brader tu terus sambar kereta aku dan try byk kali utk start tapi tak berjaya. Then dia tolong arahkan semua kereta yg dah panjang berjela belakang aku pergi ikut laluan seblah lain sbb aku in emergency. AHAHA! Aku sgt cuak tapi yg pasti, aku dgn Farah still gelak ketawa macam gila. Patot kasi pelempang sebijik dua ke kami.
"Isi minyak apa?," tanya brader tu.
"Diesel," fuh, konfiden mak minah aku jawap.
"Huh? Diesel???? CRV pakai Diesel ke?," pertanyaan brader tu btol2 buat aku gamam. Terasa muka aku dihempap sembilan langit. Terasa macam petir berdentam dentum atas kepala lalu memanah jantong aku. Ini sesungguhnya perkara paling besar SENGSARA nya dlm hidup aku.
Apalagi, teros aku call abah. Takot jgn cakap ar. Ni sebnarnya kali pertama aku btol2 takot dgn abah. Terbayang yg abah akan marah aku dgn sgt azab lagi. Terbayang jugak yg lepas ni, kereta tu akan kena tarik dari aku dan aku takkan punya kereta lagi utk ke hulur ke hilir. Macam2 banyangan melintas. Brengsek btol.
"Helo, abah. Kereta mati tengah jalan,"
"Kenapa?," tanya abah cool je. Suara je cool, tapi marah mmg marah tu.
"Tadi org isi minyak Diesel, pastu dia tammo gerak,"
"sapa suh isi Diesel????! Mana bley masok Diesel,"
"Haaa...," aku nak menitik air mata dah.
"Abah bz ni," aku tau abah sgt marah.
"mmm..tak pe la, org settle sendiri,"
Tup! teros abah letak phone. Mummy!!!!!!! Babah marah!!!
BAB LIMA - Keje-keje menolak kete pon bermula supaya tak ganggu laluan traffic light. Sebnarnya bunda byk kali ingatkan aku.Kete auto takleh tolak.Takot rosak kereta. Tapi sbb terdesak, aku masok gear N, dan abang tu bersama sahabt2 wanita aku pon tolak kete. Punyalah nak patah kaki tangan aku sbb stereng jadi sgt berat. Brek pon berat semacam. Mmg aku tak reti nak kontrol time tu. Tapi sempat aku tergelak tgk Ya jadi pengawal trafik tengah jalan. Mmg jam gila jalan time tu disebabkan aku sorang. Pakat kena hon bersepah-sepah. Sana sini hon. Muka aku dah tebal mcm kulit gajah afrika. Mmg malu. Terasa mcm semua org tau akulah empunya kereta yg sengal.
Dlm kalut2 tu, aku tak boleh pikir apa2 selain call chee way. Aku tau aku asyik menyusahkan dia tapi waktu tu aku rasa nak mati kekejutan. Aku call, dia tak jwp. Then aku sms... "I got problem.Really need you now"
Then dia call tanya apa hal. Punyalah berterabur ayat aku. Sbb aku dah gementar sgt. Tak tau nak explain camner.
"My car... mati," aku menggigil sgt masa tu.
"Kenapa?,"
"Sbb sy isi diesel dlm kete saya,"
"huh? mana bley isi diesel dlm kereta you.. you kat mana?,"
"Ha... kat..bla..bla..bla.." aku ni jahil sket nak direct jalan.Lagipon aku pon tak tau nak sebot kat mana aku sebnarnya time tu,"
"Ok, sy dtg skang,"
Farah pulak dah call Adian suh amek bebudak tiga org tu.Sian aku tgk Ya, Ai dgn Shida yg tak berdosa. Tiba2 ntah dari mana dtg plak org2 workshop. Pendekkan citer, Adian sampai tak lama tu dan angkut tiga budak tu balik.
Tak lama tu, chee way sampai. Entah apa dia pikir pasal aku. Mesti dia pikir aku ni macam2 hal. Itu lah, inilah. Dan aku sebenarnya waktu tu rasa serba salah susahkan dia. Tak abes2 heret dia dlm problem aku. Hmm.. sorry sgt. Sorry jugak kat Farah. Then aku ngan Farah naik dgn chee way dan follow mereka ke workshop. Nak menitik air mata aku time tu. Segala macam rasa menyerbu masok macam nak gila. Sedih tgk kereta aku tiba2 kena tarik. Takot nak hadapi ma, abah. Runsing soal duit since parents aku xde kat situ. Gelabah nak settle kan hal ni. Malam nak kejar England lawan Paraguay lagi. Rasa bersalah susahkan Farah. Rasa bersalah susahkan chee way. Rasa bersalah susahkan semua orang. Dan hari tu, aku dgn sendirinya melantik diri aku sbg BUDAK PEREMPUAN YG SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.
BAB ENAM - sampai bengkel. macam2 dia buat. Semua minyak dia keluarkan. Masyaallah. Banyak gila minyak. Bayangkan lah, Diesel RM50. Tak ke banyak. Aku tgk kat bekas tu, minyak yg dia cuci keluar dari tank aku boleh ternak ratus-ratus anak ikan. Fuh, mmg haru! Kesimpulannya, sehari suntuk aku dok kat bengkel dan settle kes aku ni. Itu, ini, itu, ini, tiba2 dia kata.. problem aku besar gak. Kena bukak enjin dan tukar entah-apa-punya-binatang dia sebot. Aku iyakan je.
"Harga macam mana? mahal?," tanya chee way. Haa...tu yg aku nak tau sgt tu. Sbb mula2 masa kat bwh pokok tu, ada mulot puaka brader ni kata, mau seribu jugak problem kete aku. Brengsek!Mampos aku kalau kena seribu. Mmg satu hari satu malam la aku kena karang ayat nak bagitau abah.
"Hmm.. slalu klu macam ni, mmg lebih kurang RM600 jugak," terus aku rasa lemah longlai. Matila aku. Dan tiba2 aku ingat pada Farah dan Chee Way. Dorang pon baru2 ni kena RM500 atas problem kete jugak. Chee way punyalah terkilan time dia bagitau aku dia baru kuarkan RM500 utk kete. Farah pon citer nak nangis sbb kena RM500 tukar tyre. Aku pon sama!!! Huwaaaa... Dan time tu sempat aku ngan farah berjenaka seposen dua. "Ko dah kena, chee way dah kena, aku pon dah kena jugak. semua yg ada kete dah kena," kata aku. "adian? hmm.. tak lama lagi..." farah buat muka jahat. AHAHAH!! Opps, Adian. Dun worry. Itu jenaka semata-mata.
BAB TUJUH - Ptg tu tinggalkan kete kat workshop sbb dia kata maybe siap lambat atau esok baru leh amek. aku sedih nak mati tapi redha je la. Bunda dah mengamuk sakan kat phone. abah pon dah call byk kali marah-marah.
"Mana orang tau. Org tak pernah pon isi minyak. Ingatkan sama cam Pajero," Aku masih menjawap.
"Weh, bila masa pulak Pajero pakai Diesel? Tak pernahnya kita guna kete pakai Diesel. Abah pakai Petrol!!! Petrol!!!Bukan DIESEL!Ko ingat CRV tu lori??"
"Abah kasi Lori ke kereta??? Yang pergi guna diesel buat apa?!," - abah
"abes rosak enjin.Tak sayang ke kereta sendiri?Lain kali tak tau tanya org. Ni tak, tak abes2 nak menyombong." - ma
"Lain kali baik bagitau kwn awk tu, isi je air paip dlm tangki kete," Mami Farah turut memberi kritikkan maut.
"Balik rumah kejap, amek duit. Mintak tolong kwn hanta," fuh, bunda dah cool. Aku tau. Bunda slalu camtu. Dia mmg slalu kesiankan anak.Slalu je haikal buat hal dgn RXZ dia dan bunda bising2.Tapi nanti, bunda jugak yg ulang alik ke bengkel motor bayar itu ini. AHAH...
Abah pulak, kata je suh aku settle, tapi sebenarnya dia dah kelam kabut mintak tolong kawan dia. Mulanya kwn dia nak tunda kete aku dari Bangi ke Cheras. Dia yg nak buat sbb sepatonya RM300 je. Org kedai tu saja nak ketok aku. Ingat aku anak Tan Sri? Tak de otak punya manusia. Student pon nak telan ke? Dan alhamdulillah, kwn abah tu kenal bengkel yg aku hantar kete tu. Dia sound sebijik dua org bengkel tu, dan mintak turunkan harga jadi RM300. Org tu tipu aku woo. Dia nak tukar minyak hitamlah, apalah... Padahal semuanya okay lagi.
Dan smlm, bunda cerita. Sebenarnya, kwn abah hanta sorang staf dia ke bengkel tu usha kete aku. Dia gi tgk org tu repair kete aku dan dia jaga supaya aku tak kena tipu. HAHAH! Patot pon akhirnya aku bayar RM350 je. Alhamdulillah.. mlm tu jugak kete aku siap.Gopoh-gapah amek kete demi mengejar england lawan paraguay yg sebnarnya merupakan game paling hampagas!
Kesimpulannya : aku makin merunsingkan dan aktiviti juga tindak tanduk aku makin tak terkawal. Aku makin hyperbola atas sbb2 yg tak diketahui. Sah, nak tunggu aku grad ni, mmg pitam kepala ibubapa dibuatnya. Ampunkan aku... Untuk semua teman2...terima ksih banyak2. Dan kombinasi antara aku dan Farah merupakan satu kombinasi yg membahayakan persekitaran sbb kami sama2 suka menyengal. Farah..... kita ni dah kenapa sebnarnya? Asyik susahkan mak bapak je... =(
Smlm lepas meeting terakhir Olympiarch, aku terus cabut balik Cheras. Hantar kete balik umah sbb kul 6 pagi nak berangkat ke Johot. Nak ke UTM, Skudai 5 hari. Aku terperap dlm bilik sepanjang mlm sbb takot nak bersemuka dgn abah. Ditambah pulak... smlm aku buat lagi satu hal. (mmg aku ni pembuat masalah!). Aku tersalah masok jalan on da way balik rumah tu. Apalagi, teros call bunda, bunda plak suh abah yg jawap. Bunda cerita, smlm abah mengeluh panjang pikirkan perangai aku.
"Anak pompuan sorang. Tapi mcm2 hal dia buat. Nak kata tak pandai, mmg pandai. Sbb dah terlalu pandai sgt la jadi macam2. Dari kecik sampai besar, maintenance dia sorang je dah tinggi..bla..bla..," ini yg bunda cerita. Aku tanya bunda. Abah marah ke? bunda kata...actually tak. Cuma angin masa mula2 dpt tau tu je.
Ku sangkakan, kisah aku dah beres setelah aku bersengkang mata, bergolek-golek dan terketar-ketar kuarkan RM500 (yg dah tentunya diclaim balik). Rupa2nya, mlm kejadian tu, elok je aku langkah ke studio, semua hingaq perli2 dan menyerbu aku soal DIESEL. Senior semua tau.Pendek kata, satu jabatan macam tau. Mmg malu nak mati. Sana sini diorang buat lawak yg berkaitan dgn DIESEL. Hinggalah hari ni, pantang dengar minyak atau DIESEL, mesti dorang pandang aku dan gelak terkekek-kekek perli aku. Huwaaaa!!! Terasa diri ini sgt samdol.
Maaf.
Aku sudah bosan mau terus mengarang tragedi yg tentunya membuka pekung didada aku. Aku malu sebenarnya nak publish entry sehina ni. Mari sebot samdol sebelas kali utk aku. Okay, confirm! Perkataan paling aku tak mau dengar sepanjang hayat aku ialah DIESEL. Dan mintak tolong kat semua warga Seni Bina, hentikan semua jenaka memerli aku tentang DIESEL. Aku malu sgt nih. Kalaulah aku seekor kura-kura... tentu aku akan habiskan sepanjang hayat aku dlm cangkerang tanpa berani mengeluarkan kepala walau sesaat pon. Aku malu. Beylo, ko juga patot malu bertuankan aku.
JANGAN SALAHKAN AKU.
SEBAB SATU - aku tak pernah isi minyak. Ini percubaan pertama aku. Dan kami terdiri drp golongan wanita kesemuanya.
SEBAB DUA - Tragedi ini mmg dah ditakdirkan utk berlaku samada aku mau atau tidak. Sebabnya, klu kalian betol2 baca apa yg aku ceritakan, ternyata byk sgt tanda2 yg menghalang aku utk isi minyak hari itu tetapi aku mau jugak dan berusaha gigih mengisi perut kenderaan aku.
SEBAB TIGA - Belajar dari pengalaman kerana pengalaman itu mendewasakan. Dan aku mengamalkan prinsip dare to fail (iyalah sangatttt~)
SEBAB EMPAT - tragedi ini sekurang-kurangnya membantu aku untuk mensensasikan Beylo. Iyakan?
Ayuh, ucap selamat untuk aku!
57 Congteng-conteng:
anda tidak pernah mengisi minyak honda crv anda? selama ini bagaimana ianya bergerak? hahah.
oh, kalau moskito ku diisi dengan minyak diesel, nescaya terbanglah ia. tu belum isi minyak rambut atau kelapa lagi tu. :D
"People who says sunshine brings happiness has never dance in the rain"
Nanti one day bila Chika teringat balik kisah nih... I'm sure you'll smile.... Cheers!!
*t`igt watak labi (P. Ramlee) yg mengharapkan P. Ramlee mati cepat supaya die dpt kawin dgn saloma (dlm cerita LABU LABI)... dialog dikatakn menjadi doa sbb P. Ramlee meninggal dunia pada usia yg agak muda...
experience we gained is much MUCH more than RM50...kan nurul kan!!!
haha...best jugak igt detik2 itu.... meh aku nyanyi utk ko ek....
"sengal menyengal...sengal di kenang....perasaan menjadi riaaaaaang!!!!!~"
hehehe..... keep ur apology lah nurul.... im in the blame oso for being 'sengal'.... ahaha.... yg penting kite ENJOYYYYY!!!!!!!!!!!!!! ^__^
szakif - tahniah krn berjaya membaca sesuatu yg org lain x sanggop baca. btolkan....kesimpulannya : saya taklah salah sgt kan?
kaloizz - thx sbb x menganggap sy bersalah. ekeke... tak payah tggu one day, skang pon bila ingat balik rasa nak gelak sampai pecah perot.
mrkay - i know..i know. there's no point of me to blame myself tp sbb ini melibatkan byk pihak lain, sewajarnya saya rasa bersalah jugak. (walopon sy tak suka dipersalahkan). but now.. i enjoy the tragedy... sgt indah la actually.Thx 4 da comment. Impresif.
fara-D - u're such my hunny-bunny...! i love u. u're now my partner in sengalness... kdg2 aku kesian ngan nasib kita berdua yg slalu terjebak dlm kancah yg kontroversi camni. Tapi we deserve it la i think.Ahahahaha... we rox the world! Barulah remaja... kan?
mE - i enjoy the tragedy actually... =)
cuma pendapat saya. all the best & take care. :)
Tapi saya pun anggap ajinomoto dan garam adalah dua benda yg sama sbb dua-dua benda ni masin *wink*
chii - jgn paksa diri
kak shai - yeah...enjoy da mistakes.. ehehe
aku rasa harga 600 tu mula2 tu mmg harga normal gak. sebab enjin kau tu rosak terok, nak kena cuci smua tu. harga 300 tu sbb bapak ko ni tergolong antara org2 dihormati kut. (aku x pasti apsal leh dapat harga spesial gitu. *nanti kalau Satria aku terminum Diesel, mintak tolong ayahanda kau eh.. huhu
*citer kau ni, aku akan jadikan citer masyarakat untuk pedoman anak2 aku bila da besa nanti. pengajaran tu. ekekeke
tak tahu, bertanya.hihi..
sekian..
apepon, salam takziah utk kejadian yg memalukan ini. well..biarlah terkena kotoran demi pengalaman, kan? ;)
masy - ai malulah.. miahahaha... bukan terkena kotoran dah ni.mmg dah rasa sgt pengotor kehidupan yg dilalui sejak kebelakngan ni. aih.. kesian saya dan kehidupan saya... *tunduk ke bumi*
LAWAK!!! HAHAHAHA!! Nanti aku nak beli keta, kene tanya samada diesel atau petrol.. haha!!
kah kah kah.. lawak giler ayat abah ko tu.. aku x sangka ko bawak lori hari2 ke ukm ek..
kdg2 sy pon risau gak
terisi diesel dlm kerete..
tambah2 kalau kat situ petrol dan diesel letak sebelah2
hohohohoho
LAIN LA KLU ORANG TU MEMANG NAK CARI MAUT!
Hurmmmm.....
ai pn xpenah isi minyak,tau gune je tp seb baek ai x pkai "lori". hahaha
adledash - tobat aku oi!
din - nanti kamu beli kete, kamu try masok gas plak. Buat cam teksi. wakaka...tgk apa jadi.Then leh kongsi bersama kami semua. :p
nash - aku pon tak sangka aku bawak lori rupanya...
itikputih - ya lo... jadi kamu baik berhati-hati ye. Tak tau, bertanya. ekeke
jai - semoga tiada insan lain menerima nasib yg sama. Satu hari penuh sengsara! Ye, ye.. kena kejar GOAL dulu.
east - ko ni dah cam hafiz ngan nash plak. suka-suki nak buh nama macam2. ahaha... Hmm, sib baik aku pompuan kan? klu aku laki2 mesti korang dah hentam aku sampai maut.
diane - ai ingat ai pakai lori.Ruapanya ai terperasan je... =( wakaka
emm,dulu mak aku isi kete aku pakai diesal gak...tapi takde ar sampai mati lak..tapi mmg abisla..kena bukak head, cuci dlm sume, tuko filter dll...nasib aku ni celik enjin tapi kene ratus2 gak ah...nasib mak, kali girlfriend maunye tak bertegur sape sehingga hati reda..muahahahaaa....
tapi aku rase rm600 tuk enjin 2.0 kira ok pe...diesel ni compression ratio tu double dari petrol..sbb tu performance dia kureng skit...dia punye enjin biasa lagi besau..dan yg penting bau minyak dia lain skit..
takpela,pengajaran tu...selain kete ngan komputer benda2 lain cam fesyen ke, entertainment ke aku bangang gak sbenarnya..same je kita sume...huhuuu
sobrina - at least ko tingin gak tanya kat bapak ko pasal benda2 ni.Aku x ske tanya benda yg aku x berminat. Mmg x sepatotnya aku ada sikap camni. Lagipon aku mmg x reti berdikari.Sgt hina! hiarghtt! wakakaka.... Do laugh n make it funny.. life is dull without stupidiy i guess....
faisal - saya x tau apa2 psl enjin. Sy cuma ada ilmu enjin masa blajar Kemahiran Hidup form 2/3. Sy sentiasa akan relakan apa je yg mekanik nak buat ke atas kete sy sbb sy x tau apa2. Syukur tak tertifoo. uhuhu...
Oooo.. klu awek kamu la yg men-diesel-kan kete kamu, fuh.. tentu lebih menarek kisahnya. miahaha...
buat camna kan chika, benda dah jadi.. jadi lepas ni kena beringat la, bawak keta apa pon, ko kena tau keta tu pakai minyak apa.. itupun bagi peringatan kat saya gak.
bukan kerja mudah tu, kalau tersilap isi minyak tu, tension jugak la seperti apa yang telah dilalui oleh chika, dengan tidak semena-mena lesap begitu saja RM 50, minyak pon rugi begitu ja, buang dan takleh guna dah sbb campur ngan petrol.. saya pon kadang2 ada gak buat silap pasai isi minyak tu, tudung tangki minyak keta lupa nak boh, tinggai kat stesen minyak.. haha.. kan susah tu, bukan senang nak beli pulak tudung tangki tu.
padan la ko, tu la tandanya orang yang tak penah isi minyak, tau bawak saja, tak tau nak boh minyak, taktau nak bezakan keta yg pakai petrol ngan diesel, tapi, mengikut apa yang ko cerita, kawan ko tu yang suruh isi diesel, ko tak cakap apa2 pon, just isi minyak, jadi kalau ko cakap kat cashier tu 'nombor 1, 50 ringgit' cashier tu akan tekan petrol, kalau diberitahu diesel, baru la dia pilih diesel.
apa2 pon, ko mengaku ko bersilap, jadi lepas ni, kena beringat la..
.. dah banyak kali baca, tapi takleh nak komen2..
HAHAHA
nash - kecik ati Beylo ko nih! kang dia lari dr umah, aku yg mabok kepayang.
are_tie - in the future, klu dah ada kete, silalah jgn lakukan perkara yg sama ni. Tolonglah jangan. menyusahkan ibubapa dan orang awam. ahahaha
klu tak, gerenti aku terus off beylo. miahahah!!
terus aku hilang dr arena internet.
Kalau confuse lain kali, tanya orang pam minyak.. mesti dia tau. takpun tanya supervisor.. :) supaya kereta kita takde masalah :)
sebab, kereta wira pun, jenis yang lama, guna minyak diesel, lori guna minyak diesel, bas guna diesel, jeep kebanyakan pakai diesel, kereta mahal-mahal selalunya guna petrol/prima (menurut ilmu petronas yang aku dapat masa keje kat pam minyak petronas, peserai, batu pahat).
sekian saje.. berita melaporkan..
:)
chop, chika.. beylo tu sape? agak confuse.. adakah kamu membahasakan diri kamu "Beylo" dalam alam maaya ni, atau.. ? confuse la kawan.. erm..
Gila la cerita kau ni..
Tak dapat bayangkan kalau aku dalam situasi tu..
Conform gelabah punya kan.
Post a Comment