Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, June 07, 2006

Tragedi Mandi Cat

Farah sms.
Duh, berdetak jantong bagai nak terputus nyawa.


"Nurul!!! Result dah kuar!"

Ha, silalah letakkan diri kamu dalam kasot aku. Student mmg slalu membebel musim exam. Semua student benci exam. Aku juga. Satu, exam menghadkan beberapa aktiviti hyperbola kegemaran aku. Dua, exam buat aku jadi ulat buku tiruan. Tiga, exam buat aku rasa macam ibu baru lepas bersalin. Mcm ibu dlm pantang yg serba serbi perlu ikut peraturan, nasihat dan tradisi demi meneruskan kehidupan yg sehat. Empat, exam merembat terlalu byk masa poya-poya aku. Contohnya tak boleh poya-poya lama di restoren sbb kena bergegas pulang dan sambar buku. Kalau boleh nak masuk dlm buku tu.Menyelam dan minum semua ilmu sampai perot kembung. Lepas tu muntahkan dalam dewan pekser. Kesimpulannya exam lebih dahsyat dari serangan wabak pembunuh.



Akibat daripada alasan2 di atas, yang membuatkan aku semacam tak ikhlas dgn peperiksaan, maka keputusan exam aku pon hidup segan mati tak mau. Nampaknya angan2 nak berbahagia menyandang anugerah dekan tahon ni terpaksalah aku tunda ke tahun berikutnya. Pointer 3.5o semester lepas nampaknya dah tergolek sket ke bawah. Brengsek! Sapa brengsek? Aku ar! Tuih, sekarang boleh benam muka sendiri dlm kolam sampai lemas. agak2 nak putus nafas, boleh bangun mendapatkan udara sesaat dua dan benamkan kepala semula. Senaman ringan ni mungkin boleh sedarkan aku yg aku takkan berjaya jadi arkitek kelas atasan klu akademik aku terus menjunam mcm pesawat terhempas. Tapi...


Salah aku ke? Aku dah usaha la oi! Cuma design tu aku mmg rasa nyawa2 ikan. Sbb masa internal review tu, model aku roof tak sempat siap. Panel aku pon tak complete. Sepanjang musim design sem ni, aku byk sgt give up. Dan aku plg terkilan dgn keputusan aku utk stop semuanya pukul 5 pagi tu sedangkan aku ada lagi 3 jam utk proceed. Dah lepas pon. Sekarang nak menangis tujuh tempayan pon tak de maknanya. Klu aku tampar muka sendiri byk2 kali pon, Lembaga Arkitek Malaysia takkan bagi aku kedudukan dlm lembaga pon. Lebih baik motivate diri dan belajar byk2 seblom berangan jadi arkitek bagus-bagus.


Ma, abah...
Susahnya belajar senibina ni.
Dan kenapalah setiap sem pon,
Komunikasi SeniBina sentiasa jd subjek perosak pointer?
Dan maaf, Beylo...
Aku terpaksa perasan sekali lagi..
Yang konon2nya aku ni ahli silap mata yg cemerlang.
Sbb...
Aku dapat A utk maths.
Matematik SeniBina aku A????
Oh, inilah rupa2nya magik super-saiya yg aku terasa aura2nya sejak beberapa hari kebelakngan ni.
Punyalah aku study mati demi Sejarah. Study macam aku akan kena tembak mati klu aku tak study butir demi butir.
Tapi alahai...
Sem lepas aku boleh kembang kempis dgn result sejarah yg sgt membanggakan,
Sem ni aku boleh kena radang emosi sbb sejarah aku boleh jd sampah.
Hentikanlah bercakap pasal result.


Semalam di UKM.

20 minit drive, aku sampai UKM. Kembalilah aku ke kehidupan ratu-ratu yg hyperbola bersama semua sahabat handai. Dan kembalilah ke Kolej Burhanudin Helmi yg terpaksa kami huni bersama monyet2 universiti yang cuma tau selongkar tong sampah demi membesarkan keluarga. Aku rasa, monyet2 ini jantan kesemuanya.Kalau bukan jantan, mereka mungkin lesbo. *Ini fakta, bukan pornografi* Sbb monyet2 ni hanya terdapat di sekitar blok perempuan. Entahlah, mungkin juga mereka lebih selesa tinggal bersama masyarakat wanita.


Ptg smlm, lepas check in bilik, aku terus membuta sampai ptg. Kalau tak disebabkan Ainol kecoh-kecoh, mungkin aku akan terus jadi buta. Cam biasa la, bila je mengadap muka farah dan bila je bersama sahabat handai, perut aku mesti tunjuk perangai. Lapar manjang. Maka, kami menyerbu ke Pelamin. Lama tak naik 'Pelamin'. Dan lepas tu poya-poya kejap kat studio. Dan akhirnya tertewas lagi dek nafsu. Balik, penuhi tuntutan nafsu yg tinggi. Hmmm.. sempat aku dgn Farah bukak teori yg realistik. Kami sebaiknya jgn pulang smlm klu semata-mata nak bergolek-golek dan bersukan atas katil. Tsssttt....


(2 minggu kami cuti bergosipan. Abis harini meletop semua drama)


Tragedi

Janji dgn Farah, nak bangkit awal dan breakfast kat Pizzahut. Spt biasa, drp berjanji dgn aku yg mengaitkan perihal pagi hari, lebih baik berjanji dgn tiang-tiang telekom sepanjang jalan. HAHAHA! Kan aku dah bilang, aku sgt jarang dpt peluang bersarapan. =(


Pukol 1 lebih, aku sampai studio. Dapat sebijik 'cenderahati' dari Ainul "Lain kali bangun pukul 2 ye..." Aku tak pedulik dgn kata2 macam tu. Dah biasa dengar. Perasaan aku dah immune. Hmmm.. yang nak aku gembar-gemburkan nih... Ha!


Entah knapa musim2 final break ni, aku rasa berlagak pulak taknak park kat belakang2. Bukan aku je, Farah, Adian, Chee Way dan semua warga studio yg berkereta pon aku tgk bukan main terkinja-kinja parking kat tapak2 ekslusif yg selama ni mmg jadi sumpahan keramat. Berani ar park situ, mmg pakat nak kena saman ar jawapnya. Tapi ptg tadi, punyalah perasan tinggi sgt darjat aku, aku pon parking kat tempat lecturer. Mula2 terjadi tragedi kena sound dgn sorang 'aunty' yg menggelarkan dirinya 'akak'. Dia kecoh kereta dia tak boleh keluar sbb kereta aku park belakang dia.


Aku yg ada otak pon berpikir. Kalau aku park ngam-ngam satu petak, dia pon park ngam2 satu petak... mestilah mengikut standardnya, dia gerenti lepas nak keluar masokkan kete dia.Tapi dia protes tak boleh. Sbb aku rasa aku pon dah buat salah park kat kawasan lecturer, aku mengalah je lah. Aku bitau dia.. "Okay, saya tunggu. In case tak lepas, I reverse my car k..." Suara aku bunyi best.Tapi kenyataanya aku rasa loyar anak tekak. Aku sgt tak puas ati sbb dia kata kete aku block dia nak kuar. Huh... ??? Patot pon slalu timbul stereotype ttg perempuan yg memandu. Yaaaaaaa!!!!~


Aku masok studio, aku bebel-bebel tentang makcik tu. *Makcik tu mungkin sorang pensyarah engineering.Mungkin sorang ketua jabatan.Mungkin sorang prof atau mungkin juga bertitle Ir.*


Aku lunch dgn Farah kat cafe. Sambil lunch, ungkit-mengungkit dan bergosipan ttg mcm2 nama. Abis lunch, lalu depan org tgh mengecat bangunan fakulti. Oh my god!!!!! Aku rasa nak menjerit sekuat-kuatnya. Kereta aku tinggal sorang-sorang di sepanjang kawasan letak kereta yg luas tu. Terus aku berlari ke kereta ajak Farah dan punyalah gundah-gulana perasaan aku tgk kete aku yg dah basah kuyup. Menitis-nitis pulak tompok putih cat habis satu kete. Aku tak tau nak gelak terguling-guling ke atau nak menganga luas-luas. Yang pasti, aku tersengih-sengih mcm orang gila. Nampak comel jugak kereta aku macam tu. Basah kuyup... mandi cat. Kelihatan comel dan sensasi! HAR HAR HAR!


"Sapa suruh parking sini. Kan org tgh buat keje kat sini," terdengar suara dari atas. Aku dongak tgk atas. Masih sengih.

"Nak saya semburkan?" suara dari atas tu kedengaran lagi. Aku kata tak payah.

"Bak lah saya cucikan kasi hilang cat," suara dari atas masih kedengaran.

"Tak pe...," kata aku yg sebenarnya dah cuak.Terus aku pusing ikut tasek, dan masok balik ke fakulti. Kali ni, aku park depan cafe. Aku suruh Farah masok carik kain burok nak lap kete. Aku dah tak kira panas terik lagi dah. Program Jaga Kulit semua aku dah lupakan. Aku cuma pikirkan kereta terchenta je.


Aku mundar-mandir depan kete aku sementara tggu Farah mendapatkan kain burok yg sgt aku idam-idamkan. Pekerja2 yg mengecat tu semua dok riuh rendah perli aku. Rasa nak lastik satu-satu dari bawah. Biar padan muka menjunam jatoh mcm burung terkorban. AHAHA!


"Hoi!!," Tiba2 suara tu berbunyi lagi panggil aku. Aku toleh. Si lelaki tukang cat tu kasi signal yg dia boleh tolong semburkan kete aku kasi hilang cat. Demi kasih pada kereta yg sgt tinggi, aku pon terus start enjin dan kembali ke tempat parking aku yg tadi. Tak sempat aku turun, terus disemburnya kete aku. Fuh, terasa macam aku ni orang besar2 pulak. HAHA! Farah dah tersengih-sengih bwh pokok aku tgk. Siap cuci! Aku pon hangkut farah dan sekali lagi kami pusing ikut tasek. Stop jaaa....uh dari cafe dan studio. Kami pon tau malu jugak. Drp free-free kena gelak dgn kaum kerabat yg lain, lebih baik kami dok lap kete yg lencun tu jauh-jauh. Tu pon sempat kena perli sebarang dua ngan moto yg lalu. Mmg tak senonoh btol. Tgh hari buta kami menonyoh kereta. *ni lah kali pertama aku cuci kereta aku. Dan kejadian ni mmg sgt bersejarah buat aku*


Siap semua, aku rasa tak puas hati lagi. Sbb tompok cat masih ketara. Aku masok studio, panggil Anuar teman aku lap kete. Mula2 dia merungut malu. Kata dia, malu je buat keje2 camtu depan cafe. Nanti kena gelak. Tapi kalau dah namanya Anuar, setakat aku ayat sket2 mmg goyah lah! WAKAKA... Maka, kami berdua pon tengah terik tu dok lap kete sampai kering. Mmg sia-sia aku dressing baik-baik ptg tadi. Tak de maknanya klu terpaksa terbongkok-bongkok lap kereta macam orang gila. Lecturer dan student yg lalu lalang dah pandang semacam.

"Babe, mesti dorang ingat kita ni kena denda cuci kete lecturer kan?," tiba2 terlintas idea tu kat kepala aku. Gerenti punyalah! Sbb tak pernah dibuat orang cuci kete kat fakulti.

"Ha ah... buat malu btol," Jawap si anuar yg samdol ni.

"Dek! Nak abang tolong basuhkan? Meh abang basuhkan tayar kasi putih meh," tiba2 menyampok pulak sorang tukang cat dari jauh sambil tayang2 kan berus cat kat aku. Brengsek!

"Tak apalah. Terima kaseh," kata aku dan tersenyum manis. Brengsek! Brengsek! Patotnya aku yg cat kan lidah dia dgn cat putih tu.

Waktu aku berambus dgn anuar, kesemua tukang cat yg bergayutan di bangunan memekak perli aku itu ini. Aku buat muka tenang. Kunun2 aku tak dengar. Padahal, masok je studio, aku gelak macam nak mati. aku terasa sgt samdol harini. Dan bila aku cerita kat ma dgn abah, pakat gelak semua.Mmg macam2 hal aku dah buat sepanjang setahun kat UKM ni. Nak tunggu aku grad, entah malapetaka apa lagi bakal aku buat. Silap2 satu hari nanti ada bergegar jugak fakulti tu.

Dan lepas meeting, aku balik umah. Sbb pagi esok nak balik Johor. Yeay, balik kampong! Punyalah jam ptg tadi. Slalunya aku drive balik 20 minit je, kali ni 45 minit. Hujan lebat lagi. Salah aku jugak sbb patotnya dapat balik pukol 4, tapi aku menggatal pergi entertain perut aku ke PizzaHut. Kami mengidam PizzaHut dari mlm semalam. So, aku pergi dgn Farah dan Anuar (Babe). Hmm.. aku sanggop lakukan apa saja demi memenuhi nafsu. Nafsu mata dan nafsu makan. Tu ertinya aku sgt bertanggungjawap ke atas diri aku.



(Mereka inilah yg melengahkan kepulangan aku ptg tadi. Tapi syurga btol bila disamping makanan-makanan eksotik begini)



Dah byk menyonteng. Ini sebenarnya contengan untuk 3 hari akan dtg. Sbb aku akan pulang ke kampong.Maknanya, tiada contengan buat Beylo. Klu rasa tak mampu baca, boleh baca hari demi hari.







Untuk aku : Aku tak suka acara kita ketika ini. Tak payahlah kita main 'tarik tali'. Sbb aku sgt sakit. Aku sgt risau dan rasa tak selamat. TAK SELAMAT. Dan kondisi di mana kita boleh 'sama-sama selamat' takkan pernah berlaku. Sbb kita main 'tarik tali'. Apakata kita main lego? Demmit!


 

23 Congteng-conteng:

Blogger Nashrex conteng...
giler panjang n3 ko.. *esok arr aku bace!!
1:45 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ko ni mmg buat aku gelak la.Tiap kali aku nampak komen ko yg first, mesti aku rasa nak gelak gila2. sbb ko mesti bitau ko lom baca tapi ko tamak nak komen. AHAHAH!
2:02 AM  
Blogger Adian conteng...
nurul!!! slmt balik kampung! (ceh, xaci balik lame2), ala poyo la ko punye result drop konon2, padehal xluak punnn. hehe
2:08 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
drop means DROP!!! u shut up! go n work hard on ur finding. Ceroboh 'DIA' punya result.
3:23 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
selamat balik kampong!! Diharap sentiasa sihat selalu bersama kereta tersayang. Hakhak!
3:33 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
sehat... everytime bersama kereta mmg rasa sehat sgt... ntah la knapa.. *lalalal~*
3:36 AM  
Blogger Nashrex conteng...
hahaha.. episod begaduh dgn makcik2 pasal park keta pun ada...

*org pmpuan ttp sama.. dua2 trok park keta~!!

[aku sndiri pun xreti sgt] wakaakakah
10:09 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
aku x reti sgt bwk kate..
aku x reti sgt parking kete..
walaupun aku mempunyai lesen kete..
cane la leh dpt lesen kete tu ek..
miahahahaha...
12:16 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sgt pelik... dah 21 taun ai idup... 17 taun ai blaja, untill now, ai tak reti mcm mana nak study utk exam... blur je... sudah nye, beberapa jam sblm exam baru baca notes... itu pon bukan lekat dlm pala otak... bile kuar je dari exam, lupe ape yg berlaku masa jawab soklan... mcm mana tuh heh?

mungkinkah makcik tuh mempunyai tulah atau daulat? ekekeke... die suruh kamu keluar tuh.. die dah dpt agak kereta kamu akan mandi cat.. :p
1:27 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
muahahaha...lawak of the year!!memang gilernye lawak..tak sangke aku,satu hari je,mcm2 bende jadik..rock abes lar..

tp ko sabar giler bile kene ngan pakcik2 cat tuh..tepuk tangan la...(bkn sennag woo die nieh nak senyum dan ckp sopan-santun)..seb baik mood ko dlm kondisi yg bagus..kalo tak,abes tong2 cat tuh ko baling kat dorang kan??
2:06 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sebut pasal monyet ni
teringat ma kat UM dulu
memang banya monyet datang mengawan depan asrama.
2:24 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Hai dik Nurul, cam ne result? Walau apa jua result dik pun, dik dah buat sebaik yang dik mampu. So for coming sem, do better than the previous one kie? Akak menyokong dik setinggi-tingginya, huhu :p
9:50 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
huhu.. pompuan punya keranah..

jalan untuk semua, bukan untuk sorang..
11:52 PM  
Blogger Jai conteng...
Uiks... kereta yg kena tompokan cat. Sayangnye awak tak bawak camera time tu. Mesti "lawa" giler. Aku pon nak try jgk la. huahuahua...
4:00 PM  
Blogger zulkaplye conteng...
chika, aku rase makcik tu upah tukang cat tu sembur cat kat keta ko la. tu la... btl ckp jai, awat xde gamba keta ko time kn cat tu.. sure lg menarik post ko kali ni...heheh.
9:54 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
chika, tukang2 cat mengorat u.. alahai
7:55 AM  
Blogger Nyetok conteng...
Panjang.. panjang.. Cam baca The Star la plak. Sem ni dak laki exam bola jer..
9:03 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
chika, baik hati betoi ko ni.. hahaha keta kena cat pon leh gelak-gelak lagi.. keja overtime plak la hari tu...

peh hebat breakfast kat pizzahut..
12:25 AM  
Blogger Unknown conteng...
ohohoho... aku bace sampai part ko bergossip. pastu give up.. lain kali haku singgah lagi... ngantuk dowh! :)
1:40 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
agak2 lawa dak tompok2 cat tu kat kete chika?
heheh...
9:08 AM  
Blogger Adlan conteng...
aku nk komen psl exam jela..

biasa la tu.. architecture mmg susah..

anyway, nnt pegila olympiarch tau.. aku xpegi walaupun diajak kwn2..

mls!

sbb ko nk jd arkitek, lebih baik ko pergi!
12:31 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku pon jatuh juga..buka ckit2 jatuh..ni suma angkara titas..sampai mati aku benci titas..damnit!
4:11 PM  
Blogger Unknown conteng...
hehe.telaka je.
4:00 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."