Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, August 20, 2006

Talian Terputus

Aku ni dah kenapa?
Sejak kebelakangan ni, dah mula jadi insan eccentric yang tidak center baik pemikiran, maupon perlakuan. Risau la aku dengan radang emosi yang kadang2 menyerang hebat sampai aku rasa terkorban beberapa ketika. Yang aku perasan, aku dah mula mengamalkan beberapa perlakuan aneh yang agak songsang dengan amalan silam aku. (errr... bunyi semacam pulak) Bukan! Bukan serius sgt. Cuma cara aku olah ayat je buat kondisi aku kat sini macam betul-betul kronik.Padahal masih seimbang, cuma tak center sahaja.


Aku dengan sendirinya dapat kesan kalau ada yang tak kena dengan diri aku. Misalnya, aku semakin sukar bercampur-gaul dengan masyarakat atau senang kata, ANTI-SOCIAL. Biasanya, aku bukan jadi anti-social secara semulajadi, tapi mmg aku maukan nyer! Ini mmg antara petanda paling besar yg ketara setiap kali ada yang tak kena dengan diri aku. Semalam, aku mula perasan lagi satu perkara tentang aku. Bila aku runsing, aku makin kerap ikat rambut, lepas. Ikat rambut, lepas. Sampailah aku kehilangan beberapa bijik pengikat rambut. Stupid kan? Mmg bunyinya agak kebodohan tapi itulah yang aku katakan sebagai eccentric tadi. Selain tu, bila aku diserang kondisi tegang jangka masa panjang, biasanya aku akan carik sesuatu untuk dilakukan. Sesuatu yang aku tak pernah, jarang, atau tak pernah langsung terpikir untuk dilakukan.


Okay!
Dua hari lepas aku pergi saloon. Bukan setakat trim rambut, tapi jugak potong banyak-banyak yang aku tau akan kena baham dek abah (since abah pantang aku potong rambut). Biasanya aku takut nak kerat rambut. Tp kali ni aku lakukan dengan senang hati sekali. Ketika ditanya oleh sorang amoi kedai Wella tu samada aku nak treatment biasa atau yg professional, aku dengan pantas sekali menjawap, aku mau yang paling bagos! Dan yes! Aku masih lakukannya dengan senang hati sekali. Tanpa memikirkan risiko juga, pada saat terakhir sebelum berambus dari saloon tu, aku boleh terlintaskan satu idea yg tak berapa seimbang. Aku suruh amoi tu kerat rambut depan aku secara serong. Ngam! Aku tak merancang, tapi aku tetap berpuas hati dengan semua perlakuan spontan yg menenangkan jiwa itu.


Semalam aku buat rawatan resdung pulak!
Bukan sbb aku ada masalah resdung
Bukan jugak sbb aku merancang.
Tapi aku lakukannya sebab aku mmg nak buat sesuatu yang tak pernah aku pikirkan.
Dan aku suka!
*senyum-senyum-senyum-senyum*
Rawatan resdung itu sangat menenangkan minda. Aku suka tangan uncle tukang urut tu. Lembut. *OMG!* Dia dok perati dahi aku dan dok 'membaca' lah sikap aku. Btol pulak tu! Tak boleh jadi btol. Katanya...
  • Aku cepat melenting. Tapi cepat baik (BETUL)
  • Aku cepat tension (BETUL)
  • Aku garang (BETUL)
  • Aku tengah bercinta (TETTTTTTT!) *pangkah*
Aku tengah bercinta? Bercinta? Aku bercinta? Bercanda-candaan adalah. Lalalala.... Tapi bukan ke, setiap masa dan ketika, setiap individu tu mmg sentiasa punyai cinta dalam hati? Bukan ke? Aku percaya macam tu. Jiwa manusia takkan pernah jauh dari cinta. Ehhh... tapi aku cakap camni, macam nak lepaskan diri kan? HAHAHA...!


Aku dalam kondisi tegang! Tekanan kerja, komitmen dan hubungan dengan persekitaran buat aku serba tegang. Dan melakukan sesuatu yang kontra dengan kelaziman adalah cara terbaik untuk aku atasi semua ketegangan. Frankly said, aku rasa seronok melakukan perkara-perkara yg songsang dari kebiasaan. Kalian cubalah!


Talian terputus. Aku tau talian dah lama terputus. Tapi kenapa ada masanya aku sebok lagi nak mengendeng-ngendeng ke arena 'patah hati antarabangsa' tu? Aku nak sgt ke masok gelanggang patah hati? nak sangat ker? TAK NAK LAH DOL! Abes aku nak apa? Aku nak tengok je. Aku cuma nak amek tau dan tinjau-tinjau keadaan semasa. Since memories cannot erase.


contengan picisan : aku dlm keadaan anti-social. aku hanya berminat dengan teman-teman dan kenalan rapat sahaja. hentikan kerja-kerja memicit 'BUZZ' dan hentikan hasrat-hasrat mau ber'chattingan' dengan aku. Kecuali kamu seorang teman rapat yang sgt aku butuhkan setiap masa dan ketika. Daa~
 

Sunday, August 06, 2006

Semalam dan semalam

semalam, aku bangkit pagi-pagi. Terus menyerbu ke bilik budak-budak lelaki yang masih terlentang macam pejuang Melayu kena tembak.
"sapa nak follow gi UKM, bangun!," aku rasa mengejut budak-budak lelaki bangun dengan cara ni sgt praktikal. Masing-masing bangun. Berebut pulak nak ikot aku. Akhirnya Haikal dgn Del yang ikut aku.

Adoi lah, kelas ko-k (yg disebot sbg ko-ko masa zaman sekolah rendah dulu) dah mula untuk sem ni. Maknanya, every two weeks, aku akan ada kelas Khidmat Masyarakat.Pagi Sabtu lak tu. Mmg gila punya rushing ar semalam. Tunggu bebudak lelaki ni siap lagi, mmg akhirnya aku terlupa kereta aku BUKAN macam Initial D tapi aku memperlakukannya SEBIJIK macam Initial D. Pecut punya pecut, cilok punya cilok, akhirnya... aku tetap lambat 15 minit! =( Cepat-cepat aku call Farah dgn harapan, dia belom sampai UKM. Dia pon dok balik PJ. Tgk2, kete Farah ada kat belakang kete aku. Hembus nafas lega. Lagipon aku tak tau kat mana kelas tu nanti. Nak ke FSSK pon aku masih teragak-agak. Ngok btol aku.

Aku drop Ekal dengan Adek kat studio aku. Dan lepas tu terus mencecet ke FSSK. Tuih, aku dah agak dah. Area situ mmg kerat jari ar nak dapat parking. Tapi syukur akhirnya aku dapat parking. Side parking pulak tu. Maka, terkial-kial aku cuba masokkan kete aku agar tak gedabak kat tepi jalan tu. Good job, Nurul! Walaupon kete aku hampir mencium bontot seekor kancil di depan, tapi syukur kete aku masih blom terdorong dek nafsu untuk melakukannya. (AHAHA!) Siyes punya rushing semalam. Ko tak tau, Beylo!

Naik je atas, dah terkial-kial pulak carik kelas. Walaupon ada Adian, Kerry, Pyan dengan Shafiz, tetap tak membantu. Yg ada hanyalah bilik kuliah yang kosong. Kami pon tercegat kat luar lecture hall tu macam sengal. Perut lapar. Membuatkan aku bertambah bengang.

Dipendekkan cerita, Sarah pon turun dari lecture hall atas. OMG! Rupa-rupanya kelas this week was canceled by the lecturer (lecturer itu unknown ye kawan-kawan) Sbbnya last week mereka dah buat 1st class. Vely Blengsek! Nak je aku baling batu kat pintu dewan kuliah tu kasi pecah sket. Last week kami mana ada di bumi UKM! Kami kan ke Terengganu. Aih, sgt buang masa!

Farah pulak dah siap-siap beli besdey cake nak celebrate besdey Mek kat studio. Memandangkan aku sgt bengang dan mood aku tengah tak berapa stabil, aku decide tammo tunggu sampai around 12 untuk celebration tu. So, aku just suruh Farah sampaikan my wish untuk Mek, and i promised nak carikkan present sebijik dua. (opps, sebijik sahaja ok. Manader org bagi hadiah sekaligus sampai dua. very membazir!) ahaha... but later la aku pikirkan samada akan mendapatkan hadiah itu harini atau tahun-tahun yg akan datang. OMG!

Mek Ti, epi 20th besdey!

Finally, aku amek adek-adek aku yg tgh melangut depan tasek tu dan bawak depa breakfast. Maka, kesimpulannya untuk hari semalam sgt mudah. Segalanya sangat sia-sia
  • aku dah membazir suku dari tank minyak aku untuk ulang-alik ke Bangi.
  • aku terpaksa bangun pagi-pagi. (adek-adek aku juga)
  • aku tak dpt join the party
  • aku ke Bangi smlm semata-mata untuk breakfast Pizzahut kat Warta.
  • melayang RM begitu sahaja pagi smlm.
Ptg pulak, rushing ke Pantai Medical Centre. Amek medicul check-up Zirul punya result. Selasa ni dia nak sambung study dia. Sib baik tak jauh. Kat area Serdang/ Seri Kembangan je kolej dia. Tapi ini bermakna, tak lama lagi tugas aku akan bertambah. Aku kena amek dan hantar dia everyweek since kolej dia tu one way dengan perjalanan aku pergi balik UKM.



Kamera baru.
Memandangkan digicam Sony aku yg sgt aku kasihi dan terminum air asam last month, aku pon secara mendadak telah menjadi insan hina tanpa kamera. Aku terasa hina tingkat tinggi ketika trip ke Melaka sbb aku tak ada kamera. Dah la aku ni camera freak. Bila aku rasa nak pose je, terpaksa menagih simpati orang lain terutamanya Adian dan Beb. Hina tak?

So, untuk trip ke Terengganu, aku tekad! Apa jadi pon, aku tetap nak kamera baru. Ptg sebelom bertolak ke Tganu tu, aku call bunda. Aku cakap straight fwd aku nak kamera baru. Aku rasa, aku tak de lah berbasa-basi sgt meujuk bunda sbb bunda dengan releksnya kasi laluan kat aku tuk beli kamera baru. Wo ai ni, Ma!

Oleh kerana aku sengal, dan aku juga punyai beberapa teman baik yg juga sengal, kami pon terkedek-kedek ke Alamanda petang tu jugak lepas kelas. Mmg hilang pertimbangan time tu. Dah la kul 8 bas nak bertolak ke Tganu dah.Barang blom packing. Aku pulak nak kena balik Cheras hanta kete. Tapi aku malas nak pikir banyak-banyak. Yg aku tau, aku harus dapatkan sebijik kamera baru dulu untuk membuang kehinaan yg aku pegang sebulan lamanya. Si Beb, Adian dgn Shah pulak dok shopping sakan. Tak boleh blah btol boipren ku semua ini. Lagi-lagi yg sorang tu. Sempat beli baju agi. Mmg shopaholic versi metrosexual btol. AHAHAH

Zas zis zus! Akhirnya aku sangkut ngan satu kedai kat Alamanda ni. Setelah bermesraan berbincang harga apa sumer dgn chinese kat situ, aku pon amek sebijik lagi kamera sony yg sgt langsing.Berkulit hitam legam pulak kamera aku kali ni. Ingat tak dulu aku pernah kata, semua barang-barang aku berjantina lelaki. Jadinya, dapatlah aku mengimaginasikan kamera aku kali ni sebagai seorang lelaki kulit hitam atau pon Negro. Yucky! Tak nah lah. Bayangkan kamera aku ni sbg sorang latino berkulit gelap. HAR HAR HAR! Hina ar!


WAU SEMBILAN PULOH HINGGIT!
Baiklah, teman-teman semua. Cerita di Tganu aku conteng later. Skang byk keje. Assignment tiap-tiap ari menghujani kami. Rasa dah banjir kawasan kediaman kami dek assignment. Design pon dah mula. Last Thursday aku dan beberapa teman ke CM, carik Wau. Gila! Bila je mula musim design, maknanya bermulalah era kemuflisan kami. Beli wau je dah RM90 (setiap seorang) Yg sengalnya, kami (aku, chee way, beh and chee yang) sanggup dok beli wau mahal-mahal dgn harapan, wau tu bukan je untuk projek product packaging tapi jugak utk dimain. Huk oloh! Tapi tak terkilan sgt la. Demi projek, aku yakin pengorbanan aku tak sia-sia. (ayat pujuk diri yg sudah sengkek)

Seronok tau, kawan-kawan. Skang studio kami dah macam pusat warisan kesenian dan kebudayaan. Kami ni dah macam rakyat malaysia yg cintakan tradisi. Macam belia cinta budaya pon ada. Sbb projek kali ni, kami byk study tentang cottage industry. Aku pilih wau. Ada pulak keris, tembaga, tembikar, songket, batik, gasing, keropok lekor dan beberapa yg lain lagi kat studio tu. Seronok! Atas meja masing-masing, ada je produk yg mereka dapatkan melalui pengorbanan wang ringgit. Yg paling sensasi ialah keris. Sbb some of them, lecturer kata still punya spirit. So, kami kena beware tak boleh main-main keris tu sbb masih ada penjaga. This is hot and i like it! HOT TO GO! AUMM!

okay, tamat.

 

Tuesday, August 01, 2006

Hari Ulangtahun

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan,
Buat ibubapa....

Sudah 21 tahun lamanya.
Semoga ibubapa terus-terusan bahagia.
Sekaligus membahagiakan kami anak-anak...





Sudah pulang dari Terengganu.
Letih.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."