sudah 1.30 pagi. aku sudah tidur tadi. betul-betul sudah tidur. Tidur yg mulanya sgt enak. Tidur awal dengan tujuan mengakhiri kesakitan perut yang terpaksa ditanggung selagi aku berjaga.
Aku mimpi buruk lagi.
Mimpi yang tidak baik.
tentang dia.
tentang aku.
tentang ...
tentang ...
Jantung aku berdetak laju. Selaju yang boleh. Anggota aku menggigil sbb terjaga dari tiduran dengan aksi kejutan yang ekstrem. Terus aku jadi bingung. Terus aku kelam kabut mencapai handphone. Mau hubungi siapa? Siapa-siapa pon tak boleh dihubungi. Kredit mampos semalam. Terus aku ambil alternatif kedua iaitu menyorot tetikus belaan. Mencari sesiapa di messenger yg boleh dijadikan teman mengadu kejutan jahanam begini. TIADA. Tiada siapa yg layak diajak berkongsi mimpi buruk ini.
Aku sangat takut.
Takut kalau akhirnya...
satu hari yang sgt gelap nanti...
aku melangkah juga ke satu titik tamat yg menyakitkan *atas kemahuan aku sendiri*
Aku sgt takut.
Takut hingga aku tidak ingin tidur lagi.
Bimbang di-hasut oleh mimpi buruk itu.
Aku takut aku akhirnya termakan kata si MIMPI.
kalau satu hari nanti...
terjadi apa-apa ...
pasti akulah penyebabnya.
aku sudah terpedaya dek mimpi.
Ya, Allah...
Kuatkan aku, Ya Allah.
Aku takut....
sudah jam 1 : 47 pagi.
9 Congteng-conteng:
jika apa terjadi sekalipun, bukanlah boleh hancur dunia ni..
pertemuan-perpisahan tu adat dunia..
isk..
dan.. mimpi kan mainan tidur.. harap chika tak ambil serious sangat hokeh.. :) mungkin jugak mimpi tu suatu dugaan.. mungkin juga ujian.. yang pastinya.. mimpi tu mainan tidur.. :) jangan fikirkan sangat, okeh.. jalani kehidupan macam biasa.. okeh, chika?
timyohannon - ahli sastera nombor satu!
nash - ahli sastera nombor dua!
zemms - ahli sastera nombor tiga! kejam gila... ada ke patot. adoila..
ikoko - smlm saya rasa... mimpi tu mcm2 betol2. bgn pagi tadi, sy tak rasa apa2 pon. malah tak tergugat dek mimpi. wallahua'lam.
farah - sgt byk benda nk diceritakan. Tp... ada rasa kurang selesa yg tak terlepaskan. Aku sgt takut....
kemat - oh. tak pernah dengar. sib baik m.nasir tak muncul dlm mimpi. tp leh jd soundtrack mimpi gak lagu tu .
adian - smlm mmg thriller. skang rasa plain... siyes...
Post a Comment