Aku sudah tidak jadi gadis penunggu internet lagi.
Aku sudah ketemu aktivitas yang paling cocok untuk dilakukan sepanjang siang.
Iaitu....
Berkerja sebagai bibik yang kayaknya datang dari Indonesia.
(Oh, seperti biasalah. Aku spt sudah 'sedap' nak buat mukadimah dengan barisan-barisan ayat penipu. HAR HAR HAR! Sikit waktu lagi, dah tentu hidung aku akan panjang seperti Pinochio. Tentu lucu sekali! )
Bukanlah. Sebenarnya, aku sangat lega kerna tidak lagi menjadi gadis liburan yang asyik mengadap internet. Mata aku ni naik juling dek cahaya pancaran screen komputer. Oleh itu, aku bekerja keras mencari peluang2 kerjaan baru untuk dilakukan supaya aku tidak hanya asmaradana sampai maut dengan internet. Membazir ah! Syukur, ketagihan aku dapat diatasi dengan menonton rancangan-rancangan di television selain menghabiskan waktu dengan mengeja kesemua bahan bacaan.
MENGEJA BAHAN BACAAN bermaksud, membaca setiap patah perkataan termasuklah bilangan muka surat dan tulisan-tulisan font kecil pada iklaneka yang dicetak pada helaian-helaian majalah, komik maupun akhbar. Ini terjadi kerna aku memiliki simpanan WAKTU yang sgt banyak. Biasanya, aku kena baca laju-laju kesemua magazine yg dibeli. Ada waktunya, aku bukan lagi membaca, tetapi men'scan sahaja setiap helaian dengan mata kasar. Kini, tibalah waktu yg tepat untuk aku memunggah kesemua magazine lapuk untuk dibaca semula melalui kaedah MENGEJA. Hmm.. dan jugak menyelongkar beberapa entry lama blogger favorite aku yg telah aku ketinggalan ketika musim sebok aku dulu.
Jgn bebel byk. Aku cuma mau mengwar-warkan ke kalian... yang aku tengah addict ni ikuti sinetron Mutiara Hati. Sinetron indonesia. Cerita-cerita tauladan Islam. First time aku tgk siri ni, aku terus jadi suka. Bukan spt Bawang Merah Bawang Putih. Maaf atas pengakuan yg bakal aku katakan ni. Saya sgt tak suka sinetron itu. Tiap kali menonton, ia membuatkan saya marah dan bengang, lalu saya akan berambus ke mana sahaja menjauhi kotak TV sambil mengeluarkan sumpahan-sumpahan keramat. Diulangi, saya sangat bencikan sinetron 'tahi lembu' itu. Dia tidak punya sense islamiah yang cukup untuk membentuk sebuah sinetron yang berupa pedoman dan akidah. Islam tidak mengajar kita memanggil nama 'pari-pari' (Putri) ketika susah. Aku tak pernah belajar pon, ada pari-pari baik yang punya sayap dalam asas akidah islamiah. Bagi aku, sinetron ni tercicir antara perkara paling KUAT dalam tuntutan Islam iaitu AURAT. Then wut? Memang sebuah siri 'tahi lembu'. Tapi kalau kasi label 'sitcom'.... boleh la. Sbb sinetron ni mmg lucu. Jalan ceritanya juga lucu amat. Lucu macam 'tahi lembu'. Sekian.
MUTIARA HATI. Aduh, aku suka sgt watak 'Nabila'. Comel. Muka tak boleh blah. Kecik-kecik dah pandai buat aksi muka. Tak percaya, kalian pergilah tgk sinetron ni. SGT BEST. Aku jamin, sinetron ni BUKAN 'tahi lembu'. Aku paling suka tgk aksi muka si Nabila tu bila dia tadah tangan berdoa. Muka dia khusyuk gila. Comel. Dan... ehem... maaf... Aku juga sukakan ayah si Nabila yang ganteng. (elemen penguat ni). Kanak-kanak kecil itu berjaya bawak watak kanak-kanak yang gilakan kasih syg ibu dgn baik sekali. Oh, adek! Kamu sgt comellah.
SAKSIKAN SINETRON MUTIARA HATI.
Isnin-Jumaat
6 ptg di TV9
Ni lagu tema sinetron ni. Bagus jugak jadi halwa telinga.
MUTIARA HATI - DOWNLOAD
15 Congteng-conteng:
tv9 umah haku xdpt... eriel(btul ke eja?) rosak !
aku semakin penat tgk bawang putih bawang merah
lagi2 bile dh tak keje ni...aku dh tak tgk tv
:)
si nabila itu sgt chomeyL.... sunggoh petah berkata2.... betapa tgk ketulusan dak kecik nih buat diri ini rasa kerdil sgt... aku ske part2 kat tadika, those kids are adorable!!! tringat lak masa keje kat tadika krista dlu....haihhh....chomeyL nyerrr!!~
nash & ilynn - jgn tgk! citer tu tabesh
jebat - comel kan? adore la kat dia..
kak wan - tgk.budak kecik pon pandai... :)
astri - huh?!!! 108???? umak aih! rasa nak letop je stesen tv3.
fara - best kan? tiap ari tak sabar2 nak tggu ptg. aku geram tgk budak Nabila tu dgn April. Then yg twin Nakula and Sadewa pon cute. how lovely...
chii - jgn la tgk dah cite tu. buang masa. baik pegi menternak maupon bercucuk tanam. ekeke.
x ske ngan susan..
ishk..adakah beliau bakal memegang watak sama cam rika..
dush²
td comey sgt aksi si kembar..lalala tetiba terpk..kan best ada anak kembar...adeh
cite mutiara hati tuh sangat comel..
fara-d: tadika?btol2..sgt comel..tadika krista ek?tuh bkn dulu2 ada anak sedara wardina ke sek situ?hehheheh
Post a Comment