Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, December 10, 2006

Warna Warni

Angin malas datang lagi.
Kali ini dengan sebuah kesakitan yang bukan kepalang. Why eh, aku kerap mengadu domba perihal sakit aku sejak kebelakangan ni? Seperti aku benar-benar tidak sehat pulak. Padahal, ligat kemain! Hyper macam jin! Tinggal tanduk dengan taring je tak ada lagi. Hoooushhg!!! (susah nak buat bunyi ni kan?)... terbukti aku semakin 'memudar' di sini. Tulang jadi berat. Mood jadi sewel. Perkara-perkara ni membuatkan aku rasa tidak sehat dan kurang bertenaga.


Kelmarin aku sembunyikan semua pakaian aku yang berwarna 'pucat lesi' ke bahagian dalam sikit supaya tak begitu menonjol bila aku bukak almari. Aku susun novel-novel kat rak. Novel dengan 'striking' color aku kasi dia duduk depan-depan. Yang warna macam 'mati' tu, aku sorok ke belakang. Beberapa ketika ini, aku sgt bencikan warna-warna lembut dan 'pucat-lesi'. Sangat meluat. Dan kemeluatan aku ternyata sudah kritikal ... apabila aku meng-edit semula kesemua koleksi gambar2 lalu. Hamek kau! Aku kasi kaw-kaw punya warna! Naik kebas jari-jemara dara aku ni menyorot tikus belaan sepanjang masa demi bermain dengan color adjustment. PC pon dah kena parkinson sbb sepanjang masa running Photoshop tanpa henti. Takziah sbb mengidap parkinson pada usia 3 tahun lebih ni. Benyek punya PC!



Selain bencikan warna-warna 'tidak garang dan terang', aku juga tidak bernafsu pada internet sejak kebelakangan ini. Sedangkan seblom ni, aku boleh maut di tempat kejadian kalau tak dpt internet. Boleh ketagih mengalahkan mat gian. (aku tidak berjenaka. aku serius). Aku sudah tidak lagi sign-in apa-apa Messenger pon. Sbb aku jemu. Dan tak bernafsu nak layan 'pervert'


Maka... pada hari Rabu yang lalu (kenapa contengan ni berbunyi spt karangan UPSR eh?) saya, ibu dan adik bongsu saya telah pergi ke pasaraya bagi mendapatkan barang-barang keperluan rumah. Erm... Aku cekau magazine banyak-banyak (banyak tak banyak, ada 3 bijik). Dengan harapan, aku dapat isi masa aku yang melimpah ruah tu dengan membaca. (padahal aku tetap beli magazine setiap bulan walaupon aku tak de masa seblom ni) Dari aku tercongok macam pungguk saban waktu melayan internet, ada baiknya aku membaca menimba ilmu *sambil mendapatkan idea-idea tentang barangan apakah yang terbaru di pasaran untuk aku beli*. Ayahanda selalu pesan, suruh baca majalah2 islamiah banyak-banyak. Tapi aku makin ligat pi kumpol majalah-majalah fashion yang sangat jahiliah. Aih, semoga aku bakal sedar dlm waktu yg terdekat.


Ibubapa sudah 'sound'. Katanya aku jarang baca Al-Quran sekarang. Ibubapa perasan pulak dah! Yang kali terakhir aku khatam Al-Quran ialah ketika aku kat Matriks dulu. Ibubapa mula 'berhujah' yang hebat-hebat. Kata mereka, selepas matriks, aku belom pernah khatam Al-Quran sekalipon. Aktiviti membaca Yaasin setiap Khamis malam Jumaat pon dah jarang aku lakukan. Maka, sejak kebelakangan ni, aku kembali mendekatkan diri dengan bacaan Al-Quran. Aku tekad, mesti khatam sepanjang cuti ni. Insyaallah. Aku terasa sgt 'semacam' setelah di'sound. Tersedar aku yang aku semakin lalai. Astaghfirullah...



Berbalik kisah membelah-belah bersama bunda. Selain mendapatkan majalah2 fashion (yg sebenarnya lagha semata-mata), aku pi puaskan jiwa wanita aku dengan sebijik necklace. Entah bila nak pakai, aku blom tau lagi. Kalau tak pakai pon tak apa. Asalkan aku tau aku ada necklace tu dlm simpanan. *gadis memang begini*.






Lai lai lai lai lai...
Lai lai ka-tong!
Lai lai lai lai lai...
Ya-Maulai!
yibba yibba...
ungrey-ungrey!



Ok. Confirm. Aku dah buntu. Tak ada apa nak conteng lagi. Nak pergi ronda-ronda website sat. Selamat malam Beylo. Selamat malam buat diri sendiri. Dan selamat malam buat orang-orang yang sudah hilang. Si degil akan terus berdegil. Biar sampai hujung nyawa pon. -off-
 

7 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
Dari aku tercongok macam pungguk saban waktu melayan internet,

berdekah aku baca part ni.. ahaha.. ko ni... suka buat orang gelak..

.... terima kasih, sebab ingatkan ni semua, okeh.. :)

....tentang bacaan yaasin tu.. me too.. tentang Al-Quran juga.. me too.. :(( sedih dengan diri sendiri..

patutnya makin besar makin baik, ni makin lalai pulek saya ni.. :(

maceh utk entry kali ni..

~heh.. dah macam testimonial untuk blog kau plak dah chika.. huhuhu..
11:33 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Ina - ha ha ha! siap ada ucapan terima kaseh tu. sama-sama.... *sambil memeluk mesra dirimu di khalayak ramai*.

hmm.. tu la kan. paling dekat dgn al-Quran sebnarnya bebudak kecik. bebudak besar ni dah la tanak mengaji lagi, sebok baca bahan2 bacaan yg lagha. tapi tu la. ckp mmg pandai... tapi hakikatnya, masih tak sedar2 ni. Astaghfirullah...

terima kaseh atas testimonial. :p
11:47 AM  
Blogger fara-D conteng...
dush!!terkena gak skali aku dek n3 yg ni...betapa tersentapnya aku menyedari kelalaian diri terhadapNya selama ni...

btol mcm ko kata,yg plg dkt ngan alQuran skang adalah anak2 kecil.... semoga kita sentiasa dalam kesedaran (kesedaran is the word kah??? ) huhu....
6:17 PM  
Blogger Nashrex conteng...
terasa aku...
walaupun bahasa kau gunakan penuh kemerapuan, tp ianya boleh menyedarkan...

kretip tul ko.. pndai giler main warna..
walaupun belog ko ni berat, lambat nak view...
aku ske tngok artwork2 ko...
buat lagik!
6:56 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - tersentak kan klu kena sound sebijik pasal tu. walopon disound oleh ibubapa, tetap malu.ayuh, donk.. kita ngaji!

nash - eh. aku ni cam buat org terasa lak. aku tak de niat tau. aku cuma conteng2 utk diri sendiri tau. tp apasalahnya kita sama2 muhasabah diri... *ada jugak kualitinya merapu aku*. trima kaseh sbb salu jd org yg memuja-memuji artwork aku yg 'tandus' itu. :)
11:32 PM  
Blogger Adlan conteng...
yea.. bagus la ade parents yg concern..

damn. aku pn da brapa lama x mengaji dgn ikhlas nih.. nama je UIA..
11:24 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
lambat ke nak load nash?yang kaler hijau bagai dulu..lagi la lambat..ni kira ok tadak background..hehe..

*aku kali terakhir khatam Quran..ermm..bila yer?ermmm...
11:03 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."