Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, November 25, 2006

Tajuk bubuh nanti

Sepertinya aku sudah sedap bubuh tajuk-tajuk entry kebelakangan ni dlm bahasa inggeris. Silalah tanya kenapa. Tanyalah. Tunggu sampai ada soalan, baru aku kuarkan jawapan.


Beberapa updates.

1 . Blog-mania

Aku seperti bukan lagi seorang blog-mania. Sbb aku tak kaya-kaya pon sunggohpon dah byk contengan maut aku usahakan di sini. Maka, tersedarlah aku ... tak ada orang akan jadi jutawan dgn hanya berhempas pulas menulis blog dengan emosi yg tinggi. Merepek apa ah? Aku sepatutnya nak conteng....


Sepanjang ketiadaan aku di arena blog ni, adalah few things yg aku perasan agak menarik. Maksud aku, ada beberapa entry blogger (khususnya yg rapat dengan aku) yang menarik-menarik cerita mereka. Maaf. Kali ni aku jadi lokek. Tak boleh kongsi byk cerita sgt dgn kalian. Sbb kalau aku berkongsi pon, aku tetap tak jadi jutawan *mata ringgitan*


Ada 2 penulis blog lama yg tiba-tiba dah muncul. Dan kedua-dua kemunculan agak mengujakan aku. [ Satu ] Munculnya Lagi Seorang Mengada-Ngada. Blog dia ni aku mula jimba-jimba masa aku form 5. Tu pon aku terserempak dari blog astri. Mmg budak hingusan aku time tu. Sanggup je aku layan perang kat blog ngan dia dan beberapa kaum kerabat dia yg ikut campur. Kalaulah tagboard tu wujud lagi, mesti aku gelak tergolek-golek *spt doremon kena geletek*. Apapon, selamat kembali Encik Mengada-Ngada. [ Dua ] Kemunculan Semula Saharil. Dia tak kenal aku. Sila ambil perhatian. Dia tak kenal aku. Sbb aku adalah pembaca bawah umur contengan beliau semasa aku berusia 17 tahon. Waktu tu aku addict gila dgn website dia. Yang aku ingat, nama website dia waktu tu ialah Saharil Conteng. Aku sgt tertarik dengan semua kandungan catatan beliau. Blog dia melintang ke kanan. Semua tulisan tgn sendiri beliau siap dengan lukisan kartun beliau. Kdg2 ada text lucah yg lucu *hingga kelucahan boleh diabaikan akibat lucu dan mendidik* ahaha. Sekali lagi aku kata, dulu aku sgt addict dengan contengan beliau. Sampaikan aku sanggup explore semua post beliau yg lama-lama yang belom aku baca. Dan aku sgt gembira kerana beliau muncul lagi setelah hilang tiba-tiba. Bermakna, aku bakal addict lagi.

Dan ada satu blog favorite aku tiba-tiba lesap beberapa bulan lepas. Aku sgt sedih. Sama sedihnya ketika website Saharil Conteng dulu tiba-tiba hilang. Dan otak intelek aku pon berfikir. Kalau blog aku tiba-tiba lesap, ada orang sedih tak? Kalau AKU yang tiba-tiba tak ada...? *mari ramai-ramai lempang mulot aku sebijik dua*


2. Sumpah! Janji!


Sejak tadi, maksud aku sejak beberapa jam lepas... aku sudah bersumpah yang kemudiannya aku batalkan menjadi janji sahaja. Sbb sumpah tu darjatnya tinggi sgt berbanding janji. Aku sudah berjanji dgn diri aku sendiri. Aku tidak akan lagi membeli pakaian-pakain mengikut nafsu dan obsesi semasa. Maksud aku, dlm waktu terdekat ni. Sbb aku dah tak tau kat mana harus aku sumbatkan baju-baju aku yang dulunya boleh aku divide by 2. Antara rumah dan hostel. Sekali daa! Baju aku dah hampir menjadi Everest.


Saya berjanji tidak akan membazir wang lagi membeli pakaian. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada kasut dan handbag sahaja selepas ini. Dan oh, maaf.. lagi satu. Okay, aku ulang balik angkat janji.


Ulang.


Saya berjanji tidak akan membazir wang lagi membeli pakaian. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada kasut, handbag dan barangan-barangan comel remeh temeh yang tidak penting sahaja selepas ini.


Seronoknya berjanji. Lagi seronok kalau dimungkiri. HAR HAR HAR!


3. Sejarah awal Bandung yang ajaib.


Sapa nak tau. Sebenarnya, Bandung terjadi hasil kuasa magik oleh seorang ahli silap mata yang berasal dari Padang. Beliau telah menyumpah seluruh kawasan Padang menjadi Bandung, dan Bandung menjadi Padang. Yang menariknya, ahli silap mata itu ialah lecturer aku, dan penonton rancangan silap mata itu ialah kami (student). Okay, aku tipu. Sebenarnya, kami tak jadi ke Padang bulan Februari ni. Trip ke Padang dah ditukar ke Bandung atas perbuatan magik lecturer kami. Itu sahaja. Dan kami sgt bersyukur kerana magik telah menukarkan trip itu ke kawasan yang lebih bagus. Aku ngeri nak ke Padang bila mendengarkan cerita-cerita klasik para senior. Kata dorang, tempat yg kami akan tinggal kalau ke Padang tu sgt ulu. Matilah! Tapi tak jadi mati dengan adanya kuasa magik yang akan bawa kami ke Bandung akhirnya.


4 . Cukuplah kehidupan untuk hari ini. Tak sabar nak letak kepala atas bantal. Bantal pon tak sabar nak kena henyak dengan kepala aku yang sudah seberat anak paus betina ni.


5. Tata + Titi ...
 

11 Congteng-conteng:

Blogger Chika Chika conteng...
tutu...
4:06 AM  
Blogger Nashrex conteng...
Saharil nyer web tu sangat kretip laaa.. x pnah aku dtg web katun2 je.. haha
7:21 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
web lama dia lagi mahsyuk habaq hang.. tp dah xde dah.. x wujud dah setahu aku
12:46 PM  
Blogger are_tie84 conteng...
sgt kreative ar saharil tue... tp ape yg dier citer tue mengingatkan pd arwah abg sy....
4:12 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sgt bagus web saharil tu..aku penah dtg beberapa hari lepas..aku tak ingat sape yg bgtau aku pasal web dia..hehe..chika,ade entry yg konstant x lepas nih?
10:01 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
are tie - best kan dia?

east - insyallah ada... marilah kita doa bersama supaya ada. gegege
10:36 PM  
Blogger Adian conteng...
waa blog saharil tu mmg drop dead gorgeous la. hmm... eh, ko dh bocorkan rahsia studio psl bandung la! actually kite xnak bg studio lain tau dulu.. at least smpi kite balik dr sane br bgtau. big surprise la konon2nye, tp i guess eventually diorang kan tau gak.
3:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
hello, whos gonna read this blog? its only u, u and u. plus farah. my blog tak famous like ours. satu jabatan tau. berasap!
4:15 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
eh, salah ayat....

my blog tak famaous like yours!
4:16 PM  
Blogger Adian conteng...
H E L L O ! ! ! ! nak kene penumbuk ke? ade senior yg bace la blog kite sume la, ngan farah punye pun skali. kalu xbaca sekalipun, sume entry kita akan saling melink2 antara satu sama lain. kamu jgn berpoyo-poyoan ek!
11:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
hello... nak kena jentik ke? dun worry be happy.
12:41 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."