Contengan #1
Musim haji datang lagi. Aku dan keluarga pulang ke Johor.Alhamdulillah. Kali ni impian aki dengan maktok (my beloved grandparents) tercapai nak kerjakan haji. Syukur atas rezeki dan keizinan Allah SWT kerana memanggil lagi kedua mereka untuk menghadapNYA buat kali kedua. Khamis mlm jumaat, buat kenduri doa selamat. Aku berkenduri dalam bilik. (anti masyarakat memang begini). Aku duduk dalam bilik sepanjang hari kenduri. Aktiviti indoor pon berlangsung dengan bosan sekali. Main game Bejeweled sampai juta-jutaan points. Oh, semakin hebat aku menguasai game cincai tu. Tak sabar nak back to school nak show off kat sahabat handai pencapaian aku yg sgt memberangsangkan. Saudara Adian and Cik Farah Diana, i dah main game kegilaan kita semua tu sampai level 9. Pastu, dengan jakun sekali dah appear pulak secret mode *akan aku tunjukkan kelak ke kalian*. Sangat sensasi auranya. *mmm.... kisah kenduri dah bertukar menjadi cerita game.interesting...interesting...*
Contengan #2
Sangat ramai sanak saudara menyerbu ke rumah. SANGAT RAMAI. Macam-macam rupa paras pon ada. Aku tak kenal belaka dengan sedara mara sendiri. Even ayahanda pon tak berapa kenal sedara. Lain dgn bunda. Bunda sgt ramah. Dia sgt disukai oleh sanak sedara walopon itu sebenarnya sedara mara seblah ayahanda. Nevermind la. Teruskan usaha mencintai saudara buat bunda! Maka terfikir kembali aku apa yg dikatakan oleh sedara mara warga tua kami. "jgn sampai anak-anak kawen sedara sendiri pon nanti tak sedar". Opps... *tekup mulut kuat-kuat*. Maknanya, kena keep in mind, berhati-hati kalau boifren aku satu hari kelak (aku kata satu hari kelak) berasal dari Johor. Dia mungkin adalah pakcik sedara aku, mungkin juga, cucu aku, mungkin juga aku adalah cicitnya. Ayokk.... tak tau! Ah, jgn pikir lagi deh. Kawen dgn lelaki Itali kan bagos.Gerenti tak ada pertalian darah ngan aku. *samdolnyer *
Contengan #3
Semalam 6 - 7 kete hantar aki dengan maktok ke Senai Airport. First time sebnarnya aku jejak kaki ke Senai airport. Yer... aku ingatkan dia cam KLIA. Sekali, daa! Dia lebih kurang je Brunei Airpot. Kecik kenot. Pulak tu musim haji. Semua relatives kena tunggu luar. Wutta... Dan oh! Aku dressing semalam, macam aku yg nak pegi buat haji. As wut those *BIG MOUTH* selalu cakap... aku kan *SEXY*. Pegi kelas mengalahkan Mak Datin. Pegi bilik lecturer macam nak pegi disco... *ko diam lagi baik!* Tapi kalau those BIG MOUTH tgk la aku semalam, mmg pakat ramai-ramai memohon sembah di Raja la kat aku. HAR HAR HAR! Kiranya dah sesuai sgt kalau aku nak gantikan permaisuri Qatar. Dengan jubah hitam yang labuh selabuh-labuhnya.*dan yes, sgt longgar*. Dengan seluar labuh potongan besar, dan tudung yang terlepas ke bawah. Macam graduan University Al-Azhar. Oleh itu, those BIG MOUTH boleh sila ambil giliran untuk mati. *eh eh... aku sudah hot temper*
Contengan #4
Sedih tgk aki nak ke Mekah 40 hari. Tapi syukur Alhamdulillah. Aku rasa nak lompat ikut pegi sana. Aku rindu Kota Mekah. Insyaallah, aku nak ke sana lagi. Mau... Mau...Lebih kurang pukul 1 ptg, semua selesai. Aki dgn mak tok pon dah check in. Maknanya! Tugasan super saiya sedang menanti aku!
Contengan #5
Dalam byk2 orang, akulah yang paling bertuah sekali kerana di namanahkan oleh aki untuk melaksanakan tugas super saiya yg agak berat nak aku lakukan. Bukan super saiya pegi bunuh orang jahat macam Dragon Ball. Bukan. Aku kena bawak balik kereta aki ke KL. Astaghfirullah... Aku sebenarnya tak penah drive sejauh itu. Senai-KL. Tapi apakan daya. Demi menjaga reputasi dan rekod aku sebagai cucu sempurna, aku beruasaha keras utk itu. Abah follow dari belakang. Zirul dengan Dek Ekal ikut aku. Tak boleh harap punya budak! Dua-dua bantai tido nyenyak-nyenyak sementara aku berhempas pulas menahan mata dan otot demi perjalanan pulang ke Cheras selama 5 jam. Stereng dia cam ada problem sket. Keras semacam. Mmg kejutan budayalah tulang temulang aku yg halus mulus ni.
Sampai je Nilai, aku mula rasa ngantuk yg kronik. Sampai Bangi, aku dah mula rasa aku WAJIB TIDO.Tapi aku kuatkan semangat jugak. Terus tekan minyak secukup perasaan aku. Yibba yibba! Akhirnya sampai jugak rumah lepas drop Zirul kat Sri Kembangan. (dia punya lecture still on) Sampai rumah, aku ni macam mat gian... terus terlentang atas katil. Pengsan beberapa jam. (boleh juga replace perkataan pengsan itu dengan mati). Sedar-sedar je, dalam pukul 12.30 tgh malam semalam tu, aku terus ke bilik bunda. Nak raih simpati murahan sebenarnya. Dan yes! Simpati berjaya diraih.
Contengan #6
Bunda kata muka aku merah sgt. Aku lekas2 tgk cermin.. Yer! Merah menyala menandakan ultraman taro telah lemah. Aku juga. Aku juga akan mengeluarkan signal merah yg sama ketika aku demam atau tidak sehat. Badan aku sejuk semacam sampai la sekarang ni. Tulang aku yg terkena kejutan budaya terus sakit. Satu badan sakit akibat tak biasa drive sejauh itu. Sakit kaki since main ice-skating aritu pon tak hilang lagi. Nampaknya kesakitan aku telah naik taraf. Rasa nak pakai tongkat, tampal koyok, sapu minyak-minyak beraneka jenis. Supaya org yg melihat aku dapat merasakan betapa aku telah jatuh sakit yg kronik. Alahai...
Contengan #7
Sia-sia balik kampung pegi mengurut tempoh hari. Sekarang sendi, tulang, temulang, otot dan juga saraf kembali sakit. Aku rasa macam badan aku baru kena belasah dengan penjahat-penjahat tempatan. Sakit sangat tau. Hanya Allah yang tau. *Sekarang gerenti semua dah fikir keadaan aku sgt nazak kan?HAR HAR HAR!* Aku bukan nak buat cerita tahi lembu kat sini. Aku betul-betul tak sehat dan tak berupaya skang ni. . Tapi taklah nazak. Masih mampu nyonyot lollypop sekarang ni. Masih mampu makan karipap 4 ketul beberapa jam tadi. Dan masih mampu jugak membuat contengan marathon sepanjang ini. Ternyata aku tidaklah sakit kuat. Hanya sakit-sakit tulang golongan muda-mudi yg lembik.
Memandangkan badan aku sgt sakit, ada baiknya aku pegi bancuh anlene. Maka, tersedarlah aku... aku harus minum anlene dengan lebih giat lagi! Demi kesihatan tulang.
10 Congteng-conteng:
well....suka tgk gambar aki and maktok ko...mereka kelihatan romantis bgt!!! gambar di penjuru kanan tuh seems like upacara menyarung cincin plak...hehehe...
cik nurul...i rasa lah....i dun think jubah yg ko pakai itu labuh dan besar...sebenarnya ko tuh yang kecik kenot....kekeke.....
bejeweled? sgt sengal games itu..
Saya baru dtg melawat..sila beri tunjuk ajar ^_^
Entry ni ada kelakar dan saspen la ^_^
banyak ayat2 xbley blah di entry ini.. nyiahahhaah.. penat kan driving ??? heh.. aku pernah driving gi penang 4 jam lebey skit.. non-stop.. rase kalo ade org urut tunggu aku kat tpt tujuan kan best banget.. nyiaahah
tak tahan haku dngan ayat 'permaisuri qatar' tu.. wahahhahaaha~
ADIAN - akulah ratu bejeweled! buahahahaha! siapa mencabar, pasti kutentang!
AIZA- sapa berani culik aku? sapa? dengan kuasa bulan....
NABIL - wsalamwr... thanx atas bacaan. New reader di sini akan pasti TAK SANGGOP nak baca contengan saya. Hanya old citizen shj yg mau baca. tahniah kerana mampu membaca contengan marathon ini *if u really read la* =D
ASTRI - saya tabiasa drive jauh2. saya biasa drive ke bangi sahaja. saya sgt sakit. Tulang saya sakit.
LELAKI ITALY - sekarang aku sdah tekad. aku ga mau lelaki italy lagi. aku mau godain raja Qatar aja.
Aku rasa, dia saspen tang Tugasan Super Saiya tu kot. agaknya la. Tak pon dia saspen mendengar aku ada sifat2 ultraman tu. Pasti dia terkujat!
Post a Comment