|
Rumah dalam proses memunggah, mengecat dan mengemas semula. Semak jangan cakap la. Kerja2 mengecat mula dari hari Ahad lagi. Hari Isnin aku ikut abah pergi beli cat kat kedai Jotun yg baru bukak seblah Esso sana. Berjam-jam aku pilih cat. Mulalah aku jadi mak nenek sejati. Fussy sampaikan amoi kedai cat tu naik pitam-pitam. Kejap aku suh dia kuarkan kad kombinasi pink, pastu aku suh purple pulak. Tiba-tiba bila dah confirm pink, aku kata nak try yg hijau pulak. Sudah2nya abah tarik kerusi, duduk. Aku pon continue jadi mak nenek cerewet yang byk songeh. Sib baik amoi itu sgt nice orangnya. (Mana tak nice, abah dah bitau yg kami nak hangkut cat berduyun-duyun).
Kasihan aku. Mengecat rumah sorang-sorang. Tarik tangga e hulu ke hilir. Dengan pakaian compang camping. Aduh, kasihan saya.... HAR HAR HAR! Acah lah. Aku mana hingin buat keja2 mengecat ni. Upah orang cat la. Aku jadi client yang pandai menggunakan hak consumerisme aku. Tuih... Yg aku tau, aku dah terlalu banyak menunjukkan kerenah2 aku yg cerewet-mewet ni. Sampai tukang cat sudah pusing barangkali. Akibat berlakunya pertempuran arahan antara kehendak ayahanda dan juga aku. Semalam, tukang cat dah catkan light purple pada grill. Tiba2 aku protes dan suruh tukang cat buat warna hijau jugak. Akhirnya, ayahanda mengalah. Terima kasih ayahanda.
||
Super saiya punya penatlah abah dan 2 bebudak lelaki ni mengemas almari gergasi tadi. Akhirnya... almari gergasi warisan turun temurun sudah dikerat-kerat oleh abah dan Ijat. Syabas. Uuuu... rumah dah kosong. Cakap pon bergema-gema. Sila maklumkan bahawa kami sekeluarga kini menetap di dalam gaung.
|||
Semalam ptg, pergi Klinik Wan Julia buat medical checkup. Tentang perihal sakit yg selalu aku sebut-sebutkan. Disebabkan smlm kesakitan sudah melampau, dan kejadian2 aneh kelihatan tidak juga berhentu dari berlaku, bunda bergegas bawa aku ke klinik.
Opps! Doktor lelaki la pulak. *Puk! tepi dahi* Tapi sakit punya pasal, tutup mata seblah la. Darurat. Sib baik doktor berumur, buatnya doktor muda... sah sah aku cabut balik membawa kesemua kesakitan pulang ke rumah. Aku tak suka sebnarnya doktor lelaki check2 aku. Seriau!
Periksa punya periksa, bual punya bual, akhirnya doktor kata, mungkin cara terbaik ialah dengan melakukan scanning. First time aku di-scan. Geli hati tgk isi kandungan tubuh badan aku. Oh... begitu dan begini. Lama gila scan. Siap ada dua sesi lagi. Cessss, terlepas satu episod Mutiara Hati. Keputusannya, doktor sahkan.... aku... aku.... sehat walafiat. TAk ada apa-apa yg tak kena dgn sistem tubuh badan aku. Semuanya baik-baik belaka. Malah kelihatan comel lagi bergaya anggota dalam tubuh aku ketika dilihat di screen. HAR HAR HAR! *eiii... sewel*
Tapi hari ini, kesakitan berlipat kali ganda. Doktor kata tak ada apa. Cuma aku yg lembek. Bunda juga bilang yg sama. Aku lembek yer? Alahai... kasihan si lembik sepertiku. Maka, sepanjang beberapa hari ni terpaksalah aku berdampingan dgn ubat-ubatan.
|V
Aih. Lenguh tolong ibubapa mengemas rumah tangga. Si Ekal pulak pergi menginap kat rumah abang Am. Macam pusat percutian dah jadinya rumah abang Am. Terkial-kiallah Ijat berdua dgn abah mengangkat almari gergasi tadi. Naik terkeluar isi perut dibuatnya waktu aku dgn bunda cuba nak bantu.
Tibalah waktunya aku pergi terjun atas katil. Dan seterusnya pengsan! Waa, seru!
8 Congteng-conteng:
er.. ngecat ni x pnat sbnrnyer.. yg buat leceh tu nak ngangkut barang2, almari2 smua tu... bilik aku sndiri makan 2 minggu ngecat. jangka masa macam 1 banglo je.. ngahahhaa~
Akhirkata.. Chika si lembek!!
-kak wan-
tomyohannon - nasik lembek kan sedap. baru ada feel cam org sakit.
kak wan - ngilu sgt. rasa cam bakal ibu pegi scan keadaan bayi pulak. Eiiii!
adian - siyes ni. kamu tak akan pernah mengerti *ayat raih simpati*
~fara-D
p/s: maktok dah di anta semula ke spital sbb naughty sgt...huhu....
~fara-d
Post a Comment