Hari pertunangan semakin hampir. Pastilah sebok bertungkus lumus memfokus ke arah beberapa perkara. Dan antara sebab kenapa aku tidak bisa conteng semalam ........bertahi ayam berinai ini. Iya kan? Pernah dengar satu MITOS tak masa kecik-kecik dulu? Kononnya, bila dah pakai inai, tak boleh keluar rumah. Nanti masyarakat ayam nampak, ditegurnya... abes inai tak menjadi. Kononla. Konon tak konon pon, masa kecik dulu, aku terjebak juga! Ternyata orang dewasa suka bodoh-bodohkan kanak-kanak. *akulah antara kanak-kanak yang terjerumus itu*
Terima kaseh Mak Yang atas inainya. Semoga hari bahagiaku menjadi satu fenomena agong. *mata berkaca-kaca* Selepas dua jam jadi kudung jari...
Malas mau buat contengan 200 ela.
Tentang sesuatu yang tiada apa.
Hanya berinai kerana nafsu.
Bukan kerna mau melangsongkan pertunangan...
Apatah lagi perkahwinan.
Bukan.
Bukan.
Bukan.
- INNALILLAH - Takziah buat Cik Azmi sekeluarga atas pemergian Adi. Adi sepupu aku. SMS yang aku baca pagi tadi dah cukup untuk buat kami satu keluarga terpinga-pinga. Halnya terlalu peribadi untuk aku kongsikan dengan masyarakat luar. Adi? Aih... aku seakan-akan kebodohan. Berita ni macam satu... satu.. satu.. satu apa eyh? satu dua tiga empat... ah, aku tak tau harus kata apa tentang ini! Allah itu maha pengasih, maha penyayang.
- AYAM KATIK -
"Ma, jangan lah sembelih ayam serama dek kal. Dek Kal beli mahal tu"
"Ah, mahal tak mahal. Bukan kau jaga pon. Berak sana sini..."
"Kesian la ma. Tak sanggop pon nak makan kang"
Beberapa jam kemudian...
Haikal duduk kat dapur sorang-sorang... lahap meratah ayam yang suatu masa dulu bagaikan anak kandung dia. AHAHA!
- JANGAN TOLAK DUIT -
Dulu, zaman kaya-raya...
Ibubapa hulur seploh hinggit, aku paling muka ke lain. Tangan aku waktu tu jadi machine duit yang hanya terima wang kertas RM50 dan ke atas sahaja. Kalau disuruh beli apa-apa, balance duit pasti dipulangkan kecuali balance yang melebihi nilai minimum, RM50.
Sekarang, zaman sengkek...
Selagi ada balance duit, jangan harap akan aku pulangkan ke ibubapa. Tadi, aku masok poket RM1.20. Singget doposen okey! Apalah sangat. Apalah punya daif aku ni.Tu pon aku kauk jugak sekarang ni. Balance lima posen pon aku terpaksa berkira. Balance duit beli buku adek, RM50 dah aku masuk purse sendiri. Balance beli cat, RM33 pon aku telan. Bila ayahanda tanya duit balance, aku jujur nyatakan... "ay nak duit tu.Sekarang cuti, tak ada income,"
Kasihan kan? Aih, ni tak sabar nak naik sem baru ni. Untuk kembali bergelumang dengan wang!
- BUDAYA BERKONGSI -
Setiap pagi dan malam, saya pasti mengulang ke bilik budak-budak lelaki untuk meminjam remote aircond. Remote aku sudah weng! Hidup segan mati tak mau. Mana taknya, bateri dah jahanam dekat sebulan dah. Sah sgt aku ni pemalas. Ganti bateri pon malas. Akhirnya budak-budak lelaki dah kuarkan warning puaka...
Kedekut betul lelaki-lelaki ni. Pinjam remote ajer nak bising-bising. Nampak gayanya, kalau aku tak tukar jugak bateri remote aku, sikit waktu lagi, tentu dah jadi isu parlimen kes ni.
- CUCI KERETA -
Pagi tadi, kali kedua aku cuci kereta aku setelah hampir setahun aku memiliki tubuhnya. Disebabkan takut dengan ayahanda, aku buat juga dgn lemah gemalainya sambil budak-budak lelaki gelakkan aku sbg tanda balas dendam. Oleh itu, aku dah buat summary... aku tidak suka cuci kereta. TIDAK SUKA.
Mahu tiduran lah. Tak sabar menanti esok... mau bertemu seorang yang istimewa... sambil menunjukkan kepadanya jari-jemari berinai ini. HABIS.
34 Congteng-conteng:
ahaha!abah aku pon dok bising soh basoh keta! aku nak basoh!! *sambil buat muka innocent* tapi tiap2 kali aku berkobar-kobar nak amik baldi sabun dan kain utk membasoh, ujan turun...tak sempat basoh ujan da turun *wiNk!~*
lagi byk songeh sbnrnya..
nama pun budak.....hehe.
nasib ada sorg je adik laki
>.<
tp part ayam tu mmg x ble blaa.. haha
btw.. cantek inai loe..
farah - aku tingat kenangan basoh kete kat burhan ngan ainul & mek. asyik donk!
lila - tapi adek2 lelaki ni best dan menyenangkan. eheheh...
nash - lihat jariku.... :p ahaha... memula dia tammo ayam dia kena sembelih, tapi pas org dah sembelih, dah masak.. dia jugak yang ngap *empat ekor tu*
fath - baru naik semangat :)
east - tap ayam dia dah kacuk-kacuk. Dah tak berapa katik.... Klu mmg jenis katik/serama, ishk.. tanak ah!
lindosh - ha, tu dia. sama2 la kita kutip duit seposen dua masok poket... ihihh
faisal - mana inai penuh. inai kuku je. tapi tak senonoh buat... tu yang cam nampak penuh tu. ekekke... kamu sorang je yang terpedaya ngan omong2 mau tunang tu. uhuhu
atul - ler. boleh pulak. tapi btol jugak. time basoh kete la time yg bagus tuk main air... :D
kakSue pun berinai jugakkk..giann..tapi 2 jari jer...nanti berinai penuh kecoh plak 'orang sekeliling'....ahakss cuT sekolah ni bahaya berinai sakan...
Ohh bagusnye kamu tahu apa itu 'kasi' haha
seri tu kalau nak tau dia ilang ke tak, tanyer suami pengantin tu...
kluar bilik kalau muka sengeh tu, berseri laa gamaknya..
haha
dh berinai
ni nk praktis utk kawen nnt yeeeee
ermm dah berinai..
tak lama dah la..
semoga selamat2 belaka..
salam eidul adh n happy new year.
mana aku nk dapat daun inai kat kl ni....takkan nk pakai inai kat kedai india tu plak....haiyaaakk tak sesuai.....
anyway.. happy new year.. new year takde entry kah?
part makan ayam belaan sendiri dengan lahapnya itu tak tahan... hahaha!!! klakar sangat.
slamat kembali ke sekolah.
saja singgah nak cuci sawang sikit:))
Post a Comment