aku mau marathon sikit. *marathon yang aku maksudkan bukan pegi panjat pagar rumah demi bersukan jam 3 pagi begini tetapi membuat contengan laju-laju* . Aku semakin tidak boleh tahan dengan sikap lelaki pelahap di luar sana. Mereka sungguh jijik. Desakan dalaman membuatkan mereka hilang pertimbangan lalu menjadi tidak tau malu. Rasa ingin sekali kupelangkong kepala buduh mereka dengan alat-alat pertukangan.
Bulan lepas, aku baru sahaja selesai membuang lelaki-lelaki miang tak boleh garu dari koleksi messenger aku. Kupikir, sudah polos messenger ku dari ternakan buduh itu tetapi ternyata masih berbaki. Tadi pagi, setelah beberapa hari aku boikot YM, aku pon sign in kejap dengan hasrat mau intai2 kalau ada sesiapa yg layak digoda demi membunuh kebosanan. TIADA. Yang ada hanyalah offline msg yang sangat geli-geleman. Gelinya hingga aku terasa mau pergi tanam diri hidup-hidup dalam pasir.
Mesej lucah.
Memandangkan aku di bawah umur 21, aku terpaksa baca dengan tutup mata seblah *walaupon aku tau, tidak ada bezanya kalau membaca dgn dua atau seblah mata* Intro dia berbaur sexual. Sepatotnya aku terus delete. Tapi aku tutup seblah mata dan baca lagi.*biasalah, manusia suka nak tau yang haram* Okay, isi dan penutupnya lebih lucah. Habis baca, aku terbeliak bijik mata. Itu time, aku pon mengeja perkataan BUDUH sebanyak kali yang termampu. Sambil tu, aku pon bernyanyi lagu *KAU ADALAH SI BODOH YANG TERDESAK* dalam versi maki-makian. Syukur aku tak pandai mencarut. Kalau aku pandai, tentu aku dah tunjuk skill mencarut aku sampai ke level tertinggi.
Beberapa minit yang lalu, aku menerima satu msg dekat myspace *salah satu situs ternakan gangguan seksual*.
Mesej lucah lagi.
Cam biasa. Tutup seblah mata. Yang ngoknya orang haiwan orang ni, dia tak nampak ke betapa kudusnya wajah aku untuk diajak bermaksiat??. *nampak gayanya ayat aku semakin emosional* Selain berasa jijik dengan golongan sebegini, aku juga kasihankan mereka kerana mereka bukan sahaja rendah akhlak, tetapi juga tidak memiliki ilmu, harta maupun rupa. Sia-sia sekali hidup ini jika rugi dalam kesekelian perkara. Dunia rugi. Akhirat juga rugi.
Lagi ngok beberapa badigol yang kejenya hantar offline msg marah-marah dekat aku yang tidak berdosa ini. "woi, pegi matilah!" aik, suruh aku mati? Kalau aku tak nak macam mana? kamu ajalah sila ambil giliran kamu untuk mati dan beratur dalam barisan lurus ye. Selamat mati!
Dan... mesej berbunyi sebegini "aku dapat ko, aku ***** ko. aku ****** ko" oh ye? KALAU DAPAT. Kalau tak dapat? Abes la ko mati katak akibat TERDESAK.
Aduh.
maafkan aku.
kerna menulis yang lucah-lucah.
Aku tak berniat... mau berlucah-lucah.
hatiku sudah sakit amat.
Lebih sakit dan tertekan...
apabila ada yang sudah pintar mau main ugut-ugut.
Okay, okay...
berfantasilah sesedap perasaan ENGKAU.
sbb aku sikitpon tidak luak dek gangguan seksual ENGKAU.
tgk ni, aku sehat dan kuat!
*sbb aku suka minum milo, dan tidak suka ber-porno*
Oyya, lupa mau cop entri ini sebagai 18SX.
Kamu 18 tahun ke atas?
Boleh baca lagi sekali entri ini jika mau.
Kamu 18 tahun ke bawah?
Boleh ulang bacaan dengan syarat, kamu tutup seblah mata.
*HAR HAR HAR!*
36 Congteng-conteng:
YM tempat public.. dia tu rajin mempm sesapa yang dirasakan dia suka..
penting tak penting laki2 itu, anda selalu sebutnya, maka ia penting bagi anda.
xper la...mungkin juga sebab tertekan barangkali..
mari sama² jd cam nabilah berdoa semoga beliau cpt sembuh..hehe
kadang2 bahayer gak mereka2 ni... alaa chika.. dlm ym kan boleh block tros makhluk2 itu smua.. kalau stakat delete, dia masih kuar lagi msg2 dr pervert itu smua.pasni ko on ym, xde nya terpampang kuar msg dr dia.. abis citer..
*aku dikira menganggu seksual ko ke haa? kan aku slalu usik2 kamu... ngeri..
ps: makasih sudi singgah blogku :)
baik ym, fs dan maispes
sgt ramai manusia desperado
nasib baik maispes aku okeh jer
aku mmg xmo add ramai2
ko bile nak approve aku?
aku da add ko kt maispes
jgn risau, aku x buat gangguan sexual
wakakakak
chii - saya sudah tenang dan tidak histeria. tidak akan peduli lagi tentang mereka. ia tak menjejas kesihatan saya lagi. mekacih ya Allah.
neezie - tutop mata seblah.
faisal - mmg. depa pengecut sebnarnya. bila dpn pompuan, tah tah ketaq!
nash - dah block. tp pastu dia muncul ngan id lain. maki hamun aku. tp aku tak la buduh sgt pi reply. cuma saja nak tulis betapa bangangnya org camni. kamu? gangguan seksual? tidak.. tidak.. kamu gangguan TEKSTUAL.
achik - kasihan jantan2 ini. mereka perlu makan lebih byk sayur bayam untuk kesihatan minda. *errrk?* mekasih kembali ke kamu.
izi - depa ni berterabur kat mana-mana ja. add spes? tak de pon.. :( ke hang pi add chika lain? biaq btoi la ang nih...
kak wan - tentu tak reply. ga punya waktu ah. lagipon nanti dosa galakkan mereka bermaksiat.
adian - tak tau ka maksod lucah tu apa? selak kamus naa. :p lupa yang kwn2 aku ni pakat baik-baik belaka. :p
east - ye lah. dah lama cadang nak humban ym bawah nuu. tp asyik lupa ja. pasai tu sekarang ni tak penah sign in ym lagi. buat invi pon, ada program leh stalking. tah apa2. kacau privacy tol software tu.
kak lady - nanti nak try layan sekali. kasi dia mati katak, kebuluq kat situ. HAHAHA. tapi saya atas 18, bawah 21. Boleh ke?
chika dior kn?
aku ade view profile kamu gaks
comform mmg ko
xpon ko add aku jer la
~~fara-D
kemat - melayu asalnya pemalu. tah melayu apatah yg jadi tak reti malu skang ni eyh.
lediagli - obedos ye? mungkin jugak. apa nak dibuat agaknya ngan meeka ini ye?
farah - ahaha! arl, ayat berbodohan tu spoil la. sbb aku rasa cam ko budak pelat pulak. :p
baru td aku masuk, ni dah berbelas2 comment..
dasyat penangan entry ko ni..
*diorang suka ko wat entry pasal hal2 begini tu..
nash - mmm... boleh buat lebih giat lagi lepas ni.ko pon boleh jugak manfaatkan teknik ni :p
tapi yang pasti, pabila googlebot bersiar-siar di post ini, bertambah la traffic :P
anda underage lg..
hihik
atul - buat-buat je cam buta... ihihihi...
nashrex - ko komen plg aktif. adakah kerna engkau...... jeng jeng jeng! Aku tau ko mmg peminat siri entri sebegini.
shears - bagusnya. melindungi privacy diri.
semoga selamat la dari gangguan seksual lagi...
apa nak buat?
Ok Chika, salam aidiladha dari KakSue
kak sue - saya tau! saya tau 'kasi' tu apa. syukur saya tau. ekekek... salam aidiladha kak sue!
tak yah pk bab tu..
kalo ade lagi msg camtu pedulikan je...
Post a Comment