aku dan sahabat-handai tidak boleh duduk goyang kaki kiri dan kanan lagi.
Sebab, tidak lama lagi...
semester baru akan bermula!
Semester baru akan datang lagi dengan kejutan dan gimik-gimik baru.
Aduh, pusing-pusing merry-go-round kepalaku!
Jantung sudah berdetak dengan lebih kencang.
Tahun baru, semester baru...
Kesemua ini pastinya membuatkan aku gugup.
Mudah-mudahan...
Aku bakal menjadi ibu pelajar senibina yang mampu
bertungkus lumus *macam cacing*
menggali lubang sedalam-dalamnya demi sesuap nasik.
atau, apa-apalah perumpamaan yang bersuaian.
Semalam ke kedai cat lagi. Beli cat lagi 4 tong. Bukan tong. Tin sebenarnya. Kelmarin aku beli 2 tong / tin *garis yang tidak benar* cat yang salah. Membazir 10 liter cat. Aku tau membazir. Kalau cat itu boleh dibuat jus ataupon ice blended, pasti keuntungannya buat si perut kesayangan. Tapi masakan aku mau mati minum cat. Ayahanda pun tidak marah. Malah sangat bergembira mempunyai anak gadis seperti ini. Yang sering cuai dan pandai membuat lawak. Hek engkau! Maunya tak marah, ayahanda mengeluh sakan. Tapi keluhan beliau tak sampai ke mana sbb aku akhirnya sarankan idea... "abah, apakata kita cat bilik ujung dgn warna oren yg salah tu. sesuai juga," kata aku demi menutup kecuaian sendiri. Cam biasa, ayahanda pasti terima kata-kata aku.
"ayyaaa... amoi! Lu beli cat lagi ka? Berapa banyak you mau cat??!," tokey kedai Jotun tu naik histeria sbb hari-hari ada je ahli keluarga aku mengulang ke kedai dia. Huk oloh! Nampak je histeria, dalam hati... tokey tu entah-entah tengah lompat galah, lompat katak, lompat tinggi bagai.
"Ya lor... banyak lagi mau beli," aku dah tak bermaya nak mengulang ke kedai cat.
Hooray!
Hip hip!
Hooray!
Oyya, anak-anak semua..
Sejak cuti-cuti ni,
aku seringkali terserempak dengan kekasih-kekasih hati zaman cinta klasik dahulu.
Bukanlah kekasih sejati.
kekasih boneka sahaja.
Boneka tak boneka, boleh tahan tersentap la jugak bila terjumpa tu.
Terasa mau ketawa terbahak-bahak seperti...
Action Kamen!
HAR HAR HAR!
Semoga, kekasih bonekaku sehat-sehat selalu.
Sudah pukul 2 ptg.
Mau pergi tatap Fahrin Ahmad...
Hingga ke titisan darah terakhir.
SEKIAN, boleh bersurai!
25 Congteng-conteng:
dah tu pulak, kekasih hati saya mempunyai abang muka seperti fahrin. jadi, kalau balek kg.. rasa hati berbunga-bunga.... muahahah!!!
apakan daya, saya sudah dibooking oleh kekaseh saya, kalau tidak, harus ku korat abang kekasih....
east - hak hak hak... fahrin... oh, fahrin... :p
selamat menjalani semester baru n tahun baru. moga semuanya akan baik2 saja..:)
selamat tahon baruuuuu
uishh,takkan takle tukar cat yg silap tu..? dia dah blend ngan warna lain ek..?? mahal wooo cat setin tu...dulu slalu beli cat nih..masa abah cat sume majlis daerah kuala langat luar dlm..:)
papepun slamat kembali blajo..jgn malas2...hehehe..bulan disember ni ari2 lalu dpn ukm tu..ske tengok satu pokok kat dpn traffic light belah kiri sblh pondok jaga tu tu...:)pasni dah takde lalu sini lagi..
takper takper.. nanti aku nombo 1 lg..
mentang2 aku bz...
cit!
duk stadi senibina ni..
pakai crayon2, kaler2 tu ek..
zaman melukis2 aku da tamat seh..
rindu ar plak..
hahak
nash - ko bz apa, nash?ooo... nak kembali bersekolah ni kan, mesti ar bz. :p tu bukan crayon, itu pastel. crayon tak men... :p
Sampai bulan hujung bulan 1 jgk ni rasenye....
Ehem.. ehem..
Tapi sangat sakit hati kan TM punye pengumuman kat 1-300 tu.. sangat laaaa panjang, pelan2 ckp. The second announcement tu dah lebih kurang, 2 bulan tak abes lagi. "Namun kami ingin memberi jaminan kerja2 ini adalah usaha BERTERUSAN kami untuk memberikan perhidmatan yg terbaik untuk pelanggan2 kami"
- drusoft -
- erm.. tak beh la bertenet sepanjang sebulan ni ye.. adehh... susah la macam ni..
~kami disini praktikal masa tahun 3..tu yang rasa ajaib..hehe..
oh ya..selamat hari raya...
anasx - chika buaya darat.... apakahhh???
east - mmg la. ukm pon. engineering practical masa 3rd yr, architecture je apa hal tah time 2nd yr pulak... samat ariraya!
Kali ini bukan cobaan, ini betul-betul kabel dalam air putus.
Dulu ada prob line, TM cakap kabel dalam air langgor dek kapal
Padan muka TM, mulut masin. Ngan aku, ko dan sume padan muke juge hahaahahahahha
tim - o.. ye ke? masin jugak mulot tmnet. sebaik dia tak kelentong yg lagi karut. Kalau tak, bukan dia je susah, kita semua pon tumpang dua tiga kaki susah jugak... :(
Post a Comment