Labels: the chika
Kebelakangan ini, aku gilakan lagu-lagu Melayu Asli. Aku hanya memutarkan lagu-lagu melayu sahaja secara berulang-ulang kali. Lagu-lagu dari versi bukan melayu tidak berapa hingin aku dengari ketika ini. Ini adalah sempena menyambut bulan kemerdekaan kelak. Kita harus cintakan nusa dan bangsa walaupon sehingga kini aku masih tak faham-faham lagi apakah ertinya nusa. *sekejap. aku kunyah crunchy milo aku sebentar*....
Tentang apa tadi? Bulan kemerdekaan. Yer. Sebenarnya aku temberang sahaja. Aku ketagihan lagu melayu bukan kerna semangat nusa dan bangsa. Tapi aku mendapati bahawa lagu-lagu melayu lewat kebelakangan ini agak gerek dan bukannya 'cap ayam'. Aku play lagu-lagu di bawah ini secara extreme tanpa jemu. Kalau ibu mengandung duduk dengan aku ketika ini, bisa mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan. Kerna bukan sahaja menjadi trauma akibat putaran lagu yang sama dan berulang-ulang, tetapi juga dek penangan vokal aku yang meletops-letus! Dan juga kerna lagu-lagu yang aku dengar jugak terdiri daripada jenis-jenis yang tidak relevan. Tapi sukahatiaku.com.my.
ini antara putaran lagu-lagu melayu yang diulang berkali-kali seperti seorang gila.
Sebenarnya aku dalam kondisi hilang pertimbangan. Maka, aku boleh jatuh suka pada apa-apa jenis perkara pon. Termasuklah jatuh suka kepada lagu-agu 'cap ayam'. Kenapakah aku conteng pasal lagu? Sebenarnya aku terconteng. *Kunyah lagi sebijik milo crunchy*
The Kantorism.
Sampai je kantor, ada dua notes aku dapat. Notes yang sangat menyeronokkan. Sampai aku terkebil-kebil kegembiraan. Banyak ar kau punya gembira. Alangkah serangan jantungnya aku bila ditugaskan print presentation drawing sebanyak 16 A2. Guna plotter yang letaknya sebatu jauh dari meja aku. Bersenam aku pagi tadi kehulu ke hilir menyiapkan printing. Luut aku rasa nak berpisah dengan badan dibuatnya. Rasa nak termuntah tapi aku terus bertahan seperti seorang bestworker award winner. Dahla plotter terhegeh-hegeh macam mak nenek. Tapi disebabkan aku ni mudah teruja dan mudah berhibur dengan semua kesengsaraan, aku rasa seronok pula main print-print. Kalau ikutkan hati, semua benda aku nak print. Tapak kaki sendiri pon rasa nak print saiz A0.
Mr boss pon klip note kat meja aku sebab semalam aku EL pukul 4 kan. Dia suruh aku print proposal 1 dan siapkan layout untuk proposal 2. Aku sebenarnya tak berapa arif nak design warehouse ni. Kalau design Aromathic Centre aku tau lah.Nak suruh design kebaya lagilah aku tau! HAR HAR HAR. Tapi actually, paling susah ialah housing. Aku dah rasa dah. Paling senang ialah warehouse. Buat bungalow last time dah cukop meloyakan tekak-tekak yang ada. (cepat teka aku ada berapa banyak tekak)
Sejuk pulak.
Tulang aku macam nak mereput rasanya.
Sebelum aku kereputan, ada baiknya aku keluar dari bilik ni buat sementara waktu dan bersiar-siar ke bilik orang lain. Sambil mencari rezeki untuk santapan malam ini. Dah, semua boleh bersurai. -tamat-
5 Congteng-conteng:
seperti entry terdahulu, ko melalut lagi. macam tiada isi. Kecuali part kerja ko.. Cuma aku xreti nak komen apa disebabkan aku tidak dalam bidang ini. hohoho
btw, anda telah ditag. cpt jawab!
lag2 melayu ni dkat ngn hati kite..
da nama pon org melayu kn..
lagi2 kalu hati tgh kuchiwa..heh
satu harapan - jaclyn victor
satu harapan membara dan menyala!
hehe
Ha ha. Tulis entri ni saja kamu dah makan 2 biji Milo Crunchy. :)
Lebih tahu reka kebaya, nah, nanti master kamu patut amik fashion.. ha ha
Post a Comment