Labels: muzik
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
ku pernah menyendiri
di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa
namun hatiku sepi
jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi
ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi
jangan bilang tidak
waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
pipipun semu
namun aku mohon
jangan bilang tidak
30 August (Khamis) - Hari presentation untuk projek Housing Masterplan. Jadinya, aku dan teman-teman mengambil cuti umum dan cuti hujung minggu ini sebagai liburan yang syurgawi walaupun sepatutnya TIDAK. Kerna persembahan masterplan kami tidak berjaya memberikan 'WOW element' kepada Encik Irfan dan Puan-Puan yang lainnya sebagaimana yang mereka harapkan. Maka, kami kena rectify masterpan itu. Owh, sungguh seronok!
31 August (Jumaat) - Pulang ke pangkuan keluarga kerana kami ini keluarga patriotik. Kemerdekaan perlu dihayati. Maka, kami sekeluarga memerdekakan diri dari kehidupan rutin yang membosankan. 31 August 2007 telah menjadi HARI KELUARGA buatku. Paginya, atuk dan nenek tercinta tiba di kediaman. Kufikir mereka benar-benar mahu menyertai program keluarga patriotik kami tapi ternyata aku silap. Atukku telah 6 hari di KL tetapi menginap di hotel. Pada hari ke-7, beliau melawat ke kediamanku untuk melihat batang hidungku. Selepas itu, atuk nenek pulang ke Johor. Kami sekeluarga meneruskan program keluarga patriotik dengan berjalan-jalan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya pulang ke kampung halmaan di Tanjung Malim bertemu sanak-saudara. Hatiku girang ketika berhenti di gerai buah-buah tempatan. Walaupun aku pernah suatu waktu dahulu membuat kenyataan keji di studio bahawa aku bukan penggemar buah-buahan tempatan, tetapi percayalah bahawa aku seorang penggemar manggis dan air kelapa muda yang hardcore. Tetapi strawberry Bandung masih mengganggu nafsu serakahku.
Di Tanjung Malim, berlakulah kejadian perkumpulan sanak sedara tanpa diduga. Sangat gembira. Hatiku melonjak riang. Malah punya gembiranya sampai hatiku melompat galah gara-gara mendapat habuan WANG dari atukku yang hartawan dan juga dari pakngah yang dermawan. Hidup memang indah jika dikelilingi oleh mereka yang dermawan. Ibubapa juga sangat dermawan. Syukur... syukur....
Tamat contengan senteng akal dariku.
Maka, di bawah ini aku sertakan OST BBB yang boleh dicuba oleh kalian. Tetapi, aku tidak dapat menyediakan kemudahan muat turun kerna aku tidak gemar melakukannya. Engkau nak, pergi berusaha. Aku cadangkan, selongkar di Multiply. Memang dijamin ada.
Oleh kerna aku cepat bosan dan aku tidak berapa berkenan dengan putaran muzik tempatan di corong radio tempatan, setiap kali punya waktu lapang (pada waktu tidak lapang juga) aku akan mencari gali lagu-lagu seberang yang menepati taste sederhanaku. Aku mahu berkongsi dengan kalian supaya kalian boleh turut mencari gali selepas ini. Tapi ada lagu yang sudah basi barangkali.
Jariku sudah mahu putus (alasan). Aku harus berhenti. Kisah Bandung - Jakarta akan diconteng sebaik sahaja gangguan emosi dan radang perasaanku pulih kelak. Lagipun, aku bukannya dalam kondisi baik sangat sekarang ni. Hatiku ... cedera. AHAHAHA! Seronoknya....
7 Congteng-conteng:
ko mmg giler kuase..
at last, ko nyonteng gak..
happy selalu yer..
jgn sedey2 sangat,aku tau ko tabah!!
xmacam aku yg salu nanges solang2 nieh..hehehe..
aku ade cerita, tp tunggu saja kite bercuti2 nanti yer..
aiza - aku.... ok. aku memang ok! aku cuma jatuh cinta sahaja. bukan jatuh gaung atau jatuh laut... aaa... wakakaak. CITER? YER? aaa... jom kita bersua secepat mungkin. aku tau ko byk sorok rahsia dari aku. memang la ko!
kamu rindu rinduan?
oh...
syahdu
Post a Comment