Labels: architecture, the chika[ SATU ] :
Selamat ulangtahun ke-3 KUMPRINX.COM. Terima kasih kepada Encik Kumprinx kerna berselera menampal 'ucapan' yang aku hantar. Semoga Kumprinx.com menjadi dewasa bersama usia.
[ DUA ]
Akhirnya Latihan Industri sudah habis. Semalam hari terakhir aku bersama NK @ Ngai Architect. Memang aku selalu rasa malas nak pergi kerja, tapi bila dah sampai kantor, aku rasa seronok sekali. Dua bulan aku jalani rutin hidup sebagai seorang wanita bekerja. Isnin ni, aku akan kembali menjadi seorang pelajar universitas jurusan senibina yang bertekanan tinggi. I'm gonna miss those nice peoples in NK. Sedih betul rasanya semalam.
Lunch tu, kami buat farewell party la konon :p Bapak boss kasi wang kepada LaiLing supaya kami semua pergi lunch sama-sama sempena hari terakhir aku di firm tu. Terharu saya. Bapak boss tidak jadi menyertai lunch kami kerna dia pergi bertemu client.photo : Makan Pizza Hut. The photo minus Ismail. Ismail pergi solat Jumaat.
photo : kawan-kawan di kantor selama dua bulan ini. Design architect, draftperson, secretary, me and the project architect (sekaligus menjadi cikgu 3D aku :p)
Sebuah Perdana muncul depan bangunan kantor kami. Pertama kali aku bertemu dengan isteri Mr Ngai. Wow, she looks beautiful. Dia datang bersama seorang lelaki (interior designer mengikut jangkaan aku).
Maka, kami berempat pon meneruskan perjalanan ke KLCC. Kantor dah aku tinggalkan. Tamat sudah diari hidup aku sebagai seorang trainee architect di NK Architect. Sekarang, aku harus menuruti arahan terakhir dari bapak boss yang mahukan aku menghadiri ARCHIDEX07 di KLCC. Bapak boss sudah pon di sana bersama boss FTec. Kebetulan wife dia seorang interior designer, jadi dapatlah kami pergi bersama-sama.
[ EMPAT ]What is Archidex? The meeting place for Architects, Interior Designers And Building Industry Professionals in Malaysia. ARCHIDEX 07 will showcase more than 600 booths of 180 local and overseas exhibitors in 5 halls at the convention centre. Exhibit categories includes building materials, sanitary wares, roofing, tiles & stone etc.
Sebelum berpecah, since aku dan Wong nak tgk architectural exhibiton dan Mrs Ngai and the other one Mr. Wong nak tgk ID punya exhibition, Mrs. Ngai ambil phone number aku supaya senang nak contact aku untuk balik sama-sama nanti. Semasa dia save number aku, aku intai skrin handphone dia, nak tengaok nama apakah yang akan diberikannya untuk aku. Mungkin dia tahu nama aku NURUL tetapi dia pelat dan sebut LULU. Tapi... bukan begitu!
Aku lihat dia save nama aku dalam phonebook dia sebagai ... LULU. Dan ketika berbual pon, dia sangat seronok menggelarkan aku sebagai Lulu. Dan aku pula tidak langsng mengambil inisiatif untuk memperbetulkannya. AHAHA. Aku dapat nama baru sudah.
photo : teka siapa punya projek? (Adian dan Farah... atau sesiapa je warga JSB... buktikan kepekaan anda! :p)
Untuk kawan-kawan architecture yang tak berkesempatan, suasana ketika exhibiton adalah seperti ini :
Aku ajak Wong keluar. Wong tanya nak buat satu round lagi tak. I say no. Kat luar hall, Wong brief aku tentang CPD point system yang harus dipatuhi oleh semua arkitek berdaftar termasuk graduate architect. Lepas tu aku ambil keputusan nak balik sendiri since Mrs. Ngai kata dia maybe lama lagi.
Aku cadangnya nak balik terus naik Putra. Tiba-tiba terlintas depan MNG.. engkau imaginelah macam mana penyakit histeria aku datang kan. Aku masuk MNG. Brengsek. Wang saku tinggal kurang dari RM100. MNG buat sales gila macam biasa. Aku pon naik gila. Keluar dari MNG, aku masuk MANGO. Sama je buat aku histeria. Cis cis cis. Buduh! Aku nampak tube dress dijual dengan harga RM100-RM200. Aku pasti ke KLCC kembali. Aku pasti. Dan juga pinafore hijau from MNG dijual dengan harga RM59.90. Tak tahan gua... Aku mesti dapatkan mereka.
Kepada peminat MNG, pergi lekas!
Tiba-tiba Mrs Ngai call dia tanya aku dah sampai rumah ke belum. Waktu tu aku dengan Topshops pulak tengah belek pinafore. Akhirnya aku balik ikut dia. Dia drop aku dekat Taman Midah. They are awesome! Semua orang yang aku kenal sepanjang dua bulan ni are awesome! Akan rindu kalian semua.
"Okay, see u and thanx,"
19 Congteng-conteng:
yu sudah ade name glemer baru..
tak perlu chika chika bang bang.. erkerhkerhkherer..
tp CCBB best jugerk.. jdik, masih perlulah.. hhohoho..
tahniah kerna telah berakhir musim pekerjaan n slamat belajar kembali..
aku penat gile mendaftarkan dirik di uitm.. teraseee penattt.. hahaha.. rasenye ade gak jumpe2 junior dr seraya..
well, esok ade PPW.. aiseh.. baru berangan nak berjalan2 bersama adik sebelom bermula kuliah.. huuuuu.. well, ape nak jd jadikla..
banzaiiii
p/s: aku tidak tidor disini.. ngaha
u...see u tomolo...eh! monday!! hehehe!!
adian - eler... tak aci lah dah ada hint. Itu Johan punya. Tu Lit Boon ngan alip punya aku tak sempat nak snap.sbb ruang utk student sempit je.
nash - best. macam2 event. kalau orang kaki party, mmg dia rasa bertambah heaven la architecture ni.
farah - aku pegi dgn arkitek. xde kwn time tu so aku jadi sgt serius... kami discuss pon secara intelek and... u know la kan, bila campur2 ngan arkitek + ID yg kerjanya bawak2 client ni... aku jd sgt blur. Bcoz dorang fokus pd komersial. Aku sorang malay kat situ dan pengetahuan yg sgt sgt sedikit. Tp that wong guys... dia byk la cerita ceriti kat aku pasal every materials tapi AS AN ARCHITECT IN A REAL WORLD. He said.. jgn percaya sgt kata2 exhibitor. ahahaha... Yes, u;re rite. i learned a lot. Terutamanya tentang the reality in architecture. Kdg2 takut pon ada.
hey, see u pagi monday!
ih,sayang pula tak jengok eventhough aku bkn ade kene mengana dgn donia femes nieh!
SELAMAT PULANG KE UKM..kek kukusmu tak terbuat lg..arituh buatkan untuk adekku yg bawa pulang ke ostel.maaf deh,nnt kalo ade mase,aku bg ek
kalau dalam bahasa peperiksaan namanya 'toyol'...
ekeke
farah - oo..ye ke. patotpon bukan main korporat lagi time tu. siyes tak de muka student langsong yg aku nmpk. sumer org cam diplomat2... ngan fashion2 terkini mengalahkan grammy award. cuak gua beb...
hwah.. blog kau pasti kesunyiann!!
nasib baik diorang comel² dan rajin membantu kitorang...
Post a Comment