Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, July 08, 2007

Tergila-gila



malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang...
bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah
aku tergila gila

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
kuyakin ini cinta, aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk kita
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah aku tergila gila

hanya padamu hanya denganmu
aku berani hadapi apa saja

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
ku yakin ini cinta aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk engkau
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

aku berani hadapi apa saja
asalkan aku tetap denganmu
sungguh ku sedang tergila gila denganmu

denganmu...

Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Kalau aku tergila-gila satu hari nanti, aku pasti tampalkan sekali lagi lirik lagu ini. Di sini. Aku cakap lagi sekali. Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Bukan. Lagu Melly Goeslow ft Paundrakarna. Lagu yang dah berputar berjuta kali hari ini. Kalau i-tunes pandai komplen, mesti dia dah teriak minta aku menjadi lebih bertimbangrasa. Kalau i-tunes ada anggota, dah lama aku kena lempang sebab dah dekat seminggu si i-tunes kena kerja keras putarkan lagu ini secara berulang-ulang. Kalau i-tunes ... ah, suka hati engkau lah i-tunes.


Engkau semua nak cuba dengar?




Dah dua kali dalam minggu ni, aku jumpa orang tu dalam mimpi. Sampai aku jadi tak keruan. Aku perlu mengambil masa sepurnama dua untuk memastikan samada mimpi itu tergolong sebagai mimpi ngeri ataupun mimpi indah. Bagi aku sepurnama dua. Bila aku sudah dapat jawapan, aku akan huraikan jawapan kepada soalan subjektif tiada markah ini.


Dah hampir 4 tahun berlalu. Pembohong besarlah kalau aku kata, ingatan aku langsung dah hilang tentang dia. Macam yang pernah aku beritahu dia dulu. Aku hanya boleh lupakan dia kalau aku sudah hilang ingatan sahaja. Bukan aku tak mau lupakan. Tapi mungkin sebab terlalu NAK lupakan, aku jadi bertambah ingat. Dulu-dulu, aku rajin duduk atas sejadah, berdoa supaya perasaan aku dipulihkan dan ingatan aku jadi kurang baik tentang dia. Mengingati dia buat aku rasa heart attack. Tapi makin doa, aku rasa makin dekat. Akhirnya aku buang segmen 'doa untuk dia' dari program doa-doaku. Kononnya nak membiarkan kuasa alam melupuskan semua ingatan.

Berjayakah kuasa alam?

Bolehlah.... Sekurang-kurangnya, aku tidak histeria lagi tentang dia.Aku tidak ingatkan dia hampir setahun lamanya. Tapi tiba-tiba... dalam minggu ni sahaja, dua kali sudah mukanya muncul beraksi. Aku sebenarnya sudah lupa sedikit raut wajahnya. Tapi mimpi tanpa kategori itu membuatkan aku ingat kembali senyum dia, kening dia (yang merupakan bahagian favorite aku pada dia), juga aku rasa terkesima kembali dengan senyum dia. Yang kononnya pernah diungkapkan oleh gadis-gadis tanah air ini sebagai 'senyuman yang mencairkan hati-hati perempuan'. Aku pon perempuan yang pernah kecairan itu.


Kenapa dia perlu singgah dalam mimpi aku? DUA KALI! Kalau sekali, aku rasa itu kebetulan. Tapi DUA KALI, aku rasa... rasa... (sila lengkapkan ayat ini kalau sudi)


Ada orang kata, mungkin sebab aku rindukan dia sangat. Mungkin aku fikirkan dia sangat. Wak lu! Musim bunga dan musim panas sudah empat kali bertukaran. Lama sudah aku tidak main perasaan tentang dia. Lagipon, semuanya memang sudah plain. Aku pon sudah naik lupa hampir 50% tentang dia. Aku sudah lupa suara dia. Tapi mimpi tu... mimpi tu brengsek betul. Sekarang aku jadi ingat kembali suara dia.


Ya Allah. Ketika aku mengambil keputusan untuk bertemu dia (lebih 3 tahun lalu), aku memohon petunjukMU. Selepas bertemu juga, aku masih memohon petunjukMU. Sepanjang bersama dia dulu, aku sentiasa mohon petunjukMU. Sebab ada perasaan aneh-aneh yang aku rasa. Sebenarnya aku memang tergila-gila waktu tu. Tapi perasaan aneh selalu halang aku dari berusaha mendapatkan dia. Waktu dia menjauh, aku tahu aku masih boleh terus terang bahawa aku tengah tergila-gila. Tapi perasaan aneh memberitahu, biar dia pergi. Semua tentang dia adalah aneh.

Sampai hari ni, aku masih tak boleh terima hakikat yang dia pernah muncul dalam hidup aku. Mungkin betul kot. Dia hanyalah satu mimpi.


"awak, saya nak bagi tau awak sesuatu ni. penting,"
"apa? esok tak boleh ke?" aku sebenarnya menganggap itu tidak penting. sengaja dipenting-pentingkan.
"tak. takut terlambat..."
"apa?," (waktu ni aku masih budak. semua benda aku anggap gurauan.)
"saya... saya... nak..."
"nak apa? nak jadi superman?" (waktu ni, aku ikhlas mengajak dia bergurau. Aku juga yakin dia mahu ajak aku bergurau"
"aa... mm... ha ah. nak jadi superman" nada dia mendatar. dia tak macam nak bergurau. aku terkedu. jam sudah 1.00 pagi ketika itu.Berjenaka ke dia?


"awak.. saya nak buat pengakuan ni," kata aku tiba-tiba je masa kami tengah ronda KLCC macam orang gila.
"apa?,"
"saya penat. nak duduk," spontan aku menjawap.
"la... ingatkan pengakuan apa,"

sebenarnya waktu tu aku nak buat pengakuan lain. Aku nak beritahu dia... Aku nak kawan lama-lama dengan dia (yang bermaksud, aku taknak ditinggalkan). Tapi kebuduhan memusnahkan kebahagian.

Tengok! Aku jadi ingat kembali dialog-dialog merpati dua sejoli semacam ni. Semua ni gara-gara mimpi. Sedangkan penat aku bertungkus lumus melupakan dia bertahun lamanya. Senang-senang je usaha aku musnah hanya kerana 2 kali mimpi itu.


ewah, terbukak telenovela cinta pulak! aku bukan nak buat statement yang aku tergila-gilakan dia kini. TIDAK SAMA SEKALI DAN ITU TAK MUNGKIN. Kerana sejarah sepatutnya dijadikan pedoman, bukan untuk diulang. Mimpi yang datang 2 kali tanpa dijemput-jemput tu membuatkan aku berfikir lagi dan lagi. Dia baik. Walaupon dia pergi tiba-tiba, waktu aku rasa dia tak akan pergi... dia tetap baik. Dalam mimpi pon dia muncul dengan watak baik.


Semoga tidak ada mimpi episod 3. Sebab kalau mimpi episod 3 muncul, aku nak pergi redah Malaysia ni carik dia. AHAHA! Takut tak?


Habis.


esok balik UKM.
esok tak payah ke kantor.
oh, kisah airmata sungguh....
sepilah kantor tanpaku.
Tabahkan hati semua... (perasan.com.my)


Labels:

 

11 Congteng-conteng:

Blogger Unknown conteng...
owh yeah..lagu melly!
5:02 AM  
Blogger alifmimyanun conteng...
bermimpi 2 kali kemungkinan menerbitkan rase rindu, bermimpi banyak kali bermaksud gangguan jin.

awak tergolong yang mane satu ?
9:44 AM  
Blogger Nashrex conteng...
laaa. rindu aku ke?

*berangan*
1:17 PM  
Blogger sHiBi conteng...
tergile2 xpe...jgn jd gile..hehe
1:28 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
wahaha..
eh U..da 4thn ek?ih..i pon teringat balik cite2 u tuu..
biar i lengkap ayat-2 kali tuh banyak maknanye..ntah2..ih,xmo la tulis..
1:32 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
itu makna'nya perasaan masih kuat.. mungkin la kamu bukan berniat mahu ingat akan dia.. tetapi jauh dalam hati kamu, kamu sendiri tak tahu bukan? ;p

*aku tunggu berita jika mimpi timbul kali ketiga..!
11:40 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hurm.. aku rasa aku perlu bersimpati sbb kau masih ada perasaan itu pada dia (walaupun aku tak kenal). bukannya sebab aku kata tak elok, tapi kerana itu, hati tertutup orang lain. dan apa bila hati tertutup untuk orang lain, ia jadi perkara tak elok. mari, cari la kunci hati tu, dan beri pada orang lain.
4:59 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
camme la ko boleh lupakan dia selagi ko tak hilang ingatan... bahaya tu... kalo ko 'jumpa' org lain pun perlukah ko masih teringat dia?
7:07 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
mcm buku novel la.. bile nak buat buku novel ?? heheheh

aku berdoa kpd ilahi agar aku mendpt jln betol..3 tahun kami bersama selalu gaduh mcm tak serasi.. dia selalu menyakitkan hati aku dan gertak aku..aku sibukkan kerja dan web aku, dia ckp aku xambil berat..kerana doa akhirnya tuhan ingin aku lupakan dia..tp susah dan die pun susah nak lupakan.. tapi kita selalu kelahi.. allahuakbar.. aku keliru xtahu cara apa lagi..maaaf la komen menjadi luahan perasaan pula.Chika mcm mana ko dulu lupakan dia tp dlm keadaan syg??
9:42 AM  
Blogger chiku the chucuru conteng...
kadang2 kita perlu terima apa yg ditakdirkan bukan untuk kita...
kalau betul ia milik kita, dipisahkan dgn cara apa sekalipun, dia ttp akan datang pada kita... walahualam.. ;P
10:20 AM  
Blogger Unknown conteng...
memang magis lagu melly ni, dia bubuh susuk kot dalam lagu dia

tapi aku sering putarkan track ke 7 soundtrack tuh, BBB-Karena Cinta

ulang dan ulang lagik
11:50 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."