Labels: architecture, life, the chika
Kalau ada yang nak tahu kesihatan saya, saya sehat. Kalau tidak mahu tahu, pergi main jauh-jauh. Mungkin saya nak conteng panjang-panjang. Mungkin. Mungkin kamu tak suka nak baca cerita panjang. Bolehlah mintak diri dan keluar dari sini sekarang. Sebab pada waktu ini, saya tiada keinginan hendak menerima kritikan, kutukan mahupun nasihat-nasihat seposen dua dari sesiapa pon. (tolong jaga bahasa dan adab)
1. First Project - stop the bus or the bus stops here!
Khamis lepas, final submission untuk first project. Bus stop. Saya sangat berbesar hati ingin menyatakan betapa saya semakin TIDAK SUKA untuk terus berada di UKM. Bukan sebab UKM tidak seronok. Bukan sebab kawan-kawan tidak baik. Tapi saya rasa stress dengan beberapa perkara dan saya merasakan, saya in suffocation. Saya semakin give up dan berasa seperti tiada harapan untuk pulih. Maksud saya, pencapaian senibina saya. Selagi saya di UKM, kualiti kerja dan komitmen saya tidak sesekali kaan menjadi lebih baik. Dia akan terus menurun bersama masa. Percayalah.
Kenapa?
Pernah tak sewaktu kecil dulu kita diajar. Apabila orang lain bercakap, kita harus mendengar. Begitu juga sebaliknya dan ini dinamakan komunikasi dua hala. Semasa belajar di Tadika Al-Islah 15 tahun yang lalu, ustazah memberitahu kami semua bahawa orang yang bercakap semasa orang lain sedang bercakap kepadanya, dia adalah ... apa ye harus aku tulis. Dalam bahasa paling sopannya, orang itu tidak beradab.
Saya bukan nak bukak kelas ADAB. Saya cuma nak memberitahu di sini, sebagai membalas dendam dan mengauk ganti rugi terhadap air mata yang banyak saya bazirkan Khamis lepas. Saya mahu, apabila saya sedang present project saya, mereka yang sepatutnya mendengar, silalah dengar. Bukannya bercakap-cakap di hadapan saya. Mungkin semua orang tak faham kenapa saya nak menangis lepas presentation. Saya stress. Saya rasa ter-saiko.
Saya tahu panel board saya HANCUR! Saya tak kecik hati sebab saya buat board tu satu jam je. 24 jam selebihnya saya bekerja tanpa henti buat pertama kalinya dalam hidup saya untuk design. Saya ada masalah. Terlalu banyak masalah yang menyebabkan design saya tergendala. Saya pernah jumpa Puan Wardah, bercerita tentang masalah saya. Saya pernah jumpa Encik Mazlan bercerita tentang masalah saya. Semua masalah (yang dah bercampur gaul antara masalah peribadi dan masalah UKM yang buduh) telah mematikan semangat saya. Memang sudah mati. Dan sikap pensyarah yang tidak mahu mendengar sebaliknya bercakap-cakap semasa saya sedang present benar2 buat saya kecil hati dan bertambah stress. Saya tahu dia tak berminat dengan presentation saya. Saya tahu panel board saya HANCUR! Saya tahu board saya umpama satu sinopsis dan intro tanpa content. Saya tahu memang saya punya hasil lingkup!
Bukan saya tak cuba. Saya cuba tapi saya semakin tak ada hati. Saya dah membazir 2 hari dengan terlentang di atas katil. Sebab saya tidak sehat. Hanya pada hari terakhir sebelum review sahaja saya mampu bangun. Ada orang tahu? Saya tak salahkan siapa-siapa atas kejatuhan mutu kerja yang melampau. Salah saya. Tapi saya ada perasaan jugak. Bukan ke saya juga student yang layak mendapat budi bicara yang baik? Saya sebenarnya dah perasan benda ni banyak kali. Setiap kali saya present, ada yang tidak mahu dengar. KENAPA? Sebab saya bukan super-designer? Sebab saya bukan nama-nama hebat seperti mereka yang hebat dalam studio tu?
Saya cuba nak terangkan konsep saya panjang lebar sikit. Saya tahu apa saya buat walaupun isi panel saya missing. Saya tahu every answers to every questions. Saya nak bercerita tentang the concept of CAVE. Its not a decoration semata-mata. Ketika saya nak bercerita, ada yang tidak mendengar. Saya berasa sangat bodoh berdiri di situ dalam keadaan yang sangat lemah, sedih dan ... saya nak pergi mati. Saya nak menangis depan lecturers waktu tu. Tapi saya tarik nafas dalam-dalam. Saya dah terlalu banyak menangis, saya dah tak larat. Kalau saya terus menangis, saya pasti boleh maut di situ. Saya takut maut.
Masuk studio, saya nangis puas-puas. Bukan nangis kerana satu perkara, tapi nangis kerana macam-macam perkara. Hidup sangat sukar 2 minggu di UKM ni. Tak pernah saya sangka, kehidupan akan sesukar itu. Saya tak pernah rasa hidup yang sangat susah.Adakah ini akan berterusan hingga hari erakhir saya di UKM nanti? Saya bimbang.
"You have the design, you punya design bukan teruk. Its quite good and quite impressive. But what happen to your board? Where's your site plan? Why did your elevation semua kecik-kecik? I dun understand where u get the section? See, you have the photo montage! Semua orang tak buat foto montaj tapi you ada. Tapi kenapa kecik sangat? Inilah yang kita nak tengok. Patotnya photo montaj ni letak besar-besar. You have a very good 3D, tapi you tak reti nak guna untuk panel. What happen to you for this time? Apsal ni besar, apsal ni kecik? I rasa attracted hampir 20 % dekat u punya 3D perspective. Yang lain, hancur! You have a good design but u tak expose dengan cara yang betul. HANCUR. That is the word i nak cakap... bla.. bla.., "
Inilah antara kompilasi kata-kata para pensyarah 3 orang termasuk seorang external punya pengkritik.In the other way, saya kesal. Yes, saya spend terlalu banyak masa membuat 3D. Tapi masa dah suntuk pagi tu. Lebih 24 jam duduk buat design tanpa henti menyebabkan saya jadi cemas sebab saya masih tidak siapkan presentation board. AKhirnya, saya main campak-campak je sesuka hati ke dalam board asalkan ada. Saya rasa saya terkilan. Sebab saya macam buat benda sia-sia. Penat lelah menyiapkan 3D, tak saya gunakan dengan sebaiknya. Photo montage pon kecik sangat. Penatnya rasa....
2. Latihan Industri
Report sudah siap dengan maju jayanya. Sabtu lepas, ada presentation untuk latihan industri. Saya berkumpulan dengan Adian , Arul, Lay Ming, Zarif, Cik Lan, dan Afiq. Fuh, Zarif hebat! AHAHA. Firm dia keje memang hebat. Design decon-decon belaka. "Nurul, ceritalah pengalaman jumpa kontraktor gatal," Encik Mazlan mintak kami cerita pengalaman-pengalaman yang ada. Macam-macam cerita keluar. Cerita paling kelakar ialah cerita Lay Ming dengan Arul. Syarikat dorang keje tu gila. Tanah kecik, tapi nak buat macam-macam. Dengan unit housing nya, dengan apartment nya... akhirnya projek dihentikan sebab tak cukup tanah. WAKAKA. Camni pon ada?
3. Robotic Architecture di One Utama
Ahad lepas pulak ke One Utama untuk Robotic Architecture Competition anjuran Persatuan Akitek Malaysia (PAM). Sebenarnya saya tak ada mood. Saya ingatkan Aisyah ajak saya tengok exhibition dan jalan-jalan di 1U. Rupa-rupanya nak join competition. Saya betul-betul tak ada hati masa tu. Tapi Adian, Shah dengan A-ai beriya paksa. Layan je. Even malam tu pon saya dah terpikir nak tarik diri. Kondisi saya tidak stabil waktu tu. Tapi akhirnya saya pergi juga. Kena drive pulak tu.
Tapi honestly, saya enjoy jugak hari tu. Lagi2 on the way pergi dan balik. Tahu-tahu je lah kan kalau si Adian tu ada. Mesti dia buat aksi-aksi separuh masak dia tu. Farah pon join at last. Tapi Farah kena join group lagi satu. Kesian kat dia. AAHAHA.Kami diberi masa dari jam 10.30 pagi sampai 6 petang untuk siapkan design,board dan model. Saya buat model dengan Shafiz.
Petang pukul 3 ada kelas Amalan Profesional. Tapi lepas kelas pagi, kami yang hilang pertimbangan rushing ke Low Yat. Nasib baik sempat balik pukul 3 ptg tu. Kami pergi naik Bamblebee (si kuning hitam tu lah). Pergi 5 orang. Farah, Mek Ti, Ainul, Sansit dan saya. Balik tu Sansit drive. Wallauweih! Terserlah kelasakan si Sansit ni yang jarang-jarang sekali dapat dilihat. Ainul sampai kecut kecut perut. Boleh tahan dia ni. FArah pergi upgrade lappy dia. Mek entah ada problem apa tah. Ainul beli Graphic Card. Gila kena kelentong garing-garing dengan Cina kedai tu. Padahal kat kedai lagi satu, harga dia murah gila. Rasa nak hentak kepala Cina tu. Kesian Ainul. Sansit nak tukar MP3 player yang dia beli. Saya? Saya tak ada arah tujuan. Saya ikut je. Saya nak jala-jalan. Saya tensen. Disebabkan tensen, macam biasa sayabuat retail therapy. Saya beli lappy skin yang Sansit kata... "Nurul, kalau I ... I tak beli. Quite Expensive la," tapi seperti biasa. Nurul is Nurul. Retail therapy seakan-akan PAINKILLER. I need no pills. Cuma perlukan bil sahaja. AHAHAHAH!
5. Sesat
Jumaat hari tu, saya sesat on the way balik Cheras. Saya silap masuk jalan. Kununnya, saya terpengaruh dengan mitos dan dongeng yang Farah dan Ainul ceritakan. My beloved drama queen yang dua orang ni dok ajar saya supaya gunakan tol Kajang sebab murah sikit. Tol Bangi yang selau saya gunakan adalah RM2.70. Farah kata mahal. Saya pon akur. Akhirnya, disebabkan terlalu gian melayan perasaan, saya tersilap masuk simpang. Dah la sendirian. Rasa nak meronta-ronta. Tapi saya tak hubungi ibubapa. Saya takut kena marah. Minyak dah lip lap lip lap. Saya tak mahu isi. Saya nak suruh babah isi. Saya cuma hubungi babah untuk bertanya .. "Boleh tak ay tak payah isi minyak? Tapi dah kuar warning ni," punyalah berkira aku ni. "Boleh. sampai. Bukan jauh sangat," akhirnya saya terus je jalan tanpa isi minyak.
Saya masuk jalan yang bukan-bukan. Saya semakin takut. Saya dah menuju ke arah Cheras yang lain. Saya nak teriak tapi tiba-tiba ada motor ajak saya main-main di jalan raya. Saya tak ada mood. Saya buat buduh. Tapi motor tu follow sebelah saya. Muka mereka gatal. Saya jadi geli dan seriau. Jalan raya lengang time tu. Highway besar. Saya sangat takut. Lepas tu, dua orang lelaki tu buat aksi-aksi depan kereta saya. Saya takut kalau saya terlanggar mereka. Tapi saya macam dah tekad. Saya rasa nak langgar betul-betul dan buat langgar lari. Kasi padan muka mereka. Di jalan raya tidak boleh menggatal. Bahaya. Dia buat aksi-aksi geli. Saya jadi cuak dan menyampah. Akhirnya saya speed up dan mereka melambai-lambai ke arah saya. Pergi jahanam.
Akhirnya, kunun-kunun nak save duit tol. Akhirnya saya redah EMPAT tol. Bijaknya saya. Kalau Farah dengan Ainul tahu, mati la mak! Malulah saya. Sebab tu saya tak hubungi mereka tapi saya hubungi.... hmm... dia. Walaupon itu tak sepatutnya. Tapi saya dah terbiasa. Bila ada apa-apa je, mind saya macam dah set. Automatically akan recall nama dia. Aih, aku kena reset mind aku. Tak boleh simpan nama dia lagi. Kena reset mind. Dia tidak boleh luangkan waktu untuk aku lagi. Tidak boleh.
Sampai rumah, ibubapa tiada. Rumah kosong. Bila mereka pulang, saya cerita pada ibubapa. Mereka semua gelakkan saya. Saya rasa kesian dekat diri sendiri.
6. Retail Therapy
Hari pertama semester lagi kami dah buat retail therapy di Mines Wonderland. Saya, Ainul, Farah dan Shida. Mereka shopping macam nak rak! Saya cuma beli sweater dengan long sleeves sahaja. Roxy buat sale gila ubi. Tapi saya sebenarnya tak berapa ada mood time tu. Fikiran saya cemas. Saya fikir banyak benda dan nervous. Saya memang insan bermasalah ketika ini. Shopping pon tak berjaya ubati saya. Maknanya, saya memang dalam kondisi tenat.
7. Pooh!
Saya tinggalkan nombor phone saya pada cashier Watson di Mines. Saya dengan Ainul memang budak gila. Kami nak sangat luggage bag The Pooh. Kami beritahu cashier tu, kalau bag tu ada, call saya cepat-cepat dan jangan jual pada orang lain. Semalam cashier tu call saya. Saya call Ainul suruh ambil luggage bag tu dekat Mines. Yes! Kami dah dapat beg tu!
8. My childhood memoryland!
Malam semalam dinner dengan MARRY! i heart you!Saya sangat rindu dia. Dia adalah bestfriend saya masa kecik-kecik. Dulu, 24 jam dia dekat rumah saya. Dia jiran sya sebenarnya, Tapi bila makin membesar, kami makin renggang dan jarang jumpa. Ni pon berjumpa setelah 3 tahun rasanya tak jumpa. Nama je jiran. AHAHAH. Saya sangat syang kat dia. Eiyla tak jadi join. Kami call dia asyik tak dapat je. Semalam kali pertama saya keluar malam di rumah. Saya takut nak balik. Takut babah marah. Nasib baik babah tak marah. Cuma tanya je pergi mana. Kami pergi Steven's Corner dekat Pandan Indah. Seronok sangat bual-bual macam dunia kami yang punya. Peoples changed. Dia pon dah berubah banyak. Saya juga berubah. Semua orang berubah. Tapi rasa sayang kami dalam friendship tak berubah pon. Macam tu jugak dengan friendship saya pada Eiyla walaupon lost contact bertahun-tahun. I LOVE YOU GUYS! MUAXXX! And to Jullian, tq for the time spending. Nanti kita pergi belajar redah KL eh. AHAHAHA!
Photo : sorry I tak jadi pergi damansara today. Hujan and Jullian tak berjaya ajar I guna map :p Nanti i promise i jumpa you dekat Cineleisure. Insyaallah. The nite was just great!
Note to Aizar : Jullian asked you to collect ur BANTAL BUSUK tu from him. ehehe. Kalau tak, biar saya je collect untuk diri saya.
14 Congteng-conteng:
adekah anda terasa hati dgn komen saye sblom ini?
maaf kn la saye jika terkasar bahasa..tiada niat sebesar kuman pon saye mau mnyakiti anda
ssungguh nye saya amt mrindui post anda dan skang rasa nye sudah terubat sket rindu yg bgelora ini..huhu
3.cet!ko gelakkan kan aku masok grup satu lagik???cis cis cis!!!
4. i'd prefer it to be spelled 'BumbleBee"...ngeh ngeh!! n yes, aku sendiri terkumatkamit menahan perasaab apabila BumbleBee tu diperlakukan sedemikian!huk!
5.malu bertanya sesat jalan!
6. u miss ONE lagi nama... AiSYAH!
never make urself think dat u are not going to get through it..
There will always be a way to get out of it..
if u just can't do it..
say your pray to ALLAH..
if you need someone.. I can be the one who listens.. I may not be a great help.. but mungkin I can help u feel at ease.. heee..
Gambaro!
haha.,..tu la ko...bagai aur dgn tebing (aku tatau nape aku masokkan peribahse ni.... mcm bes je...)
buleh hilang stress tau...hahha :P
cubela wat.
(cam tagline muvi plak)
org nasihat dah takde makna...
satu je boleh ckp~
jom shopping~!! [eh ni dua~]
ada kedai kain baru bukak kat jalan TAR. kedai jackel. giler ah boleh sakit mentel tgk kain2 classy yg harga cecah lebih rm200 boleh jadik rm30 je 4 meter. sebab baru bukak, so konon harga pengenalan lah tu...
giler ah gilerrrrrr....
shopping is therapy~!! jom!
xley blah bace komen adian ngan fara-D..
well my dear!!kuatkan hati..mmg senang bercakap tp tu je aku mampu katakan!!aku sokong ko tau!!
note: bantal busuk tuh mmg nak collect,masalahnya aku tak sampai ke puchong tuh..naqk ke damansara pon xtentu lagik..ngeh3..
Post a Comment