saya tidak dapat menulis di sini dengan kerap. Satu, saya sibuk dengan akademik. Dua, saya tidak mampu berkelakuan jujur di sini. Buat waktu ini, saya lebih rasa selesa menulis di tempat lain. Blog lain maksud saya. Di situ, saya boleh menjadi jujur dan menulis sesuka hati saya. Kadang-kadang, terasa mahu menulis terus secara diam. Tiada siapa tahu. Sebab pada waktu ni, saya cuma mahu semua orang melihat saya yang OKAY sahaja.
Satu hari nanti, semuanya akan berakhir. Dan saya tidak sabar hendak mengakhiri semuanya. Sebab saya semakin berkecil hati, hari demi hari. Tak apa. Tak lama lagi. Sikit waktu lagi, aku pasti benar-benar pergi. Dan pada waktu tu, aku harap tiada siapa yang tahu lagi tentang aku. Samada gembira, atau pun tidak.
Kehidupan terasa bosan. Terasa terpinggir. Terasa sendiri dan kosong. Juga rasa terbiar. Tak seronok langsung. Manusia semua dah berubah. Saya tiada teman untuk apa-apa pun. Teman makan tiada. Teman berjalan tiada. Teman bercerita... langsung tiada! Semoga setahun cepat berlalu. Dan semoga saya ada kehidupan lain yang lebih baik. I can't stay any longer. Saya tak biasa bersendirian. Saya tak biasa sunyi.
Saya rasa sangat stress. Semuanya jadi serba salah, serba tak kena. Duduk studio, saya rasa sangat sedih sebab ianya sangat nostalgik. Duduk bilik, saya rasa melankolik. Saya tengok semua orang gembira. Saya mahu gembira juga. Tapi saya tahu, saya hanya akan gembira... mungkin selepas meninggalkan ukm nanti. Saya sudah hilang kehidupan UKM saya.
pretending like everything's okay is tiresome.