
♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|

Sunday, November 18, 2007 |
Boogie Wonderland
Whoa! Aku ... ehem ... Menonton movie lagi ... Ehem ...
Pagi tadi aku hilang tuju. Err ... hari-hari pun aku hilang tuju. Budak-budak lelaki baru tamat menonton Shrek3 buat kali yang ke-beberapa-juta. Selepas itu, aku continue Happy Feet. Ehh.. budak-budak lelaki ni pon continue lagi. Tanpa menghasilkan ayat-ayat panjang yang tidak berguna, aku meringkaskan filem ini sebagai ... BEST! Best gila.
Aku suka melihat para penguin berjalan bersama bontot-bontot mereka yang cute. Rasa nak tepok je sekor-sekor. Bulu-bulu di dada mereka kelihatan lembut dan gebu. Mata mereka bukan sikit punya pesona lagi. Tapi aku tetap meminati bontot-bontot comel mereka yang terkedek-kedek berjalan. Ketika Mumble kecil, dia bagaikan seekor bayi yang terlalu comel dan innocent.

Lihatlah. Oh, lihatlah! Mumble terlalu comel. Dengan ini, sumpah ! Kalau aku kehamilan satu hari nanti... aku tidak mahu menonton Happy Feet. Khuatir kalau-kalau aku menjadi obses dengan kecomelan Mumble. Astaghfirullah.... Mumble, nak jadi anak angkat aunty tak? Setiap hari kita makan KFC. Oh, atau juga McD. Dan kita akan bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa setiap petang dan malam. Mumble boleh panggil aunty ... Mama. Aaaaaaa .... Boogie wonderland~
Aku nak adopt dia.MATAHARI Sudah 3 hari jasad aku ni tak kena sinaran Matahari. Terasa lama tidak melihat dunia yang bulat. Sudah 3 hari jugalah tidak menyentuh stereng kereta. Jangan kata menyentuh, melihatnya pun tidak. Kerna aku diam-diam saja dalam rumah. Ala-ala perempuan Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka la. Bezanya, perempuan zaman itu sibuk kelentang-kelentung di dapur. Aku pula... ehem ... sibuk menghentak-hentak keyboard mengalahkan kerani pejabat kerajaan.
MASAK Tadi aku masak! Dah bertahun-tahun-tahun aku tak melakukan perbuatan tak berapa best ni. Masak ? Bukanlah 'masak' sangat. Goreng kentang SAHAJA. Sedap? Sedap nak mampus. Rangup Keras. Hangit . Hitam. Krup...krup... habis jugak dimakan oleh keluarga tercinta. Terima kasih semua. Esok aku tak masak dah. Janji.
ESOK Esok kena bangun pagi-pagi-pagi-pagi. Sepagi yang boleh difikirkan. Kerna esok adalah hari yang sangat bermakna buat ....... (isi tempat kosong).
|
|
|

This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
 |
|
|
27 Congteng-conteng:
adian - yebbbbaaa... best namampos kan? mak aku pon suka musical dia. dgn music yg best, suara best, animation pon... uuuuww!
adian - ni lagi deras. bontot ayam ku suka juga. kami berpesan-pesanan to each other sekiranya makcik penjual bontot tu ada. Susah dpt wo bontot dia..
nyetok - aku bli lagilah cetak rompaknya. dengan harga yg sgt MURRRRAH. Dalam RM1.50 je satu DVD. AHAHA
timyohannon - kami obses dgn bontot. Cuba sebot BON-TOT byk2 kali. Senaman rahang yg baik.
Fievelski Fifi - cam la ko tak suka bontot. Bontot penguin tu, kalau dapat... memang aku tepok kuat-kuat. Gerrrammm mak!Ko jgn sebot psl Nuar nyanyi Boogie Wonderland versi Lucah. Aku terasa nak lempang muka dia dua tiga kali. Aritu, sambil buat keje group, dia boleh hiburkan kami dgn lagu lucah dia bersama suara yg seksi namampos tu. Yewww!
yeay.. esok aku nak tau.Eh Fifi, nama u mcm nama kak Mimi cantek la...
tp, aku x tgk lagi shrek.. 1 n 2 n 3.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
astri - engkau pons etuju dgn aku kan tentang perihal bontot... Shrek best... kena tgk semuanyaaaahaha~
faisal - mana kamu tau bdk2 tu pegi tgk? kamu ngendap ye? ahaha...mmg perangai budak-budaklah klu camtu. AHAHAHAH
isu montot menjadi hangat.
ngahahahhahaha
fara - alamak, aku pon lupa tanya gedix smlm kes obses tu.
astri - ngahahah!shake ya bon bon!
Post a Comment