Program Makan - Hari ini dapat merasa kek Sarawak sedap. Dibuat dengan penuh dedikasi dan kreativiti. Keknya bercorak-corak. Berlapis-lapisan. Sekali masut mulut, nikmat dia sangat terasa. Tetapi aku masih mengidamkan KEK COKLAT. Ada sesiapa yang baik hati nak buatkan sebijik?? Yang berkenaan tu, pandai-pandailah TERASA seperti disindir ye. AHAHAHA.
Pada waktu malam, kami sekeluarga menikmati ayam panggang black paper. Aku harap, bila aku sudah besar nanti dan sudah mampu memiliki dapur sendiri, aku akan pandai masak. Kerna aku sukakan makanan. Inilah harapanku yang terasa berat di dada.
Ini bukti bahawa Astri ada merasa ketupat yang dikatakan sedap dan merugikan kalau tak rasa itu :
Grandparents - Datang tadi dari Johor. Esok bergerak ke hotel. Dan aku sudah awal-awal dikerahnya menjemput mereka di hotel esok. Aku membantah. Dan akhirnya, aku disuruh dan dipaksa menghadiri majlis makan-makan di Ampang. Majlis besar. Aku tak suka. Lagipun tak banyak remaja funky dan fashionista akan hadir pastinya. Yang ada hanyalah mak-mak dan pak-pak DATIN danDATO'. Sungguh out of my line!
"Alah, awak kan suka duit. Esok entah-entah jumpa jodoh kaya," Maktok cuba sogokkan fikiran aku dengan ideologi itu.
"Jodoh orang tua buat pe. Kaya, tapi tak sedap mata memandang," sejujurnya aku tidak pernah berangan mahu menikahi hartawan tempatan yang kaya. Kerna aku pasti trauma kalau terpaksa mendampingi orang-orang tua yang.... kulitnya sudah... tidak tegang.
"Nanti dapat cucu menantu sama tua dengan Aki, dengan Maktok. Tak ke malu?," aku mula tak puas hati.
"Tak apa lah. Redha," sampuk Aki.
Sekadar gurauan tak apa.
Ya Allah, Engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Kasihani hambuMU ya Allah.
Amin.
"Sapa?," - aku
"Bla..bla..bla.." - Maktok.
Loh. Politikus 'karat biru' ka? I layan 'hijau' ja.
Ternyata.
Ideologi politik atuk-cucu adalah berbeza.
Tetapi, dalam sesebuah keluarga...
Politik tidak pernah menjadi dalang kasih sayang.
Kerna aku tetap menerima wang saku yang banyak dari atukku walaupon kami berpegang kepada 'WARNA-WARNA KEPERCAYAAN' yang berbeza.
Andai Ku Tahu - Ungu.
Marilah kita bertaubat dan insaf.
Hentikan duniawi yang fana ini.
Perbuatan menangkap orang berpakaian kuning dan menahan orang yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid adalah kezaliman dunia yang hakiki. [klik]
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..
chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu
chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
8 Congteng-conteng:
majlis2 besar..
mmg agak bosan.. hahahaha..
xleh gelak macm org gila..
kadang2 protokol sana protokol cni..
but to them.. biasa la..
p/s: ketupat palas mak farah mmg sedap//ngahahahha
bosan dan sangap....
nk skett ketupat palas~~~
nk lemamg gak~~~~
wuhuhuhuhu.....
nak jugak ketupat yg xdpt mkn tuh!!
nih sume sebok mkn bende lain..
pastu cite lak gosip2..agaga
err..terase sunggoh ayat penyata diatas skalik..agagagaa
Post a Comment