Dah banyak hari aku tahan.
Dari menghasilkan sebuah entry propaganda jiwa-jiwa
Demi menjaga hati orang tertentu.
Dan demi cinta dan kasih sayang.
Oh.. ini sebenarnya lirik lagu. (aku tipu)
Aku terasa letih. Lesu.
Sebab tidak cukup tidur.
Dan gangguan perasaan menyebabkan tidur aku tidak sempurna.
Aku sangat marah akan kejadian ini!
Aku rasa sakit.
Ehem.. maksud aku.. hati yang sakit.
Kalaulah BOLEH, aku ingin sekali mengeluarkan hati yang berdarah-darah ini dan kirimkan ke alamat penerima yang berhak. Tengoklah sendiri betapa sakitnya hati aku. Lebih tertekan lagi, aku hanya punya satu hati. Kalau aku ada hati-hati sampingan dibuat pengganti, tak apa juga. Keluarkan hati yang berdarah, kasi on hati yang lagi satu. TAPI, manusia biasa mana ada hati sampai tiga, empat! Kalaulah ku bisa install plug-in hati sekunder.....
Aku tak mahu tahu apa-apa.
Nak buat apa ...
Buatlah.
nak pergi mana...
Pergilah.
Karya-karya sms itu semua tidak akan sesekali meyakinkan apa-apa.
Setakat berusaha dihujung jari...
Tak akan ke mana.
Ketika aku TERDARAHKAN hati orang...
Aku pasti lakukan pelbagai perkara demi menyembuhkan kembali.
Tak mahu cerita apa-apa.
Takut nanti diistilahkan pula sebagai MENGUNGKIT.
Aku tidak pernah menyembuhkan orang menggunakan hujung jari.
Aku mahu tidur yang nyenyak. Aku mahu gembira. Sudah lama tidak tidur yang nyenyak. Sudah lama tidak mimpi indah. Sudah lama tidak berjenaka kosong macam seorang gila. Sudah lama tidak bergayut-gayutan di telefon seperti seekor monkey di dahan tinggi. Sudah lama tidak bercinta. HAR HAR HAR! Akhirnya aku sakit jiwa juga. Sudah lama aku nantikan detik ini. Maksud saya... detik diistiharkan sakit jiwa.
Si dia tu datang rumah pulak.
Bawak kekasih.
DIULANGI : Bawak Kekasih.
Motif?
Buat tanduk dengan taring aku makin panjang je.
Cakar kang!
Aku malas turun. Sebab aku tak mahu jumpa dia. Lalalala~
Aku malas turun. Sebab aku malas nak dengar dia puji-puji aku. *bluek la kau!*
Aku lintas-lintas je depan dia macam sinaran lampu gemerlapan. Sengaja. Lintas lintas carik pasal.
Aku tak suka jumpa dia. Sebab... tak ada alasan kenapa dia kena jumpa aku. Aku tak suka ke rumah dia. Aku sayang motherku (biarkan aku speak London ketika marah) Kerna mother ku tidak pernah memberikan pendapat yang bukan-bukan supaya aku bertemu dengannya. Malah mother ku sangat understanding. Owh, tq mother!
(kalau aku punya kudrat yang leih, mungkin bilangan S lebih banyak)