I am back! Labels: architecture, life, shopping, the chika
Marilah kita ke point-point seterusnya :D
01 : DESIGN
Projek kali ni agak susah since kami dah mula buat 'real design'. Di mana kami sudah mula membuka-buka buku UBBL (Uniform Building by Law) iaitu sebuah buku undang-undang. Undang-undang? Annoying kan? Projek housing mungkin sounds like kecik dan senang tapi masyaAllah. 2 tahun setengah belajar senibina ni, airmata dah mula kering. Aku dah tak ada peruntukan masa untuk menangis lagi. Kalau down, aku tidur je. Sometimes bila sampai kat certain level tu emmang rasa give up yang amat. Waktu tu mulalah aku fikir nak pergi kawen dengan hartawan tempatan. Haihh... otak senteng.
Ini dia beberapa keping gambar untuk dibuat pekasam.
Tengah-tengah malam barulah siap panel dan terus ke Serdang bertemu John untuk print. Ni print kali kedua tau. Kali ni kena RM102. John kata, panel siap print pukul 7 pagi. OMG! Pukul 9.30 pagi dah nak pin-up! Punyalah rushing tapi malam tu aku sempat tidur kerna aku tekad tidak mahu menyiapkan model. Tapi aku buat jugak. Sikit. Model aku cuma ada BASE dengan sebuah PARTY WALL sahaja. AHAHAHA! Yang mana akhirnya aku campak sahaja kepingan-kepingan board itu kesemuanya lalu pulang beradu.
Pukul 6 pagi lebih kurang, keluar pergi Serdang nak amek panel. Bullshit punya John! My boifren call dia berjuta kali tak jawap. Ketuk pintu, tak buka. Tekan loceng, tak respon. Senior pon try panggil dia tak berjaya. Aku duduk dalam kereta dah nak nangis. Sebab masa tu aku yakin, memang tak sempat nak pin-up pukul 9.30. Kami tunggu luar rumah dia pagi-pagi yang sejuk gila tu selama lebih 30 minit.Lecturer dah lah tak akan tolerate punya. Kalau cakap berbuih-buih masalah printing pon, tak ada nak faham. Kalaulah aku ada cash RM10 000 time tu, dah lama aku beli sebijik plotter letak kat bilik. Nak harapkan plotter jabatan, memang mati hidup balik pon susah nak dapat. Akhirnya dia bukak pintu jugak setelah hati aku berapi macam naga lapar. Shit!
Sampai studio, dah pukul 8 lebih dah. Terus potong board, nak tampal panel. Spray Mount pulak habes! Dah la kena gam guna gam kanak-kanak tu. Nasib baik si kekasih membantu kalau tak dah lama aku cabut balik, tidur! AHAHAH! Aku ni memang ratu emosi.
Dan akhirnya, berjaya pin-up sebelum 9.30 pagi. Kalau lambat, nanti kena tolak markah! Tak sanggop mak!Maka, setelah berminggu-minggu tidak tidur, sampailah kepada hari Internal Review.
02 : SHOPPING
03 : EXTERNAL REVIEW
Went to The Garden, Midvelly for the very first time. The Garden tu nak kata best sangat shopping, tak adalah sangat unless you have few thousands dalam poket. Sebab dia provide ruang untuk 100% designer's boutique. But the surrounding agak elit dan ada architectural element yang attractive jugak. Cuma wonder kenapa glass bridge tu dia tutup. Maybe dia tak mahu orang pijak glass tu. What the hell? So, cuma ornamentasilah ye? Ehehee. Tapi my boyfriend said, maybe still under construction works. Maybe dalam proses uji workability dia sebelum dibuka kepada awam. But I swear! Dia tak akan bukak! and owh, my boifren jugak said.. the architecture was quite the same dengan building dekat China. Okay, about The Garden lagi. My friend, yang kami panggil Gedix suka sangat makan dekat situ. So you guys, pergilah ke The Garden untuk makan! Aku? Tak pernah try because my number one restaurant still Ayamas. AHAHA.
Aku sempat membazir wang di Robinsons membeli sebotol perfume Guess. At least i had bought somethng from The Garden. Ahak ahak. Bukan. Bukan. Sudah lama aku inginkan perfume tersebut. Maka, wang peruntukan untuk membeli jam tangan sudah kopak separuh. Tunggu budibicara dari ibunda untuk medapatkan kembali peruntukan jam tangan.
Hasil belian.
First time try this Cinnamon. Besar. Mengenyangkan dan tak taste sangat la.
My wishlist. Dah beli!
The boify bought for me.
my current madness.
Tak shopping banyak sebab ongkos tak baik.
Kali kedua datang Alamanda nak makan sebenarnya. Dulu suka pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Chicken Rice Shop. Tapi sekarang lagi suka makan kat foodcourt dia yang bersih dan selesa. Kali ni pergi memang shopping untuk perut. ! Mula-mula lunch dan selepas lunch, makanan sampingan yang berkolestrol tinggi dan tidak sihat:
Sementara tunggu pukul 4 nak briefing dan buat majlis hari raya di studio, pergi Mines carik birthday present untuk studiomate.
Perasan tak? Setiap kali selepas submission, pergi hiburkan hati di mall. Sebab itulah yang menyeronokkan aku. And don't stop me! That's my therapy la.
Oh. Hari Kebaya. Kami ni dah macam penari untuk The Kebaya Musical Theater. Ahaha.
Final review sebenarnya tak adalah apa sangat yang kami kena buat kecuali melaram sakan setiap semester sempena menyambut hari kemerdekaan. Dan sebagai laungan kepada.. SELAMAT DATANG, TIDUR!
Lecturer universiti lain dan arkitek dari luar akan datang untuk access kerja kami dan review grad yang lecturer kami bagi. Samada mereka setuju atau tak. So, grad kami boleh diupgrade ataupun boleh diturunkan oleh mereka. Pintu studio akan ditutup, kami akan duduk di luar studio sambil bergurau senda dan berlawak bodoh. Ataupun membuta! Sementara menunggu, kami akan berdebar-debar dan semakin cemas setiap kali pintu studio dibuka. Sebab orang-orang tertentu akan dipanggil untuk present kepada external. BUKAN SEMUA tau! Hanya mereka dengan kes tertentu sahaja. Imagine la bagaimana takutnya kalau-kalau nasib 'menyebelahi' aku pulak kan.
Pukul 4 petang ada jamuan hari raya dekat studio!
(19 Oktober 07)
There got good chemistry between Sean Ghazi dan Liza Hanim. As Remy and Sally. Oh. Part mereka dating tu sangat funny. Bergema satu panggung tu gelak. Setting dia memang fantastik. By the way, macam kata Farah.. Azizah masa kecik tu sangat cantik, comel dan attractive. Memang tak menyesal pergi menonton. Dan itu juga first time aku jejak Istana Budaya.
Kami menonton persembahan malam kedua. Persembahan akan berterusan hingga 3 November. Tapi tiket dah lama habis since malam mula perform lagi. Siapa tak sempat tu memang kasihan kerna teaternya sungguh asyik. Aku jadi tak senang duduk sebab kalau boleh tak nak terlepas pandang, terlepas dengar mahupun terlepas fokus pada apa-apa scene pon.
Farah, jom teater lagi!
Teater mula jam 8 malam. Aku pon tak sure berapa lama tapi almost 3 hours kot.Masa dah tamat teater, kami terus keluar dan terpisah dengan Farah and family. Aku, the boyfriend and Adian jalan-jalan sekeliling Istana Budaya untuk pozzy la.
Tiba-tiba si Adian ni cakap.. "jom tunggu. entah2 jumpa artis. Mesti ada sesi untuk autograf". Aku pon layann. Tiba-tiba nampak ramai orang serbu depan pintu. Yes, that's it! Adian pergi beli poster RM7 dan aku queue up. My bf standby camera. Aku cuma pergi amek autograf Siti and Melisa Saila dan salam dua orang ni je. Cuma berfoto dengan Siti plus the other 4. Nak pergi dekat Sean Ghazi, takkanlah nak bersalm dengan dia kan. Si Atilia tu pulak, aku tak kenal. AHAHAH.
Rasa sangat bersalah kat Farah and Nana sebab tak tunggu mereka untuk bergambar. Bukan tak carik, tapi base on masalah teknikal enpon2 kami... tak dapat nak contact. Kesian Farah. Farah, ya ampun.
Uik. Banyak pulak 'fast track' aku ni. Entah bila akan update lagi, biar masa menentukan. Isnin ni paper Ukur Tanah. Aku belum baca sepatah haram pon. Wish me luck!
16 Congteng-conteng:
waa byknye shopping
haha apakah rasionalnya gambar itu diletakkan. nggak perlu!
Actually if u perasan, all new shopping complex, dalam nyer same je.. The Gardens, Pyramid II, Pavilion..takde byk beza..
Tak sangka u peminat theatre.. :P
p/s: Post la gambar bf tuuu...nak tgk jugak..
xpe xpe....there's always next tyme! kang aku siap bwk kamera baru abah aku amek gambo sean ghazi!miaaahha!!
ey, hello! i btol2 wat pudding tu ngan enul yer...dgn supervision from mummy yer! haha!cuma mummy bising selection cocktail tuh dr brand yg tak kena dgn taste dia. alahai mummy, bajet la katakan.hiks!
isk.ko la ni. dah wat aku kemaruk bubble jugak! tidaak! (cuma beza nye, ko aku kenali dgn bubble, aku shida kenali dgn TASBIH!aihh!muslimah la akuh!!!)
bapak bagak gile entryyyyyyyyyy
mula2 semangat nak baca
lama2 dah dah
tengok gambar je
part p ramlee teather muzikal tu baru bacew
hwaaa
jelesss
nak gi aritu
skali tak clash ngan cuti plak
haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
p/s: ct ngan kaw mcm lagi lawa kaw je
hahhaa
wish i was at the theatre...
n good luck wif ur ukur tanah paper....
boleh lah saya mintak nak designkan susun atur gambar untuk album nanti ek?
ko da slim la.. erkerhkerh..
wah..
banyak shopping.. kang da cuti, nak shopping ajak la aiii..
aku pon tingin nak shopping, tp slalu x lepas sebab xde geng.. nghahahahaha..
maap sbb cancel gi teater tu..of kos la aku nak pegi..tp aku ade prob skit.. ampon bos.. hehehe
p/s: farah, adian nampak seghuper mcm sean// so, conclusion adian=sean.. erkerhkerhkerh.. mentak otograp adiann
iskh iskh iskh...
seronok ye dpt pegi p ramlee the musical. harap diaorang buat kat sini juga.
i enjoy part submission.. nak tgk jugak bod 2-5 tu..
emm.. i'm sorry for d loss..
happy holiday too..
Post a Comment